Koleksi K2-T2-1/2012(Masa : 2jam)
Masa dicadangkan : 40 minit langkah-langkah
mengatasi
masalah Mat Rempit.( Cemerlang-T2/1/12)
Jawaban
K1
Langkah-langkah
mengatasi masalah Mat Rempit:
1.
Kerajaan menjalankan pelbagai kempen
menyedarkan masyarakat agar jalan raya tidak dijadikan medan perlumbaan.
2.
Kerajaan telah membina lebih banyak
tempat riadah termasuklah litar lumba motor.
3.
Ibu bapa juga diharapkan jangan terlalu
memanjakan anak- anak mereka.
4.
Undang-undang yang ketat, hukuman yang
berat, dan penguatkuasaan yang berterusan daripada pihak polis dan JPJ.
5.
Operasi besar-besaran hendaklah dibuat
6.
Mewujudkan papan-papan tanda yang
menunjukkan statistik bulanan tentang bilangan remaja yang meninggal dunia
akibat lumba haram, mahupun patah atau putus kaki tangan akibat berlumba
diletakkan di kawasan yang menjadi tumpuan para remaja melakukan aktiviti lumba
haram.
Bahagian
A(ii)
1.
Maksud
membingitkan telinga ialah bunyi kuat yang menyakitkan telinga.
2.
Faktor
yang menyebabkan golongan remaja melakukan aktiviti lumba haram ialah:
*
pengaruh
rakan sebaya
*
untuk
menunjukkan kehebatan mereka meniru aksi-aksi dalam televisyen
*
melepaskan
tekanan yang dialami
3.
Perlakuan
Mat Rempit ketika melakukan aktiviti lumba haram ialah:
a.
melakukan
perlumbaan haram setiap malam antara pukul 10.00 malam hingga pukul 4.00
pagi
b.
motosikal
mereka telah diubah suai supaya dapat mengeluarkan bunyi kuat yang membingitkan
telinga
c.
membawa
pasangan bohsia bawah umur, bersaing sesama sendiri
d.
berdiri
di atas motor sambil mengangkat tayar depan, memecut motosikal selaju mungkin
sambil mencelah ke kiri dan ke kanan
Bahagian C:
Selaku setiausaha persatuan, anda
dikehendaki menyediakan laporan lengkap mengenai lawatan tersebut untuk
diserahkan kepada pengetua sekolah. Tulis laporan tersebut selengkapnya.
LAWATAN KE
RUMAH KEBAJIKAN ORANG TUA
Pada 22 Mei 2012 yang lalu,
Persatuan Bulan Sabit Merah mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Orang Tua
Sinar Harapan Menanti bersempena dengan program Minggu Kasih Sayang. Sebanyak
35 orang ahli mengikuti rombongan ini dan diiringi oleh tiga orang guru
penasihat, iaitu Puan A, Puan B, dan Puan C.
Peserta bertolak dengan menaiki bas
pada jam 8.30 pagi dan tiba di sana pada pukul 9.00 pagi. Rombongan disambut
oleh pegawai dan petugas rumah tersebut. Pengetua Rumah Sinar Harapan, Puan E
melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas kunjungan yang dilakukan. Kami
dibawa ke dewan utama untuk mendengar taklimat tentang
pengurusan rumah kebajikan rumah orang tua.
Kami diperkenalkan dengan 42 orang warga
emas di sini yang berumur antara 60 tahun hingga 75 tahun. Apabila melihat
kedatangan kami, wajah mereka kelihatan begitu ceria. Mereka memeluk kami
dengan mesra. Kami diminta duduk bersebelahan dengan setiap orang
tua-tua itu.
Pengerusi majlis, Encik F memulakan
acara pada hari ini. Beliau mengalu-alukan kehadiran kami dan kesudian kami
melawat ke rumah orang tua. Puan E melahirkan rasa terharu dan berbesar hati
atas sambutan yang diberikan. Kumpulan nasyid rumah orang tua telah mengalunkan
lagu “Sayangi Daku” dan “Oh Ayah dan Ibu”.
Acara penyampaian cenderamata berupa
makanan dan keperluan harian sekolah telah disampaikan oleh Puan B kepada semua
orang tua. Ternyata, sumbangan yang tidak seberapa itu begitu menceriakan warga
tua tersebut. Sesudah itu, sesi bergambar dengan semua penghuni rumah orang tua
diadakan di pentas utama.
