1. bahana III
1. kerana, sebab: tubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit; 2. sesuatu yg timbul disebabkan drpd sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dsb), terutamanya yg kurang baik atau yg buruk, kesan, akibat: engkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu; kuncupan aktiviti ekonomi negara yg berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, spt meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk.
2. Fenomena
3. Kadar upah
4. Menjerut
menjerut mengikat (membelit dll) sesuatu erat-erat, mencerut; terjerut dlm keadaan diikat (dibelit dll) dgn sesuatu dgn erat: mayat itu ditemui di dlm bilik mandi dgn lehernya ~ dgn dawai elektrik;
5. Segelintir
6. Memanfaatkan
7. Lazim
8. inflasi
isi-isi penting:
1.Langkah asas yang perlu diambil oleh anggota masyarakat adalah seperti menjadikan berjimat cermat sebagai budaya.
2. amalan-amaln yang memperlihatkan pemborosan dan pembaziran hendaklah dijauhi.
3. Kecenderungan segelintir pengguna untuk mendahulukan kemampuan berbanding dengan keperluan dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan perlu dihondari.
4. Para pengguna perlu memanfaatkan kebijaksanaan dan mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan membeli sesuatu baranagn sewaktu harga yang ditawarkan rendah.
5. Para pengguna juga perlu rajin menyelidik dan membandingkan harga sesuatu barangan.
6. Carilah kedai atau pasar raya yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
7. Pengguna juga perlu mendapatkan harga yang terbaik daripada sesuatu barangan dan perkhidmatan
8. Hal ini dapat dilakukan melalui kaedah tawar-menawar
9. Pengguna juga memainkan peranan sebagai pengeluar dan pembekal sesuatu perkhidmatan.
10. Banyak pengguna tidak sedar bahawa membaiki barangan yang lama lebih baik daripada membeli yang baharu.
Pengubahsuaian dengan ayat sendiri
1.Langkah asas yang perlu diambil oleh anggota masyarakat adalah seperti menjadikan berjimat cermat sebagai budaya.
2. amalan-amaln yang memperlihatkan pemborosan dan pembaziran hendaklah dijauhi.
1 dan 2, cantumkan dalam satu ayat.
Antara peranan pengguna untuk mengawal inflasi termasuklah mengamalkan berjimat cermat dan mengelakkan diri daripada pemborosan.
3. Kecenderungan segelintir pengguna untuk mendahulukan kemampuan berbanding dengan keperluan dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan perlu dihindari.
Selain itu, pengguna hendaklah membeli sesuatu yang diperlukan sahaja.
4. Para pengguna perlu memanfaatkan kebijaksanaan dan mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan membeli sesuatu barangan sewaktu harga yang ditawarkan rendah.
Tambahan pula, pengguna hendaklah membeli sesuatu barangan semasa barangan ditawarkan murah.
5. Para pengguna juga perlu rajin menyelidik dan membandingkan harga sesuatu barangan.
Sementara itu, pengguna hendaklah rajin membandingkan harga barangan.
6. Carilah kedai atau pasar raya yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
Di samping itu, pengguna hendaklah membeli barangan berharga patut dan kedai yang menyediakan tanda harga.
7. Pengguna juga perlu mendapatkan harga yang terbaik daripada sesuatu barangan dan perkhidmatan
8. Hal ini dapat dilakukan melalui kaedah tawar-menawar
( Isi 7, 8 cantum sekali)
Lebih-lebih lagi, pengguna hendaklah mendapatkan harga yang terbaik melalui mekanisme tawar –menawar.
9. Pengguna juga memainkan peranan sebagai pengeluar dan pembekal sesuatu perkhidmatan.
10. Banyak pengguna tidak sedar bahawa membaiki barangan yang lama lebih baik daripada membeli yang baharu.
( isi 9 + 10)
Akhirnya, pengguna juga menjadi pengeluar dan pembekal sesuatu produk, sekali gus menyedari kepentingan menggunakan barangan lama yang boleh dibaiki.
Contoh jawapan ringkasan
Antara peranan pengguna untuk mengawal inflasi termasuklah mengamalkan nilai berjimat cermat dan mengelakkan pemborosan. (2m). Selain itu, pengguna hendaklah membeli sesuatu yang diperlukan sahaja.(2m) Tambahan pula, pengguna hendaklah membeli sesuatu barangan semasa barangan ditawarkan murah.(2m) Sementara itu, pengguna hendaklah rajin membandingkan harga barangan.(2m) Di samping itu, pengguna hendaklah membeli barangan berharga patut dan kedai yang menyediakan tanda harga.(2m) Lebih-lebih lagi, pengguna hendaklah mendapatkan harga yang terbaik melalui mekanisme tawar –menawar. (2m) Akhirnya, pengguna juga menjadi pengeluar dan pembekal sesuatu produk, sekali gus menyedari kepentingan menggunakan barangan lama yang boleh dibaiki. (2m) 82 patah perkataan
No comments:
Post a Comment