1.
Berikan
maksud rangkai kata berebut kebesaran[2 markah] berebut untuk kuasa
2.
Nyatakan
peristiwa yang berlaku
sebelum Tuan Bujang mudik ke Rawas.[ 3 markah]…ialah bermohonlah 要求kepada
Sultan Palembang hendak mudik退后. Maka然后 dilepaskan 放Sultan Palembang dengan kasih sayangnya, dibekalkan提供
dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran.
3.
Pada
pendapat anda, wajarkah 应该Tuan Bujang menuntut bela报仇 atas kematian ayahandanya?[ 3 markah]
Tidak
wajar kerana Tidak wajar
- boleh mengakibatkan pertumpahan darah dan kematian.
- menimbulkan suasana tidak tenteram di negeri
Johor
- menjatuhkan martabat Tuan Bujang sebagai
anak raja.
Maka tiada berapa lamanya, Tuan Bujang pun dinobatkan 登记Yamtuan
Sakti, sama-sama dengan anaknya sendiri. Dan titah Yamtuan Sakti, “Aku ini
hendak menguji考验 pusaka 遗产Minangkabau,
betulkan anak saudara punya pusaka itu, tiada, baiklah aku nobat akan keduanya
sekali.” Maka dipalu 打tabuh
larangan大鼓, menyahut回应
tabuh yang banyak. Maka berkampunglah集合orang
dalam negeri, menteri 大臣yang
berempat, menghadap nobat. Setelah itu, dipukul akan gendang kulit tuma动物.
Tuan Bujang memakai alat kerajaan oleh Puteri Jilan. Setelah sudah, maka Tuan
Bujang bersandarlah倚靠 kepada tiang
teras基地 kayu jelatang.
Dan mahkota
皇冠kerajaan pun diletakkan oleh
Yang Dipertuan Sakti di kepala Tuan Bujang. Maka Puteri Jilan pun berdiri, sambil beryang-yang念咒, “Jikalau engkau asal原本 putera saudaraku di Johor,
salasilah后代 kepada Sultan Iskandar Zulkarnain,
nenek, nasab后代 Nusirwan Adil, pancar后代 Nabi Allah Sulaiman alaihissalam, tiadalah dapat suatu apa-apa.
Dan pusaka Minangkabau SI Bujanglah yang lebih.” Dan adalah muka Tuan Bujang, seperti bunga
raya kembang pagi, tiada dapat dipandang, bercahaya-cahaya. Dan
empat anak menteri memegang tombak tetaran sakar jantan, kiri dan kanan.
i.Berikan maksud rangkai kata beryang-yang dalam petikan di
atas.
Membaca mentera
ii.Nyatakan kehebatan
Tuan Bujang semasa upacara yang dilaksanakan oleh Puteri Jilan.
…ialah mahkota
皇冠kerajaan pun diletakkan oleh Yang pusaka
Minangkabau SI Bujanglah yang lebih.” Dan adalah muka Tuan Bujang, seperti bunga raya kembang pagi, tiada
dapat dipandang, bercahaya-cahaya.
iii.Sekiranya anda Puteri Jilan, apakah langkah yang anda lakukan setelah mengesahkan identiti Tuan Bujang yang
sebenar?
…ialah
merahsiakan identiti sebenarnya. Seterusnya, membantunya. Akhirnya, memberikan
dorongan kepada baginda.
(i)
Hatta然后,
pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng
Celak, dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan
dengan baginda, tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang.
Dan serta bertemu dengan baginda, lalu berbicara, hendak melanggar 攻打Johor.
Daeng Parani pun meminta perjanjian, jikalau dapat Johor,
baginda menjadi Yang Dipertuan
Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda. Sudah putus断
muafakat协议 , dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan mengambil
segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh
membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda
hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk,
suruh baiki kota; yang parit tohor浅, suruh dalamkan. Dan serta
sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan团结
segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur
khabar itu, mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala
rakyat pun datang, dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu
dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala
Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau. Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda,
“Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah.” Dan baginda pun menyiapkan
perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang sempurna, maka
baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di
lahut, semuanya mengiringkan跟随 baginda.
