BURUNG-BURUNG PAGI- A. WAHAB ALl
Kau telah bangun (personifikasi)
Mengirai sayapmu (personifikasi)
Entah siul keberapa kau nyanyikan (hiperbola)
Membuka mataku
Persoalan: Setiap orang hendaklah bangun awal pagi
Maksud: Penyajak terbangkit daripada tidurnya oleh siulan burung
Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku-asonansi/imej alam
Kerjaku sudah menanti- personifikasi?
Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon (metafora)
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (hiperbola/kata ganda)
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah ( kata ganda)
Persoalan: Setiap makhluk ada rezeki yang telah ditetapkan.
/kehidupan seekor burung
Maksud: Burung-burung begitu gigih mencari rezeki seperti ulat dan cebisan
roti busuk demi melangsungkan hidup.
Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu-epifora
Tapi kau yang hanya
Sejemput daging –perbandingan umum
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil
Persoalan:keyakinan burung untuk memperoleh rezeki
/penyajak tidak segigih burung./ Keyakinan diri amat diperlukan dalam kehidupan,
Maksud: sunngugpun burung bertubuh kecil, namun yakin meneruskan
kehidupannya.
mengirai | 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; |
tompok | 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, timbunan: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; |
mematuk | 1. memagut atau mencatuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu; |
melintas | 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; |
tandus | 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); |
remah | (rémah) I = remah-remah cebisan-cebisan roti dll, sisa-sisa atau lebih-lebihan makanan dll: ia makan dr ~-~ orang; ia tidak makan nasi se~ pun |
No comments:
Post a Comment