Saturday, September 21, 2013

karangan punca

sampel 1:

pengaruh persekitaran ( manghadapi tekanan ekonomi, mental...penuh dengan arked permainan dan pancaroba....persaingan sengit..)

                                Kepudaran minat dalam permainan tradisional, tidak lain dan tidak bukan disebabkan persekitaran globalisasi yang mengghairahkan budaya hedonisme dan keseronokanSuasana persekitaran pada alaf digital ini menghanyutkan xx dalam alam maya. Contohnya, arked permainan video atau kafe siber dapat dijumpai di setiap ceruk rantau. Generasi muda kini lebih cenderung memencilkan diri dan meringkuk di depan kaca komputer. Lebih teruk lagi, pertandingan bermain permainan video sering dianjurkan oleh pelbagai pihak bak pepatah cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu,  Xx  yang mendewakan liberalisme akan menurut hawa nafsu bagai sultan di mata, raja di hati dengan memilih alternatif yang senang dijumpai, sebaliknya permainan tradisional  memerlukan peralatan yang kuno dan bilangan pemainan yang banyak. Situasi ini  memungkinkan mereka tidak berminat untuk terlibat dalam permainan tradisional. Natijahnya, tekanan  emosi dan mental pada milenium ini akan menyebabkan generasi kini menghadapi krisis kecelaruan identiti, iaitu bukan daripada acuan sendiri sehingga menyebabkan terhakisnya jati diri nusa dan bangsa.


His
Hedonism
seronok
pen
Has li
tekan
cibaj
Contoh
kendiri
Remaja kini terdedah dengan pengaruh kebaratan yang bebas dalam pergaulan.
Desakan hawa nafsu telah menyebabkan masyarakat kini berfikiran liberalisme
kekandasan dalam pelajaran mendorong remaja menghadapi tekanan jiwa yang membuak-buak
Natijahnya, krisis pencarian identiti dan mencuba sesuatu baharu telah memberontakkan jiwa mereka sehingga semkain agresif.
Suasana persekitaran kini dipenuhi dengan arked permainan video, permainan Internet, kafe siber yang hanya sekadar menghanyutkan anak watan dalam alam maya
Kenegaran
Persekitaran global yang mengagungkan budaya hedonisme dan keseronokan telah menyebabkan remaja kurang berminat dalam xx
Xx kini terdedah dengan pengaruh kebaratan yang mendewakan kecanggihan teknologi.
Desakan hawa nafsu dan mendorong masyarakat berfikiran liberalisme
Tekanan mental dan emosi telah mendorong xxx menghabiskan masa di tempat yang senang memuaskan nafsu mereka, contohnya xxx
Krisis kecelaruan identiti, iaitu bukan daripada acuan sendiri telah menghakiskan jati diri dan warisan pusaka kita.
Suasana persekitaran kini dipenuhi dengan pusat hiburan, lambakan bahan picisan, rancangan seks, sadis, dan seksa telah menghanyutkan remaja daam dunia maya
Kemasyarakatan
Persekitaran global yang mengagungkan budaya hedonisme dan individualistik telah menyebabkan kelunturan semangat kejiranan
Ahli masyarakat terdedah dengan pengaruh kebaratan yang mementingkan harta duniawi
Desakan hawa nafsu telah melahirkan masyarakat yang berfikiran liberalisme
Tekanan ekonomi dan mental telah mendorong mereka menghabiskan masa untuk menyara keluarga atau mencapai kejayaan di dunia nyata.
Krisis kecelaruan identiti, iaitu bukan daripada acuan sendiri telah menghakiskan jati diri dan semangat tradisi yang diwarisi.
Suasana persekitaran yang pancaroba dan persaingan sengit telah menebalkan jurang pemisah antara semua strata komuniti. Isu polarisasi telah menggagalkan proses pengasimilasian semua kaum di bawah payung yang sama, yakni Gagasan 1 Malaysia

Friday, September 20, 2013

sample model karangan yang tersipi

so pitty for her..god bless u
Cara untuk menjadi pelajar cemerlang
     Dalam era pascainovasi ini, isu tentang pelajar cemerlang sering dijadikan agenda polemik yang glamor dan tidak lekang daripada bibir masyarakat sarwajagat. Negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan maka senario ini semakin pudar kerana ahli masyarakat yang mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Persoalannya, bagaimanakah  menjadi seorang pelajar yang cemerlang? (grade:C)
Pada era pascainivasi ini, pelajar cemerlang merupakan idaman setiap pelajar. Ciri-ciri pelajar cemerlang sering menghiasi dada akhbar kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Sesungguhnya, cara-cara menjadi pelajar cemerlang merupakan gamit-gamitan oleh ahli masyarakat supaya barisan generasi yang cemerlang, terbilang, dan gemilang akan menerajui pupuk pimpinan menjelang ambang 2020. Persoalannya, apakan cara untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik, dan kokurikulum?

