Sejak
belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan
telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna. Pada pendapat
anda, jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar sekolah.
1. ilmu
2. disiplin
– perancangan masa
3. disiplin
– pengurusan kawalan dalaman
4. disiplin
– penyelenggaraan hubungan harmonis
5. gaya
hidup baharu – beban kewangan – kesihatan
Telefon
bimbit merupakan peranti teknologi yang tidak lagi berasingan dengan kehidupan
semua manusia. Menurut statistik yang dilaporkan oleh Kementerian Komunikasi
dan Multimedia bahawa rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai sebuah
telefon bimbit atau telefon pintar yang menyediakan aplikasi yang mewah seperti 3G. Situasi ini telah menimbulkan polemik pro dan kontra, generasi muda
mestilah dididik supaya menerapkan sikap buang keruh ambil jernih untuk
memastikan kurniaan benak minda pada era digital ini dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya dan bukan hanya kera di hutan disusui, anak di riba diletakkan.
Kesan negatif penyalahgunaan telefon bimbit perlulah dikenal pasti supaya
melahirkan barisan pelapis negara yang mampu menerajui kepimpinan negara menjelang
ambang 2o2o.
Sesungguhnya, Bajet 2013 yang memperuntukkan baucar
pembelian telefon pintar kepada golongan muda telah menimbulkan tempias kepada
nusa dan bangsa di negara kita. Penyalahgunaan telefon bimbit telah
menatijahkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar semakin merosot. (AJ) Hal
ini memanglah serius kerana pendidikan merupakan teras kekuatan masyarakat
supaya mampu berdaya saing dengan pasaran global pada era globalisasi yang
pantas berubah. (M) Amsalnya, pelajar telah mengabaikan pelajaran mereka kerana
fokus pelajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Menurut
tinjauan daripada SKMM, rata-rata generasi muda menggunakan aplikasi dalam
telefon pintar untuk melayari laman sembang dan aplikasi permainan maya
sehingga ketagihan. © Secara implisit, prestasi akademik pelajar akan merosot kerana kekurangan inisiatif dan semangat yang
membara bagai hilang kapak berganti beliung selepas ketagihan dalam perisian
telefon bimbit yang semakin canggih. (K) Jelaslah bahawa ilmu amat penting sebagai wahana untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang individu pada masa
kelak. (P)
Dari sudut keagamaan, sikap kesederhanaan
amatlah ditekankan oleh semua tuntutan agama. Namun, masa beralih zaman
berubah. Budaya kebaratan telah melalaikan generasi muda dalam dunia maya dan
terhanyut dalam ilusi yang tidak berfaedah. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa penyalahgunaan telefon bimbit telah membejatkan tahap disiplin seseorang
pelajar pada zaman atom yang semakin mencabar. (AJ) Disiplin merupakan
jurupandu untuk melunaskan rutin harian secara tatatertib kerana
mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, kata berpangkal. (M)
Akibat penggunaan telefon bimbit yang melepasi batasan agama dan akidah,
pelajar telah kekurangan pengurusan kawalan dalaman, baik dari segi tingkah
laku atau emosi. (K) Sebagai tamsilannya, pelajar akan leka dalam dunia maya
kerana telefon pintar kini dipenuhi dengan anasir antagonis seperti bahan
pornografi, sadis, dan keganasan tanpa sempadan atau pengawalan yang rapi. ©
Izharnya, pelajar pada zaman pascamodenisasi ini menghadapi krisis kecelaruan identiti
yang sengit sehingga tidak mampu untuk mengekang godaan syaitan dan terpesong
akidah, lebih-lebih lagi terkandas dalam akademik kerana disiplin merupakan
cerucuk fundamental untuk mengemudi bahtera di tengah-tengah samudera.
Dari segi sosial, penggunaan telefon bimbit kadangkala
menimbulkan masalah antara hubungan pergaulan manusia. (AJ) Pelajar yang menyalahgunakan
telefon bimbit akan kehilangan penyelenggaraan hubungan yang harmonis sesama manusia
di sekelilingnya. (AJ) Disiplin merupakan satu sistem untuk memastikan
seseorang individu berjaya dalam semua aspek yang ditujui. (M) Mengikut
tinjauan daripada pihak sekolah, segelintir pelajar yang leka dalam penggunaan
telefon bimbit mengalami masalah berkomunikasi dan tidak bijak untuk berunding
dengan sesiapa jua secara bersemuka. Terdapat pelajar juga akan terlibat dalam
laman sembang dengan kenalan yang tidak dikenali, secara tidak langsung mereka
akan dilamun cinta monyet atau alam khayalan yang tidak realistik. Situasi ini
telah menyebabkan kes sosial seperti penculikan, lari dari rumah, seks bebas
dan mengandung di luar nikah yang menjatuhkan harga diri seseorang pelajar. © Pendek
kata, persengketaan atau perselisihan faham antara pelajar juga mungkin meningkat
kerana terdapat segelintir pelajar yang menyebarkan provokasi dan fitnah yang
tidak berasas. © Ijmalnya, telefon bimbit bagai serampang dua mata, peranti
mewah yang dimanfaatkan akan membentuk masyarakat madani manakala apabila
disalahgunakan akan melahirkan masyarakat yang kehilangan jati diri.
