Wednesday, March 30, 2011

2011...1b, 1f, 1g

hey lovely gal and guy;

if u reading my msg, that's mean u follow me.

changing a new teacher, i duwan to ask your feeling

happy or remorse that no more my concern

really...i jz regret, for my weak weak body
by the way, i know this will be the last year i stay in jitsin, saying frankly, i would like to be your teacher, jz teach heartily till the end of 2011.
yes, i wish too ..after i m really happy and loving all of you. regardless u like me or haha..hate me ..( most propably cuz of the homework making u stress lar.)

anyway...dun be too happy with the changing

haha...once mt health is stable, i will be back
catch u all, regardless hw u feel

i like teaching..really..and jitsin students too




contoh karangan bentuk syarahan/ceramah dan ucapan


Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut.

salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
           Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
            Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
             Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
             Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
          Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahaga akan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
           Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

Hidupan Liar Kian Terancam di Negara kita.
 Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, para hakim yang arif lagi bijaksana serta para hadirin yang dihormati sekelian. Saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk menyertai pertandingan syarahan pada hari ini. Tajuk syarahan yang akan dibentangkan sebentar lagi ialah’Hidupan liar kian terancam di negara kita’
 Hadirin sekelian,
              Dewasa ini, pihak kerajaan kita telah mengadakan berbagai-bagai rancangan pembangunan yang bertujuan untuk mempertingkatkan  taraf hidup rakyat. Walaubagaimanapun, segala rancangan pembangunan itu telah mengancam hidupan liar. Proses penerokaan kawasan-kawasan hutan rimba telah mempengaruhi ekosistem hidupan liar ini. Tempat tinggal hidupan liar telah musnah dan binatang-binatang liar menghadapi masalah mencari bahan makanan dan proses pembiakan juga terancam. Keadaan ini menyebabkan sesetengah spesis hidupan liar ini hampir pupus akibat kekurangan makanan .
 Beberapa langkah yang  tegas perlu diambil untuk menyelamatkan hidupan liar ini. Dalam hal ini pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang tentang keselamatan hidupan liar. Kawasan hutan simpanan perlu diperuntukkan kepada binatang liar dan sesiapa yang cuba mencerobohi undang-undang harus dikenakan hukuman atau denda yang sewajarnya.
 Hadirin sekelian,
             Selain itu pengeluaran lesen memburu perlu dihadkan. Lesen memburu hanya boleh dikeluarkan kepada mereka yang hendak memburu dengan tujuan tertentu bukan untuk tujuan komersil.
 Kempen memelihara hidupan liar harus dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya hidupan liar itu. Hidupan liar juga ingin hidup dengan aman dan selesa seperti manusia yang hidup di muka bumi ini.
 Langkah-langkah tegas seperti di atas perlulah dilaksanakan bagi mengelakkan kepupusan hidupan liar. Rancangan pembangunan yang hendak dijalankan perlulah diteliti terlebih dahulu serta mengambil kira kesannya ke atas hidupan liar terbabit. Pendek kata kerjasama dari semua pihak amatlah penting dalam soal ini.
 Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Akhir kata marilah kita bersama-sama memelihara hidupan liar di negara kita agar ianya tidak akan terus terancam untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang
 Sekian. Terima kasih.

Anda sebagai pengerusi baru Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah diminta menyampaikan ucapan di majlis perjumpaan persatuan itu.
 selamat pagi diucapkan kepada Cikgu Khamsani selaku guru penasihat, ahli-ahli jawatankuasa serta ahli-ahli persatuan yang lain. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya memegang jawatan ini. Saya berasa amat gembira kerana telah dipilih sebagai pengerusi baru Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun 2003 ini.
 Para hadirin sekalian,
                  sejak persatuan ini ditubuhkan, pengerusi persatuan sering bertukar ganti. Saya selaku pengerusi yang baru berjanji akan memimpin persatuan ini dengan penuh tanggungjawab dan berdasarkan garis panduan persatuan. Saya berharap agar persatuan kita akan mencapai kejayaan cemerlang pada tahun ini sebagaimana pencapaian yang telah ditunjukkan pada tahun-tahun yang lepas. Kita juga patut meneruskan segala khidmat bakti kita kepada sekolah bahkan kepada masyarakat umumnya.
                    Walaubagaimanapun, kerjasama daripada ahli-ahli persatuan amatlah diperlukan agar persatuan ini dapat terus bergerak dengan sempurna dan lebih aktif. Saya juga amat mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan daripada Cikgu Khamsani bagi melicinkan perjalanan persatuan ini. Tanpa bimbingan guru dan kerjasama rakan-rakan saya tak mungkin dapat menjayakan wawasan persatuan ini.
                  Antara kegiatan-kegiatan yang telah saya susun bagi persatuan ini ialah berkhidmat dalam kejohanan sukan di daerah ini, menjemput bekas ahli-ahli persatuan untuk memberi ceramah, menganjurkan minggu suai kenal antara ahli-ahli lama dan baru dan banyak lagi.
 Hadirin yang saya hormati sekalian,
                    Sebagai  manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga dengan diri saya. Oleh itu saya bersedia menerima sebarang teguran yang membina demi memperbaiki diri saya dan persatuan ini. Ahli-ahli persatuan pula digalakkan memberi buah fikiran yang bernas demi kebaikan persatuan.
                 Saya mengharapkan semua ahli persatuan ini akan turut sama  bekerja keras dan berganding bahu bagi meningkatkan prestasi persatuan Bulan Sabit Merah ini agar menjadi salah sebuah persatuan yang terbaik di sekolah ini. Di samping itu ianya akan lebih maju, terkenal dan berdaya saing dengan persatuan-persatuan lain hingga ke peringkat daerah dan negeri.
                  Akhir kata saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas apa juga keterlanjuran dalam ucapan saya ini. Semoga semua ahli dapat beekerjasama demi kemajuan dan kejayaan persatuan ini.
 Sekian. Terima kasih.
 

BURUNG-BURUNG PAGI- A. WAHAB ALl


BURUNG-BURUNG PAGI- A. WAHAB ALl
Kau telah bangun (personifikasi)
Mengirai sayapmu (personifikasi)
Entah siul keberapa kau nyanyikan (hiperbola)
Membuka mataku
Persoalan:  Setiap orang hendaklah bangun awal pagi
Maksud: Penyajak terbangkit daripada tidurnya oleh siulan burung

Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku-asonansi/imej alam
Kerjaku sudah menanti- personifikasi?
Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon (metafora)
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (hiperbola/kata ganda)
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah ( kata ganda)
Persoalan: Setiap makhluk ada rezeki yang telah ditetapkan.
/kehidupan seekor burung
Maksud: Burung-burung begitu gigih mencari rezeki seperti ulat dan cebisan
 roti busuk demi melangsungkan hidup.

Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu-epifora
Tapi kau yang hanya
Sejemput daging –perbandingan umum
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil
Persoalan:keyakinan burung untuk memperoleh rezeki
/penyajak tidak segigih burung./ Keyakinan diri amat diperlukan dalam                                                                                                                                            kehidupan,
Maksud: sunngugpun burung bertubuh kecil, namun yakin meneruskan
 kehidupannya.

 
mengirai
1. = mengiraikan me­ngibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepak­kan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa;
tompok
1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya;
mematuk
1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu;
melintas
1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;
tandus
1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll);
remah
(rémah) I = remah-remah cebisan-cebisan roti dll, sisa-sisa atau lebih-lebihan makanan dll: ia makan dr ~-~ orang; ia tidak makan nasi se~ pun

Tuesday, March 29, 2011

kesalahan


Perhatikan kesalahan di bawah:

1. pelbagai jenis lauk-pauk disajikan di restoran itu.

pelbagai jenis lauk...

2. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.
surut 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn ke­marahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 me­nye­­­babkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan.

....selepas air surut


3. Datuk Lee Chong Wei berasa terkilan akan sambutan panas yang diberikan setelah menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England baru-baru ini.

terharu akan sambutan panas


terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.








2011 babe...FATE

the bad mood ..for me
perhaps..the good news for u
BUT..


if i really love you, i think i need to sacrifice and stay a year in jitsin

if this is your birthday best wishes

i will choose to stay back



for U cause of LOVE SEEDs  






Sunday, March 27, 2011

laporan


Laporan dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:
(i) Laporan seminar, bengkeI, pameran, dan kursus
(ii) Laporani tragedi atau peristiwa
(iii) Laporan kelab /persatuan akademik, sukan dan permainan atau unit beruniform
(iv) Laporan persediaan sesuatu acara atau majlis
Laporan seminar, bengkeI, pameran, dan kursus
1. Mulakan laporan anda dengan menulis tajuk laporan, diikuti tarikh, tempat, anjuran, biIangan peserta, dan majlis perasmian, di samping, tujuan atau ojektif aktiviti terseut.
2.Pada bahagian perkembangan isi, atur cara majlis pengendalian dicatatkan. Misalnya, penceramah, bentuk pameran, peserta yang mengambil bahagian, sambutan dll. Hal ini bermakna setiap aktiviti yang berIangsung pada sepanjang seminar, bengkel, pameran atau kursus itu perlu dicatat.
3. Pada bahagian penutup pula, adalah wajar dituliskan komen. teguran, cadangan atau sanjungan anda terhadap aktiviti terseut. Akhir sekali, tuliskan tandatangan dan nama pelapor,jawatan serta tarikh Iaporan itu ditulis.
Laporan Kegiatan Tahunan Persatuan Sains dan Matematik Sekolah             Menengah Kebangsaan Taman Perwira, Bukit Mertajam
Penaung                :
Penasihat               :
Pengerusi              :
Naib Pengerusi     :
Setiausaha             :
Bendahari              :
Ahli Jawatankuasa                :
Pemeriksa Kira-kira             :
1.0                   Pendahuluan
2.0                   Kegiatan Tahun
2.1                   Semester Pertama
2.2                   Semester Kedua
3.0                   Penutup
Dilaporkan oleh,                                                   30 NOV 20xx.
……………..
(PHONG SERENE)
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira, BM
Bukit Mertajam


Laporan Lawatan ke Muzium Arkeologi
         Lembah Bujang,Kedah
Tarikh     : 30 November 20xx
Masa       : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat   : Lembah Bujang,Kedah
Anjuran: Persatuan Sejarah SMJK Jit Sin
Bahagian perkembangan isi:
— atur cara lawatan
— nama pengendali (penceramah/pegawai)
— bilangan peserta
— majlis perasmian/
— objektif/cadangan
— perjalanan ceramah dan bengkel

Dilaporkan oleh,                                   3 DEC 20xx.
……………..
(PHONG SERENE)
Setiausaha Persatuan Sejarah SMJK Jit Sin,
Bukit Mertajam.


Laporan Kelab/Persatuan Akademik./Sukan dan Permainan atau Unit Beruniform
1. Laporan seperti ini disediakan untuk keperluan yang berikut:
(i) Mengadakan mesyuarat agung tahunan
(ii) Dimuatkan dalam majalah sekolah
(iii) Diserahkan kepada tuan pengetua atau guru penasihat
2. Pada bahagian penutup, merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru penasihat, AJK  dll yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan semua rancangan atau program.
3. Diakhiri dengan nama pelapor, tandatangan, jawatan, dan tarikh laporan ditulis.
Laporan Persediaan Sesuatu Acara atau Majlis
1. Di sekoIah, terdapat peIbagai acara atau majlis diadakan ,cth kejohanan olahraga tahunan, Hari Ucapan dan penyampaian hadiah,mesyuarat agung PIBG,pertandingan syarahan, kuiz, Hari Kantin dll
2. Laporan ini mesti didahului tajuk laporan dan diikuti senarai ahli jawatankuasa pengelola, Tarikh,masa dan tempat berIangsungnya sesuatu majlis .
3. perkembangan isi, persiapan dan masalah yang mungkin dihadapi.
Laporan Tragedi dan Peristiwa
1. didahului tajuk Iaporan- Kemudian, diikuti tarikh, masa, dan tempat kejadian,  latar belakang peristiwa  tersebut.
2. perkembangan isi, perkara penting seperti bilangan kemalangan jiwa, taksiran kerugian, punca kejadian dll
3. penutup pula, cara penyelesaian /cadangan untuk mengelakkan tragedi daripada berulang. Kemudian, disusuli dengan ucapan terima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan dalam tragedi tersebut.
4. Akhir sekali, catatkan nama pelapor, didahului oleh tandatangan dan diikuti jawatan serta tarikh laporan itu ditulis.

