before 2014, this will be the last time talking to my f3 kids. ok..just discuss important topic:
a) perbincangan
b) fakta
c) ucapan/ syarahan/ ceramah
d) surat tak rasmi ( for me, just 4get it, cuz scope large)
then go bak to the important question:
a) dimensi kendiri: formula: IIIIG
can be using in the following questions:
i) nyatakan usaha-usaha anda untuk menyediakan persiapan sebelum peperiksaan
IIIG
- rajin menuntut ilmu - memanfaatkan pelbagai wadah seperti mencekau maklumat di Internet - ilmu penting sebagai tongkat kepada si buta, bagai penyuluh dalam kegelapan - dengan membaca, (pi sai mai gaul-)kua)pomis mai cbk)- potensi saya akan dicungkil justeru menjadi seorang modal insan yang sempurna- memartabatkan imej pada hari muka- contohnya, saya mesti mengulang kaji dan membuat latihan dengan konsisten, meminjam buku dariapda kawan- membentuk kumpulan perbincangan- menghadiri ceramah, kursus dan program untuk meningkatkan cara menjawab soalan- mencari maklumat dengan internet justeru dapat mencernakan bakat dan kreativiti saya agar dapat menguasai pelbagai mata pelajaran
- iman ( mendoakan kejayaan saya dalam peperiksaan) - ( berdoa agar diredai tuhan) - (menerapkan nilai syumul seperti bertawakal dan berusaha dengan gigih bagai genggam bara api sampai mejadi arang) - sikap bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu bapa dengan mendapat keputusan yang baik- bersolat penting untuk menenangkan jiwa - bersedia menghadapi rintangan dalam hidup宗教让人平静,坚韧,感恩面对考试
- disiplin - kop mak jih motu pp tl( tahniah kepada ng shu qi, she get it well)
- gaya hidup sihat - beriadah untuk mencerdaskan minda- mengambil makanan seimbang untuk mempunyai fizikal yang sihat - masa rehat juga cukup agar tidak mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran
lain2:
- sikap positif - nilai murni seperti bersungguh2 - teknik betul ( study group, selalu menghadiri kursus guru bertauliah seperti kelas tuisyen )
2) rakan berkelakuan devian. nasihatkan rakan2 anda agar menjauhi perbuatan ini
IIIG
a) menasihati rakan saya agar menerapkan didikan agama dalam kehidupan-iman ( mendoakan kesejahteraan saya dalam hidup) - ( berdoa agar diredai tuhan) - (menerapkan nilai syumul seperti bertawakal dan berusaha dengan gigih bagai genggam bara api sampai mejadi arang) - sikap bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu bapa dengan menjadi insan yang berjaya- bersolat penting untuk menenangkan jiwa - bersedia menghadapi rintangan dalam hidup kkr- - sasimini fiti宗教让人平静,坚韧,感恩面对
b) menasihati rakan saya agar membudayakan disiplin dalam hidup - kop mak jih motu pp tl
- ( fokus pada pengurusan masa dengan jadual waktu - disiplin memastikan kita mempunyai kawalan dalaman yang teguh- tingkah laku dan pertuturan mesti dikawal agar memartabatkan imej diri dan keluarga - jangan membalas air susu dengan air tuba- perbuatan bercermin di air keruh atau menconteng arang pada muka ibu bapa akan menggelapkan masa depan rakan - baiklah kita jangan biarkan ibu bapa berhati walang dan merisaukan kita akan melanggar peraturan sekolah atau terlibat dalam tindakan pidana - 讨论kawalan, menghargai masa muda
C) menasihati rakan anda agar mementingkan ilmu dan pandai-pandai memanfaatkan internet untuk CBK- contohilah pemuda pemudi yag berjaya memanfaatkan masa lapang untuk menceburi bidang perniagaan sejak kecil lagi = membaca sangat penting( pi sai mai gaul(kua) pomis mai cbk_) - remaja berinovasi menjulang nama negara di puncak jagatraya - contohilah Mark Zurkerbeg yang telah menjadi ahli koporat sebelum menginjak kedewasaan
d) mesti menjauhi perbuatan pidana kerana bukan sahaja masa depan terjejas, ibu bapa kemurungan malahan meranapkan pembangunan negara. Oleh itu, rakan mesti membudayakan gaya hidup sihat dengan mengamalkan kebersihan mental dan fizikal. Kegiatan yang pidana mesti dijauhi seperti merokok, ketagihan dadah ... kerana akan memudaratkan kesihatan. Penyakit kronik akan diserang, khasnya pergaulan bebas. Oleh itu, gaya hidup sihat seperti beriadah, menjalin hubungan yang baik dengan semua orang, menjaga kebersihan rohaniah, penting untuk menuju ke arah kejayaan
e ) lain2:
untuk menjauhi kegiatan pidana, rakan mesti menerapkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan berharga diri untuk menghadapi masa depan.
3) ucapan pelajar cemerlang: IIIG
4) aktiviti dilakukan untuk mencapai keceriaan di kelas: ( cara2 kelas anda mendapat anugerah sebagai kelas yang paling ceria)
a) gotong-royong - kebaikan: PaSeJiKe- tempat pembiakan vektor penyakit akan dibersih - MPK - supaya PP berjalan dengan lancar
b) bimbingan daripada guru kelas - mengumpulkan dana - dengan peruntukan daripada guru kelas, setiap murid dan bantuan daripada sesetangah ibu bapa, kelas telah dicat dan dilengkapi dengan bunga-bungaan dan alat perhiasan. Akibatnya, suasana di bilik darjah dapat CBK dan hubungan mesra antara guru dengan pelajar telah (motu) pelajar semasa PP berlangsung.
c) sudut bacaan disediakan. Bahan bacaan didermakan oelh ibu bapa masing2 - ( terangkan kepentingan membaca: pi sai mai gaul(kua) pomis mai cbk mpk)
d) selepas gotong-royong, usaha susulan seperti menjalankan tugasan rutin - mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual tugas- ( kop mak jih motu pp tl)
A) dimensi keluarga
a) cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan
- ibu bapa LM+M anak beriadah secara konsisten. ( kebaikan beriadah : BM sofitmen ps iii betahan datok sipeme
- ibu baoa LM+M anak menjalankan aktiviti gotong-royong dan menyertai Hari Keluarga ( kebaikan gotong2: pasejike
- ibu bapa menaruh kasih sayang kepada anak( kepentingan kasih sayang - ikut nota)
- ibu bapa LM+M anak menjamu selera bersama-sama( kebaikan : perbincangan- musyawarah - mengimbangi pemakanan seimbang- kesihatan terjamin)
- ibu bapa LM+M anak menyertai kurusu kerohanian - menerapkan didikan agama - berdisiplin dalam hidup
( kebaikan : kop mak jih motu tl)
( baca notes yang diberi dalam nota dimensi keluarga)
b) peranan ibu bapa ( Tn Haji say no..but better just study bit, ok)
c) kepentingan keluarga bahagia
C) dimensi sekolah
- hari kokurikulum ( nota laporan)
Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan. Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
a) perbincangan
b) fakta
c) ucapan/ syarahan/ ceramah
d) surat tak rasmi ( for me, just 4get it, cuz scope large)
then go bak to the important question:
a) dimensi kendiri: formula: IIIIG
can be using in the following questions:
i) nyatakan usaha-usaha anda untuk menyediakan persiapan sebelum peperiksaan
IIIG
- rajin menuntut ilmu - memanfaatkan pelbagai wadah seperti mencekau maklumat di Internet - ilmu penting sebagai tongkat kepada si buta, bagai penyuluh dalam kegelapan - dengan membaca, (pi sai mai gaul-)kua)pomis mai cbk)- potensi saya akan dicungkil justeru menjadi seorang modal insan yang sempurna- memartabatkan imej pada hari muka- contohnya, saya mesti mengulang kaji dan membuat latihan dengan konsisten, meminjam buku dariapda kawan- membentuk kumpulan perbincangan- menghadiri ceramah, kursus dan program untuk meningkatkan cara menjawab soalan- mencari maklumat dengan internet justeru dapat mencernakan bakat dan kreativiti saya agar dapat menguasai pelbagai mata pelajaran
- iman ( mendoakan kejayaan saya dalam peperiksaan) - ( berdoa agar diredai tuhan) - (menerapkan nilai syumul seperti bertawakal dan berusaha dengan gigih bagai genggam bara api sampai mejadi arang) - sikap bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu bapa dengan mendapat keputusan yang baik- bersolat penting untuk menenangkan jiwa - bersedia menghadapi rintangan dalam hidup宗教让人平静,坚韧,感恩面对考试
- disiplin - kop mak jih motu pp tl( tahniah kepada ng shu qi, she get it well)
- gaya hidup sihat - beriadah untuk mencerdaskan minda- mengambil makanan seimbang untuk mempunyai fizikal yang sihat - masa rehat juga cukup agar tidak mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran
lain2:
- sikap positif - nilai murni seperti bersungguh2 - teknik betul ( study group, selalu menghadiri kursus guru bertauliah seperti kelas tuisyen )
2) rakan berkelakuan devian. nasihatkan rakan2 anda agar menjauhi perbuatan ini
IIIG
a) menasihati rakan saya agar menerapkan didikan agama dalam kehidupan-iman ( mendoakan kesejahteraan saya dalam hidup) - ( berdoa agar diredai tuhan) - (menerapkan nilai syumul seperti bertawakal dan berusaha dengan gigih bagai genggam bara api sampai mejadi arang) - sikap bertanggungjawab untuk membalas jasa ibu bapa dengan menjadi insan yang berjaya- bersolat penting untuk menenangkan jiwa - bersedia menghadapi rintangan dalam hidup kkr- - sasimini fiti宗教让人平静,坚韧,感恩面对
b) menasihati rakan saya agar membudayakan disiplin dalam hidup - kop mak jih motu pp tl
- ( fokus pada pengurusan masa dengan jadual waktu - disiplin memastikan kita mempunyai kawalan dalaman yang teguh- tingkah laku dan pertuturan mesti dikawal agar memartabatkan imej diri dan keluarga - jangan membalas air susu dengan air tuba- perbuatan bercermin di air keruh atau menconteng arang pada muka ibu bapa akan menggelapkan masa depan rakan - baiklah kita jangan biarkan ibu bapa berhati walang dan merisaukan kita akan melanggar peraturan sekolah atau terlibat dalam tindakan pidana - 讨论kawalan, menghargai masa muda
C) menasihati rakan anda agar mementingkan ilmu dan pandai-pandai memanfaatkan internet untuk CBK- contohilah pemuda pemudi yag berjaya memanfaatkan masa lapang untuk menceburi bidang perniagaan sejak kecil lagi = membaca sangat penting( pi sai mai gaul(kua) pomis mai cbk_) - remaja berinovasi menjulang nama negara di puncak jagatraya - contohilah Mark Zurkerbeg yang telah menjadi ahli koporat sebelum menginjak kedewasaan
d) mesti menjauhi perbuatan pidana kerana bukan sahaja masa depan terjejas, ibu bapa kemurungan malahan meranapkan pembangunan negara. Oleh itu, rakan mesti membudayakan gaya hidup sihat dengan mengamalkan kebersihan mental dan fizikal. Kegiatan yang pidana mesti dijauhi seperti merokok, ketagihan dadah ... kerana akan memudaratkan kesihatan. Penyakit kronik akan diserang, khasnya pergaulan bebas. Oleh itu, gaya hidup sihat seperti beriadah, menjalin hubungan yang baik dengan semua orang, menjaga kebersihan rohaniah, penting untuk menuju ke arah kejayaan
e ) lain2:
untuk menjauhi kegiatan pidana, rakan mesti menerapkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan berharga diri untuk menghadapi masa depan.
3) ucapan pelajar cemerlang: IIIG
4) aktiviti dilakukan untuk mencapai keceriaan di kelas: ( cara2 kelas anda mendapat anugerah sebagai kelas yang paling ceria)
a) gotong-royong - kebaikan: PaSeJiKe- tempat pembiakan vektor penyakit akan dibersih - MPK - supaya PP berjalan dengan lancar
b) bimbingan daripada guru kelas - mengumpulkan dana - dengan peruntukan daripada guru kelas, setiap murid dan bantuan daripada sesetangah ibu bapa, kelas telah dicat dan dilengkapi dengan bunga-bungaan dan alat perhiasan. Akibatnya, suasana di bilik darjah dapat CBK dan hubungan mesra antara guru dengan pelajar telah (motu) pelajar semasa PP berlangsung.
c) sudut bacaan disediakan. Bahan bacaan didermakan oelh ibu bapa masing2 - ( terangkan kepentingan membaca: pi sai mai gaul(kua) pomis mai cbk mpk)
d) selepas gotong-royong, usaha susulan seperti menjalankan tugasan rutin - mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual tugas- ( kop mak jih motu pp tl)
A) dimensi keluarga
a) cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan
- ibu bapa LM+M anak beriadah secara konsisten. ( kebaikan beriadah : BM sofitmen ps iii betahan datok sipeme
- ibu baoa LM+M anak menjalankan aktiviti gotong-royong dan menyertai Hari Keluarga ( kebaikan gotong2: pasejike
- ibu bapa menaruh kasih sayang kepada anak( kepentingan kasih sayang - ikut nota)
- ibu bapa LM+M anak menjamu selera bersama-sama( kebaikan : perbincangan- musyawarah - mengimbangi pemakanan seimbang- kesihatan terjamin)
- ibu bapa LM+M anak menyertai kurusu kerohanian - menerapkan didikan agama - berdisiplin dalam hidup
( kebaikan : kop mak jih motu tl)
( baca notes yang diberi dalam nota dimensi keluarga)
b) peranan ibu bapa ( Tn Haji say no..but better just study bit, ok)
c) kepentingan keluarga bahagia
C) dimensi sekolah
- hari kokurikulum ( nota laporan)
Bahagian
B:
KESAN KEMASUKAN
PENDATANG ASING TANPA IZIN ( perak 2012)
Kehadiran pendatang asing tanpa izin
persis serampang dua mata telah menempiaskan kesan positif dan negatif kepada
negara kita.
Masalah jenayah seperti merogol,
pecah rumah dan pembunuhan tidak lekang menghiasi dada akhbar sehingga
merimaskan semua strata komuniti di seluruh ceruk rantau . Api kecil hanya
meranapkan diri, namun angkara pendatang haram mampu meranapkan tamadun bangsa
dan negara.
Kadar
pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan gara-gara kehadiran pendatang asing
telah menggugat peluang pekerjaan orang tempatan. Situasi ini persis anak di
riba diletakkan, kera di hutan disusui.
Krisis kecelaruan identiti negara semakin terhakis sehingga imej negara yang
dimartabatkan telah termusnah. Rumah setinggan yang dibina bukan sahaja
membejatkan sistem perparitan dan pembetungan, malahan pencemaran alam pula akan
memerosotkan industri pelancongan.
Tuntasnya, operasi besar-besaran dan
tegas mestilah dikenakan kepada penguat kuasa agar masalah sosial ini dapat
dibendung sebelum kuman menjadi kudis.
Ciri-ciri
sekolah selamat (PP- 2012)
Sekolah selamat didefinisikan
sebagai atma mater yang ceria, selamat dan bersih supaya pelajar dapat menimba
ilmu serta membina karakter yang luhur.
Pembudayaan disiplin di sekolah akan
memastikan pelajar menjauhi tingkah laku devian yang akan membejatkan akhlak
mereka. Manakala persekitaran yang selamat dan sofistikated seperti pembinaan
lampu
isyarat, pondok pengawal, dan televisyen
litar tertutup pula akan memastikan pekarangan sekolah diawasi selama 24 jam.
Secara langsung, kadar jenayah akan mengurang dengan pemantauan dan pengawasan
yang mengetat ini.
Kemalangan memanglah sukar dielakkan
kerana malang tidak berbau. Oleh itu, latihan kebakaran perlu dijalankan secara
berkala untuk melatih pelajar menyusuri tangga keselamatan sekiranya tercetus
sebarang kebakaran. Pelan kecemasan dan alat pemadam api mesti diletakkan di
tempat yang jelas.
Tuntasnya, slogan “Sekolahku, syurgaku”
merupakan idaman semua warga sekolah.
Kepentingan sungai kepada manusia. (Terengganu 2012)
Sungai ialah khazanah alam yang
perlu dipelihara. Sungai merupakan sumber minuman kepada makhluk sarwajagat.
Tanpa bekalan air, hayat kita tidak dapat berlangsung.
Sungai merupakan tempat rekreasi
untuk menarik pelancong asing. Industri ekopelancongan merupakan penjana
ekonomi yang penting agar membekalkan peluang pekerjaan kepada pengusaha tempatan.
Sungai juga sumber rezeki kepada nelayan yang mengusahakan penternakan ikan
tawar untuk menyara keluarga. Memanglah, sungai merupakan habitan hidupan
akuatik telah mengimbangi ekosistem alam sarwajagat. Air sungai juga penting untuk menjana kuasa
hidroelektrik sebagai alternatif penjanaan kuasa yang berjimat. Sektor
pertanian pula amatlah memerlukan air sungai agar menyuburkan tanaman khususnya
semasa musim kemarau.
Tuntasnya, Tuhan telah mengatur
segala-galanya agar kita saling bergantung dan saling memerlu. Sungai merupakan
anugerah Tuhan yang perlu dibalas dengan kesyukuran dan bukannya kemusnahan.
Kesan obesiti (2013)
Masalah obesiti berpunca daripada
genetik, gaya hidup yang kurang sihat atau pengaruh persekitaran yang
mementingkan makanan segera.
Masalah ini bukan sahaja telah
meranapkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan khalayak ramai, malahan
telah memusnahkan kecerahan masa depan seseorang individu yang dirundung
masalah kegemukan. Gara-gara kesusahan untuk pergerakan, si gemuk ini akan
menghadapi sistem pepeluhan dan metabolisme yang rendah, maka bau hapak dan
pengumpulan toksik pada kulit akan menjejaskan penampilan mereka.
Lebih-lebih lagi, masalah ini akan
mendatangkan penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, dan
kencing manis. Lebih merimaskan, masalah obesiti diserang oleh generasi pelapis yang amat penting untuk
pembangunan sesebuah negara.
Api kecil menjadi kawan, besar
menjadi lawan. Sebelum masalah ini menular, baiklah pengawalan selera dan
pemeriksaan badan dijalankan oleh ibu bapa secara berkala kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.
Kepentingan permainan tradisional.
Permainan tradisional seperti wau,
gasing, dan congkak merupakan warisan pusaka yang melestarikan nilai mahmudah
sejak zaman leluhur.
Permainan ini dapat mendisiplinkan
seseorang individu supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan justeru menjana
sahsiah diri yang ampuh. Permainan ini akan menerapkan sikap positif seperti
kesabaran, kebijaksanaan, dan kesopanan agar mewujudkan persekitaran yang
saling menghormati. Congkak yang memerlukan kemahiran penaakulan akan mematangkan minda justeru berfikir
dengan kritis, kreatif dan rasional.