Peserta
rombongan dibawa ke dewan makan untuk menikmati hidangan tengah hari. Kami
duduk semeja dengan mereka. Pada ketika itu, ada yang menceritakan kisah hidup
mereka yang rindu akan anak-anak yang sibuk mencari periuk. Kami mendengar
rintihan, keluhan, dan harapan mereka.
Pada pukul 1.30 tengah hari para
peserta berangkat pulang. Tergambar kesayuan pada wajah orang tua-tua tersebut.
Para peserta yang mengikuti lawatan ini menyatakan perasaan simpati mereka
kepada penghuni asrama. Para peserta memperoleh pengalaman yang bermakna
daripada lawatan itu.
Disediakan
oleh, 23
Mei 2010.
(NORELYANA
ABU ZARIM)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah,
SMK
Desa Indah.
1. Baru-baru ini, anda telah berpindah
sekolah kerana mengikuti bapa yang telah ditukarkan ke negeri lain.
Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda
dengan menceritakan pengalaman anda di tempat baharu tersebut.
Format:
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Pendahuluan
Nama
dan alamat pengirim serta tarikh, bertanya khabar
Isi-isi Penting
Isi
1 – Perasaan di tempat baharu-seronokkeranamendapat kawan bahara
Isi
2 - Keadaan - di kampung lebih tenang berbanding dengan di bandar - jiran-jiran
baik - aman damai
Isi
3 - keadaan sekolah - kemudahan pengajaran dan pembelajaran banyak walaupun
sekolah kawasan luar bandar - cikgu komited terhadap tugas
Isi
4 - mengajak rakan ke tempat anda
Penutup
Harapan
agar bertemu pada cuti sekolah akan datang
1. Akhir-akhir ini, masalah disiplin pelajar
semakin hangat diperkatakan. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya
masalah tersebut?
Punca masalah disiplin
|
|
Institusi kekeluargaan
goyah-
kurangnya
kS+P, B+G,ST,M+M, PDA, MIPk, PD, M+M
bagai enau dalam belukar,melepaskan
pucuk masing-masing
|
Sikap remaja sendiri
1.sikap-mengagungkan budaya HIM
2. pemikiran –terpesong dari landasan keimanan,
agresif, memberontak, terikut-ikut oleh pengaruh rakan sebaya, bagai lalang
ditiup angin,
3. berada di fasa- konflik,
mencari-cari identiti,
4. hidup bagai hidung kerbau dicucuk
jarum , terolang-aling
|
Sistem pelajaran yang membosankan
1. longgarnya PD-kop Mak JIH
2. terlalu berorientasikan peperiksaan-
guru:
Kurangnya B+G, kS+P, tidak MIPk
3. kurangnya PDA dalam
4. pengajaran dan pembelajaran yang
tidak
menyeronokkan
|
Pengaruh kawan
1. mencari penghargaan dan pengiktirafan
daripada rakan
2. pemikiran tidak matang
3. melepasan tekanan, kesepian bersama
dengan kawan
4. perasaan harga diri diterima
|
Koleksi K2-T2-3/2012(Masa
: 2jam)
Bahagian A(i):
Ringkasan(Masa dicadangkan: 40 minit)
sebab-sebab
berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia
semakin serius. Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan
kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun menunjukkan peningkatan peratus yang agak membimbangkan.
Keadaan ini lebih kritikal
apabila mereka meningkat dewasa. Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan
seseorang. Masalah ini berlaku apabila tisu lemak bertambah secara keterlaluan. Masalah
obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik
yang banyak dihadapi oleh penduduk di Asia.
Antara faktor berlakunya obesiti
ialah genetik dan persekitaran. Beberapa individu
mengadu bahawa mereka mengawal tabiat pemakanan, namun masih menghadapi masalah
, berat badan berlebihan kerana mewarisi
genetik berbadan gemuk. Ibu bapa yang mempunyai berat
badan yang normal, risiko anak mereka mengalami obesiti ialah 10 peratus dan
jika ibu bapa mengalami obesiti, berkemungkinan risiko anak mengalami obesiti
sebanyak 70 peratus. Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak disebabkan sikap ibu bapa yang membiarkannya
berlaku. Tambahan pula, pada
peringkat kanak-kanak ini, mereka kurang pendedahan tentang pelbagai kesan buruk
sebagai akibat berat badan yang berlebihan.