(i) Berikan maksud mengampungkan segala orang besar-besar. [ 2 markah ]
Mengumpulkan semua pegawai.
perjanjian yang dibuat antara
baginda dengan Daeng Parani ialah , baginda menjadi Yang Dipertuan
Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda.
(iii) Berikan kebaikan
bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan? [ 4 markah ]
…ialah kerja susah menajdi senang. Seterusnya.
Menjimatkan kos. Akhirnya, kerja dapat disempurnakan dengan teliti.
(ii)
Berikan maksud rangkai kata sudah masyhur khabar.
[ 2 markah]
-
telah
disebar/ telah diketahui umum.
(iii) Nyatakan dua
perjanjian yang dibuat antara baginda dengan Daeng Parani?
[ 3 markah
]
-
sekiranya
Johor berjaya ditawan, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar
-
Daeng
Parani menjadi Yang Dipertuan Muda
(iii) Pada
pandangan anda, mengapakah kita perlu bekerjasama untuk melakukan sesuatu
pekerjaan? [ 3 markah ]
-
dapat menyelesaikan sesuatu kerja dengan lebih cepat.
-
dapat mengeratkan tali silaturahim, memupuk semangat bertolak ansur
dan dapat menjamin keharmonian sesama insan.
-
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, menjana idea yang positif di
samping bersama-sama menikmati hasil yang diharapkan.
Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah震动,
mengatakan, “Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana, semuanya datang,
menghadap baginda. Maka kata orang Johor, “Jikalau betul asal tuan kami, minta
tawarkan air yang masin.” Dan titah baginda, “Baiklah.” Dan lalu diambil rotan,
dilingkar圈, dimasukkan ke dalam air. Maka baginda beryang-yang, “Jikalau
betul asal dari raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air yang masin,
menjadi tawarlah.” Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera
diambilnya air itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi
sejuk rasanya. Maka segala orang Johor pun bersoraklah, “Ialah, tuanku patik,
Tuanku Yang Maha Mulia ini!” Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda
pun bertitah kepada segala rakyat, “Hendaklah kamu mengatakan ‘daulat’万岁.” Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka
dibedil orang dari kubu 城堡Johor. Maka segala meriam pun keluar air kepada mulut meriam. Satu
pun tiada berbunyi. Maka baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat,
sambil bertimang考虑, berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di jambatan dalam. Maka baginda
pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang
bernama Sepurejab, telah terhunus 拔出dari sarungnya.
(ii) Nyatakan cara baginda menukarkan air masin menjadi
tawar. [ 3 markah ]
-
mengambil
rotan dan dilingkar.
-
baginda
beryang-yang kemudian memasukkan lingkaran rotan ke dalam air.
-
baginda
dapat menukarkan air masin menjadi tawar.
bukti rakyat menunjukkan taat setia
kepada pemerintah ialah
menghormati pemerintah. Seterusnya, mematuhi undang2. Akhirnya, mengekalkan
keamanan negara.
(i)
Berikan maksud
rangkai kata daulat .
[
2 markah ]
-
kuasa
raja/ ya, benar (diujar ketika menyambut titah raja)
(ii)
Berdasarkan
petikan di atas, nyatakan cara baginda menukarkan air masin menjadi tawar.
[3 markah]
- baginda beryang-yang kemudian
memasukkan lingkaran rotan ke
dalam air.
- baginda dapat menukarkan air masin menjadi tawar.
(iii) Pada pandangan
anda, apakah yang perlu kita lakukan sebagai bukti kesetiaan kepada negara?
[ 3 markah ]
- rakyat haruslah sentiasa mematuhi arahan/ perintah.
- kita wajar memastikan keamanan negara.
- kita perlulah menggembleng
tenaga untuk memajukan negara,
menghormati pemerintah.
- kitamestilah mematuhi peraturan dan undang-undang negara
Syahadan然后,
akan Yamtuan Muda pun mengamuk疯狂. Anak bininya habislah mati dibunuhnya. Tinggal seorang anaknya,
perempuan. Niat意愿 hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak mengamuk ke dalam
kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut hatinya, lalu ia
terjun, lari ke hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang Dipertuan Besar,
“Tiada aku mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh ayahanda baginda. Dan
baiklah aku serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang Dipertuan.” Maka ia pun
datang, dengan tiada berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawa.
