Langkah-langkah untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan
“Rumahku , syurgaku”.
Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam
kehidupan seseorang . Kini , banyak gejala sosial yang berkaitan dengan
keluarga sering menghiaskan dada akhbar . Hubungan kekeluargaan yang erat akan
menjamin keluaraga bahagia . Tepuk dada tanya selera , apakah langkah-langkah
yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ?
Hakikatnya , ibu bapa
berperanan signifikan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan . Sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab , kita seyogianya mencurahkan kasih sayang
sepenuhnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh . Hal ini demikian
kerana Dr. Fadzilah Kamsah telah memberitahu bahawa , “ pendidikan bermula dari
rumah” . Dengan mempunyai kasih sayang yang penuh , anak-anak akan berasa
mereka telah diberi perhatian dan seterusnya keluarga itu akan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan . Walhasil , sudah terang lagi bersuluh bahawa
kasih sayang yang penuh dapat menjamin keluarga bahagia .
Selain itu , ibu bapa
juga harus memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa wajar mengajar anak-anka
untuk membezakan intan daripada kaca supaya mereka tidak mudah terjerumus dalam
kegiatan yang bersifat negatif . Anak-anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa
mereka . Oleh itu , ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan yang baik kepada
anak-anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya . Melalui tindakan
ini , keluarga itu akan mempunyai hubungan yang erat dan bahagia .
Di samping itu , ayah
merupakan nakhoda sesebuah keluarga . Oleh itu , ayah haruslah selalu
meluangkan masa untuk membawa keluarganya melakukn aktiviti yang berfaedah
seperti melancong ke luar negara , berkelah di tepi pantai dan bergotong-
royong membersihkan halaman rumah . Hal ini dikatakan demikian kerana dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan . Sememangnya , bersuluh di tengah hari
bahawa ibu bapa sewajarnya meluangkan masa yang lebih untuk menemani dan
membimbing anak-anak mereka supaya dapat menjamin keluarga bahagia .
Seterusnya , anak-anak
juga berperanan penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaaan . Anak-anak
sewajarnya memberikan prihatin kepada ibu bapa mereka yang baru pulang dari
pekerjaan . Hal ini dibuktikan demikian kerana ibu bapa akan berasa gembira
kerana mengetahui anak-anak mereka sangat menyayangi mereka . Selain itu ,
anak- anak juga boleh menyambut kelahiran atau perkahwinan ulang tahun ibu bapa
dengan menghadiahi mereka hadiah yang
dibuat sendiri seperti kad hari jadi , bunga kertas dan lain-lain lagi . Anak-anak
juga patut belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapatkan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan . Dengan ini , ibu bapa akan berasa besar hati
kerana anak-anaknya sangat baik dalam
bidang akademik .
Selanjutnya , anak-anak
wajib memuliakan dan menjaga maruah diri serta keluarga dengan tidak terlibat
dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalism , lumba haram , menagih dadah
dan sebagainya . Anak-anak yang berjaya wajar mengenang jasa ibu bapa dan
janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit . Anak-anak janganlah lupa
bahawa ibu bapalah yang mendidik , membimbing dan manjaga kita . Kalau bukan
ibu bapa , siapakah kita ? Bahawasanya , bergelanggang di mata orang banyak
bahawa anak-anak juga berperanan penting dalam mengeratkan hubungan
kekeluargaan .
Tuntasnya , semua ahli keluarga
berperanan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjamin keluarga
bahagia . Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri
daripada berjuta-juta batu . Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur seperti
kasih sayang , kerjasama , bertolenransi dan sebagainya . Semua lapisan
masyarakat wajar bekerjasama untuk menjamin keluarga bahagia dalam kalangan
masyarakat semakin banyak supaya negara kita dapat memacu kegemilanagan di
persada dunia .
No comments:
Post a Comment