Permainan wau dan gasing bukan
sahaja menjalinkan hubungan mesra sesama komuniti malahan meningkatkan daya
saing semasa pertandingan dijalankan. Walhasil, permainan ini dapat menggarap
potensi sekali gus mencernakan bakat dan kreativiti pemain agar menempa
kejayaan pada hari muka. Permainan ini juga tarikan pelancong untuk menegakkan
identiti Malaysia yang mengikut acuan tersendiri, iaitu sebagai mayarakat yang
kaya dengan budaya dan tradisi berbeza.
Harta pusaka ini wajar ditelusuri
dan mendarah darah sebagai peradaban tradisi
kerana tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Bahagian
C:
Dimensi
kendiri 2013:
(Ucapan pelajar cemerlang)
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, penolong-penolong kanan, guru-guru, seterusnya para pelajar yang dikasihi. Salam sejahtera dan ucapan terima kasih saya dahului atas undangan ini untuk menyampaikan ceramah yang bertemakan langkah-langkah untuk menjadi pelajar cemerlang.
Para pelajar yang dikasihi,
Sebelum memanjanglebarkan bicara, izinkan saya menginterpretasikan maksud pelajar cemerlang. Adakah anda semua faham akan apakah maksud pelajar cemerelang? Sebenarnya pelajar cemerlang merupakan murid yang berbakat dan berilmu dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, bukan suatu fenomena yang sukar dicapai. Justeru, pada pagi yang ceria ini, saya ingin menyampaikan beberapa tip tentang cara untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Satu daripada langkahnya ialah anda perlu bijak mengagihkan masa dengan teratur dan tersusun. Hal ini dapat dicapai sekiranya anda dapatnenyediakan dan mematuhi jadual waktu belajar. Hal ini juga dapat memastikan anda sentiasa melaksanakan aktiviti dalam masayang ditentukan dengan sempurna.
Seterusnya, anda perlu membuang sifat malas dan jemu, dan sentiasa rajin menimba ilmu setiap masa. Bukankah ilmu itu cahaya hidup? Tidak rugi anda menambah ilmu sebanyaknya. Tambahan pula, matlamat amat penting dalam mencapai kecemerlangan. Dalam pada itu, ilmu agama dan pendidikan moral jangan dipinggirkan. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama dan moral yang kukuh dapat membantu anda nencapai kecemerlangan. Kuatkan tekad dan tanamlah kezaman. Jangan digenggam sepertimenggenggam bara, rasa hangat dilepaskan. Anda jangan sekali-kali berputus asa, waima gagal. Kegagalan bukan bererti dunia sudah kiamat. Dalam menghadapi cabaran dan dugaan di dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini, anda tidak perlu gusar mengakses ilmu. Pelbagai ilmu berada di hujung jari, sekiranya anda bijak menguasai penggunaan komputer. Jadi, tidak ada sebab anda tidak akan menjadi pelajar cemerlang.
Pelajar sekalian,
Pengawalan emosi juga amat penting jikalau anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang. Emosi haruslah sentiasa dikawal dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Seandainya emosi diri sendiri tidak dapat dikawal, anda pasti akan bertindak secara tidak waras dan di luar batas kemanusiaan. Bak kata pepatah, ikut hati mati, kut rasa binasa. Emosi yang tidak dikawal dengan sempurna juga boleh menjejaskan kesihatan. Banyak pesakit mental dan stres serta kemurungan kerana tidak dapat mengawal atau mengendalikan emosinya dengan sempurna. Jadi, emosi anda harus sentiasa dikawal agar tidak mempengaruhi anda dalam menuntut ilmu. Oleh itu, memperbanyak zikir dan doa ialah salah satu cara mengawal emosi dengan sempurna.
Selain itu, anda harus bersikap berani semasa menghadapi masalah dalam pelajaran. Anda tidak sepatutnya takut untuk bertanya kepada guru sekiranya anda tidak dapat memahami sesuatu dalam subjek yang anda pelajari. Sebagai contohnya, jika anda lemah dalam pengiraan ilmu matematik yang agak rumit, anda mestilah berani dan hindarkan perasaan malu meminta pertolongan daripada guru atau orang yang lebih arif. Tindakan ini pasti memanfaatkan diri anda sendiri dan sekali gus akan meningkatkan prestasi anda dalam mata pelajaran yang lemah. Justeru, bertanyalah kepada guru atau kawan-kawan yang lebih pandai merupakan jalan terbaik. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.
Selain bidang akademik yang harus anda kembangkan untuk menjadi pelajar cemerlang, bidang kokurikulum juga tidak sepatutnya anda ketepikan. Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada cirinya yang wajar anda berikan tumpuan sama seperti bidang kurikulum. Lebih-lebih lagi belakangan ini Menteri Pelajaran menegaskan peri mustahaknya bidang kokurikulum untrk melahirkan modal insan berkualiti. Beliau juga menyarankan, “satu pelajar, satu sukan”. Sebagai pelajar, anda hendaklah sentiasa melakukan senaman atau aktiviti kokurikulum bagi menjamin jasmani yang sempurna. Jasmani yang sihat dapat memudahkan seseorang pelajar itu melakukan sebarang pekerjaan dengan baik. Sehubungan itu, badan anda dapat dicergaskan dan minda anda dapat dicerdaskan. Tepatlah kata pujangga, otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas!
Para pelajar yang dikasihi,
Akhirulkalam, anda dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang seandainya anda dapat mengurus masa dengan teratur, rajin menuntut ilmu, bijak dalam mengawal emosi anda dan juga sentiasa melibatkan diri anda dalam bidang kokurikulum sekolah. Ingat dan praktikkan semua ini. Kejayaan pasti mengiringi anda. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa ilmu amat penting dalam kehidupan kita baik masa ini, mahu pun masa depan. Bak kata pepatah, biar miskin asalkan cerdik, terlawan juga orang kaya.
Sekian, terima kasih.Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan. Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
( soalan sama: ciri2 pelajar cemerlang/ usaha
mencapai impian/ tanggungjawab anak)
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah
yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa
memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila
saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah
sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Dr
Fadzilah Kamsah, pakar motivasi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus
kejayaan pelajar disebabkan mereka
memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan.” Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana
bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak
langsung dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru.
Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah
yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan
tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat
sesuatu topik yang kurang saya fahami. Berdasarkan satu kajian, kecemerlangan pelajar
dalam peperiksaan disebabkan oleh sikap yang sentiasa mengemukakan
soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya,
memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan
segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah
dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan mengikutinya dengan tegas . Jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar mengurus masa secara berkesan supaya bersiap siaga untuk menghadapi
peperiksaan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri
daripada pelajar yang telah membuat persiapan awal kerana persii peribahasa
sedia payung sebelum hujan. Walakin begitu, pelajar terlalu leka membuang masa kerana
tidak berpegang pada falsafah masa itu emas atau masa yang lalu tidak akan
kembali. Jelaslah, pengurusan masa yang cekap akan memberikan masa yang cukup
untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan
membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang
dipetik daripada Bahasa Inggeris , praktis asas kecemerlangan memanifestasikan
bahawa jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai
kecemerlangan dalam hidup. Saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran
setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih
menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan
jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat
ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya
akan belajar bersungguh-sungguh dan membuat ulang kaji secara berterusan untuk
memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.
Seterusnya,
saya akan mengikuti kelas tuisyen saya dapat bertanyakan guru tuisyen tantang
topic yang tidak difahami, bak kata pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”,
“segan bertanya sesat jalan”. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu
diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan menguasai sesuatu topik itu. Di
samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana akan membantu
saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala
program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi.
Sekiranya saya menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya
akan didedahkan oleh koleksi soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya
dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan
mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah
yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus
asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat
kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus
dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak
bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa
masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang ternama pernah menyatakan
bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah memenuhi
kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan yang
akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk
sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa
kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap
sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Akhir
sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya
dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan
hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”,
Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak
pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana
saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya
akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya
akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa
dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya
sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang
saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya.
Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh
sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan
segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya
perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya juga akan
sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.
Tuntasnya,
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlu mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang
dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan diibaratkan penyuluh
kepada kita pada malam yang gelap gelita. Kecemerlangan dalam peperiksaan
menentukan masa depan kita, kita akan hidup tergagau-gagau dalam kegelapan.
Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.
Dimensi kendiri : Aspek negatif ( Gejala
sosial-punca)
Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan
budaya negatif. Huraikan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.( sama dengan
soalan cabaran remaja dalam alaf digital
ini.)
Rasulullah
berfirman, “sesungguhya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika daging
itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya; jika daging itu rosak, rosaklah
seluruh tubuhnya; tidak lain dan tidak bukan, daging itulah dikatakan hati.”
Dalam konteks jati diri remaja, apabila hati dan jiwa remaja kita bobrok, maka
pincanglah jati diri remaja. Dewasa ini, gambar-gambar remaja yang bergelumang
dengan gejala sosial sering menghiasi dada-dada akhbar memanifestasikan
lenyapnya jati diri generasi muda kita. Persoalannya, apakah pokok pangkal
terhakisnya jati diri dan mudah terikut-ikut dengan budaya negatif ini?
Kepincangan
jati diri dan akhlak remaja berpokok pangkal pada kurangnya didikan kerohanian
dalam institusi kekeluargaan. Dengan erti kata lain, ibu bapa mengabaikan didikan
agama dan moral kerana terlalu obses dengan keduniawian sehinggakan anak-anak
terhanyut dalam pelimbah yang penuh dengan onak duri. Tanpa akidah dan
nilai-nilai mahmudah, generasi pelapis akan terjerambap ke dalam belukar hidup.
Ada yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dengan terbabit dalam perbuatan
memalitkan arang ke muka negara. Tegasnya, jati diri remaja kita terhakis
bahana kurangnya didikan kerohanian.
Jati
diri remaja kita juga tercemar oleh kepesatan bidang komunikasi dan teknologi
maklumat. Isu-isu yang berkaitan dengan sosial tersebar meluas melalui
Internet. Remaja yang berjati diri rapuh seperti reranting kering akan mudah
terbawa-bawa oleh unsur-unsur negatif dalam Internet. Dampaknya, mereka
terikut-ikut oleh budaya kuning sehingga meninggalkan budaya warisan nenek
moyang,, yakni adat lama pusaka usang dan adat bersendi syarat, syarat bersendi
adat. Sebagai contoh, mereka terjerumus dalam kancah kuning bohsia dan bohjan.
Pedek kata, perkembangan teknologi maklumat merosakbinasakan jati diri generasi
muda kita.
Lenyapnya
jati diri remaja atau pengaruh budaya negatif, tidak dapat disangkal, turut
disebabkan oleh pengaruh negatif rakan sebaya. Mereka menganggap rakan
sebayalah yang paling sesuai untuk mereka mencurahkan perasaan, bertukar-tukar
pendapat, dan menyelesaikan masalah. Baik disedari mahupun tidak, mereka
berjinak-jinak dengan rakan sebaya yang bukan sahaja berumur setahun jagung,
darah setampuk pinang bahkan mula bergelumang dengan budya ‘black metal’ dan
‘gothic’ yang mendewa-dewakan budaya liar Barat. Implikasinya, mereka bersikap
devian yang menjurus kea rah tingkah laku agresif atau delikuen. Lagi terang
lagi bersuluh, rakan sebaya memang mempengaruhi jati diri remaja yang
destruktif.
Pengaruh persekitaran yang
mengagungkan budaya hedonisme dan individualistik mudah terbawa-bawa oleh
budaya negatif. Lagipun, pusat hiburan, arked permainan video, dan kafe siber
berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan seakan-akan stimulus
memberangsang nawa nafsu anak remaja dan hanyut mengejar keseronokan. Pemikiran
liberalisme akan mendorong anak remaja melepaskan tekanan emosi mereka dengan
menghanyutkan diri dalam alam maya yang bebas. Tegasnya, anak remaja berjiwa
agresif dan memberontak menyebabkan mereka mencuba sesuatu yang baharu tanpa
memikirkan bahananya. Kecelaruan identiti dan mental menjerumuskan mereka dalam
kancah maksiat sebagai alternatif untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.
Sebagai
penghias penutup bicara, pelbagai faktor menyumbang kepada terhakisnya jati diri
remaja kita. Bagi remaja, keperibadian diri yang kental dengan nilai-nilai
adat, budaya, agama, bangsa, dan Negara tiada dalam kamus mereka. Remaja yang
tidak mempunyai jati diri bukan sekadar tidak mampu menjadi peneraju masyarakat
ataupun pewaris negara yang dibanggakan bahkkan menjadi duri dalam daging dalam
masyarakat. Sebelum kuman menjadi barah, generasi muda haruslah dipupuk dengan
nilai-nilai yang positif agar menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.
Belia
pada masa ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan
oleh badan-badan tertentu atau badan-badan bukan kerajaan (NGO). Nyatakan
punca-punca belia hari ini tidak berminat dengan aktiviti sukarelawan.
Dimensi
keluarga 2013: Peranan ibu bapa/ tanggungjawab anak/ kepentingan keluarga
bahagia/ keluarga impian
Anda
akan menyertai pertandingan syarahan anjuran Jabatan Kesihatan Daerah. Tajuk
syarahan yang anda pilih ialah “Peranan ibu bapa
penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”.(Terengganu
2012)
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Yang
Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, Tn Haji Muhammad Ali, Yang Berbahagia Tuan
Pengetua SMK Jit Sin, Encik Tan , barisan hakim yang arif dan bijaksana,
penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi
nirmala ini, saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana telah dilimpahi rahmat
berdiri di atas pentas ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Peranan
ibu bapa penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”.
Para hadirin sekalian,
Terlebih dahulu, saya menegaskan bahawa kesihatan asas
kesejahteraan dan kemajuan negara. Gaya hidup sihat didefinisikan sebagai corak
hidup sihat yang diamalkan oleh individu yang berhemah tinggi. Perbuatan yang
sihat ini termasuklah beriadah, menjaga kebersihan mental dan fizikal, menjauhi
kegiatan yang dilaknat Tuhan, masa rehat yang cukup, dan mengamalkan pemakanan
seimbang . (D) Negara kita kini sedang menganjak paradigma dari negera
berkembang ke negara yang maju, maka barisan generasi muda yang sihat dan ideal
merupakan tonggak negara untuk memperjuangkan kedaulatan negara.(K) Sayang
seribu kali sayang, amalan gaya hidup sihat semakin dipinggirkan dek kesedaran
diri yang mengurang dan persekitaran yang mengagungkan makanan segera. (U)
Persoalannya, siapakah yang perlu dituding jari atau dikambinghitamkan sehingga
gaya hidup tidak sihat telah diterapkan oleh generasi muda? Kini, sampailah
masa untuk menopang dagu dan memikirkan peranan ibu bapa untuk memupuk amalan
gaya hidup sihat dalam setiap keluarga.(K)
Demi membudayakan gaya hidup sihat, tidak lain dan
tidak bukan, ibu bapa perlu memberikan pendidikan tentang amalan pemakanan seimbang dan cara penjagaan
kesihatan kepada anak-anak sejak kecil lagi.(AJ) Hal ini dikatakan demikian kerana golongan
remaja sedang memikirkan hala tuju dalam kehidupan. (M) Oleh itu, pendekatan diplomasi sesama
ahli keluarga dapat menjanakan sahsiah diri anak yang ampuh justeru menjauhi
stres dalam kehidupan. Contohnya, ibu
bapa memegangkan prinsip bagai menarik rambut dalam tepung untuk mendidik anak
dalam pelbagai bidang dengan bijaksana seperti menggalakkan anak mengurangkan
pengambilan makanan berminyak, berkolesterol tinggi, dan makanan segera.(C)
Penerapan gaya hidup yang sihat sejak kecil perlu dimulai daripada
pundak ibu bapa kerana persis kata pujangga, segalanya bermula di rumah
.(UM) Sekiranya corak pendidikan ibu bapa seperti mementingkan cara makanan yang
bernutrisi tinggi dan berserat ,
anak akan mengimbangi perkembangan dari segi sosial, fizikal, mental, dan psikologi dengan sebaik-baiknya.(K) Sekiranya
anak mengambil amalan pemakanan yang seimbang, kesejahteraan seisi
keluarga akan terjamin kerana tanpa amalan pemakanan seimbang, kemungkinan
kita diserang penyakit kronik seperti tekanan darah
tinggi, sakit jantung, dan kencing manis.(K) Tegasnya, ibu bapa perlu
melengkapkan diri dalam bidang kesihatan agar mewujudkan keluarga yang sihat dan
ideal.(P)
Dari
perspektif lain, ibu bapa perlu menjadi suri teladan atau uswah hasanah kepada
anak supaya membudayakan gaya hidup sihat sebagai tradisi hidup dominan.
Memanglah diketahui umum bahawa ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak akan
mewarisi sebahagian besar daripada pembawaan dan fiil ibu bapa. Ibu bapa harus bersenam setiap hari, bersolat,
menjaga kebersihan fizikal dengan membersihkan badan atau menggosok gigi setiap
hari agar mendirikan imej yang positif dalam lubuk kalbu anak. Selain itu,
ibu bapa mengaturkan program kerohanian untuk mencernakan bakat dan kreativiti anak
supaya hidup dengan ceria, sejahtera dan sihat.
Tamsilannya, perkhemahan di hutan dara bersama keluarga bukan sahaja
mencergaskan badan malah menjalin hubungan silaturahim sesama ahli keluarga
bagai antan dengan lesung. Sekiranya contoh negatif seperti merokok, ketagihan
dadah, berjudi dan pergaulan bebas ditunjukkan oleh ibu bapa, maka perkembangan
jiwa anak akan terjejas. Ironinya, sekiranya teladan yang baik seperti
keteguhan iman, bersyukur, berbudi pekerti luhur ditunjukkan, anak akan
meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik. Sesungguhnya, Rasulullah
bersabda, “ anak ialah kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.”
Para
hadirin sekalian,
Demi membudayakan gaya hidup sihat, memang tidak dapat
disangkal lagi bahawa ibu bapa perlu
menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.(A)
Remaja mendambakan perhatian, selain galakan dan bimbingan daripada orang tua. (M)
Tamsilannya, ibu bapa menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal
kondusif, pakaian bersesuaian, makanan dan minuman yang berkhasiat secara
langsung akan menjamin keselesaan ahli keluarga. Selain meluangkan masa menemani anak
beriadah, melancong dan menjamu selera bersama, pemeriksaan kesihatan secara
konsisten amatlah perlu dijalankan kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Aktiviti gotong-royong seperti menjaga kebersihan pekarangan rumah dapat mewujudkan
persekitaran kondusif selain menjauhi pembiakan vektor penyakit. (C)Sekiranya
anak membesar dalam suasana yang kasih sayang seperti ibu bapa membekali anak makanan yang
bernutrisi ke sekolah , maka anak yang berasa diberikan perhatian dan bukan
sekadar mata terlepas, badan terkurung.