Maka titah baginda kepada hulubalang baginda, “Tiada patut, orang sudah menyerahkan nyawanya
kepada kita, tiada patut kita bunuh.” Dan tiada dibunuh baginda. Maka orang pun datang membawa khabar, mengatakan
Yamtuan Muda sudah membunuh anak isterinya. Maka titah baginda kepada
Bendahara, “Akan sekarang bagaimana bicara ayah, mahukah mengikut bicara
sahaya? Maka sembah Bendahara, “Mana titah patik junjung.” Titah Raja Kecil,
“Dan kepada fikir sahaya, ayah hendak sahaya jadikan ayah kembali, jadi
Bendahara.” Akan Yamtuan Muda, disuruh bunuh oleh Bendahara, sebab derhaka
membunuh anak isterinya, tiada dengan izin baginda. Dan akan bonda baginda,
Encik Apung, kembali ke rahmatullah taala, tiada sempat berpandangan dengan
baginda.
(i) Berikan maksud kembali ke rahmatullah taala.[ 2 markah ]
Meninggal
dunia
baginda tidak membunuh Yang Dipertuan Besar kerana menyerahkan
diri 投降. Seterusnya, Yang Dipertuan Besar telah menyedar diri. Akhirnya, baginda yakin bahawa baginda dapat
mengawalnya.
kebaikan pemerintah bersikap adil
terhadap rakyatnya ialah
menjalinkan hubungan yg baik. Seterunsya, menunjukkan kewibawaan dalam
pemerintahan. Akhirnya, saling mempercayai antara pemimpin dengan pengikut.
tindakan yang diambil oleh Yamtuan Muda dan Yang
Dipertuan Besar. Ialah satu menyerahkan diri manakala satu
lagi melarikan diri.
yang akan terjadi kepada Yamtuan Muda
setelah dia melarikan diri ke dalam hutan ialah dibaham oleh
binatang buas. Seterusnya, mati kebuluran. Akhirnya, dibunuh oleh bendahara.
ii.Nyatakan alasan baginda tidak membunuh Yang
Dipertuan Besar? [ 3
markah]
alasan baginda tidak membunuh Yang
Dipertuan Besar ialah sedar
bahawa besar sangat dosanya
membunuh ayahanda baginda. Dia menyerahkan nyawanya. Dia datang, dengan tiada
berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawa. Orang sudah menyerahkan nyawanya
kepada kita, tiada patut kita bunuh
iii.Pada
pandangan anda, apakah ciri-ciri permerintah yang dikehendaki oleh rakyat?
ciri-ciri
permerintah yang dikehendaki oleh rakyat ialah adil. Penyayang. Akhirnya
berilmu tinggi.
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU TINGKATAN LIMA- PROSA
TRADISIONAL-HIKAYAT RAJA SIAK
********************************************************************
TEKS DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU menceritakan
i.
pernobatan dan permahsyuran Tuan Bujang sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil waris
Kesultanan Johor dari keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
ii.
Perintah taat setia kepada semua orang Minangkabau oleh Tuan Puteri Jilan.
iii.
Taat setia rakyat Minangkabau kepada Raja Kecil
iv.
Perjuangan untuk menuntut hak ke atas kerajaan Johor yang ditadbir oleh
keturunan Bendahara.
v.
Raja Kecil menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah, Yang
Dipertuan Besar.
HIKAYAT
SIAK
Tuan
Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan登记
Peristiwa
penting ialah penobatan tuan bujang sebagai waris 后代raja
bagi orang minangkabau
Keturunan后代
marhum mangkat dijulang
1.
Tuan Bujang ,memohon kebenaran daripada Sultan Palembang untuk mudik ( ke
kawasan hulu/pedalaman) iaitu ke Rawas. Sultan Palembang membenarkan Tuan
Bujang mudik ke Rawas dan di sana Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu
Kucing dan memiliki seorang anak lelaki bernama Raja Alam.
2.
