Latihan 11 : Anak-anak remaja hari ini dikatakan sangat
liat untuk masuk ke dapur sedangkan amalan ke dapur telah menjadi warisan
turun-temurun.Bincangkan pendapat anda tentang peranan ibu bapa
untuk memperkasakan budaya ke dapur dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan : Menghayati lirik lagu klasik yang berbunyi,
“Anak dara kalau menyanyi di dapur, alamat mendapat suami tua”. Walaupun
kata-kata tersebut agak sinis untuk menasihati anak-anak gadis supaya lebih
bersopan, namun di sebalik kata-kata tersebut mengandung hakikat bahawa
anak-anak perempuan sangat sinonim dengan kerja-kerja di dapur terutama
memasak. Sejak fasa silam lagi nilai diri seseorang turut diukur berdasarkan
kecekapannya menguruskan hal-hal di dapur. Sebaliknya, selepas melalui beberapa
peringkat pemodenan, anak remaja sama ada perempuan atau lelaki amat liat untuk
ke dapur. Fenomena ini jelas menunjukkan gejala ketandusan budaya tradisional.
Oleh itu, sebelum warisan turun-temurun ini pupus ditelan arus pemodenan, ibu
bapa hendaklah memainkan peranan hakiki untuk melatih anak-anak agar mesra ke
dapur.
Isi 1 : Mengamalkan pendidikan bermula di
rumah – rumah
sebagai paksi membentuk peribadi anak-anak - ibu bapa hendaklah membudayakan
amalan tradisional – membiasakan anak-anak dengan latihan memasak, mengemas
rumah – ibu bapa hendaklah menjadi role model dan kepimpinan melalui teladan –
memanfaatkan cuti sekolah untuk melatih anak-anak
Isi 2 : Kurangkan tabiat suka makan di luar – anak-anak berasa tiada keperluan untuk masuk
ke dapur – tiada peluang untuk mendidik anak-anak secara formal
Isi 3 : Mengambil kesempatan cuti hujung
minggu dan cuti panjang –
ketika semua ahli keluarga bertemu – ibu hendaklah mengajak anak-anak masuk ke
dapur – anak-anak perlu belajar dan membantu si ibu di dapur – memberi peluang
anak-anak mencuba resipi mereka – anggota keluarga hendaklah memberikan
kerjasama dan memberi penghargaan
Isi 4 : Mendidik anak-anak supaya lebih
berdisiplin – dengan disiplin
anak-anak mudah menerima tunjuk ajar - setiap anak hendaklah diberikan tugas
yang sepadan – tidak wajar ada yang terlalu berat tugasan dan ada yang berehat
panjang (menunggu makanan terhidang ke lutut
Isi 5 : Memberi motivasi kepada anak-anak – anak-anak perlu diberikan semangat dan
dorongan dari awal - menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan rumah
tangga (majalah Anjung Seri, Majalah Laman, Saji, Didik, Muslimah dan pelbagai
bentuk perisian CD/DVD) – membuka minda anak-anak mengikuti teladan daripada
ikon keluarga yang berjaya
Kesimpulan : Pepatah Melayu yang menyatakan, anak gadis
walau setinggi mana sekalipun ilmunya akan ke dapur bukanlah membawa konotasi
yang negatif. Sebaliknya, maksud yang tersirat adalah untuk mengilhamkan setiap
individu akan kepentingan menghidupkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan
jannati. Seyogia, sebelum tradisi dan budaya murni ini luput, wajarlah semua
pihak terutama ibu bapa mendidik anak-anak semula ke landasan yang betul.
No comments:
Post a Comment