     Memang tidak dinafikan bahawa disiplin ialah tongkah  (tonggak) kejayaan. Jika ingin menjadi seorang pelajar cemerlang, mestilan pandai-pandai mengurus masa dengan  merancang masa dengan sistematik. Pembudayaan disiplin wajarlah diterap (diterapkan )sejak bangku sekolah lagi kerana masa itu diibarat perang , jika tidak memotong, kita akan dipotong olehnya. Sebagai analoginya, setiap pelajar mestilah memanfaatkan setiap detik masa dengan aktiviti yang berfaedah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa seseorang pelajar yang berdisiplin akan menghargai masa mereka supaya menjadi modal insan kelas pertama. ( ok)
     Demi menjadi seorang pelajar cemerlang, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa pihak sekolah mestilah mempergiat program penjanaan pelajar cemerlang, sekali gus memperkasakan kurikulum dan kokurikulum dari masa ke masa. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Razak menegaskan bahawa disiplin asas kejayaan. Tegal itu, sekolah mestilah menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik agar merangsang minda dan menggilap potensi pelajar. Contohnya ceramah jati diri,kem motivasi tentang pelajar cemerlang akan mewujudkan persekitaran yang kondusif di sekolah justeru menarik perhatian pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang.
salah

     Guru diibaratkan lilin yang membakar diri dan menerangi orang lain. Memang tidak dikatakan bahawa guru merupakan watak yang signifikan untuk melahirkan pelajar cemerlang. Demi melahirkan pelajar cemerlang, para pendidik mestilah memartabatkan professional keguruan mereka. Corak pengajaran guru merstilah bertujuan untuk mencernakan bakat dan kreativiti pelajar dan mencungkil bakat mereka. Bersuluh di tengah hari bahawa guru memanglah penting untuk melahirkan pelajar cemerlang.
Salah

     Sebagai penutup penghias bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa kelahiran seorang pelajar cemerlang bukannya begitu mudah sangat.Oleh itu, semua pihak seyogianya bergading bahu bagai aur dengan tebing dan menggembleng kudrat untuk melahirkan pelajar cemerlang, bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip’di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya’ kerana remaja merupakan asset yang signifikan yang akan menerajui arus kepimpinan Negara kita pada masa depan.

20/40
Huraian isi yang agak terpesong.


Cirri-ciri:SAK
Cara-cara:IIIG
a)      (D)Pembudayaan disiplin: bincang dari segi pengurusan masa- kepentingan mengusrus masa
Pembudayaan disiplin: menjalin hubungan mesra denngan guru- segan bertanya sesat jalan
b)      (KI)Penerapan agama- melahirkan pelajar yang beriman tinggi- mini fiti kkr
Mendoakan kesejahteraan- direda Tuhan- bertawakal-pasrah
c)        rajin menuntut ilmu – menjadi pelajar berilmiah
d)      Memasang tekad atau impian sejak kecil lagi
e)      Gaya hidup sihat

soalan daripada pelajar T2

cara menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
' huraian peranan agensi pengangkutan
can write bekerjasama dgn...menawarkan pakej...still can write wat??
(fr Hui san)

a) pihak kerajaan menjalankan kempen kesedaran tentang kepentingan pengangkutan awam sebagai pemangkin eknomoni negara kepada khalayak ramai secara berkala. Agensi pelancongan dan agensi pengangkutan awam wajar bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mempropagandakan iklan tentang Kempen Cintailah Pengangkutan Awam kepada rakyat jelata. Jelaslah bahawa media massa dijadikan sebagai platform untuk mengedarkan risalah dan iklan tentang pakej istimewa yang ditawarkan oleh pengusaha berkenaan. Tamsilannya, media massa perlulah menguar-uarkan keistimewaan pengangkutan tempatan seperti LRT, MRT, dan moneral secara konsisten supaya menerapkan nilai kebanggaan dalam sanubari rakyat jelata. Tegasnya, kenderaan awam di negara maju seperti Jepun perlulah dijadikan sebagai iktibar kepada pihak berkenaan supaya menaik taraf kemudahannya sebagai pilihan utama kepada rakyat jelata.

b) pihak kerajaan perlu memberikan peruntukan sebagai skim galakan kepada pelabur asing atau pengusaha kenderaan awam di negara kita. Peruntukan dalam bentuk subsidi, pinjaman, pengecualian cukai, insentif, khidmat nasihat merupakan modal permulaan untuk menaik taraf prasarana dan perkhidmatan kenderaan awam. Contohnya, latihan dan bantuan teknikal amatlah perlu ditekankan oleh pihak kerajaan supaya mendisiplinkan pemandu dan pekerja yang berdedikasi. Lebih-lebih lagi, kemudahan yang disediakan oleh pengakutan awam mestilah berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Kebersihan, keceriaan dan keselamatan merupakan aspek yang perlu ditekankan oleh pihak pengusaha. Bantuan baik dari segi kewangan mahupun teknikal persis peribahasa, ada padi semua jadi, ada beras semua deras. Tegasnya, ahli masyarakat mesti berbangga dan bersyukur dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pengusaha pengangkutan awam seperti Tranasional, Air Asia, Mas dan sebagainya.

c) Ahli masyarakat mesti mengubah persepsi...
(Kikis sinai LPS, Jaga tepi kain LRT)

d) media massa
(semak ape? An PSL domi ra seksa mona Lembata)

Thursday, September 19, 2013

karangan berjimat cermat

Amalan berjimat cermat dan menabung.


Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dalam keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanamkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , Bank Rakyat, Maybank dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat. Hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

Masyarakat juga hendaklah prihatin terhadap peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, masyarakat wajar berpegang pada peribahasa, beringat sebelum terkena, berjimat sebelum habis.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur. 

tingkatan satu-menulis sepucuk surat untuk berkongsi cara anda mendapat keputusan baik dalam peperiksaan

Seorang pelajar cemerlang telah dianugerahi Pelajar Cemerlang dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Sebagai pengarang majalah Siswa, anda berpeluang untuk menemu ramah murid yang berkenaan.

Menjadi pelajar yang cemerlangsama ada dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah memang ialah impian setiap pelajar. Pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menganjurkan satu pertandingan memilih seorang pelajar untuk dianugerahi pelajar cemerlang bagi daerah Kuantan. Kenny Tan dari SMK TP telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Berikut ialah wawancara saya dengan Kenny Tan.

Selamat pagi. Saya Sharon selaku Ketua Pengarang Majalah 'Siswa ' ingin mewawancara saudara. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan saudara memenangi anugerah Pelajar Cemerlang daerah Kuantan pada tahun ini.

Selamat pagi. Terima kasih saya ucapkan atas ucapan tahniah tadi.

Sebelum itu, bolehkah saudara ceritakan serba sedikit latar belakang persekolahan saudara?

Saya menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu dari darjah satu hingga darjah enam. Setelah lulus peperiksaan UPSR saya meneruskan pelajaran di SMK TP.

Pada pendapat saudara, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang?

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, seseorang itu perlulah mencapai prestasi yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang pelajaran, tetapi turut memiliki akhlak serta disiplin yang tinggi. Individu itu hendaklah tahu dan bijak mengimbangkan pelajaran dengan perkembangan sahsiahnya. Tiada gunanya seseorang pelajar itu cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, tetapi tahap disiplin dirinya rendah

Pendapat saudara jelas menunjukkan bahawa disiplin diri memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi, sahsiah, dankecemerlangan seseorang pelajar.

Ya, memang betul.

Saya difahamkan bahawa saudara memegang banyak jawatan penting di sekolah, antaranya ialah Ketua Pengawas, juga mewakili sekolah dalam pertandingan yang melibatkan akademik, kokurikulum, sukan, dan permainan. Bolehkah saudara jelaskan bagaimanakah saudara dapat melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan tersebut? Tidakkah ini akan menjejaskan pelajaran saudara?

Seseorang pelajar hendaklah menguruskan masa dengan baik. Oleh itu, saya menyediakan jadual waktu peribadi yang memudahkan saya merancang waktu bagi memenuhi tuntutan kegiatan-kegiatan tersebut. Bagi saya, pelajaran dan aktiviti kokurikulum tidak boleh dipisahkan daripada rutin kehidupan seseorang pelajar. Saya menumpukan sepenuh perhatian sewaktu belajar, manakala bagi kegiatan di luar bilik darjah, saya cuba menonjolkan diri sebaik mungkin. Pendirian inilah yang menjadi prinsip hidup saya.