Tuan Bujang kemudian pergi ke Jambi untuk bertemu dengan Sultan Maharaja di
Batu. Di Jambi Raja Kecil berperang dengan Sultan Maharaja merebut kebesaran
dengan sultan di Kedah tetapi kalah.
3.
Tuan Bujang pulang ke Minangkabau lalu terus ke Pagaruyung. Tuan Bujang
menghadap Puteri Jilan. Raja Kecil memberitahu Tuan Puteri Jilan bahawa baginda
meninggalkan Pagaruyung kerana melawat negeri orang. Seterusnya ,Puteri Jilan
mencadangkan Tuan Bujang pergi belayar dan ke Siak. Seterusnya meminta Tuan
Bujang mengambil semula kerajaan Johor dan menuntut semula kematian
ayahandanya.
4.
Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti bapa saudaranya.... Semasa penobatan
tersebut Yamtuan Sakti telah menguji kesahihan 真实Tuan
Bujang sebagai pewaris Minangkabau lantas 然后Tuan
Bujang dinobatkan bersama-sama anak lelakinya.
5.
Semasa dinobat, mahkota 皇冠diletakkan di atas kepala Tuan Bujang dan Puteri Jilan membaca
salasilah家谱keturunan Tuan Bujang dan wajah 容貌Tuan
Bujang sangat berseri-seri 闪耀umpama 像bunga raya kembang 盛开pada waktu pagi. Melihat akan kehebatan tersebut segala pegawai,
Menteri Yang Empat, Bendahara di Sungai Tarab, Makhdum di Sumanik, Enduma di
Suroso · sujud 下跪menyembah拜见 Tuan Bujang dan mengaku 承认bahawa Tuan Bujang ialah seorang raja besar di Tanah Melayu. · Mereka bermohon agar Tuan Bujang kekal永久 dan
tenteram和平 menjadi raja di Tanah Melayu. Tuan Bujang digelar Yang Dipertuan
Raja Kecil.
6.
Seterusnya mahkota diletakkan oleh Yamtuan Sakti di atas kepala anakandanya
tetapi senget斜 lantas Yamtuan Sakti mengatakan anaknya tewas败
dengan kelebihan yang ada pada Raja Kecil lalu diberi nama Raja Beralah.
7.
Suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Diipertuan Sakti menunjukkan pedang kerajaan
yang berasal来自 dari Minangkabau yang dipersembahkan oleh Raja Kuantan kepada Raja
Kecil . Pedang tersebut bernama Sepurejab. Puteri Jilan menyerahkan Pedang Sepurejab · Sepah ( 宝石) ·
Lima depa rambut Puteri Jilan· Dua butir kupang-kupang dan· Sebuah cop mohor.
8.
Puteri Jilan memaklumkan bahawa Raja Kecil akan turun ke laut maka Puteri Jilan
memerintah; Semua anak Minangkabau di laut,
Semua anak Minangkabau di sekeliling Pulau Perca mesti bersama-sama Raja Kecil
menebus赎回 aib 羞耻yang ditanggung oleh anaknya dan orang Minangkabau .
9.
JIKA ada orang Minangkabau tidak mahu menyertai pasukan Raja Kecil mereka akan
terkena sumpah 咒语kerana mengingkari违背perintah.
10.
Akan tetapi, jika orang Minangkabau tidak dapat menyertai pasukan Raja Kecil
maka mereka mesti member Dua puluh rial
·
Selaras setinggar ( sejenis senapang kuno) · Obat sekati ( sekati peluru
setinggar )
11.
Setelah selesai Yang Dipertuan Sakti mengenakan perjanjian di atas, baginda
menyerahkan empat orang hulubalang kepada Raja Kecil · Datuk Lebai Tasi · Datuk Gergaji · Raja Mendeling · Sultan Pendalihan
Kisah
raja kecil peristiwa penting ialah perjanjian taat setia orang minangkabau
kepada raja kecil
a.
Raja Kecil bermohon untuk berangkat出发 dan didoakan祈祷 oleh Puteri Jilan agar memperoleh得到
kejayaan.
b.
