Ungkapan Menarik
Adab
Beradab
sopan kepada ibu bapa ialah wajib pada hukum agama dan kebudayaan kita. Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa syurga di bawah tapak kaki ibunya.
Hukama , seorang tokoh ilmuan Islam berkata bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab
dan budi pekerti.
Adat
Pepatah ada menyebut bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat, kita diingatkan agar berpandukan kata-kata
peribahasa , di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Anak
Anak-anak
dijaga dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa kita, bagai menatang minyak yang penuh.
Nabi Muhammad
SAW bersabda, periharalah anak-anakmu dan perbaik budi pekerti
mereka.
Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah
kepadamu. o Ibu bapa perlu
memelihara dan mendidik anak-anak kerana peribahasa ada menyatakan bahawa bapa
borek anaknya rintik, dan ke mana tumpahnya kuah kalau
tidak ke nasi. o Sebuah hadis Nabi Muhammad ada menyebut, setiap bayi yang
dilahirkan adalah dalam keadaan suci.
Kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan
anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Bahasa
Kata peribahasa kita ada menyatakan bahawa bahasa
menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa; orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa; tiada kata secantik bahasa.
Anak-anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan
keindahan bahasa dan pemikiran budaya bangsanya ,
kerana peribahasa kita ada menyebut, tak kenal maka
tak cinta. o Anak-anak harus dididik dengan bahasa yang betul dan
baik kerana pepatah ada menyebut terlajak
perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padahnya.
Guru
o Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa
orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada orang lain .
o Tugas guru amat
mulia kerana pendeta bahasa ada mengatakan bahawa guru ibarat
lilin, membakar dirinya menerangi orang lain. o Guru tidak boleh mengamalkan sikap buruk kerana anak
murid akan menirunya seperti peribahasa , guru kencing
berdiri, murid kencing berlari.
o Hamka ada berkata bahawa kalau ada di
dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu antaranya
ialah pekerjaan guru.
o Hamka pernah berkata bahawa yang ditanamkan oleh guru kepada
murid-muridnya bukanlah ilmu semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan
persatuan.
Harapan dan Usaha
o Sesuatu usaha pasti akan berjaya sekiranya kita ada
kemahuan yang kuat kerana peribahasa kita ada menyebut tidak ada gunung
tinggi yang yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah dalam yang tidak dapat
dituruni atau di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
o Kita mesti ada sikap tekun dan sabar. Mahatma Ghandi
ada berkata kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung -ganang.
o Kita perlu
berhati-hati meletakkan harapan dan kepercayaan kepada seseorang kerana
peribahasa kita ada menyebut, harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan sokong,
sokong membawa rebah.
o Serangkai kata bertuah, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara harus dihayati.
Kehidupan
o Sayidina Ali pernah berkata kemuliaan hidup
dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan asal dan bangsa.
o Lidah pendeta ada menyebut rajin dan usaha
tangga kejayaan.
o Peribahasa
Melayu mengingatkan , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. o Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan sikap seperti
peribahasa, hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing atau bagai telur
sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
llmu
o Sebuah hadis Nabi Muhammad
SAW berbunyi, tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.
o Kalau kita tidak
tahu, kita hendaklah bertanya kepada orang lain kerana pepatah Melayu ada
menyebut,malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
o Confucius ,ahli fikir
China yang terkenal ada mengatakan kepentingan ilmu pengetahuan, iaitu
kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang
gelap gelita bagi batin kita. o Sayidina Ali ada menyatakan
bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.
o Imam Syafie ada menyatakan
bahawa ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus mencari ilmu dan bukan ilmu yang
mencari kita.
Perbuatan Yang Negatif
o Jangan bertindak
mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti peribahasa , mendengarkan
guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. o Hidup bermasyarakat perlu menjaga diri dan pergaulan
serta tidak sombong kerana peribahasa Melayuada menyebut ,jangan bawa
resmi jagung, makin berisi makin jegang (keras/liat).
o Kita perlu
mengamalkan sikap suka merendah diri seperti kata peribahasa ikutlah resmi
padi, makin berisi makin tunduk.
o Janganlah kita
meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan bercermin
di air keruh.
