1. huraikan pendapat anda tentang manfaat aktiviti persatuan beruniform
di sekolah.
Aktiviti persatuan beruniform bagai adik
berkembar kurikulum di luar bilik darjah. Kemaslahatannya tidak berperi kepada
diri, masyarakat mahupun negara.
Aktiviti ini bagai pemangkin untuk membina
jati diri yang unggul. Melalui aktiviti lasak, seseorang pelajar akan
bersemangat waja sehingga dapat menongkah arus globalisasi. Seterusnya, sahsiah
yang mampan serta sikap keberanian,
kepimpinan, keyakinan dan iltizam akan disuntik dalam jiwa setiap pelajar. Nilai
ini bagai perencah untuk membentuk remaja yang peka kepada tanggungjawab untuk
memartabatkan imej negara.
Disiplin diri yang ampuh juga disebatikan
dalam hidup mereka, justeru semangat kerjasama akan disemarakkan . Natijahnya, pelajar akan mencapai keseimbangan dalam perkembangan
sosial, mental,psikologi dan fizikal. Walhasil, hubungan persaudaraan dapat dijalin tanpa mengenal
erti perselisihan faham dal latar belakang yang berbeza.
Tuntasnya, modal insan yang dibina serasi dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.(124 PATAH PERKATAAN)
No comments:
Post a Comment