Dimensi diri
1.
MENGUASAI PELBAGAI kemahiran ( BAHASA, ICT, memimpin, berfikir)
2.Memanfaatkan
Laman Sesawang Sosial
3.
ciri-ciri kepimpinan
4.
budaya membaca
5.
budaya penyayang
6.
perancangan untuk mendapat menjadi pelajar cemerlang
Formula: 6I 1G
Formula : Pi BM Mai Sasimi jadi pa
Formula : SMK KKK
TEMA
1: DIMENSI DIRI
Soalan 1:
Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam
hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
isi
- 6I 1G
disiplin
- kop mak jih motu pp tl ni mu
1.
disiplin –
perancangan masa
- jadual waktu - masa diimbangi antara akademik dengan aktiviti riadah
- pengurusan kawalan dalaman - imbangan antara KAP( kognitif, afektif, psikomotor)
- mengawal emosi, tingkah laku - memanfaatkan masa
2.
disiplin –
penyelenggaraan hubungan harmonis dengan guru
- hormat kpd guru - motivasi - tumpu perhatian – segan bertanya sesat
jalan, malas berkayuh perahu hanyut
3.
impian – inisiatif
memasang impian
dan mengambil inisiatif sejak kecil
ingin membalas
budi ibu bapa
4.
iman – mendoakan kesejahteraan dan
kejayaan – restu – rahmat –reda
5.
ikon ( termasuk rakan, guru, aktiviti yg
baik)
mengikut jejak
ikon yang berjaya dalam hidup – mencari kawan yang baik – membentuk kumpulan
perbincangan – menyertai seminar teknik menjawab – kelas bimbingan
6.
inovasi
bijak mengguna
Internet – memuat turun bahan yang dikongsi oleh guru pakar – memanfaatkan laman
sesawang – inovasi dan kreatif dalam pembelajaran
7.
gaya hidup sihat
mengimbangi
benteng ketahanan –
bang bang BM –
so fit men – ps iii – sipeme – betahan – singkuto
Tidak
dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya murid-murid berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah
sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam
yang tinggi untuk mencapainya.
Murid-murid tidak sepatutnya menganggap
perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang
akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan bak kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang
murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah
yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan
perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi
perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu
pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan
seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan
terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya
tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati
apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau
yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan
oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak
ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat
sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian
yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan
pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang
sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk
yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan
dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan
salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain
itu, saya akan menguruskan masa dengan
bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para
pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana
peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula,
kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang
telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat
persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang
kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka
mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan.
Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk
membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya akan membuat lebih
banyak latihan dan saya juga akan mengulang
kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa
Inggeris iaitu, “practice makes perfect”.
Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan
menjadi, “praktis asas kecemerlangan”.
Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu
membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam
hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai
mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu
topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang
akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji secara
berterusan bak kata pepatah “ sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya akan belajar
bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan
saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata
pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya
mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Seterusnya,
saya akan mengikuti kelas tuisyen.
Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada
guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan
perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “malu bertanya sesat jalan”. Malahan,
jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat
tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen.
Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan
mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di
sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih
dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti
program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemrlangan
dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai
dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan
dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam
peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan
mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah
yang berikutnya ialah saya akan bersikap
sabar, tabah dan tidak mudah putus asa. Saya tidak akan dapat cepat
mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah
saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana
saya berpegang pada prinsip, “gagal
sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila
terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama
pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia
telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada
kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat
penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan
mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya
perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk
memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir
sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya
dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”,
Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman.
Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar
bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu
menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh sebab itu, saya akan
berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan
dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali
pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya
ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah,
saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit
pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang
menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan
saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala
pemberian-Nya.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya
tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu
kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi
penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan
dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita, kita akan hidup
teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.
No comments:
Post a Comment