Contoh:
Kelab Pencinta Alam sekolah anda telah menganjurkan suatu ekspedisi dan perkhemahan di sebuah gunung.
Anda selaku setiausaha kelab dikehendaki untuk menyediakan laporan ekspedisi dan perkhemahan tersebut.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Ekspedisi dan Perkhemahan di Gunung Nuang
Sebanyak 40 orang ahli Kelab Pencinta Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tengku Ampuan
Afzan, Bentong, Pahang telah mengadakan ekspedisi dan perkhemahan di Gunung Nuang pada 23 hingga
25 Nov 2xxx. Empat orang guru penasihat kelab turut serta, iaitu Encik Hanif Asraf, Encik Mohd. Zahir.
Puan Ainah Sidik, dan Puan Syarifah Sauna.
Kami menaiki bas dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tapak pendakian pada pukul 10.30
pagi. Kami terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke Kem Wira Waja, Janda Baik mengikut kumpulan masing-
masing. Empat orang jurupandu mengawasi perjalanan kami. Destinasi sejauh tiga kilometer itu melalui
jalan di ladang sayur kacang botor dan halia yang subur di kawasan berbukit. Dua buah bukit kecil sudah
kami tempuh menyebabkan keringat mengalir dan membasahi pakaian. Sepanjang perjalanan tersebut, kami
telah berhenti sebanyak tiga kali untuk berehat sambil meneguk air minuman yang diambil dari sungai
yang berdekatan. Keadaan tanah yang lembap dan becak menyebabkan pacat membiak. Kebanyakan ahli
kelab belum mengenali pacat. Oleh itu, ada yang menjerit kerana kegelian sambil meminta rakan lain
menolong mereka menarik pacat yang kuat melekap pada kulit kaki.
Kami bersorak gembira sebaik-baik sampai di tapak perkhemahan. Ketibaan kami kira-kira pukul 4.30 petang disambut dengan deruan air terjun yang jernih dan sejuk. Tanpa melengahkan masa, kami mendirikan
khemah iglu dan menyediakan makanan untuk makan malam. Pada masa inilah para peserta belajar memasak
di dalam “mess tin” dengan ketulan lilin pembakar empat segi yang kebiasaannya digunakan oleh anggota
tentera. Selepas makan malam, kami berkumpul untuk mendengar taklimat daripada jurupandu. Kami diarahkan berjalan dalam kumpulan mengikut kesan denai yang diketuai oleh jurupandu. Selain itu, kami dilarang daripada membuang sampah.
Pada hari kedua, tepat pukul 9.00 pagi bermulalah pendakian kami ke puncak Gunung Nuang yang ketingiannya 1 493 meter. Kami membawa bekalan yang secukupnya untuk makan tengah hari seperti biskut, mi segera, dan sebotol air. Mengikut perancangan, kami akan turun ke tapak perkhemahan semula pada petangnya.
Cabaran mendaki tujuh buah bukit bukanlah sesuatu yang mudah. Kami perlu berhati-hati ketika meredah hutan ini, terutamanya tumbuhan liar bukit. Kami berpaut dan memegang mana-mana bahagian anak pokok sebagai sokongan untuk mengimbangi badan daripada terjatuh. Hutan simpanan kekal yang menjadi kawasan tadahan
 air ini kaya dengan flora dan fauna. Kami mencatat perkara penting dan menarik yang ditemui di hutan ini. Batang-batang balak yang besarnya lebih daripada dua pemeluk menjadikan persekitaran di sini redup dan dingin. Mereka yang cergas dan bertenaga berada jauh di hadapan. Bagi kumpulan yang sederhana mengekori mereka dari belakang. Setelah berpenat lelah selama empat jam yang jaraknya lebih kurang lapan kilometer, kota Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Genting kelihatan berbalam-balam. Kami sungguh bertuah kerana cuaca ketika itu begitu baik.
