Tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah menyemai amalan budi bahasa dalam kalangan
masyarakat.
Berbudi
bahasa ialah perlakuan positif
seperti cara kita bertutur dan berinteraksi
dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita . Hari ini
gejala sosial dan kejadian jenayah berlaku akibat pertembungan
budaya
Timur dengan Barat yang
amat berbeza. Sebagai contoh kejadian ragut, samseng jalan raya, buli,
cabul dan vandalisme yang berlaku menggambarkan nilai-nilai murni semakin
terhakis dalam diri anggota masyarakat kita. Hal ini demikian
kerana gejala ini berpunca
daripada sikap tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain
Sehubungan dengan itu, kerajaan cukup prihatin apabila mengorak langkah yang bijaksana dengan melancarkan kempen
Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Selain itu, syarikat pengangkutan awam
seperti bas teksi, monorel dan
LRT haruslah
menggunakan kenderaan mereka sebagai platform
untuk mendidik masyarakat ke arah menerapkan nilai berbudi bahasa dengan
melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam agar mesej yang
hendak disampaikan kepada masyarakat tercapai
Institusi pendidikan
formal iaitu sekolah
dipertanggungjawabkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani emosi rohani dan intelek. Selain memberi pelajar ilmu pengetahuan pihak sekolah haruslah menyemai
sikap berbudi bahasa. Oleh itu guru haruslah menjadi suri teladan kepada anak didik
mereka Dalam hal ini warga
pendidik haruslah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar
Peranan institusi keluarga
tidak boleh dikesisikan.
Para ibu bapa tidak harus mengambil sikap bena tidak bena dalam memberikan didikan
kepada anak- anak. Ibu
bapa haruslah menyemai sikap berbudi
bahasa yang tinggi kepada anak- anak. Ketika bercakap janganlah
menggunakan kata-kata nista.
Selain itu masyarakat
haruslah peka untuk memberikan teguran kepada para remaja yang membuat salah
atau yang menunjukkan perlakuan sumbang.
Kesimpulannya semua pihak
haruslah menggembleng tenaga menyahut kempen yang
dilancarkan kerajaan agar amalan
berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput
ditelan arus globalisasi(Dipetik dan diubah suai daripada Berbudi bahasa
Amalan Hidup Kita oleh Tuan Jamil Tuan Muhammad Dewan Siswa Jilid 30 Bil 2
Februari 2008)
1 Berikan maksud rangkai kata sikap bena tidak bena.
Maksud rangkai
kata sikap bena tidak bena ialah tidak ambil peduli.
2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua punca berlakunya
gejala sosial dan kejadian jenayah.
Punca
berlakunya gejala sosial dan jenayah adalah disebabkan pertembungan budaya Timur dengan Barat yang amat
berbeza. Selain itu, nilai-nilai
murni semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat kita. Seterusnya, gejala ini berpunca daripada sikap
tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain.
3 Pada pendapat anda, apakah kesan jika masyarakat
negara ini tidak berbudi bahasa?
Pada pendapat
saya, jika masyarakat kita tidak berbudi bahasa, kesannya ialah imej negara akan terjejas di
mata pelancong. Seterusnya, masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa. Selain itu, negara akan kehilangan bakal
pemimpin yang berkaliber.
ciplak langkah-langkah membentuk masyarakat penyayang.
ciplak langkah-langkah membentuk masyarakat penyayang.
Masyarakat penyayang ialah mayarakat yang mementingkan nilai-nilai
kasih sayang sesama
ahli masyarakat di sekeliling kita . Hari ini gejala sosial dan kejadian jenayah berlaku
akibat pertembungan budaya Timur dengan Barat yang amat berbeza. Sebagai
contoh kejadian ragut, samseng jalan raya, buli, cabul dan vandalisme yang
berlaku menggambarkan nilai-nilai murni semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat kita. Hal ini demikian kerana gejala ini berpunca
daripada sikap mementingkan diri dan tidak menghormati hak orang lain
Sehubungan dengan itu, kerajaan cukup prihatin
apabila mengorak langkah yang bijaksana dengan melancarkan Kempen Masyarakat Penyayang peringkat kebangsaan. Selain itu, syarikat pengangkutan awam seperti bas
teksi, monorel dan LRT haruslah menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah
menerapkan nilai kasih sayang dan prihatin dengan melekatkan pelbagai iklan dan
cogan kata pada kenderaan awam agar mesej yang hendak disampaikan kepada
masyarakat tercapai .
Institusi pendidikan formal iaitu sekolah
dipertanggungjawabkan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani emosi rohani
dan intelek. Selain memberi pelajar ilmu , pihak sekolah haruslah menyemai sikap penyayang
antara manusia. Oleh itu guru haruslah menjadi suri teladan kepada anak didik
mereka Dalam hal ini warga
pendidik haruslah menunjukkan nilai-nilai penyayang seperti cara pertuturan dan
pergerakan lemah lembut apabila berinteraksi dengan pelajar
Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan.
Para ibu bapa tidak harus mengambil sikap bena tidak bena dalam memberikan
didikan kepada anak- anak. Ibu bapa haruslah menyemai
sikap penyayang yang tinggi
kepada anak- anak. Ketika bercakap janganlah menggunakan kata-kata
nista. Selain itu masyarakat haruslah peka untuk memberikan teguran
kepada para remaja yang membuat salah atau
yang menunjukkan perlakuan sumbang. Aktiviti kemasyarakatan wajar
dipergiat dalam semua lapisan masyarakat. Cintohnya program penjanaan jati diri
wajar dijalankan dengan lebih giat lagi.
Kesimpulannya semua pihak haruslah menggembleng
tenaga menyahut kempen
yang dilancarkan kerajaan agar amalan sayang-menyayang yang menjadi amalan tradisi
nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisas
No comments:
Post a Comment