Lebih-lebih lagi, persekitaran kondusif akan mengimbangi perkembangan
jiwa anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa kita perlu mencontohi Rasulullah mendidik anak
dengan penuh kasih sayang tetapi bertegas. Setiap kesalahan mesti dibetulkan
tanpa herdik dan tohmahan agar perbuatan devian seperti merokok dan berseks
rambang dijauhi sama sekali dalam kehidupan anak.
Ibu
bapa juga perlu menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian. Agama ialah
benteng ketahanan yang kukuh. Sebagai
makhluk-Nya, kita perlu bersolat agar diredai-Nya. Contohnya, perbincangan dan
musyawarah selepas bersolat akan mengumpulkan seluruh ahli keluarga. Peraturan agama dididik kepada anak setiap
kali bersolat akan membersihkan anak
daripada segala dosa dan kekhilafan. Sekiraanya nilai-nilai murni seperti
pasrah dan bertawakal diterapkan, nescaya kesihatan mental dan jiwa dalam
kehidupan anak akan menjadi realiti. Tegasnya, Rasulullah bersabda,” suruhlah
anakmu bersolat sejak berusia tujuh tahun.” perlu dijadi iktibar oleh ibu bapa
agar anak menjauhi tekanan emosi atau kemurungan.
Akhir
sekali dan tidak kurang pentingnya, pembudayaan disiplin merupakan gaya hidup yang
sihat. Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak dengan beriadah sebanyak 30 minit
sehari, membaca buku, berjoging dan sebagainya agar tabiat ini menjadi
darah daging anak sejak kecil
lagi. Remaja ialah fasa yang penuh
dengan konflik dan mencari-cari identiti tersendiri. Dengan mengambil berat tentang latar belakang
kawan sebaya,mengawal perlakuan anak melayari Internet akan mengingatkan anak agar tidak
berjinak-jinak dengan perbuatan yang memudaratkan kesihatan seperti masa rehat
yang kurang daripada 8 jam sehari . Kesihatan hanya datang sekali sahaja,
jangan ambil pusing pembudayaan hidup sihat
di rumah agar kesalahan tidak berulang bagai pisang tidak berbuah dua
kali.
Hadirin
dikasihi sekalian,
Sebelum mengundurkan diri, saya
menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf sekiranya terdapat keterlanjuran kata
sepanjang syarahan saya. Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa kesihatan pemangkin
kejayaan hidup seseorang individu. ® Oleh itu, ibu bapa mesti menggembleng
kudrat dan memerah minda untuk membudayakan hidup sihat dalam atma anak mereka.
© Memetik kata Hadis, “ setiap manusia ada daging, jika daging itu baik, maka
baiklah badannya. Jika daging itu buruk, maka buruklah badannya. Tidak lain dan
tidak bukan, daging ini ialah hati. “ Bahawasanya, budaya hidup yang sihat
mestilah bermula dari hati yang nurani. (Cadangan/nilai) Saya sekali lagi
bersyukur dan berdoa agar ibu bapa sebagai entiti mithali akan mengubah
persepsi dan menganjak paradigma bahawa perubahan mestilah bermula dari hati
diri sebelum meminta anak berubah. Badan sihat Otak Cerdas, Hati sihat hidup
sejahtera.
Sekian,
terima kasih.
Pada
zaman inflasi ini, amalan berjimat cermat merupakan nilai mahmudah untuk
menyelesaikan masalah kesuntukan wang. Negara kita kini sedang memacu arus
kemodenan, namun kadar inflasi yang melambung tinggi akibat kenaikan harga
minyak yang mendadak telah membebani
kebanyakan isi keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Situasi ini
bagai telur di hujung tanduk telah merimaskan pelbagai pihak kerana keadaan
hutang sekeliling pinggang dan masalah kebankrapan akan mencerminkan citra
masyarakat negara Malaysia yang dilanda krisis ekonomi yang gawat. Oleh itu,
ibu bapa memainkan peranan yang bukan alang kepalang agar mendidik anak mereka
menerapkan amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian.
Memang
tidak dapat disangkal bahawa ibu bapa perlu memberikan pendidikan tentang pengurusan
kewangan kepada anak-anak sedari kecil. Golongan remaja sedang memikirkan
hala tuju dalam kehidupan. Oleh itu, pendidikan tentang pengurusan dan perancangan
kewangan seperti mengitar semula bahan buangan, mencatat perbelanjaan harian,
membuat perbandingan harga barangan sebelum pembelian secara tidak langsung
akan menyuntik nilai mahmudah ini dalam lubuk kalbu anak. Ingatlah
kata-kata pujangga,”segalanya bermula di rumah’ kerana rumah ialah tempat
berteduh dan tempat membesar anak muda. Sekiranya corak pendidikan ibu bapa
yang mementingkan amalan berjimat cermat diberikan sejak kecil lagi, anak akan mengurus
kewangan dengan sistematik dan berhemat. Tanpa amalan berjimat cermat,
keselesaan keluarga tidak akan terjamin justeru mengalami kepincangan kewangan
atau kemuflisan. Tegasnya, ibu bapa perlu melengkapkan diri dalam bidang kewangan
agar anak-anak akan dilatih agar memahami bahawa hendak kaya
berdikit-berdikit,hendak tuah bertambah urai atau hemat pangkal kaya, sia-sia
hutang tambah.
Demi
menerapkan amalan berjimat cermat, ibu bapa perlu menjadi suri teladan atau
uswah hasanah kepada anak. Ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak akan
mewarisi sebahagian besar pembawaan dan fiil ibu bapa.Contohnya, ibu bapa
mengaturkan program perancangan kewangan atau membawa anak mengunjungi institusi
kewangan sejal kecil lagi agar persekitaran yang mempropagandakan iklan
tentang berjimat cermat akan menyelami isi hati dan hati budi mereka. Sekiranya
contoh negatif seperti perbelanjaan memboros, mengghairahkan barangan
berjenama, memajak gadai harta pusaka, berhutang kepada ceti haram dan
sebagainya ditunjukkan, maka perkembangan jiwa anak akan terjejas.Sebaliknya,
jika ibu bapa bersikap kesederhanaan dan menghargai setiap kurniaan Tuhan, anak
akan meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik. Situasi ini persis
ajaran Rasulullah bahawa anak ialah kain
putih, ibu bapa yang mencorakkannya.
Memetik kata Dr Fadzilah
Kamsah, tabiat seseorang insan akan ditetapkan selepas berulang kali berlatih sebanyak
1000 kali. Perbuatan berjimat cermat perlulah diulangi sebanyak 1000 kali jua
dalam kehidupan anak. Tidak lain dan tidak bukan, ibu bapa
perlu menghulurkan galakan dan bimbingan tentang sikap berjimat cermat
dalam sanubari anak mereka.
Sesungguhnya, anak muda mendambakan perhatian selain galakan dan
bimbingan daripada orang tua. Tamsilannya, ibu bapa mesti merancang belanjawan
keluarga bagi memenuhi keperluan asas anak mereka. Peruntukan khas untuk
perbelanjaan harian yang asas seperti menghadiri kelas tuisyen, membaca buku
dilengkapi sepenuhnya. Ironinya, kehendak seperti membeli telefon , gadget yang
canggih dan barangan kemewahan perlulah ditegah sama sekali. Sekiranya anak
membesar dalam suasana yang berjimat cermat, maka anak akan mengawal hawa nafsu
dan bukan sekadar berfikiran liberalisme. Ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang
mereka dengan sebijak-bijaknya seperti menyediakan bekalan makanan kepada
anak mereka, selalu menjamu selera di rumah dan mementingkan barangan tempatan.
Maka, contohilah Rasulullah mendidik anak dengan penuh kasih sayang tetapi
dengan kebijaksanaan. Setiap kesalahan mesti dibetulkan agar anak akan
menanamkan sifat mahmudah dalam atma mereka. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa kata-kata pujian perlu diberikan sekiranya mendapati anak mendarah
daging amalan berjimat cermat dan menabung dalam kehidupan mereka..
Selain itu, ibu bapa perlu
menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian. Agama ialah penawar untuk
segala duka lara atau benteng ketahanan yang kukuh. Sebagai makhluk-Nya, kita
perlu bersolat agar diredai-Nya. Contohnya, peraturan agama tentang cara
berjimat cermat, nilai kesederhanaan dan menjauhi sikap tamak dididik kepada
anak setiap kali bersolat. Memang diketahui bahawa berjimat cermat ialah
tuntutan agama kerana perbuatan memboros ialah kawan syaitan. Dalam erti kata lain,
solat akan mendisiplinkan anak agar membezakan intan daripada kaca justeru pasrah
pada tuntuan agama seperti tidak berlebihan menggunakan bekalan elektrik,
memanfaatkan masa dan memelihara khazanah alam. Sekiranya nilai-nilai murni
seperti penghargaan, kesyukuran, berhemat diterapkan, nescaya usaha ibu
bapa membentuk anak yang berjimat cermat akan menjadi realiti. Marilah
kita menopang dagu merenung kata hadis Rasulullah ” khazanah alam merupakan
pinjaman sementara.” Amalan berjimat cermat bagai suruhan Tuhan agar generasi
akan datang berusaha menjaga setiap masa, benda, bekalan, dan sumber yang
berada di alam ini.