Kajian yang dibuat menunjukkan
bahawa masalah berat badan berlebihan ini disebabkan kurang tidur, iaitu kurang daripada enam jam.
Seterusnya, faktor penyumbang
yang lain kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan atau bersenam.
Peningkatan taraf hidup dalam
kalangan ibu bapa menyebabkan mereka mampu menyediakan makanan yang mencukupi
untuk anak-anak. Di samping itu, kesibukan ibu bapa yang bekerjaya juga mendorong mereka
memberikan pelbagai makanan segera kepada anak-anak yang akan menyumbang kepada
masalah obesiti.
Pelbagai kaedah boleh digunakan
untuk mengurangkan berat badan seperti mengurangkan kalori pemakanan serta melakukan senaman. Sebagai
contohnya, berjalan kaki, berbasikal, mendaki bukit, menari, dan sebagainya
dapat mengawal berat badan seseorang. Di samping itu, elakkan daripada duduk terlalu lama seperti
menonton televisyen, bermain komputer, dan lain-lain lagi. Obesiti boleh
memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan badan. Kanak-kanak yang
mengalami masalah obesiti akan berasa rendah diri serta tidak berkeyakinan dan menghadapi masalah hubungan sosial dengan
rakan-rakan sebaya. Ibu bapa haruslah mengambil langkah-langkah awal untuk
mencegah masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak kerana mencegah lebih baik daripada
merawat.
1.
Berikan
maksud mewarisi
genetik. [2 markah ]
2.
Jelaskan dua
langkah
yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah obesiti. [4 markah]
3.
Pada pendapat anda, apakah punca
menyebabkan seseorang tidak dapat mengawal pemakanannya?(4M)
Antara
faktor masalah obesiti dalam kalangan kanak- kanak termasuklah faktor genetik dan persekitaran.
(A1)Tambahan pula, sikap kebanyakan ibu bapa
yang membiarkan obesiti berlaku kepada anak-anak mereka.(A2) Pada
peringkat kanak-kanak ini, mereka kurang didedahkan dengan kesan buruk obesiti.
(A3) Selain itu, masalah obesiti juga dikaitkan
dengan kurang tidur serta kurang melakukan aktiviti fizikal. (A4) Seterusnya,
peningkatan taraf hidup menyebabkan ibu bapa
mampu memberikan makanan yang mencukupi kepada anak- anak mereka. (A5) Akhirnya,
ibu bapa yang bekerja telah memilih jalan mudah
dengan memberikan makanan segera kepada anak-anak disebabkan kesibukan mereka.(A6)
Bahagian A(ii) Pemahaman
1
Maksud mewarisi genetik ialah "mengikut baka atau
keturunan".
2
Dua langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi
masalah obesiti ialah mengawal atau mengurangkan kalori pemakanan seharian dan
bersenam. Selain itu, kita mengelakkan diri daripada duduk yang terlalu lama.
3
Pada pendapat saya, punca menyebabkan seseorang tidak
mengawal pemakanannya ialah makanan
mudah diperoleh sama ada di rumah, di restoran, dan di gerai makan serta taraf
hidup yang semakin meningkat. Selain itu, ada banyak jenis makanan segera yang dijual serta dalam
simpanan di rumah. Mereka mempunyai sikap buruk makan tanpa memikirkan bahawa makan terlalu
banyak boleh menjejaskan kesihatan.
Menurut
kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) bahawa, dianggarkan setiap satu pertiga
penduduk dunia mati disebabkan penyakit kronik, iaitu penyakit darah tinggi,
kencing manis(diabetis), dan penyakit sakit jantung.”Ada anjin, ada pokoknya.”
sebelum kudis menjadi tokak, barah menjadi parah, punca timbulnya masalah ini
wajar diteliti hingga akar umbinya.
Menurut statistik terkini bahawa
setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia atau bangsa makin berada di
ambang penghidapan kronik. Hakikatnya,corak pemakanan kini telah mengghairahkan
amalan budaya barat yang mengagung-agungkan makanan segera dan bergoreng. Restoran
burger,kentang goreng, roti dan makanan ala Barat memenuhi pasaran bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Manakan penyakit kronik tidak menular dalam
kehidupan kita sekiranya amalan pemakanan seimbang makin diketepikan.
