Perhatikan kesalahan di bawah:
1. pelbagai jenis lauk-pauk disajikan di restoran itu.
pelbagai jenis lauk...
2. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.
surut | 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn kemarahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 menyebabkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan. |
....selepas air surut
3. Datuk Lee Chong Wei berasa terkilan akan sambutan panas yang diberikan setelah menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England baru-baru ini.
terharu akan sambutan panas
terkilan | 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terkelindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad. |
No comments:
Post a Comment