Peluang kami bersantai di puncak Gunung Nuang tidak lama. Mengikut jangkaan awal, kami diberikan
masa dua jam untuk menikmati panorama ketika berada di puncak Gunung Nuang yang merupakan sebahagian
daripada Banjaran Titiwangsa. Di puncak tersebut terdapat sebatang pokok tunggal yang menjadi sasaran kerana banyak peserta yang menunggu giliran untuk memanjat dan melihat pemandangan yang memisahkan  Negeri Sembilan, Pahang, dan Selangor itu. Perkara yang tidak diduga telah berlaku apabila tiga orang peserta tersesat. Kami terpaksa turun ke kaki gunung dengan segera untuk menjejaki mereka. Walau bagaimanapun, selepas setengah jam perjalanan turun, kami menemui mereka. Mereka bertindak bijak kerana berpatah balik mencari simpang asal setelah menyedari tiada kesan denai baharu. Perjalanan turun dari puncak gunung ke tapak kem memakan masa lebih kurang tiga jam. Namun begitu, semua peserta lebih berwaspada agar tidak tergelincir dan tersungkur ke dalam curam.
Tugas kami seterusnya menyediakan minum petang dan makan malam. Makanan Barat ala Malaysia, iaitu telur bersama-sama dengan kentang goreng dimakan dengan SOS cili begitu menyelerakan. Bagi mereka yang
kaki pancing, sungai yang berhampiran sesuai untuk mernancing ikan tengas. Umpan yang digunakan untuk menangkap ikan ini sangat mudah, iaitu hanya dengan menggentel tepung atau roti dan dilekatkan pada mata pancing. Pada sebelah malamnya, kami berkumpul untuk berkongsi pengalaman. Jurupandu kami, Abang Zainal menceritakan asal usul wujudnya nama Janda Baik. Bunyi riang-riang dan kodok memeriahkan suasana malam yang gelap itu. Pelita karbaid dan lilin juga terpadam setelah “bekalannya” habis. Kami dibangunkan untuk solat Subuh. Ketika mengambil wuduk, kesejukan air sungai terasa hingga tulang sumsum. Solat berjemaah dilakukan dalam kumpulan yang kecil kerana kawasan yang terhad.
Aktiviti mencari harta tersembunyi dilakukan ketika dalam perjalanan keluar sejauh tiga kilometer ke Kem Wira Waja. OIeh sebab didorong impian untuk bergelar juara, ada peserta yang sampai di kem lebih awal tanpa
berasa penat walaupun meredah dua buah bukit. Kami membersihkan badan dengan berendam di dalam sungai. Beberapa orang peserta terkejut apabila mendapati pacat sudah kekenyangan sebaik-baik saja menanggalkan kasut. Pada pukul 4.00 petang, bas sekolah datang menjemput kami. Perjalanan hampir dua jam setengah untuk sampai di sekolah menyebabkan mata terlelap kerana keletihan.
Kesimpulannya, ekspedisi dan perkhemahan ke Gunung Nuang ini banyak memberikan manfaat kepada kami  dalam mengenali keindahan alam semulajadi di negara ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu, semangat tolong-menolong dan nilai murni dapat kami terapkan secara praktikal.

Pelapor,                                                                                                                                                 30 NOV 2xxx.
…………….
(PHONG SERENE)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tengku Ampuan Afzan.