模仿是写作的开始,ciplak is the step to sharpen your skill to write a good message
i try to up load my sample after teaching your ringkasan kepentingan aktiviti kokurikulum, just have a view and then try yourself
2. Bincangkan faedah-faedah menyertai
persatuan badan beruniform di sekolah.
Dakam era pascakemodenan ini,
ciri-ciri kecemerlangan pelajar tidak lekang menghiasi dada akhbar. Prestasi
akademik bukan lagi merupakan prasyarat untuk menempa kejayaan diri
semata-mata, malahan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum juga merupakan batu loncatan untuk menggilap potensi
seseorang pelajar. Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah
yang dilakukan selepas waktu persekolahan.
Kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu aktiviti persatuan
dan kelab, sukan, dan pasukan berpakaian seragam. Terserlahlah bahawa persatuan
badan beruniform bukan
alang kepalang menonjolkan kemaslahatannya sejak belakangan ini.
Penyertaan murid dalam persatuan badan beruniform banyak
mendatangkan manfaat. Antara manfaat yang diperoleh murid adalah dapat mengisi
masa lapang murid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Hal ini secara tidak
langsung dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif.
Masa ini emas, pelajar akan memasang
tekad untuk menetapkan
misi dan visi masing-masing sekiranya masa senggang dimanfaatkan dengan
aktiviti perkhemahan dan berkawad kaki. Memetik kata Dr Fazilah Kamsah, pakar
motivasi terbilang negara bahawa setiap manusia mempunyai fitrah sendiri untuk
mencapai kejayaan, cumalah menunggu-nunggu potensi diri diasah melalui cara
yang betul. Tegasnya, persatuan badan beruniform seperti pengakap, persatuan
bulan sabit merah dan sebagainya merupakan medan untuk merealisasikan impian
masing-masing melalui aktiviti yang dijalankan sejak bangku sekolah lagi.
Dalam konteks yang lain, kegiatan persatuan badan beruniform juga
merupakan suatu alternatif untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid
dalam pelajaran. Di samping dapat merehatkan otak dan mengembangkan minda,
murid juga memperoleh pengalaman baharu dan pengetahuan yang lebih mendalam
apabila menyertai aktiviti kokurikulum
ini. Tak pecah ruyung, masakan dapat sagunya. Sungguhpun pelajar menempuh
cabaran untuk mengimbangi masa antara aktiviti akademik dengan aktiviti
kokurikulum, namun pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat
menghayati pengalaman yang diibaratkan
bahtera yang saujana mata memandang.
Dalam perspektif yang lain, perkara
yang lebih penting ialah murid dapat mencungkil bakat yang tersimpan dalam diri
mereka apabila menyertai kegiatan yang diminati. Tidak mustahil juga bakat yang
digilap itu menjadi suatu keistimewaan yang dapat dibanggakan. Selain itu,
nilai kepemimpinan dalam diri murid dapat diterampilkan apabila mereka bergiat
aktif dalam kegiatan kokurikulum ini. Tegal itu, dikatakan persatuan badan beruniform
merupakan wadah yang penting untuk menjana modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bakat yang terpendam wajarlah diserlahkan
sejak bangku sekolah lagi. Pelajar yang pernah memegang jawatan seperti ketua
kumpulan, pengerusi, bendahari dan sebagainya lazimnya akan menggambarkan
nilai-nilai kepemimpinan mereka semasa di arena kerjaya bakal hari nanti. Tepuk
dada, tanya selera. Tanpa aktiviti ini, masakan pemimpin seperti tokoh-tokoh
negara dapat dijanakan.
Yang pentingnya, dengan menyertai
kegiatan kokurikulum juga murid dapat mendisiplinkan diri. Sebagai contoh, jika murid menyertai aktiviti kawad
kaki dan aktiviti kemasyarakatan, sudah
tentu murid tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam pasukan.
Selain itu, peserta juga perlu menepati
masa latihan. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid
yang menyertai kegiatan kokurikulum.
Seterusnya, melalui kegiatan persatuan
badan beruniform murid juga dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai
peringkat usia, bangsa, dan jantina yang berbeza. Mereka juga dapat
bertukar-tukar fikiran dalam bidang pelajaran mahupun pengetahuan am.Lantaran
ini, dikatakan bahawa persatuan
badan beruniform merupakan wadah untuk menjalin hubungan kemasyarakatan
dari latar belakang berbeza. Pelajar akan menghayati kata-kata hikmah para
cendekiawan, iaitu ‘banyak orang banyak ragam.’ , ‘ lurah sama dituruni, bukit
sama didaki.’, lebih-lebih lagi ‘Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.’ Jelaslah
bahawa nilai-nilai murni yang disuntik dalam lubuk kalbu mereka akan menjadi
prasyarat mereka ke arah kecemerlangan diri.
Sesungguhnya, melalui pembabitan
yang aktif dalam kegiatan persatuan
badan beruniform , murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada
gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja pada masa sekarang.Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanpa barisan remaja yang berwawasan,
hilang patah putulah kemudi negara kita.
No comments:
Post a Comment