Bolehkah saudara terangkan bagaimanakah untuk mencapai kecemerlangan dari segi akhlak dan sahsiah?

Untuk membentuk sahsiah dan akhlak yang cemerlang, seseorang individu hendaklah kembali kepada ajaran agamanya. Maksud saya, kita perlulah berpegang dan mematuhi tuntutan agama. Agama mengajar kita supaya menjadi individu yang berguna kepada bangsa, negara, dan yang paling penting kepada agama itu sendiri. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk keperibadian seseorang supaya berakhlak mulia, sesuai dengan tuntutan agama.

Saudara telah menyebut beberapa faktor yang menjadi kunci kejayaan saudara. Apakah faktor lain yang turut mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar?

Pada pendapat saya, sesungguhnya ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan anak untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan seterusnya menjadi anak yang soleh. Ibu bapa harus prihatin akan peranan mereka dan yang penting sekali jangan mengabaikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Faktor persekitaran yang kondusif dan rakan sebaya juga turut mempengaruhi seseorang pelajar. Para pelajar perlu tahu membataskan diri dalam pergaulan dan bijak membezakan baik buruk sesuatu hal.

Sebelum saya mengakhiri wawancara saya, apakah pesanan saudara untuk rakan-rakan seperjuangan, khususnya pelajar sekolah ini yang akan menghadapi peperiksaan?

Saya berharap agar rakan-rakan akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang. Ingatlah jasa kedua-dua ibu bapa yang bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Balaslah jasa mereka dengan menunjukkan kesungguhan anda dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Tanamkanlah semangat untuk berjaya dalam hati anda.

Sidang Redaksi Majalah 'Siswa ' mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sudi diwawancara. Semoga saudara akan terus mencapai kejayaan yang dalam bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Sama-sama.

Cara menjadi Pelajar cemerlang/tokoh pelajar/ mendapat keputusan cemerlang

I
Impian/inisiatif
I
Iman
I
Inovatif
I
Imej positif
G
Gaya hidup sihat

Persekitaran kondusif/ kawan positif

Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1 dan dua

Gejala gengsterisme semakin menjadi-jadi pada masa ini. Keadaan ini amat membimbangkan masyarakat keseluruhannya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung gejala ini daripada terus menular.
   Sejak kebelakangan ini, gejala gangsterisme semakin menjadi-jadi di negara kita. Perkara ini tidak akan ada penamatnya jika tidak dipandang berat oleh semua pihak. Gejala ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya peningkatan mengenai kes ini dalam dada-dada akhbar dan perkara sebegini telah membimbangkan masyarakat kita. Tegasnya, pelbagai langkah yang proaktif dan konkrit sewajarnya  diambil bagi menangani masalah ini.
   Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah ini ialah ibu bapa mestilah memantau dan mengambil berat dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana pada masa ini ibu bapa lebih banyak mementingkan kerjaya dan wang berbanding meluangkan waktu bersama-sama anak-anak di rumah bak kata pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Lantaran itu, anak-anak akan mudah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Selagi ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak, selagi itulah perkara ini tidak boleh diselesaikan.
   Selain itu, setiap individu mestilah pandai dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana remaja pada masa ini lebih banyak membazirkan waktu mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya hanya untuk menginginkan kebebasan. Implikasinya, remaja-remaja akan terjerumus dalam melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tamsilnya, mereka akan mengikut kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya. Jika perkara sebegini masih berleluasa maka kes-kes seperti ini tidak akan berkurangan.
   Di samping itu, pihak kaunselor sekolah juga perlulah mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini dengan cara mengadakan program yang berkaitan dengan masalah pelajar di sekolah. Hal ini disebabkan kerana remaja sekarang lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah berbanding menyertai program yang memberi keinsafan dan pengajaran. Dengan ini, pelajar yang bermasalah akan berminat untuk menyertai program yang diadakan ini. Sebagai contoh, guru kaunselor mestilah dapat menarik minat pelajar-pelajar tersebut dengan cara berjumpa dan memberi nasihat kepada pelajar itu. Dengan adanya cara sebegini, remaja-remaja akan berubah dan insaf jika mengikuti program tersebut.
   Konklusinya, kita seharusnya mengambil langkah-langkah di atas bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme ini. Oleh itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme bak kata peribahasa ‘tepuk sebelah tangan tidak berbunyi’.