Sebagai
penghias penutup bicara, amalan berjimat cermat wajar dijadikan pedoman hidup
dalam kalangan masyarakat. (R)Penggemblengan kudrat bagai aur dengan tebing
diperlukan agar semua strata komuniti dididik untuk memegang prinsip berhemat
sebelum habis, bercermat sebelum kena supaya membangunkan negara menjelang
ambang 2020. (C)Jangan sekali-kali nafsu-nafsi bagai raja di mata, sultan di
hati kerana ikut hati mati, ikut suka duka, ikut mata leta, ikut rasa binasa. (A)Persekitaran
hedonisme dan mengejar barangan kemewahan bukan sekadar api kecil meranapkan
diri tetapi akan meranapkan seluruh pembangunan negara. (A) Dengan itu, kita
perlu berdoa dan berjimat cermat agar membendung masalah inflasi yang semakin
melanda negara. (H)
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengawal
obesiti dalam kalangan anak- anak.(PP2012)
Masalah
obesiti didefinikan sebagai kegemukan yang dialami oleh individu yang tidak
mengamalkan gaya hidu sihat. (D) Negara kita kini sedang menuju ke ambang
keramat 2020, maka barisan anak watan yang sihat dan ideal merupakan aspirasi
dominan pemimpin negara agar mampu berdiri sama tinggi, duduk sama dengan
rendah dengan pemuda- pemudi di negara atas angin. (K) Sayang seribu kali
sayang, masalah obesiti dalam kalangan anak muda telah menunjukkan kadar
peningkatan yang merimaskan dek kealpaan ibu bapa atau restoran makanan segera
yang berkembang mendadak bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada era atom ini.
(P) Persoalannya, mengapakah masalah obesiti dalam kalangan anak semakin
bermaharajalela bagai bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru? Adakah
ibu bapa perlu dituding jari? Kini sampailah masa untuk kita menelusuri sejauh
mana peranan yang perlu digalas oleh ibu bapa untuk mengawal obesiti dalam
kalangan anak mereka. (K)
Pada
hakikatnya, ibu bapa perlu memberikan pendidikan tentang amalan pemakanan
seimbang kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak remaja sedang
memikirkan hala tuju dalam kehidupan dan pendirian yang menipis bagai lalang
ditiup angin. Tamsilannya, ibu bapa memegangkan prinsip bagai menarik rambut
dalam tepung untuk mendidik anak tentang kepentingan penjagaan potongan badan. Ingatlah
kata-kata pujangga,”segalanya bermula di rumah’ kerana rumah ialah tempat
berteduh dan tempat membesar anak. Sekiranya corak pendidikan ibu bapa
menggarisbawahi amalan pemakanan seimbang seperti kurang mengambil makanan
berminyak, berkolesterol,dan bergaram, maka anak akan mengimbangi perkembangan fizikal
dengan sebaik-baiknya.Sekiranya anak menghadapi masalah obesiti, kesejahteraan
seisi keluarga akan tergugat kerana kemungkinan anak tersebut akan kurang
keyakinan dan dipandang hina bagai
cacing di pelimbah. Tegasnya, amalan pemakanan seimbang seperti
pengambilan makanan yang bervitamin, berprotein tinggi, berkorbohidrat,
berserat, dan minum air yang mencukupi merupakan penawar untuk segala penyakit.
Dalam
erti kata lain, ibu bapa perlu menjadi suri teladan atau uswah hasanah kepada
anak dengan mengamalkan aktiviti beriadah secara konsisten. Ibu bapa ialah idola anak-anak kerana anak
akan mewarisi sebahagian besar pembawaan dan fiil ibu bapa. Sebagai analogi,
ibu bapa mengaturkan program kesukanan baik di taman rekreasi mahupun di pusat
gimnasium untuk mencernakan bakat dan kreativiti anak. Sekiranya contoh negatif
seperti menjamu selera melampaui masa, menonton televisyen sambil makan makanan
ringan, makan mengikut selera atau membudayakan pengambilan makanan di restoran
mamak atau makanan segera, maka perkembangan sosial fizikal,mental dan
psikologi jiwa anak akan terjejas. Walakin begitu, sekiranya teladan yang baik
seperti beriadah sekurang-kurang 20
minit sehari, berjoging dengan isi keluarga, memperkebuni taman mesra alam ditunjukkan
oleh ibu bapa, anak akan meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak
rintik. Bergelanggang di mata orang banyak bahawa anak ialah kain putih, ibu
bapa yang mencorakkannya sama ada mempunyai potongan badan yang ramping atau
berbadan gedempol.
Demi
mengawal masalah obesiti dalam kalangan anak, memang tidak dapat disangkal
bahawa ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang
minyak yang penuh tetapi bukan sekadar memanjakan anak-anak mereka dengan
melarang anak makan mengikut selera sahaja. Walhasil, anak muda mendambakan
perhatian, selain galakan dan bimbingan daripada orang tua. Contohnya, ibu bapa
mestilah menyediakan keperluan asas seperti makanan dan
minuman yang berkahsiat untuk menjamin keselesaan anak. Peruntukan khas
seperti menyediakan alatan sukan, gelanggang atau menyertai kelab rekreasi
dapat membudayakan gaya hidup sihat. Ibu bapa juga digalakkan meluangkan masa
menemani anak menyediakan makanan sendiri, memasak di rumah dan mewarnai
bekalan makanan dengan pelbagai nutrisi. Sekiranya perasaan kasih sayang adalah
tidak berbelah bahagi dan bertegas, maka anak akan mengawal diri sendiri agar
tidak mengalami tekanan emosi sehingga melepaskan dendam mereka dengan makan
tanpa batasan. Sekiranya bimbingan dan galakan diberikan, anak akan mengawal
hawa nafsu dan bukan sekadar nafsu-nafsi bagai raja di mata, sultan di hati. Contohilah
Rasulullah mendidik anak dengan penuh kasih sayang tetapi bertegas. Setiap
kesalahan seperti makan mengikut selera, tidak suka makan sayuran mesti
dibetulkan tanpa herdik dan tohmahan.
Akhir sekali dan tidak kurang
pentingnya, pembudayaan disiplin mesti diamalkan dengan menetapkan masa makan
yang teratur. Remaja ialah fasa yang
penuh dengan konflik dan mencari-cari identiti tersendiri. Sekiranya anak muda
terpengaruh oleh budaya hedonisme, maka anak muda akan lebih cenderung
mengambil makanan ala kebaratan seperti ayam goreng, hamburger, pizza, dan
makanan yang berminyak tinggi tanpa memikirkan padahnya. Dengan mengawal corak
pemakanan anak, nescayanya anak akan menjauhi makanan yang bermudarat sehingga
mengalami masalah kegemukan. Pemeriksaan mengejut tentang makanan yang dijual di
kantin juga dapat mengelakkan anak mereka diserang masalah obesiti. Ibu bapa
mestilah menetapkan peraturan yang ketat di rumah iaitu makanan ringan seperti
aiskrim, coklat, gula-gula atau keropok mestilah
kurang diambil oleh anak mereka. Contohnya, hidangan yang berlaukkan sayuran
mestilah ditetapkan sebagai menu utama. Pendek kata, pendisiplinan tentang
corak pemakanan akan mengingatkan anak
agar tidak mengambil pusing kesihatan sebagai agenda utama di setiap keluarga. Oleh
itu, masalah kegemukan lantaran pengambilan makanan ringan wajar dielakkan
dengan menetapkan peraturan di rumah sejak kecil lagi.
Tuntasnya, ibu bapa mestilah
memastikan anak tidak mengambil makanan ringan, makanan segera yang berlebihan.
Makan melewati masa di restoran makanan segera 24 jam, makan mengikut selera,
makan sambil membaca atau menonton televisyen justeru kurang membudayakan gaya
hidup sihat perlulah dielakkan sama sekali kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Jangan sekali-kali sudah terhantuk baru tengadah, kegemukan akan menyebabkan seseorang
kurangnya keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Alangkah
malangnya sekiranya anak muda tidak berketerampilan, berkeyakinan dan
berkeberanian untuk menerajui pucuk pimpinan negara. Oleh itu, ibu bapalah
menggalas pundak dominan untuk mengawal masalah obesiti dalam kalangan anak.
Bincangkan usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan. (percubaan
perak 2012)
Persiapan fizikal dan mental
merupakan perencah untuk menenangkan jiwa pelajar supaya memastikan prestasi
akademik adalah cemerlang, gemilang, dan terbilang. (D) Negara kita sedang
memacu arus globalisasi dan modenisasi, maka pembinaan modal insan berminda
kelas pertama merupakan agenda aktuil oleh barisan pemimpin di negara kita. (K)
memandang kepentingan modal insan, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia(2013-2025) menekanan pembangunan modal insan yang seimbang dengan menggarisbawahi pencapaian akademik yang
cemerlang dalam kalangan pelajar. (U) Persoalannya, sejauh manakah persediaan
ibu bapa untuk membantu persiapan menghadapi peperiksaan? Sehubungan dengan
itu, pelbagai usaha bagai genggam bara api biar sampai menjadi arang perlu
ditelusuri sehingga ke akar umbinya. (K)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
Ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian. Agama ialah benteng
ketahanan jiwa yang kukuh. Sebagai makhluk-Nya, kita perlu bersolat agar
diredai-Nya. Tamsilanya, perbincangan dan musyawarah selepas bersolat akan
mengumpulkan seluruh ahli keluarga. Ibu bapa boleh menanyakan anak tentang
permasalahan anak sama ada dalam akademik mahupun tekanan emosi. Berusaha mencapai ialah tuntutan agama kerana malas ialah kawan
syaitan. Solat akan mendisiplinkan anak
agar menerapan nilai bertakawal dan
pasrah kepada tuntuan agama.
Sekiraanya
nilai-nilai murni seperti kerajinan, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh
diterapkan, nescaya pencapaian akademik cemerlang akan menjadi realiti. Rasulullah
bersabda,” suruhlah anakmu bersolat sejak berusia tujuh tahun.” Oleh itu,
persediaan mental dengan keteguhan iman akan menenangkan jiwa agar tabah
menghadapi sebarang masalah hidup, bagai bujur lalu lintang patah.
