•Beriadah
•1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam; 2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi.
•Rekreasi
•kegiatan yg menyeronokkan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt beristirahat dan menghiburkan hati, riadah; berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil menjalankan tugas.
•Kecap
•kecapbunyi spt bunyi cicak; mengecap 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatupkan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, mencicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat; kecapan sesuatu yg dikecap (dgn lidah); pengecap 1. orang yg mengecap (merasai, menikmati); 2. perasa (lidah).
•Hiruk-pikuk
•hiruk-pikukhiruk-piruk keadaan yg riuh-rendah; sibuk dan bising; gempar: Selepas keputusan pilihan raya itu diumumkan, suasana menjadi ~.
•Agensi
•agensi(agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.
•Merangka
•merangkamembuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak;
•Alternatif
•alternatif1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.
•Mendorong
•mendorong1 menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2 memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.
•Peri
•peri I I; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian.
•peri III jin yg dpt merupakan dirinya spt perempuan yg cantik.
•peri I1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~, datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan.
•peri IVbp percuma (tidak dikenakan bayaran): untunglah dia kerana dapat makan ~ tiap-tiap hari.
•lasak IIIKl biasa atau lali (kerana selalu membuat dll).
•lasak Iselalu dipakai (pakaian dll): jam ini juga boleh dipakai ~; tahan ~ boleh dipakai lama (pakaian dll), tidak mudah koyak (luntur, lusuh, dll); pelasak; pakaian ~ pakaian yg selalu digunakan.
•lasak IIselalu bergerak, tidak mahu diam (kanak-kanak dll), selalu berpindah, tidak menentu tempat (pekerjaan dll): Johan berumur lapan tahun dan telah menjadi budak tanggung yg sedang ~;
•tahan lasaka. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja.
•tahan lasaka) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian);
••jati dirisifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti: pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan semangat patriotik yg utuh; pengisian program kebudayaan ini penting bagi membentuk sahsiah dan ~ belia masa ini.
•denaibekas jejak binatang di hutan (semak, belukar, dll): ~ babi; ~ gajah; ikut ~ berjalan mengikut jejak binatang; bagai anjing melintang ~ prb seseorang yg sombong (gembira); bagai ~ gajah lalu prb kerosakan yg besar; berdenai mempunyai denai: lereng bukit yg ~.
•lipur1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya.
•hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar.
Isi-isi penting:
•1. hutan lipur dapat melahirkan kesedaran dalam jati diri masyarakat tentang peri pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar
•2. menyediakan tempat-tempat untuk kemudahan beristirahat
•3. suasana yang semula jadi yang tenang dan damai dapat meningkatkan prestasi individu
•4. memberikan peluang kepada masyarakat untuk menguji keuapayaan fizikal dan mental masyarakat
•5. menambah kawasan-kawasan penyelidikan sedia ada
•6. menarik kedatangan pelancong
•7. meningkatakan ekonomi masyarakat
Pengubahsuaian dalam ayat sendiri:
•1. hutan lipur dapat melahirkan kesedaran dalam diri masyarakat tentang peri pentingnya mengekalkan keaslian alam sekitar
•Antara ( TAJUK) termasuklah kesedaran jati diri masyarakat tentang kemaslahatan/kepentingan melestarikan persekitaran alam dapat dilahirkan/dijana/diserap/diterap/dizahir
• 2. menyediakan tempat-tempat untuk kemudahan beristirahat
•Sementara itu, infraskturtur/prasarana beristirahat dapat disediakan kepada golongan masyarakat.
•3. suasana yang semula jadi yang tenang dan damai dapat meningkatkan prestasi individu
•Selain itu, ketenangan dan kedamaian semula jadi dapat memartabatkan prestasi individu.
• 4. memberikan peluang kepada masyarakat untuk menguji keuapayaan fizikal dan mental masyarakat
•Dalam pada itu, keupayaan fizikal dan kementalan masyarakat dapat diuji melalui pelbagai aktiviti di hutan lipur.
•5. menambah kawasan-kawasan penyelidikan sedia ada
•Di samping itu, kawasan-kawasan penyelidikan sedia ada dapat ditingkatkan.
•6. menarik kedatangan pelancong
•7. meningkatkan ekonomi masyarakat
•Natijahnya, hutan lipur dapat menggamit kedatangan pelancong sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
Jawapan untuk pemahaman:
•1. mencari dan menyelidik sesuatu yang tidak diketahui tentang dunia ini.
•2. untuk menenangkan jiwa, manusia moden sering beriadah di taman rekreasi di bandar. Selain itu, mereka juga mencari ketenangan jiwa dengan menjelajahi kawasan yang jauh dari hiruk-pikuk kota seperti berkelah, melakukan aktiviti lasak, dan sebagainya di hutan lipur.
•3. – melestarikan persekitaran – mewujudkan keseimbangan ekosistem – memelihara flora dan fauna.
•- meningkatkan peluang pekerjaan seperti industri perhotelan, tempat rekreasi – menzahirkan ketenteraman dan leselesaan taraf hidup
•- menawarkan kawasan beriadah – menjalinkan hubungan antara keluarga pada masa lapang.
•-Mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar – bencana alam – tanah runtuh, banjir kilat,
• 3. pada pendapat saya, pembangunan hutan lipur membolehkan kerajaan melestarikan alam semula jadi.(1m) Di samping itu, hutan lipur sebagai sumber untuk mengimbangkan ekosistem alam sekitar. (1m). Selain itu, pembangunan hutan lipur dapat melahirkan rakyat yang berfikiran positif dan cinta akan alam sekitar. ( 1m). Akhirnya, hutan lipur sebagai tempat tadahan air untuk mengurangkan kadar pencemaran. (1m)
No comments:
Post a Comment