Benteng utama untuk menghadapi pelbagai gejala sosial dewasa ini terletak pada pengukuhan institusi keluarga. Berikan komen anda berkaitan dengan pandangan ini.
   Institusi keluarga biasanya terbentuk daripada kelompok yang paling asas, iaitu ayah, ibu, dan anak-anak.  Sementara itu, gejala sosial merujuk kepada perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh sesiapa saja. Gejala sosial yang melanda masyarakat kita hari ini berkait rapat dengan nilai kehidupan dalam institusi keluarga.  Banyak pihak yang berpendapat bahawa kanak-kanak yang dididik dengan baik dapat meryerapkan nilai-nilai murni sebagai persiapan untuk menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. 
   Salah satu usaha pengukuhan institusi keluarga terletak pada usaha  pemupukan semangat yang kental.  Melalui cara ini, benteng bagi menangkis sebarang masalah sosial yang melanda masyarakat kita dewasa ini akan wujud.    Antara masalah sosial itu termasuklah masalah penyalahgunaan dadah, perlakuan sumbang mahram, kes pembuangan bayi, jenayah perogolan yang membabitkan pelajar, dan gejala laku musnah.  Oleh itu, setiap anggota keluarga perlulah berganding bahu untuk memastikan bahawa semangat yang kental terjelma dalam kalangan anggota keluarga dan akhirnya dapat mengelak daripada gejala-gejala sosial.       
   Selain itu, melalui usaha pengukuhan institusi keluarga, ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kemahiran keibubapaan.  Hal ini demikian kerana kemahiran keibubapaan bagi sesesetengah ibu bapa amat terhad. Antara kemahiran yang dapat diterapkan termasuklah komunikasi efektif, mesra keluarga, nilai kekeluargaan, toleransi, keibubapaan cemerlang, dan kasih sayang.  Penerapan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan alam rumah tangga dapat membentuk keluarga bahagia. Oleh yang demikian, dengan sendirinya anak-anak remaja tidak akan terdorong untuk keluar rumah mencari keseronokan yang berkemungkibnan mendedahkan gejala-gejala negatif kepada mereka.
   Selanjutnya, pemupukan nilai-nilai murni mampu mengukuhkan institusi keluarga. Dengan berlandaskan anggapan bahawa daya kekuatan sesebuah keluarga itu bermula dari rumah, yang penting kini ialah usaha mencurahkan segala tenaga kita untuk mengukuhkan institusi tersebut.  Dalam konteks ini, ibu bapa yang berjaya ialah ibu bapa yang dapat menerapkan nilai-nilai murni sosial dan kekeluargaan di kalangan anak mereka.  Lantaran itu, saranan agar ibu bapa memberikan perhatian yang sewajarnya untuk mengawasi segala tindak-tanduk anak-anak mereka perlu disambut oleh semua ibu bapa agar anak-anak mereka tidak terperangkap dalam gejala penyalahgunaan dadah dan keruntuhan moral.
   Kesimpulannya, masalah sosial perlu ditangani segera.  Jika tidak ditangani segera, masalah ini pasti akan menggugat kestabilan masyarakat dan negara.  Peranan ibu bapa dan anggota keluarga amat penting untuk melahirkan anak yang mampu menangani segala dugaan dan cabaran ini.  Tegasnya, pengukuhan institusi keluarga tetap menjadi benteng utama demi menghadapi pelbagai masalah sosial dewasa ini.  