Dari
perspektif ekonomi, penggunaan telefon bimbit memanifestasikan darjat dan status
seseorang individu. Semakin mewah
peranti atau gajet yang digunakan, semakin berstatus dalam masyarakat
kontemporari. Akibatnya, pelajar yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk
pinang akan cenderung mencari-cari identiti diri dengan meniru ikon yang
didekati. Secara tidak langsung, pelajar akan meminta ibu bapa supaya membeli
telefon bimbit untuk memenuhi keperluan dan naluri secara fitrah. Setiap bulan,
kos bayaran untuk menambah nilai dalam akaun prabayar atau pascabayar juga
membebani ekonomi kewangan isi rumah tangga, lebih-lebih lagi pada zaman krisis
ekonomi dan kos sara hidup yang gawat. Pendek kata, ibu bapa mestilah mendidik
anak secara bijaksana dan bukan hanya memanjakan anak dengan membiarkan anak
mengikut hawa nafsu tanpa penghujung, kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa,
ikut mata leta, ikut nafsu lesu.
Dari
pandangan perancangan masa, pelajar yang menggunakan telefon bimbit tanpa
batasan telah mensia-siakan masa hadapan mereka. Pengurusan masa memanglah
penting untuk membentuk sahsiah diri yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang
menghargai setiap detik yang dikurniai oleh Tuhan. Disiplin merupakan kunci kejayaan
untuk memastikan kita menjaga imej diri dan keluarga. Menurut tinjauan terkini,
generasi muda telah menghabiskan sekurang-kurangnya 19 jam seminggu dalam
penggunaan peranti mewah seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Masa
bagai mata pedang yang akan memancung kita, usia remaja perlulah diisi dengan
sebaik-baiknya dalam aktiviti yang berfaedah. Ironinya, pelajar kini lebih cenderung
membazirkan masa untuk menghantar khidmat pesanan ringkas(SMS), bersembang dalam talian dan
bermain permainan maya yang tidak membawa manfaat dari segi perkembangan jiwa dan minda.
Izharnya, pengurusan masa
penting kerana semakin lama kita melayani perkara yang membazir, semakin
jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Tegasnya, penyalahgunaan
telefon bimbit akan membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar
tetap tidak berlalu.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, penggunaan
telefon bimbit telah memudaratkan kesihatan pelajar. (AJ) Akibat perkembangan arus
perdana tanpa batasan, pelajar kini semakin pasif dalam pergerakan fizikal dan
mental. Kebanyakan masa telah dihabiskan di depan telefon bimbit atau tablet
kerana tidak ingin ketinggalan dalam arus globalisasi yang pantas bergolek.
Natijahnya, kadar metabolisme yang rendah akan menggangu sistem peredaran
darah dan proses perkumuhan. Pada era atom ini,
kadar radioaktif atau ultraungu telah menjejaskan pelihatan pelajar. Mengikut
kajian, masalah kesakitan dalam kalangan pelajar seperti penyakit lelah, asma,
penyakit mata dan telinga semakin kronik dan seakan-akan tiada penghujung.
Pendek kata, situasi ini bagai dimakan mati emak diluahkan mati bapa, ibu bapa
mestilah bijak menangkoh arus modenisasi agar generasi muda berada dalam
landasan yang betul, yakni berwawasan dan berintegriti tinggi. Peranti canggih
ini merupakan ciptaan daya kreativiti dan inovatif manusia, maka penggunaannya
mestilah menuju ke arah yang baik dan bukanlah memusnahkan masyarakat kita
bagai gunting dalam lipatan.
Sebagai penghias penutup bicara, aplikasi inovasi sosial
ini merupakan satu wahana yang tidak wajar diketepikan. Masyarakat kontemporari
mestilah bijak mengasimilasi dan mengakultasi perkembangan arus perdana agar
generasi muda yang dilahirkan adalah bersifat secara global dan bertindak
secara lokal, sekali gus mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan
analitikal.
No comments:
Post a Comment