Selain itu, pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga mendorong
penyakit ini. Ilmu yang betul dan rosional wajar ditelusuri kerana api kecil
menjadi kawan, besar menjadi lawan.Keterlebihan pengambilan minyak akan
menyumbang kepada masalah obesiti, sehingga memudaratkan kesihatan. Akhirnya,
kurangnya senaman juga penyumbang utama masalah ini. Tanpa sistem pengaliran
darah yang konsisten, peluh dan metabolisme akan terganggu.
Tuntasnya,semua orang harus menjaga
kesihan diri kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Makanan
segera seperti mi segera, coklat, aiskrim, ayam goreng, burger,dan sebagai
makin memenuhi pasaran sehingga mendambakan perhatian khalayak ramai. Makanan
ala barat ini seakan-akan menunjuk-nunjuk status kemewahan seseorang individu.
Makanan ini lazimnya mengandungi bahan
kimia dan bahan pengawet yang akan menjejaskan kesihatan pengguna. Kalori,
lemak dan karbohidrat yang keterlaluan akan menyebabkan masalah obesiti yang
kian merimaskan masyarakat bagai cacing kepanasan. Api kecil menjadi kawan,
bila besar menjadi lawan. Keterlaluan pengambilan diet yang tidak seimbang akan
merencatkan tumbesaran dalam kalangan kana-kanak khususnya. Kerana
mulut badan binasa menggambarkan peri
bahaya sekiranya pengambilan makanan yang semata-mata untuk memenuhi nafsu dan
bukan untuk membekalkan tenaga.
Seterusnya,
proses metabolisme dan daya taakul juga akan terganggu. Kanak-kanak akan
terjurus kepada kelembapan atau hiperaktif sehingga menjejaskan pembelajaran.
Tegal itu, daya ingat dan daya tumpu perhatian juga terganggu sehingga
menatijahkan kanak-kanak kini senang murung atau menghadapi tekanan emosi yang
tanpa sembarangan fasal.
Menurut kajian,hanyalah gaya hidup sihat dan
pemakanan seimbang akan menjurus kesejahteraan hidup. Tanpa kesihatan,
kehidupan melarat. Tepuk dada, tanya selera.
bahagian C
2.Anda
telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk "Pentingnya Menjaga
Kesihatan" Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
kata alu-aluan mengikut protokol -
menjelaskan tajuk syarahan - kesihatan amat penting
Isi Penting
( a) kesihatan yang tidak baik - sering
sakit-sakit - banyak wang terpaksa dikeluarkan untuk membiayai kos rawatan
(b)sekiranya badan sihat - hidup dengan
bahagia - menyumbangkan tenaga demi pembangunan negara
(c)belajar dengan selesa dan ceria -
melakukan perkara yang diminati seperti bersukan - berjaya dalam hidup
(d)pergaulan dengan rakan-rakan lebih baik
- menjalani kehidupan yang bahagia dan ceria
Penutup
mementingkan penjagaan kesihatan - rakyat
sihat negara maju dan makmur
Novel
Erti Sebuah Pengorhanan
Dalam novel Erti Sebuah
Pengorbanan memaparkan nilai kasih sayang yang terpapar melalui watak
Iman Zulaikha. Iman Zulaikha amat sayang akan ibu bapanya dan berasa sedih atas
perceraian ibu bapanya itu. Dia berusaha untuk menyatukan ibu bapanya.
Nilai pengorbanan yang terpapar melalui Yusri, ayah Iman
Zulaikha. Yusri terus melupakan hasratnya ingin berkahwin lain demi kebahagiaan
dan kegembiraan anaknya.
Nilai ketabahan turut digambarkan melalui watak Iman
Zulaikha. Sebagai contohnya, Iman Zulaikha tabah menghadapi pelbagai masalah
keluarga serta dugaan sebelum menyertai pertandingan pidato.
Koleksi K2-T2-4/2012(Masa
: 2jam)
Pengamalan
tabiat pemakanan yang sihat dalam menjamin kesihatan
badan.
1Makanan yang seimbang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan
oleh badan manusia. Pada kebiasaannya, makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein,
lemak, air, vitamin, garam mineral dan pelawas yang mencukupi untuk
kegunaan badan manusia. Tenaga yang terhasil selepas zat-zat makanan tersebut
selesai dioksidakan akan digunakan untuk memanaskan badan; menggantikan sel-sel
yang mati atau yang rosak dengan yang baru; membina tisu-tisu yang baru dan
menjamin proses pertumbuhan yang berterusan.