Raja Kecil sampai ke Siak Raja Kecil tidak mendedahkan披露
identiti 身份dirinya, sebaliknya baginda berulang alik dari Siak ke Bukit Batu ;membeli
ikan terubuk dan telur ikan terubuk di di Bukit Batu lalu dibawa ke Siak untuk
dijual. Pada satu hari Raja Kecil melakukan kesalahan kepada Bandar Bukit
Batu lalu didenda 罚sebanyak dua puluh rial. Raja Kecil amat marah lalu berdendam仇恨.
Akibatnya baginda mengambil upah酬劳 menjadi Nakhoda 水手Penangguk ke Melaka tetapi bersumpah发誓
agar anak cucunya tidak menjadi Nakhoda Penangguk.
c.
Seterusnya Raja Kecil pergi ke Mengkalis untuk bertemu dengan orang Minangkabau
kerana ramai antara mereka yang kaya raya dan mempunyai perahu yang
besar-besar.
d.
Sampai di Mengkalis, Raja Kecil terus bertemu penghulu lalu menyerahkan 交cop
mohor kepada penghulu. Melihat sahaja cop mohor tersebut maka penghulu tahu
bahawa Raja Kecil membawa perintah 命令Yang Dipertuan Sakti lalu berasa takut (gementar). Penghulu dengan
segera memerintah orang-orang Minangkabau yang ada di Mengkalis berkampung lalu
menyembah daulat kepada Raja Kecil dan menyatakan taat setia kepada Raja Kecil.
e.
Di Mengkalis Raja Kecil digelar Yang Dipertuan, raja turun dari Pagaruyung. Setelah
berlaku lafaz taat setia di Mengkalis, Raja Kecil berangkat ke Batu Bahara pula
kerana di situ terdapat ramai juga orang Minangkabau. Di Batu Bahara Raja Kecil
mendapat pengakuan taat setia daripada Penghulu Yang Berempat. Raja Kecil juga
mendapatkan pengakuan taat setia daripada orang-orang Minangkabau di Tanah
Putih dan di Kubu.
f.
Raja Kecil Pulang semula ke Mengkalis dan membuat strategi 策略untuk
menyerang Johor.
Raja
kecil menyerang johor。 Peristiwa
penting ialah
1.
Ketika Raja Kecil berada di Mengkalis, baginda dikunjungi oleh Raja Bugis iaitu
Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha. Mereka sudah saling mengenal 认识ketika
tinggal dim Bangkah Kota semasa Raja Kecil tinggal dengan Sultan Palembang.
2.
Semasa pertemuan tersebut, Raja Kecil menyampaikan hasrat 希望untuk
menyerang Johor. Daeng Parani membuat perjanjian jika Raja Kecil menang。
Raja Kecil menjadi Yang Dipertuan Besar di Johor, Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda
5.
Setelah semua syarat disetujui Daeng Parani bergerak ke Langat dan mengumpul
semua orang Bugis di sana untuk menyertai pasukan perang Raja Kecil.
6.
Sepucuk surat dihantar kepada Yang Dipertuan Johor di Johor memaklumkan Raja
Kecil anakanda kepada Marhum Mangkat Dijulang akan kembali ke Johor untuk
menuntut bela kematian ayahandanya. Johor diminta bersiap sedia.
7.
Sebaik sahaja surat diterima, Yang Dipertuan Johor mengumpul semua orang
besar-besar dan berpakat membaiki kota dan parit.
8.
Berita Raja Kecil yang akan datang ke Johor tersebar luas sampai ke pengetahuan
Raja Negara Selat . Oleh itu Raja Negara Selat bersama-sama rakyat Johor datang
ke Mengkalis untuk bertemu dengan Raja Kecil.
9.
Di Mengkalis, Raja Negara Selat dan orang Johor mengatakan Raja Kecil ialah
orang Johor sementara orang Minangkabau mengatakan Raja Kecilm ialah orang
Minangkabau.
10.
Perbezaan pendapat mereka dileraikan oleh Raja Kecil sebaliknya memninta mereka
semua bekerjasama . Raja Kecil mempersiap perahu besar dan kecil lalu berangkat
ke Johor bersama-sama orang Johor (rakyat Selat) dan semua rakyat yang tinggal
di kawasan laut.
