keinderaan | tempat segala dewa kayangan. |
keinderaan | inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. |
betara | 1. sl dewa: dewa-dewa dan ~; 2. gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit. |
Betara Indera | dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); |
kesaktian | kuasa atau kebolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. |
paduka | 1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~ Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~ ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia dll): Bendahara P~ Raja; Dato P~; Imam P~ Tuan. |
kurnia | 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; |
ampun | kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; |
temasya | 1. peristiwa yg kelihatan, pertunjuk-an, tontonan: beliau akan menyampaikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut; 2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang; bertemasya pergi mengembara utk menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau yg indah dan permai. |
murka | bd marah; meradang. |
perkenan | izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb |
kenan I | ; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu. perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. |
nescaya | tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau; menescayakan menjadikan tidak boleh tidak; kenescayaan perihal tidak boleh tidak. |
masyghul | Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; sugul, murung, benguk, kesal hati |
hatta maka | sesudah itu; selepas itu; kemudian dr itu. |
mendapatkan | 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; |
adinda | bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat dsb). |
menemani | 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; |
menemani | menjadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar. |
jangankan | usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu; |
walau... sekalipun | meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; |
jika... sekalipun | meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; |
sekalipun | walaupun; sungguhpun; meskipun. |
ufti | persembahan (wang, emas, dll) yg wajib dibayar kpd raja atau negara yg berkuasa (menaklukkan): maka segala negeri takluk pd tanah Melaka itu pun sekaliannya mem-beri ~ kpd Melaka pd tiap-tiap tahun. |
takluk | takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; |
menghadap | 1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; |
penghadapan | tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat menghadap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam. |
hulubalang | 1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Acheh) kepala negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar pengawal; 5. pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada. |
rombang-rambing | compang-camping, robak-rabik. rebek, tersetai-setai, bersepai, rompang-ramping (pakaian dll), |
Friday, July 16, 2010
Hikayat Marakarma- bab 1
kosa kata bab 1:
•1. Betara angkasa indera Dewa- kesaktian-gagah-berani-dermawan,budiman, setiawan- besar.
•Maharaja keinderaan bernama Betara angkasa indera Dewa terkenal dengan kesaktian, gagah, berani, dermawan, budiman, setiawan dan kerajaan baginda amat besar.
•2. menghadap-betara guru-Paduka Sri Betara-memohon-dunia-temasya
•Baginda menghadap ke Betara Guru dan bertitah, jika baginda diampuni dan dikurniai Paduka Sri Betara, baginda memohon akan turun ke dunia melihat temasya raja-raja.
•3. berdiam diri- BAID- persetujuan- 3 kali- betara guru – bertitah-murka
•Betara Guru berdiam diri, BAID meminta persetujuan sebanyak 3 kali daripada betara guru. Betara Guru bertitah dengan murka.
•4. perkenan- dunia- nescaya – kesukaran
•Jika Betara Guru memperkenankan permintaan BAID tturun ke dunia, nescaya BAID akan kesukaran.
•5. istana- masyghul-berfikir- hasrat- kebesaran-
•BAID kembali ke istana dengan masyghul. Baginda berfikir tentang hasrat untuk melihat kebesaran raja-raja di dunia.
•6. mendapatkan- temasya- adinda-
•Baginda mendapatkan isterinya, Dewi Kencana tentang hasratnya hendak melihat temasya raja-raja dunia. Baginda menanya adindanya sama ada ingin menemani suaminya
•7. sukacita – memeluk – mencium
•Sungguh cukacita BAID mendengar kata-kata adindanya lalu memeluk dan mencium adindanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment