Percubaan Bahagian A - percubaan PP 2o14
Kepentingan program kitar semula
Program kitar semula telah dilancarkan pada 20 Feb 2000 oleh Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Pada 11 Nov setiap tahun,
Hari Kitar Semula telah diraikan untuk memastikan kesinambungan alam sekitar.
Mengikut laporan daripada kementerian berkenaan, rakyat Malaysia telah membuang sebanyak 30000
tan sampah ke tapak pelupusan sampah setiap hari dan sebanyak 18 bilion beg
plastik telah dibuang dalam tempoh sebulan. Oleh itu, masalah ini perlu
ditangani segera sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah kepentingan
kitar semula kepada nusa dan bangsa?
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa amalan kitar semula dapat memelihara hutan di bumi ini.(AJ) Hutan
memanglah penting sebagai sumber rezeki atau tempat rekreasi kepada penghuni di
bumi. (M) Contohnya, hutan akan mengekalkan keseimbangan ekosistem untuk
memastikan kesinambungan hayat makhluk di buana ini. © Kesannya, habitat di hutan seperti
flora dan fauna dapat dipelihara melalui amalan kitar semula. (K) Jelaslah,
hutan sebagai kawasan tadahan air akan tergugat sekiranya pokok terus ditebang
untuk menghasilkan kertas. Sedia kita maklum, menghasilkan satu tan kertas
memerlukan 17 batang pokok dan Malaysia dijangka mengimport kertas terpakai lebih
daripada 25,000 tan dengan kos sebanyak RM 4 juta dari luar negara setiap
bulan.(P)
Dari dimensi lain, amalan
kitar semula dapat menangani masalah pelupusan sampah yang semakin serius bagai
duri dalam daging di Malaysia. (AJ) Mengikut statistik, tapak pelupusan sampah
di Malaysia semakin tenat ekoran penambahan populasi yang mendadak. (M)
Impaknya, persekitaran yang menjijikkan dan meloyakan akan menjejaskan
kesihatan rakyat tempatan, dan sekali gus menyebabkan penularan wabak penyakit seperti nyamuk Aedes, lalat dan
tikus di kawasan setempat. (K) Sudah terang lagi bersuluh, amalan ini penting
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti penambahan sampah di kawasan
kediaman khasnya di bandar. (P)
Akhir sekali dan tidak
kurang pentingnya, amalan ini dapat mengelakkan kepupusan sumber alam seperti
logam, kertas, dan petroleum. (A) Sumber alam penting sebagai punca pendapatan kepada
rakyat seperti industri hijau, kompos, dan bioteknologi yang mesra alam. (M)
Secara langsung, alaman ini akan menjimatkan kos dan perbelanjaan isi rumah
tangga yang semakin meningkat ekoran kos sara hidup yang tinggi. (K) Contohnya,
dengan mengitar semula 1 tin aluminium, kita akan menjimatkan tenaga untuk
menghidupkan peti televisyen selama 3 jam. Oleh itu, pengasingan sampah
mestilah diselenggara dengan teliti, yakni tong berwarna oren untuk bahan plastik,
aluminium, dan logam. Tong berwarna perang untuk kaca manakala tong berwarna biru
untuk kertas yang boleh dikitar semula. (C) Tegasnya, amalan kitar semula perlu
disokong bersama untuk memastikan kesinambungan tamadun manusia dan bumi kita.
Intihanya, amalan ini
penting untuk genarasi akan datang dan merupakan teras kekuatan masyarakat. Oleh
itu, semua pihak mestilah sehati sejiwa dan sehilir semudik bagai bukit sama
didaki, lurah sama dituruni untuk menjayakan program kitar semula. © Jangan
sekali-kali mengetepikan kepentingan pemeliharaan alam sekitar kerana sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (A) Dengan itu, diharapkan
Malaysia akan mencontohi negara maju yang mendahulukan amalan kitar semula
seperti Germany, Belgium, Australia, dan Belanda yang mencapai kadar kitar
semula sebanyak 70% tetapi Malaysia hanya sebanyak 3% sahaja.( 48o patah perkataan]
No comments:
Post a Comment