Untuk mengamalkan pemakanan yang
sihat, 2Piramid
Makanan haruslah dijadikan rujukan. Piramid Makanan terbahagi kepada
empat peringkat. Bahagian dasar
terdiri daripada makanan yang kaya dengan 3karbohidrat dan gentian seperti roti, nasi,
bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini haruslah banyak dimakan
untuk 3menjamin
bekalan tenaga yang berterusan agar aktiviti-aktiviti seharian dapat dilakukan.
Peringkat kedua piramid pula terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein
seperti susu, dadih,
daging tanpa lemak, daging ayam, kekacang dan telur. 4Protein merupakan sumber makanan
yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping menggantikan tisu-tisu dan
sel-sel yang rosak dengan yang baru.
5Makanan berlemak seperti majerin, mentega dan
minyak 5serta
manisan seperti gula, air sirap, kek, dan sebagainya 5menduduki puncak piramid. Makanan ini tidak boleh dimakan
dengan banyak kerana akan 5menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang
lain seperti sakit
jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan
mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.
6Pengamalan cara permakanan yang sihat akan
menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu,setiap orang harus memberi lebih
tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam sehari-hari demi6 tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.
Pengamalan tabiat pemakanan yang sihat menjamin kesihatan badan kerana makanan seimbang mengandungi
pelbagai nutrisi yang menjamin pertumbuhan dan kesihatan badan manusia. Seterusnya, piramid nombor
menjadi rujukan kepada makanan seimbang. Selanjutnya, makanan pembekal tenaga utama seperti
karbohidrat dan gentian harus banyak dimakan. Tambahan pula, protein, iaitu kelas makanan yang
menduduki peringkat kedua merupakan penjamin pertumbuhan fungsi badan berterusan dan kesihatan sel-sel
serta tisu badan. Selanjutnya,
makanan di puncak piramid. iaitu lemak dan gula harus dimakan sedikit kerana
lemak merupakan penyebab kepada
beberapa jenis penyakit kronik.
Akhirnya, orang ramai
harus mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar badan sihat dan cergas.
1.Beri maksud
bagi rangkai kata “memudaratkan kesihatan". (2 markah)
“Memudaratkan
kesihatan" bermaksud mendatangkan kesan- kesan negatif kepada badan.
2.Beri
dua bukti bahawa
pengambilan lemak dan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan manusia. (4 M)
Makanan ini tidak boleh dimakan dengan
banyak kerana akan menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang lain
seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan cepat letih. Gula yang
berlebihan dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.
3.Pada
pendapat anda, mengapakah manusia pada zaman sekarang gagal mengamalkan tabiat
pemakanan yang sihat?(4M)
Pada
pendapat saya, tabiat permakanan sihat gagal diamalkan kerana kesibukan manusia
dalam aktiviti seharian.Selain itu, tertarik dengan iklan atau promosi yang
dijalankan oleh pengusaha makanan segera. Akhirnya, kurangnya kesedaran manusia tentang kepentingan
pengalaman tabiat pemakanan yang sihat.
dadih
|
air susu (kerbau, lembu dll) yg pekat.
|
Bahagian B: Huraikan
pendapat anda tentang amalan tabiat
pemakanan yang sihat.
Kini,
amalan tabiat pemakanan sihat makin menjadi agenda polemik oleh masyarakat
umum. Kata pujangga, “Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.” wajar
dijadikan iktibar umum.
Piramid Pemakanan Sihat merupakan
panduan yang jitu. Bahagian dasar terdiri daripada makanan yang kaya dengan 3karbohidrat dan gentian .Makanan
ini haruslah banyak dimakan untuk 3menjamin bekalan tenaga yang berterusan Peringkat
kedua piramid pula terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein. 4Protein merupakan sumber makanan
yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping menggantikan tisu-tisu dan
sel-sel yang rosak dengan yang baharu.
5Makanan berlemak seperti majerin, mentega dan
minyak 5serta
manisan seperti gula, air sirap, kek, dan sebagainya 5menduduki puncak piramid. Makanan ini tidak boleh dimakan
dengan banyak kerana akan 5menyebabkan penyakit obesiti dan penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan
darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan
menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.