Persediaan mental untuk menghadapi
peperiksaan, ibu bapa perlu menjadi suri
teladan atau uswah hasanah kepada anak. Ibu bapa ialah idola anak-anak kerana
anak akan mewarisi sebahagian besar pembawaan dan fiil ibu bapa. Tamsilannya, ibu bapa membawa anak
mengunjungi pameran buku, perpustakaan untuk mencernakan bakat dan kreativiti
anak. Sekiranya contoh negatif ditunjukkan oleh ibu bapa seperti malas, tidak
berpendidikan dan mengabaikan tanggungjawab hakiki, maka perkembangan jiwa anak
akan terjejas. Walakin begitu, sekiranya teladan yang baik ditunjukkan oleh ibu
bapa seperti membudayakan amalan membaca rajin menuntut ilmu sepanjang hayat,
dan melayari Internet untuk mencekau maklumat tanpa batasan, anak akan
meneladani fiil ibu bapa kerana bapa borek anak rintik
.
Akhir sekali dan tidak kurang
pentingnya, ibu bapa mesti membudayakan gaya hidup sihat dalam aktiviti rutin
anak mereka. Gaya hidup sihat merupakan pemangkin untuk memastikan pembangunan
modal insan yang sihat dan ideal. Tamsilannya, ibu bapa mestilah memastikan
anak menjauhi tekanan emosi dengan mengamalkan aktiviti beriadah secara
konsisten. Sistem pepeluhan dan metabolisme yang baik akan melancarkan
pengaliran darah dan toksik daripada badan. Anak yang sihat akan mencerdaskan
minda dan memperkasakan daya imunisasi, ingatan , dan imaginasi agar menghadapi
setiap peperiksaan dengan tenang dan tabah. Persediaan mental ini amat penting
agar berpegang pada falsafah tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya agar
kejayaan dalam akademik akan direalisasikan.
Sebagai penghias penutup bicara, ibu
bapa mestilah menerapkan didikan agama, mempamerkan suri teladan yang rajin
menuntut ilmu tanpa jemu, menghulurkan kasih sayang, bimbingan dan galakan,
justeru membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anak. ® Sesungguhnya, generasi pelapis merupakan tonggak kepimpinan
negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. © Jangan sekali-kali
ibu bapa mengherdik anak jika terkandas dalam pelajaran kerana kesalahan sekali
tidak menunjukkan kesalahan sepanjang hayat. (A) Dengan ini, diharapkan
semoga-moga ibu bapa memainkan peranan yang vital agar memastikan anak-anak
membuat persiapan menghadapi peperiksaan sebelum kuman menjadi kudis.
**Pembentukan
disiplin diri anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah sebagai mana
tanggapan sesetengah pihak. Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu
bapa dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. ( .ceramah pegawai-Pembentukan
tingkah laku dan keperibadian anak-anak bermula dari rumah) – Negeri Sembilan
2012
Kata-kata
aluan:
Anak-anak diibaratkan seperti kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkanya. Hasil yang telah dicorakkan dapat dilihat setelah anak-anak
menginjak ke alam remaja. Sejak dalam kandungan ibu, anak-anak telah mula
mendapat didikan ibu bapanya.Setelah membuka mata melihat dunia, ibu bapalah
orang pertama yang dilihatnya.Selama bertahun-tahun zaman kanak-kanak ibu
bapalah yang bertanggung jawab membentuk akhlak dan disiplin anak-anak.Jelaslah
bahawa pembentukan disiplin anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam melakukan anjakan paradigma
bagi membentuk disiplin anak-anak mereka.
Demi
membentuk disiplin anak, ibu bapa sayogianya melengkapkan anak-anak dengan
didikan agama yang sempurna. Roh agama yang disemai ke dalam diri anak-anak
akan menerbitkan peribadi yang mulia.. Sebagai contohnya, membiasakan diri
mereka dengan memberi salam dan menghormati orang tua. Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud ‘ didiklah anak-anakmu mendirikan solat sedari umur
tujuh tahun’. Solat merupakan asas agama yang paling penting yang perlu
diterapkan dalam diri anak-anak. Hal ini kerana solat merupakan tiang agama. Analoginya,
sesebuah rumah tidak akan dapat didirikan tanpa tiang. Solat dapat mencegah
daripada melakukan perbuatan mungkar. Anak-anak seharusnya dilatih menjaga
solat sejak kecil agar mereka lebih mudah dibentuk untuk menjaga disiplin diri.
Hal ini kerana, solat memerlukan disiplin diri yang tinggi dan istiqamah.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Dr. H.M.Tuah Iskandar, “seribu
mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan, namun cahaya keimanan
dapat menyuluh ke jalan kebahgiaan”. Oleh itu, didikan agama yang sempurna amat
penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.
Selain itu, ibu bapa perlu menitipkan kasih sayang
secukupnya tanpa membeza-bezakan antara anak-anak. Tidak boleh ibu bapa
bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini
bagi mengelakkan timbul rasa iri hati antara anak-anak.Ibu bapa perlu bersikap
adil sesama anak-anak agar tiada antara mereka berasa tersisih atai
disisihkan. Sebagai contohnya, jika membeli keperluan di pasar raya, berlaku
adil dengan membelikan baranagn yang sama dan bersesuaian kepada nak-anak.
Sekiranya ingin memuji atau member teguran, hendaklah dengan adil agar tiada
antara mereka berasa kecil hati dan rendah diri. Justeru kasih sayang ibu bapa
seputih salju selembut sutera membentuk ikatan kekeluargan yang ampuh sekali
gus memudahkan anak-anak mendengar nasihat.Jelaslah bahawa kasihan sayang ibu
bapa dapat membentuk didiplin anak-anak.
Jika
dilihat dari perspektif yang berbeza, anak-anak juga tidak seharusnya terlalu
dimanjakan. Kemanjaan yang keterlaluan akan memusnahkan anak-anak. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa perlu mengamalkan toleransi dan ketegasan dalam sesuatu
situasi atau keadaan. Tamsilannya, sekiranya anak-anak melakukan kesilapan ,
berikanlah hukuman yang setimpal.Sebaik-baiknya hukuman itu diiringi dengan
tunjuk ajar dan nasihat agar anak-anak memahami sebab mereka dihukum. Selain
dapat menerima hukuman tersebut, anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan yang
sama kerana mereka memahami bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya salah.
Mereka juga memahami bahawa hukuman itu merupakan keperihatian ibu bapa terhadap
mereka.Oleh itu benarlah bahawa toleransi dan ketegasan akan membentuk disiplin
diri anak-anak.
Ibu
bapa sayogianya perlu menyedari bahawa mereka menjadi suri teladan kepada
anak-anak.Setiap tutur kata dan perilaku ibu bapa akan menjadi ikutan
anak-anak. Sebagai contohnya, sekiranya berlaku perselisihan faham antara suami
isteri, mereka perlu menyembunyikan dari anak-anak. Pertengkaran antara mereka
tidak harus menjadi tontonan anak-anak.Hal ini akan dapat memembentuk anak-anak
yang rasional, tolenrasi, dan bijaksana mengatasi sesuatu masalah. Selain itu,
tunjukkanlah perilaku teladan yang baik di hadapan anak-anak. Sebagai
contohnya, mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah. Sekiranya
berada di tempat-tempat awam, mereka tidak membuang sampah merata-rata.Malahan
ketika berada dalam kereta mereka tidak boleh membuang sampah melalui tingkap
kereta. Oleh itu, anak-anak akan terbentuk peribadi mulia melalui teladan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa teladan
yang ditiru oleh ibu bapa akan membentuk disiplin dalam diri anak-anak.
Langkah terakhir ialah ibu bapa perlu mengambil berat
tentang kehidupan sosial anak-anak. Tamsilannya, memantau dengan siapa
anak-anak berkawan dan ke mana hala tuju mereka selepas keluar dari rumah. Hal
ini bertujuan mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial seperti
merempit, merokok, dan pergaulan bebas yang semakin meruncing dewasa ini. Ibu
bapa perlu melarang anak-anak mereka berkawan dengan mereka yang rosak
akhlaknya. Masa berada di luar rumah bersama-sama rakan sebaya perlu dihadkan.
Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan disiplin mereka. Memetik
kata-kata Alex Gordon, “lampu alladin tidak akan menyala dengan sendiri, tetapi
ia menyala sebaik Alladin menggosoknya.” Hal ini memberi makna bahawa membentuk
disiplin dalam diri anak-anak tidak berlaku dengan keajaiban. Ibu bapalah yang
menentukan akhlak dan disiplin anak-anak mereka.
Deduksinya, ibu bapa memberi impak yang besar dalam membentuk disiplin
anak-anak. Mereka Mereka haruslah berkorban tenaga,masa,dan wang ringgit untuk
melahirkan generasi yang berwawasan bagi memimpin negara pada masa akan
datang.Memetik kata-kata Imam Ghazali, “jika ingin melihat masa depan negara
tersebut, lihatlah keadaan remajanya pada hari ini.”Jelaslah bahawa anak-anak
yang berdisiplin hasil didikan ibu bapanya akan meneruskan kelangsungan
pembangunan negara.
Dimensi keluarga: Perlis 2012; ciri-ciri keluarga impian
anda.
Dimensi keluarga : Ibu bapa
merupakan orang yang paling penting dalam mencurahkan kasih sayang kepada
anak-anak untuk membentuk keluarga bahagia. Bincangkan pernyataan di atas. (
Mara; 2013)
Dimensi keluarga : Ibu bapa merupakan insan yang disayangi dan
dihormati. Sebagai anak, nyatakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
terhadap ibu bapanya.
