Sering
ini kcukenang, pada masa yang berat,
Pada
kala hidup mendesak dan nyaris aku sesat,
Melintas
gambar ibuku, sewaktu bertelut,
Kembali
sayup kudengar.... Namaku disebut.
Baris-baris
dalam lirik lagu di atas telah membawa persoalan yang amat bermakna untuk semua
umat manusia. Hal ini demikian kerana semua orang akan mengalami pengalaman
yang sama seperti lirik lagu tersebut. Apabila kita menghadapi pelbagai
masalah, anggota keluarga akan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah
bagi kepada kita. Oleh itu, keutuhan institusi keluarga sangat penting untuk
melahirkan masyarakat yang harmoni. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
dapat diambil untuk menyuburkan ikatan kekeluargaan yang semakin longgar itu
kembali sebagai akibat perubahan zaman?
Kerajaan
seharusnya mengambil langkah perdana untuk merancakkan kempen-kempen kesedaran
yang telah lama dilaksanakan tetapi hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Contohnya, pelbagai aktiviti yang melibatkan peryertaan anggota keluarga harus
diadakan dari semasa ke semasa terutamanya pada hari minggu seperti sukaneka
dan mengadakan pelbagai pertandingan dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Dengan
ini, hubungan kekeluarga dapat dieratkan di samping dapat mengisi masa yang
terluang dengan lebih bermakna persis peribahasa menyelam sambil minum air.
Seterusnya,
ibu bapa perlulah mengikis sikap mereka yang lebih mementingkan kerjaya dan
mementingkan materialistik berbanding dengan kehidupan keluarga mereka.
Kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan ibu bapa
terpaksa keluar bekerja untuk menampung keperluan kehidupan keluarga. Keadaan
ini menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup untuk berkomunikasi
dan mengambil berat akan keadaan anggota keluarga mereka. Oleh itu, ibu bapa
perlulah meluangkan masa yang lebih banyak untuk keluarga mereka seperti
berkelah dan melancong pada musim cuti persekolahan atau cuti hujung tahun
supaya hubungan tidak akan menjadi semakin renggang.
Media massa pula sewajarnya mengorak
langkah dengan lebih banyak menayangkan filem dan drama yang bertemakan
kekeluargaan. Pada zaman yang dilingkari oleh kemajuan sains dan teknologi,
filem-filem yang bertemakan kekeluargaan semakin dipinggirkan kerana dianggap
sebagai sesuatu yang telah ketinggalan zaman. Yang sebenamya, filem-filem ini
haruslah ditayangkan secara berterusan bak kata mutiara, tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas kerana filem-filem ini menerapkan pelbagai nilai murni
yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat sekarang.
Pada masa yang sama, kita juga tidak
boleh mengabaikan peranan pihak sekolah sebagai institusi pendidikan formal
untuk mengatasi isu keruntuhan institusi keluarga yang semakin menjadi-jadi.
Nilai- nilai kekeluargaan perlu diterapkan kepada anak- anak yang baru berumur
setahun jagung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu,
guru-guru di sekolah seharusnya mengambil pelbagai inisiatif untuk menerapkan
nilai-nilai seperti sayang- menyayangi, hormat-menghormati, dan toleransi dalam
kalangan murid agar sifat-sifat terpuji ini dapat dipraktikkan di rumah.
Kesimpulannya, keluarga yang bahagia
dapat diwujudkan sekiranya semua pihak bekerjasama dan mengabaikan sikap bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sekiranya semua pihak
memainkan peranan masing-masing dengan cara yang lebih bersunguh-sungguh maka
masyarakat yang harmoni mampu diwujudkan dan imej negara dapat ditingkatkan di
persada dunia kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
No comments:
Post a Comment