11.
Sebaik sahaja tiba di Kuala Sungai Johor, orang Johor dengan riuh
rendahnya melaungkan kedatangan tuan mereka. Semua kaum keluarga Laksamana
datang menghadap Raja Kecil.
12.
Orang Johor di Kuala Johor hendak menguji kesahihan Raja Kecil sebagai anak
Marhum Mangkat Dijulang. Raja Kecil diminta menawarkan air yang masin.
13.
Raja Kecil menjampi air masin tersebut sambil memasukkan lingkaran rotan ke
dalam air masin tersebut.
14.
Air berjaya ditawarkan oleh Raja Kecil. Orang Johor di Kuala Johor mengaku Raja
Kecil sebagai tuan mereka.
15.
Dari Kuala Johor, Raja Kecil bergerak masuk ke kota Negeri Johor. Pasukan Raja
Kecil dibedil枪杀 dari kubu tetapi hanya air yang keluar dari mulut meriam.
16.
Raja Kecil terus mudik dan sampai ke Pangkalan Rama. Di Pangkalan Rama Raja
Kecil melompat naik ke atas jambatan sambil menghunus pedang Sepurejab.
17.
Tindakan Raja Kecil dituruti oleh 4 hulubalang高管 · Datuk Lebai Tasi· Datuk Gergaji· Raja
Mendeling · Sultan Pendalihan
18.
Raja Kecil diiringi oleh Orang Besar-besar dengan pedang terhunus . Suasana
sangat bising.
19.
Kedatangan Raja Kecil diketahui oleh Yang Dipertuan Johor, maka dengan
segera baginda meninggalkan kota dan pulang ke Kampung Bendahara Lama.
20.
Raja Kecil masuk ke dalam istana yang terletak di dalam kota diiringi
hulubalang yang empat dan Orang Besar-besar lalu menunggu perintah Raja Kecil.
21.
Raja Kecil bertanya tentang Bendahara. Penghulu Istana memberitahu
bahawa Bendahara telah melarikan diri.
22.
Pada masa yang sama Yamtuan Muda mengamuk dan membunuh anak dan
isterinya. Dia berhasrat untuk mengamuk di dalam kota apabila habis semua anak
isterinya dibunuh. Sebaik sahaja semua anak isterinya dibunuh, dia berasa takut
lalu lari ke hutan.
24.
Akhirnya, Yamtuan Muda mengambil keputusan menyerah diri kepada Raja Kecil
kerana telah berdosa membunuh ayahanda Raja Kecil. Raja Kecil memaafkan Yamtuan
Muda. Akan tetapi, berita pembunuhan anak isteri Yamtuan Muda sampai ke
pengetahuan Raja Kecil. Raja Kecil meminta Bendahara memutuskan hukuman atas
Yamtuan Muda.
27.
Bendahara mengeluarkan perintah Yamtuan Muda dibunuh kerana bertindak tanpa
kebenaran Raja Kecil.
28.
Pada masa yang sama, Raja Kecil tidak sempat bertemu ibunya Ecik Pung kerana
Encik Pung telah meninggal dunia.
29.
Raja Kecil menziarahi jenazah ibunya dan mengurus jenazah尸体ibunya
mengikut adat kebesaran raja.. Raja Kecil mengadakan Bacaan Al-Qurandi makam Encik Pung selama 40
hari Tahlil对真主的赞美语 Bersedekah施舍
kepada fakir穷人 miskin
31.
Raja Kecil meminang 求婚Tengku Tengah anak Bendahara. Malangnya, semasa hari raya semua
anak Bendahara datang menghadap Raja Kecil kecuali Tengku Tengah. Pada masa itu, Raja Kecil terpandang Tengku
Kamariah, anak Bendahara yang bongsu lalu jatuh hati. Tetapi ditolak oleh
Tengku Kamariah. Bendahara tidak mampu menolak kehendak Raja Kecil kerana
baginda ialah raja.
35.
Akhirnya Raja Kecil menjadi raja Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Syah, Yang
Dipertuan Besar dan berkahwin dengan Tengku Kamariah.