6Pengamalan cara permakanan yang sihat akan
menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu,setiap orang harus memberi lebih
tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam sehari-hari demi6 tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.
Bahagian C
1.
“Pemakanan Seimbang Dapat Mencegah Jangkitan Penyakit.” Kemukakan hujah-hujah
anda.
1Makanan yang seimbang kaya
dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan
manusia. Pemakanan seimbang merupakan penyumbang kepada kesihatan manusia yang
berterusan. Tanpa gaya hidup sihat, mustahil kita dielakkan daripada masalah
jangkitan penyakit, khususnya penyakit kronik khasnya.
Pada kebiasaannya, makanan yang seimbang mengandungi karbohidrat,
protein, lemak, air, vitamin, garam mineral dan pelawas yang mencukupi untuk
kegunaan badan manusia. Tenaga yang terhasil selepas zat-zat makanan tersebut
selesai dioksidakan akan digunakan untuk memanaskan badan; menggantikan sel-sel
yang mati atau yang rosak dengan yang baru; membina tisu-tisu yang baru dan
menjamin proses pertumbuhan yang berterusan.
Untuk
mengamalkan pemakanan yang sihat, 2Piramid Makanan haruslah dijadikan rujukan. Piramid Makanan
terbahagi kepada empat peringkat. Bahagian dasar terdiri
daripada makanan yang kaya dengan 3karbohidrat dan gentian seperti roti, nasi, bijirin,
sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini haruslah banyak dimakan untuk 3menjamin bekalan tenaga yang berterusan agar
aktiviti-aktiviti seharian dapat dilakukan. Peringkat kedua piramid pula
terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein seperti susu, dadih, daging tanpa lemak, daging ayam,
kekacang dan telur. 4Protein
merupakan sumber makanan yang menjamin pertumbuhan berterusan di samping
menggantikan tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dengan yang baru.
5Makanan berlemak seperti majerin, mentega
dan minyak 5serta manisan seperti
gula, air sirap, kek, dan sebagainya 5menduduki puncak piramid. Makanan
ini tidak boleh dimakan dengan banyak kerana akan 5menyebabkan penyakit obesiti dan masalah kesihatan yang
lain seperti sakit jantung, tekanan
darah tinggi dan cepat letih. Gula yang berlebihan dalam badan mungkin akan
menyebabkan penyakit diabetes yang memudaratkan kesihatan manusia.
Makanan
seimbang seperti hasil tenusu dan sayur- sayuran dapat menghasilkan enam jenis
vitamin yang berfungsi mencegah penyakit. Vitamin A
berfungsi mencegah penyakit mata. Vitamin B mencegah penyakit beri-beri.
Vitamin C mencegah penyakit skurvi. Vitamin D mencegah penyakit lemah
tulang. gusi dan penyakit kulit. Vitamin E mencegah kemandulan.Vitamin K
mencegah penyakit pembekuan darah. Pengambilan zat-zat makanan yang berkhasiat
dapat menjamin kesejahteraan kita pada masa depan. Namun, ingatlah bahawa, api
kecil menjadi kawan, besar menajdi lawan. Pengambilan makanan supplemen ini
tidak wajarlah keterlanjuran.
6Pengamalan cara permakanan yang sihat akan menjamin
kehidupan yang bahagia dan harmoni. Sehubungan itu,setiap orang harus
memberi lebih tumpuan terhadap makanan yang dimakan oleh mereka dalam
sehari-hari demi6 tubuh badan yang
lebih sihat dan cergas.
Bahagian
B: huraikan pendapat anda tentang manfaat
aktiviti persatuan beruniform di sekolah.
Bahagian C: 2.
Bincangkan faedah-faedah
menyertai persatuan badan beruniform di sekolah.
2. Bincangkan faedah-faedah menyertai
persatuan badan beruniform di sekolah.
Dakam era pascakemodenan ini,
ciri-ciri kecemerlangan pelajar tidak lekang menghiasi dada akhbar. Prestasi
akademik bukan lagi merupakan prasyarat untuk menempa kejayaan diri
semata-mata, malahan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum juga merupakan batu loncatan untuk menggilap potensi
seseorang pelajar. Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah
yang dilakukan selepas waktu persekolahan.
Kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu aktiviti persatuan
dan kelab, sukan, dan pasukan berpakaian seragam. Terserlahlah bahawa persatuan
badan beruniform bukan
alang kepalang menonjolkan kemaslahatannya sejak belakangan ini.
Penyertaan murid dalam persatuan badan beruniform banyak
mendatangkan manfaat. Antara manfaat yang diperoleh murid adalah dapat mengisi
masa lapang murid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Hal ini secara tidak
langsung dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif.
Masa ini emas, pelajar akan memasang
tekad untuk menetapkan
misi dan visi masing-masing sekiranya masa senggang dimanfaatkan dengan
aktiviti perkhemahan dan berkawad kaki. Memetik kata Dr Fazilah Kamsah, pakar
motivasi terbilang negara bahawa setiap manusia mempunyai fitrah sendiri untuk
mencapai kejayaan, cumalah menunggu-nunggu potensi diri diasah melalui cara
yang betul. Tegasnya, persatuan badan beruniform seperti pengakap, persatuan
bulan sabit merah dan sebagainya merupakan medan untuk merealisasikan impian
masing-masing melalui aktiviti yang dijalankan sejak bangku sekolah lagi.
Dalam konteks yang lain, kegiatan persatuan badan beruniform juga
merupakan suatu alternatif untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid
dalam pelajaran. Di samping dapat merehatkan otak dan mengembangkan minda,
murid juga memperoleh pengalaman baharu dan pengetahuan yang lebih mendalam
apabila menyertai aktiviti kokurikulum
ini. Tak pecah ruyung, masakan dapat sagunya. Sungguhpun pelajar menempuh
cabaran untuk mengimbangi masa antara aktiviti akademik dengan aktiviti
kokurikulum, namun pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat
menghayati pengalaman yang diibaratkan
bahtera yang saujana mata memandang.
Dalam perspektif yang lain, perkara
yang lebih penting ialah murid dapat mencungkil bakat yang tersimpan dalam diri
mereka apabila menyertai kegiatan yang diminati. Tidak mustahil juga bakat yang
digilap itu menjadi suatu keistimewaan yang dapat dibanggakan. Selain itu,
nilai kepemimpinan dalam diri murid dapat diterampilkan apabila mereka bergiat
aktif dalam kegiatan kokurikulum ini. Tegal itu, dikatakan persatuan badan beruniform
merupakan wadah yang penting untuk menjana modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bakat yang terpendam wajarlah diserlahkan
sejak bangku sekolah lagi. Pelajar yang pernah memegang jawatan seperti ketua
kumpulan, pengerusi, bendahari dan sebagainya lazimnya akan menggambarkan
nilai-nilai kepemimpinan mereka semasa di arena kerjaya bakal hari nanti. Tepuk
dada, tanya selera. Tanpa aktiviti ini, masakan pemimpin seperti tokoh-tokoh
negara dapat dijanakan.
Yang pentingnya, dengan menyertai
kegiatan kokurikulum juga murid dapat mendisiplinkan diri. Sebagai contoh, jika murid menyertai aktiviti kawad
kaki dan aktiviti kemasyarakatan, sudah
tentu murid tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam pasukan.
Selain itu, peserta juga perlu menepati
masa latihan. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid
yang menyertai kegiatan kokurikulum.
Seterusnya, melalui kegiatan persatuan
badan beruniform murid juga dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai
peringkat usia, bangsa, dan jantina yang berbeza. Mereka juga dapat
bertukar-tukar fikiran dalam bidang pelajaran mahupun pengetahuan am.Lantaran
ini, dikatakan bahawa persatuan
badan beruniform merupakan wadah untuk menjalin hubungan kemasyarakatan
dari latar belakang berbeza. Pelajar akan menghayati kata-kata hikmah para
cendekiawan, iaitu ‘banyak orang banyak ragam.’ , ‘ lurah sama dituruni, bukit
sama didaki.’, lebih-lebih lagi ‘Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan.’ Jelaslah
bahawa nilai-nilai murni yang disuntik dalam lubuk kalbu mereka akan menjadi
prasyarat mereka ke arah kecemerlangan diri.
Sesungguhnya, melalui pembabitan
yang aktif dalam kegiatan persatuan
badan beruniform , murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada
gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja pada masa sekarang.Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanpa barisan remaja yang berwawasan,
hilang patah putulah kemudi negara kita.
No comments:
Post a Comment