Perkembangan Sains dan Teknologi menyebabkan ramai dalam kalangan kita mencari maklumat melalui internet. Jelaskan kelebihan yang diperoleh apabila kita menggunakan internet. 
   Marcapada, manusia tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai kemudahan teknologi komunikasi yang canggih dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan internet merupakan salah satu ciptaan manusia yang telah menjadi suatu kemestian dalam urusan kehidupan kini. Internet telah digunakan oleh jutaan manusia tanpa mengira faktor jantina dan juga usia. Pelbagai faedah yang dapat diperoleh sekiranya kita tahu menggunakan aplikasi ini dengan sebaik-baiknya.
   Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak. Sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat dalam buku-buku atau media cetak yang lain. Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya. Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk digunakan. Sememangnya, internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.
   Selain itu, internet juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain sama ada melalui e-mel ataupun ruang sembang. Sebelum ini kita hanya bergantung kepada surat yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada penerimanya ataupun telefon untuk berhubung dengan orang yang jauh daripada kita. Dengan internet, kita dapat berutus surat secara elektronik dan bersembang dalam alam maya dengan suasana yang lebih kondusif dan pantas. Misalnya, terdapat pelbagai penyedia platformuntuk kita mengutus surat dan bersembang seperti “Yahoo Messenger” dan “Gmail”. Internet sememangnya telah sedikit sebanyak telah mendominasi penghantaran surat pada hari ini.
   Seterusnya,internet juga memudahkan kita untuk mendapatkan hiburan, sama ada lagu ataupun filem dari dalam dan luar negara. Sebelum ini kita hanya bergantung kepada media elektronik seperti televisyen dan radio untuk mendapatkan hiburan. Dengan ini, kita boleh mendengar dan menonton secara ‘online’ sesuatu program hiburan yang kita inginkan. Tamsilnya, terdapat pelbagai perisian seperti ‘Ares’ yang membolehkan kita memuat turun sesuatu bahan hiburan dengan hanya menaip di ruangan pencarian yang disediakan. Hal ini jelas menunjukkan betapa internet telah memudahkan kita semua untuk mendapatkan pelbagai bentuk jenis hiburan dalam sekelip mata sahaja.
   Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa terdapat banyak faedah yang kita peroleh sekiranya menggunakan kemudahan ini. Dengan demikian, kita hendaklah menguasai teknologi ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita menguasai teknologi ini, sudah tentu kita tidak akan ketinggalan dalam menguasai ilmu yang semakin berkembang pesat ini. Jelaslah bahawa internet telah membantu kita dalam banyak aspek kehidupan kita pada masa ini.

Telefon bimbit sudah menjadi kemestian kepada setiap golongan masyarakat. Lebih-lebih lagi, golongan remaja pada masa ini yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit kepada mereka.
   Kebelakangan ini, isu penggunaan telefon bimbit merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara yang menimbulkan pertanyaan kepada kita adalah mengapakah telefon bimbit yang sepatutnya digunakan bagi menyenangkan pengguna berubah menjadi suatu barang yang boleh memberikan unsur negatif kepada mereka? Siapakah yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini daripada terus berlaku? Segala persoalan ini kerap kali menerjah minda kita namun penyelesaiannya masih belum ditemui. Adakah kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam membendung isu ini seperti ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling masih tidak mencukupi? Apakah kesan negatif yang akan timbul sekiranya golongan remaja tersebut begitu ghairah menggunakan telefon bimbit?
  Antara kesan negatif yang akan diperoleh sekiranya para remaja begitu ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit ialah berlakunya kerosakan bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja ini gemar meringkaskan perkataan semasa menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang pesanan. Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang. Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit ini akan terbawa-bawa menggunakan perkataan singkatan tersebut semasa mengarang essei sekaligus menjadikan bahasa Melayu terjejas. Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan muda-mudi jelas merosakkan bahasa Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.
   Selain itu, kesan negatif yang akan diperoleh jika para remaja begitu ghairah sewaktu meggunakan telefon bimbit ialah mereka akan kurang memberi tumpuan sewaktu menelaah pelajaran di sekolah dan hilang minat untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berlaku bemikian kerana mereka terlalu taksub menikmati kecanggihan telefon bimbit sehingga hilang fokus untuk belajar. Lantaran itu, prestasi akademik remaja tersebut akan merosot dan keinginan mereka untuk terus belajar akan mula terhakis. Tamsilnya,kemudahan-kemudahan yang di sediakan dalam telefon bimbit tersebut seperti permainan, Sistem Khidmat Pesanan(SMS) dan sebagainya telah menjadikan mereka menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa batasan. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas menghilangkan minat golongan remaja untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.
   Penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada remaja tersebut seperti berhadapan risiko menerima maklumat palsu atau gambar yang mencolok mata. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat sebilangan individu yang gemar menangguk di air keruh untuk kesenangan mereka sendiri. Justeru, remaja tersebut akan berasa seronok tanpa menyedari pada hakikatnya mereka ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tamsilnya, remaja tersebut akan berhabisan wang semata-mata ingin menikmati tawaran-tawaran yang disediakan seperti gambar-gambar lucah yang kerap menerjah dunia moden ini. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas memberikan kesan negatif kepada minda generasi muda hari ini.

   Natijahnya, jelaslah bahawa keghairahan muda-mudi masa ini menggunakan telefon bimbit banyak mendatangkan impak negatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pemantauan daripada pihak yang terlibat haruslah segera dilakukan sebelum perkara ini menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam menangani isu ini, sudah pasti isu ini akan dapat ditangani dengan mudah. Jelaslah isu penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan terutamanya dalam golongan remaja perlulah diselesaikan bersama-sama dan tidak hanya menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pepatah, berat sama di pikul, ringan sama dijinjing.