Dimensi kemasyarakatan 2013:
Permainan tradisional tidak lagi diminati dan
semakin dilupakan oleh generasi muda.Berikan pendapat anda tentang pernyataan
ini.
D
|
Malaysia sememangnya kaya dengan warisan budaya terutamanya permainan
tradisional sejak awal lagi.
|
I
|
Belakangan ini, isu permainan tradisional semakin terpinggir dalam
kalangan rakyat Malaysia khususnya anak muda.
|
K
|
Permainan tradisional bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan
tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai dan budaya tempatan. Namun,
permainan tradisional telah semakin dilupai sejurus dengan perkembangan sains
dan teknologi.
|
K
|
Persolannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan permainan
tradisional semakin dilupai? Selain itu, apakah langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan dalam usaha menyelamatkan permainan dan budaya tradisional yang
diwarisi secara turun temurun daripada lenyap? Tepuk dada, tanya selera.
|
P1
|
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh budaya
barat merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan permainan tradisional
kurang diminati dalam kalangan masyarakat tempatan.
|
M1
|
Negara barat yang maju memperluas permainan yang canggih,
menarik, istimewa dan penuh cabaran berbanding dengan permainan tradisional.
Tambahan pula, permainan canggih ini disebarkan secara meluas melalui media
massa sama ada media elektronik atau media cetak.
|
M2
|
Permainan moden dan canggih sekarang mudah didapati di pasaran dan
pusat-pusat hiburan merupakan faktor perdana yang mendamba hati masyarakat
tempatan khususnya remaja masa ini
|
C1
|
Biar kita mengambil contoh yang paling ketara iaitu permainan
komputer seperti‘playstation 3’ telah melambak di pasaran tempatan dengan
begitu pesat. Tambahan pula, dengan perkembangan perkhidmatan Internet, maka
munculnya permainan maya yang juga menjadi kegemaran ramai.
|
P1
|
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengaruh budaya barat memang banyak
mempengaruhi permainan tradisional di Malaysia.
|
P2
|
Permainan tradisional yang kurang disebarkan atau tidak mendapat
liputan yang meluas juga merupakan salah satu faktornya.
|
M1
|
Permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak, batu
seremban, galah panjang, dan juga ting-ting hanya dimainkan dalam generasi
tua di kawasan pedalaman.Permainan
layang-layang atau wau pula hanya dimainkan sempena perayaan tertentu
semata-mata untuk pertunjukan sahaja.
|
M2
|
Selain itu, generasi muda sekarang tidak berminat dalam permainan
tradisional disebabkan kekurangan kesabaran.
|
P3
|
Sikap-sikap remaja sekarang yang kononnya ingin mengikut perkembangan
semasa atau trend-trend maju juga antara faktornya.
|
M3
|
Permainan tradisional memerlukan kesabaran, ketelitian dan pemikiran
yang tinggi lagi tangkas.
|
P1
|
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap rakyat sendiri dan juga
kekurangan inisiatif untuk menyebarkan permainan tradisional menyebabkan
permainan tradisional semakin terpinggir.
|
U
FM
|
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, pelbagai langkah harus
dilaksanakan supaya permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun
dan amat berharga ini tidak disingkirkan oleh komuniti yang moden sekarang.
|
U1
|
kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyelamatkan
permainan tradisional kita.
|
U2
|
Pendedahan kepada budaya dan warisan permainan tradisional haruslah
dilakukan sejak bangku sekolah lagi. Teori dan asal-usul permainan
tradisional harus diajar kepada pelajar melalui aktiviti kokurikulum.
|
C1
|
Sebagai contoh,kerajaan boleh mengadakan pertandingan permainan
tradisional secara besar-besaran untuk mendorong semua lapisan masyakarat
menceburkan diri dalam permainan tradisional
|
C2
|
Kempen dan pameran berkaitan dengan permainan tradisional juga boleh
diadakan untuk mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
moden sekarang
|
P1
|
terbuktilah bahawa kerajaan berperanan dalam usaha menyelamatkan
tradisi dan warisan permainan tradisional kita.
|
U3
|
Tambahan pula, masalah yang serius ini juga dapat diatasi dengan cara
mengkormersialkan permainan tradisional.
|
U4
|
Langkah ini juga dapat ditingkatkan dengan bantuan media massa sama
ada melalui media elektronik atau media cetak.
|
C1
|
Dalam konteks ini, permainan tradisional juga boleh mengambil tempat
di dalam hati kalangan masyarakat jika permainan tradisional boleh disediakan
di pusat-pusat hiburan atau dijual besar-besaran di kedai-kedai hiburan.
|
C2
|
Selain itu, permainan video berasaskan permainan tradisional juga
boleh diusahakan bagi meningkatkan minat masyarakat terhadap permainan
tradisional yang penuh cabaran ini.
|
P
|
Pendek kata, usaha mengkormersialkan permainan tradisional dapat
mengatasi masalah ini secara tidak langsung.
|
Berdasarkan
isi-isi yang diutarakan, memang tidak dapat disangkal bahawa permainan
tradisonal dapat mengekalkan budaya dan warisan tempatan. Oleh itu, saya
berharap agar fenomena permainan tradisional yang kian dilupakan dalam kalangan
masyarakat dapat diatasi. Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk memastikan permainan tradisional dapat diwarisi. Biar mati anak, jangan mati adat
merupakan antara peribahasa Melayu yang paling sesuai dalam konteks ini.
Semangat kejiranan
semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.Bincangkan cara-cara memupuk
semangat kejiranan.
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam
kalangan masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Dalam
kehidupan sehari-hari, sekalipun kita mengasihi adik-beradik dan
saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan kita
terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita sejak
lahir. Semangat kejiranan membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik,
bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita,
kita dilarang menyakiti hati jiran, tetapi hidup berlandaskan kasih sayang
sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita
perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat
kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara.
Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba,
semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.
Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil
langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari
hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk
di negara ini, maka ibu bapa haruslah meluangkan
masa menemani anak mereka menyertai aktiviti gotong-royong yang
dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Melalui aktiviti
gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama justeru dapat mengenal hati
budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui
pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai
contoh, aktiviti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara
dan sebagainya dapat meringankan beban yang berat. Melalui cara ini, setiap
ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga
sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa
kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan.
Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat
memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain
itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada
anak-anak dengan mengamalkan cara hidup
bermasyarakat seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah’ agar mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam
sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan
keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila mengambil berat akan
hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka, tetapi
kita cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh
jiran. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke
hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka,
mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan
yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga
turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya
menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Di
samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena
sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, masyarakat dapat berkumpul
dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang
untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil
menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan
lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini.
Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya
Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah
dijadikan acara tahunan. Sekiranya amalan kunjung-mengunjung mendarah daging
dalam hidup kita, maka anak-anak akan mengenali adat resam dan budaya masing-masing
malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dan semangat patriotik dalam
diri anak-anak. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap
tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk
masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya,
ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya
ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk
semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa
digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada
masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui
masalah yang dihadapi oleh jiran kita. Sekiranya masalah diselesaikan, hidup
akan lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.
Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital
jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk
sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan
diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu
memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada
prinsip “cubit peha kiri, peha kanan
terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat
meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung,
mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Jelasnya, ibu bapa
boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk
memupuk semangat kejiranan.
Akhir
sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Aktiviti
Hari Keluarga yang dianjurkan oleh setiap komuniti dapat mengukuhkan hubungan
dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang,
taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama
dan setiap ahli keluarga boleh menyertai sukaneka yang disediakan. Selain
itu, ibu bapa boleh mendedahkan anak-anak tentang kepentingan hidup bermasyarakat.
Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat
seperti Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rukan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi
keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian
yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini
dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama
lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan
anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk
memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam
setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin
dan membentuk perpaduan kaum. Walau di mana-mana pun kita tinggal, kita
perlulah mempunyai jiran yang baik hati. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik,
maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita.
Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik
dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat
Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan
dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan.
Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa
aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap
negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada
telah membentuk identiti negara kita. Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa
dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan.
Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana
mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan
dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri
mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan
tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa
seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.
Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat
di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak
bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak?
Sesungguhnya
tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam
menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak
melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai
barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat melahirkan minat
anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan
seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat
bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan
sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke
tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai
serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu
pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat
antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan
amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Selain
itu, ibu bapa juga hendaklah membeli
buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan
semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak. Hal ini
demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih
banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku
tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas
menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk
anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku
yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat.
Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik
dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut
hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat
patriotik dan suka membaca kerana kalau
asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi
kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di
samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi
‘role model’ atau suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar
bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran mereka
akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya,
ibu bapa boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh
menunjukkan sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa
protes terhadap negara kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti
ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu,
ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik kepada anak-anak kerana
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak
menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau
lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati
agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan
bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.
Seterusnya,
ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa
atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan
generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur,
ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada
anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat
Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa boleh
juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka
menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak
yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang
berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan
maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan
mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan
setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah.
Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik
dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau
kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak
mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan
kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati
setiap cerita yang pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara.
Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk
jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.
Akhir
sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31
Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita Dengan menyertai
sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri
mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar
cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan
negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali
gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan
dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan
keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus
dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai
aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat
persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah
masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah
bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan
setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan
perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan
bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada
anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas
membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada
pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan
tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik,
cinta akan negara dan berwawasan.
No comments:
Post a Comment