Kebudayaan dan Seni
o Seorang
budayawan ada mengatakan bahawa kebudayaan lama akan hilang dengan kehilangan tujuan
dan praktiknya.
o Kata Hamka, kebudayaan
manusia akan selalu mengalir ibarat air sungai, menerima dan memberi.
o Ahli fikir Barat
,L. Kant ada mengatakan bahawa hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang
hidup.
Masyarakat
o Mahatma Ghandi ada berkata
bahawa, orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk
kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
o Hidup
bermasyarakat mestilah tolong-menolong seperti aur dengan tebing.
o Hidup
bermasyarakat , janganlah bersikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.
o Kita hendaklah
mengikut kata pepatah orang tua-tua , masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing
mengembek.
o Janganlah kita
tidak bergaul dengan masyarakat dan disebut dengan ungkapan sebagai
kera sumbang.
Pemuda ,Belia dan Remaja
o Kata-kata
sanjungan dan harapan terhadap generasi muda ,iaitu pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.
o Ingatlah pesanan orang
tua-tua , ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu.
o Imam Al-Ghazali berkata, bagaimana bentuk
pemuda masa ini, itulah bentuk masyarakat akan datang.
o Remaja perlu
mempunyai kekuatan peribadi yang unggul , kerana kata orang budiman asal benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau.
o Ilmu pengetahuan
dan pengalaman yang ditempuh memberikan isi pada peribadi , seperti kata
pepatah sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan mengena.
Pendidikan
o Hukuman pukul hanya boleh dilakukan apabila sudah
tiada acara lain untuk dilakukan .Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa , kalau hendak
melentur buluh biarlah daripada rebungnya atau sayang anak tangan-tangankan,
sayang isteri tinggal-tinggalkan.
o Umar Al-Khatab berkata, ajarlah
anak-anak-anakmu dengan zaman yang akan dihadapinya.
o Nabi Muhammad SAW mengingatkan ibu
bapa supaya menjaga anak-anak dengan membaiki budi pekerti mereka.
o Ahli fikir Barat ada mengatakan bahawa pendidikan
merupakan keperluan utama rakyat selepas makanan.
Waktu / Masa
o Peribahasa
Inggeris ada menyebut bahawa masa itu emas.
o Pepatah Melayu
ada menyebut bahawa masa tak dapat diubah, terlepas tak dapat dikejar. o Lidah pendeta ada menyatakan bahawa bertangguh itu
pencuri masa.
o Peribahasa Arab
ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak
memancungnya, pedang itu akan memancung kamu pula.
PENGGUNAAN NAMA TOKOH
1. Saya teringat impian mantan Perdana Menteri kita,
Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat
melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan
kelas pertama.Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar " Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010." di Putrajaya baru-baru ini.
2. Mantan Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Azalina Dato' Othman Said telah
menjelaskan bahawa antara punca utama yang merencatkan peningkatan mutu sukan
negara ialah sikap ahli sukan yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak komited
untuk memajukan diri dalam bidang sukan yang diceburi. Beliau berkata demikian
semasa merasmikan Kolokium "Kebangkitan Sukan Negara Menjelang Alaf
Baru" di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
3. Dalam ucaptama Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim , Mantan
Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan di Majlis Perasmian Persidangan Seni
Budaya Dan Warisan baru-baru ini, beliau ada mengatakan bahawa...
Sila rujuk nama
Menteri Kabinet terkini dan nama tokoh ilmuan tersohor dunia.
H.Penggunaan
Pantun Dalam Karangan
Pantun Pembukaan
Majlis
Ada bilah
panjang sehasta,
Untuk dipagar di tepi kolam,
Salam sejahtera
pemula kata,
Semoga bahagia seisi dewan,
Pantun Penutupan
Majlis
Kalau ada sumur
di ladang,
Boleh saya
menumpang mandi,
Kalau ada umur
yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi,
Contoh penulisan
menggunakan pantun.
Kita
sebagai generasi kepimpinan negara harus mengekalkan dan menyemarakkan warisan
bangsa negara kita , seperti pantun di bawah :
Baju
Melayu berbutang lima
Ada
juga berbutang tiga,
Budaya
Melayu hilang tiada,
Kekallah
ia warisan bangsa
No comments:
Post a Comment