Thursday, June 11, 2015

Sebelum percubaan SPM 2015-1



4. N9
Bahagian A[30 markah][Masa dicadangkan : 45 minit]
Rajah di bawah menunjukkan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris.Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
DASAR MBMMBI
Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
Ibu bapa
sekolah
kerajaan

      Dasar MBMMBI mula berkuat kuasa pada 1 januari 2011 dengan menggantikan Dasar PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). (I) Hal ini memanglah diperlukan memandangkan martabat BM sebagai lambang kedaulatan semakin tergugat, namun senario ini masih dipandang serong oleh masyarakat kontemporari yang berkiblatkan budaya kebaratan dan mengagungkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. (K) Martabat bahasa Melayu diibaratkan hidup segan mati tidak mahu atau bagai melukut di tepi gantang. (K) Melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA), akses pendidikan dengan mengikut acuan sendiri terus diutamakan supaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang mengutamakan pembentukan jati diri bangsa. (U) Persoalannya, sejauh manakah inisiatif kita sebagai pelapis negara telah berkomited dan beriltizam utk memartabatkan BM sekali gus memperkukuh BI dalam rutin kehidupan seharian? Tepuk dada tanya selera. (K)
      Sesungguhnya, ibu bapa sebagai uswah hasanah berperanan utk menegakkan jati diri anak sejak azali lagi kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. (AJ) Ibu bapa mestilah menghayati falsafah kepimpinan melalui teladan yang diwara-warakan oleh Tun Dr Mahathir. (AJ) Dalam konteks ini, sebagai ibu bapa yang berilmiah tinggi mestilah senantiasa merangsang dan memberikan penghargaan kepada anak yg menghormati kedudukan BM sebagai bahasa kesatuan di negara yg berdaulat ini. (C) Amsalnya, penggunaan BM dan BI dalam kehidupan seharian dapat membiasakan anak mereka supaya petah berbahasa dan berkomunikasi sebelum menginjak ke alam kerjaya bak pepatah alah bisa tegal biasa. (C) Tegasnya, ibu bapa mestilah menginsafkan anak mereka bahawa jati diri bangsa merupakan lambang kesatuan, keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara. (P)
      Dalam sudut institusi sekolah yang berperanan utk membentuk keperibadian anak didik dan tempat menimba ilmu, segala dasar kerajaan mestilah ditegakkan melalui komitmen tinggi melalui peranan guru, pentadbir, pelajar dan PIBG. (AJ) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggarisbawahi kelahiran anak didik yang mempunyai die fm (C) Hal ini terbukti Guru Muda 1Malaysia telah dilatih untuk mengoptimumkan keberhasilan dalam pengajaran khususnya dalam bidang ICT supaya menginterpretasikan penggunaan dwibahasa dalam semua mata pelajaran. Projek Bestari Net dan Program VLE Frog misalnya telah melicinkan pengajaran dan pembelajaran BI dan BM dalam kalangan pelajar. (C) Peranti komunikasi elektronik diibaratkan serampang dua mata utk memaksimumkan keberkesanan pembelajaran, sekali gus mengakrabkan ikatan interaksi dan interaktif antara warga sekolah. (P)
      Akhirnya, pihak kerajaan telah berkomited untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik melalui RM11(2015-2020). Pelbagai inisiatif telah digarap untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan modal insan yang syumul terjamin selaras dengan kehendak pasaran global yang bergolak pantas bagai belut diketil ekor. Bahasa inggeris memanglah tidak dapat dipertikaikan sebagai bahasa (hil disk), namun martabat BM masih tetap perlu dilestarikan seperti yg termaktub dalam PP perkara 152 sebagai bahasa rasmi negara Malaysia yang bernaung. Muktasarnya, usaha SBP dalam mempromosikan pengaplikasian dwibahasa dan bahasa asing amatlah memberangsangkan supaya menjamin kebolehpasaran graduan pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
      RCAH
      Sebagai penghias penutup bicara, BM yang dikenal pasti sebagai linqua franca pada kurun ke-15 di rantau Asia dan Pasifik mestilah dilestarikan kerana biar mati anak jangan mati adat. (R) Sehubungan dengan itu, masyarakat pada era pascamerdeka ini mestilah menghayati maksud yangtersirat dalam pantun di bawah;
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Bahasa jiwa bangsa, merupakan tanggar amanat yang perlu digalas pada pundak setiap anak bangsa pewaris negara kerana jatuh bangun sesebuah negara bergantung pada jati diri bangsa. (C) Jangan sekali-kali sudah terhantuk baru tengadah kerana bahasa Melayu merupakan kejituan dan keutuhan bangsa yg sudah lama tercegat di bumi bernaung ini. Usahlah kita mencabar kedaulatan BM semata-mata dipengaruhi oleh prinsip polarisasi dan sekularisme yg ditinggalkan oleh pihak penjajah. (A) Dengan itu, diharapkan agar Dasar MBMMBI akan berjaya direalisasikan supaya melahirkan bangsa yg menghormati hak perkauman masing2 dan sekali gus mengassimilasi serta mengadaptasi setiap perbezaan dan ketidaksefahaman antara etnik berbeza.

No comments: