Monday, September 9, 2013

karangan pelajar kelas 3A

Soalan 2: cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Anak-anak cemerlang: IIIIG
(saya akan memfokus kepada iman, gaya hidup sihat , dan  ilmu, disiplin )

“Syurga di bawah telapak kaki ibu” memanifestasikan peri berjasanya seorang insane yang digelar sebagai ibu. Hadis nabi bersabda, “ sebaik-baiknya manusia ialah manusia yang berbaik-baik kepada ibu bapa.” Manakala lidah pendeta Cina ada menyebut, “ budi ibu bapa menggunung tinggi.”  Jelasnya bahawa tiada ibu bapa, siapalah kita? Tepuk dahi fikirlah minda, adakah kita menggalas amanah untuk menunaikan perintah Tuhan dengan membalas jasa ibu bapa dengan sebaik-baiknya? Atau adakah kita telah menjadi anak derhaka seperti Si Dagang yang tidak berhati perut?

Sebagai anak soleh dan solehah, tidak lain dan tidak bukan, saya mestilah sering mendoakan kesejahteraan ibu bapa saya agar usianya menongkat langit. Dengan beriman dan menunaikan solat, saya akan tersemat hidayah Ilahi agar mewarnai hidup ibu bapa saya dengan kegembiraan semata-mata. Contohnya, saya akan menurut petunjuk Tuhan dengan setulus hati. Hadis bersabda,”Janganlah menengking atau meninggi suara kepada kedua-dua orang tua ..” Maka, saya akan selalu menjadi anak yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia dengan berbahasa lembut bagai lunak gigi daripada lidah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, hukum bersendi syarak, syarak bersendi hukum, saya mestilah selalu bertawakal dan hidup kayu biarlah berbuah, hidup manusia biarlah berjasa. Hanyalah bersoleh atau bersolehah, barulah kita akan diredai Tuhan sehingga hari akhirat nanti kerana keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa.

Sebagai balasan kepada ibu bapa, saya mestilah mendisiplinkan diri menjadi insan yang akan meninggalkan nama di duniawi ini. Hanyalah menjadi insan yang berjaya, kita akan memartabatkan imej keluarga dan mengharumkan nama ibu bapa yang membesarkan kita. Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang sama ada ialah khalifah atau kufur, sama ada berjaya atau terkandas. Dengan mengikut peraturan si sesebuah organisasi, semua insan akan dilatih mengawal tingkah laku dan pertuturan diri agar disanjung tinggi oleh semua orang. Pakar motivasi di Malaysia, Dr Fadzillah kamsah menguar-uarkan kebejatan akhlak dan keborbokan masyarakat gara-gara kehakisan jati diri anak. Dengan ini, sebagai balasan kepada jasa ibu bapa, saya mestilah menjaga maruah diri dan memanfaatkan setiap detik masa agar menjadi insan cemerlang dalam semua bidang, bak kata tak bulat yang datang bergole, tak pipih yang datang melayang. Justifikasinya, saya akan menumpukan perhatian sepenuh dalam setiap usaha agar menunaikan hasrat ibu bapa supaya mereka tidak berhati walang.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, selain bersoleh dan berdisiplin, saya mesti membudayakan gaya hidup sihat. Dengan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, saya akan memastikan hala tuju dengan jelas bak kata “ seribu melangkah bermula dari tapak pertama”.  Bekas presiden Indonesia, Soekarno permah mengatakan bahawa, “ Gantunglah cita-cita anda sekalipun kaki di pelimbah.” Amatlah jelaslah bahawa saya mestilah menjauhi perbuatan bercermin di air keruh atau memalitkan arang pada muka ibu bapa. Jangan sekali-sekali sampai liang lahad barulah insaf akan kekhilafan yang dilakukan kerana sesat kemudian tidak berguna. Impian yang terpijak ke bumi nyata akan menjauhkan saya daripada lembah laknatullah dan menjauhi bala api neraka kerana tidak ingin menjadikan ibu bapa bagai cacing kepanasan. Bersuluh di tengah hari bahawa saya akan memastikan selagi ibu bapa masih hidup, saya akan bersemangat waja dan berhati nurani kerana saya tidak sampai hati melihat ibu bapa saya megeluh atau merintih terkilan.

SEbagai penghias penutup bicara, ibu bapa ialah entiti mithali atau uswah hasanah yang membesar dan mendidik kita. Jasa mereka bukan alang kepalang, kasih sayang kepada ibu bapa ialah tuntutan semua agama. Tidak sekali-kali saya membalas air susu dengan air tuba, atau ulat melupakan kacang kerana saya memahami bahawa segala perbuatan khianat akan dilaknat oleh Tuhan. Berkat daripada Tuhan adalah berdasarkan kebahagiaan ibu bapa kita. Segala jasa ibu bapa akan saya kenang dan tersemat sepanjang hayat sampai ke hari akhirat.

(577pp)


Jawaban pelajar:

1) 3B5

Seperti pohon yang berdiri teguh
Akarnya kukuh
Kasih sayang ibu bapa abadi kukuh

                Kenyataan ini menunjukkan ibu bapa menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh. sebagai tanda hormat serta kesyukuran, Adakah anda menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa?
                Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kasih sayang ibu bapa terhadap kita tidak limit dan abadi wujud. Oleh sebab itu, kita juga haruslah menunjukkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa.
                Saya akan menghadiahkan ibu bapa kad kesyukuran pada hari ibu bapa dan hari keluarga sebagai tanda kesyukuran bagi mereka yang menyayang saya mulai kecil lagi.
                Tambahan pula, saya menunjuk perasaan sayang akan ibu bapa dengan senantiasa menemani mereka berdua berbual-bual, makan selera dan sebagainya. Menurut pakar motivasi yang tersohor di Malaysia serta juruacara rancangan Selami Jiwa, Dr Fadzillah Kamsah, anak yang sayang ibu bapanya juga akan disayangi segenap lapisan masyarakat.
                Saya akan menunjuk perasaan sayang akan ibu bapa dengan mengikuti arahan mereka dan menjadi seorang anak yang taat. Situasi ini akan menatijahkan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga.
                Selain itu, saya juga akan menghadiahkan ibu bapa ciumn yang seikhlas hati apabila kami menjelang ulang tahun perkahwinan ibu bapa serta hari jadi mereka.
                Kalau bukanlah ibu bapa, siapalah kita? Oleh sebab itu, kita mestilah menunjuk perasaan kasih ayang serta membalas jasa mereka. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kita menjadi orang yang berguna, apabila kita Berjaya, itulah hadiah yang terbaik kepada mereka.
                Di samping itu, tepuk dada Tanya selera,adakah kamu pernah memberi kehormatan ibu bapa dengan secawan the. Itu juga cara-cara untuk menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa.
                Secara tuntas, kita mestilah mengenang budi ibu bapa dan menunjukkan perasaan kasih sayang bila-bila masa. Jangan sampai ibu bapa tidak, baru ingin mentaati. Bak kata pepatah, jangan terhantuk baru tergadah. Jangan bagai kacang lupakan kulit. Lupakan jasa ibu bapa. (277 patah perkataan)

K-32
E-1
31

Menurut statistic Kementerian Pendidikan, sebanyak 204 orang pelajar melepak sekolah saban hari. Antara sebab remaja melepak adalah berikut.

Pertama, pelajar berasa proses pengajaran dan pembelajaran agak bosan menyebabkan mereka semakin malas belajar di sekolah. Bak kata pepatah Tamil, malas merupakan kubur untuk kehidupan.

Pada alaf modenisasi ini, pelajar mudah terpesong daripada aktiviti kurang sihat seperti game video, laman pono dan sebagainya. Oleh sebab itu, pelajar asyik aktiviti kurang sihat dan enggan melanjutkan pelajaran.
Seterusnya, barang-barang yang ada di pusat beli-belah membuka mata peajar yang terlibat dalam budaya materialistic, oleh sebab itu pelajar berasa bosan belejara di sekolah dan lebih suka melengah-lengah di pusat beli-belah.

Akhirnya, pihak sekolah perlulah membendung masalah ini secepat mungkin.
(13%)


2) Khaw Jia Sheng 3A5
Pada era yang moden ini, ibu bapa sangat menyayangi anak-anak mereka bagai menantang minyak penuh. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa telah banyak berkorban terhadap kita dan menunjukkan perasaan sayang yang banyak kepada kita. Oleh itu, kita wajarlah menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Persoalannya, adakah anda mengetahui cara-cara untuk menyayangi ibu bapa?

Cara perdana untuk saya menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa ialah menjadi anak yang taat. Misalnya, saya perlulah senantiasa membantu mereka membuat kerja rumah untuk meringankan beban ibu bapa. Filosofer Cina iaitu Kong Zi pernah berkata bahawa :”taat kepada ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak.” Ekoran itu, saya sering menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa dengan taat kepada mereka.

Selain itu, saya percaya bahawa setiap ibu bapa berharap agar anak-anak mereka menjadi seorang yang Berjaya. Oleh itu, saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Adakah ibu bapa yang tidak berharap agar anak-anaknya mendapat keputusan yang cemerlang? Jawapannya tentulah tidaksekali-kali tidak! (Wahai semua anak, marilah kita belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda sayang akan ibu bapa!)

Seterusnya, saya mesti akan mengingati hari jadi ibu bapa pada setiap masa. Pada hari jadi ibu bapa, saya merai bersama-sama mereka. Pada hari itulah juga masa yang  terbaik untuk saya menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Saya selalu menunjukkan perasaan sayang akan mereka dengan membuat kad hari jadi, memasak lauk-pauk sendiri , membuat kek dan memberi hadiah yang disukai mereka. Tentulah mereka akan faham akan perasaan sayang saya terhadap mereka sekarang.



Orang yang paling saya terhutang budi ialah ibu bapa. Tiada sesiapa pun yang lebih berkorban kepada saya selain daripada ibu bapa saya. Oleh itu, saya akan berdoa kepada Tuhan agar ibu bapa sentiasa dalam keadan bahagia, gembira dan juga sihat. Apabila saya berdoa terhadap ibu bapa, sudah bermakna saya sayang akan ibu bapa saya. Mulailah berdoa terhadap ibu bapa sekarang!

Anak merupakan permata kepada ibu bapa. Tetapi yang menyedihkan ialah anak-anak selalu bersikap bagai kacang lupa akan kulit, ulat lupa akn daun. Adakah anak-anak seperti ini mempunyai hati perut? Adakah anda telah menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa? Tepuk dada, Tanya selera. Menunjukkanlah perasaan sayang akan ibu bapa sekarang supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kes-kes remaja melapak semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pihak manakah yang perlu dikambinghitamkan dan apakah sebabnya?
Sebab utama ialah sikap remaja yang malas. Mereka yang berfikiran bagai setahun jagung, setampuk pinang tidak menyedari bahawa kepentingan belajar. Selain itu, remaja yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa suka melepak kerana mereka ingin menyebabkan ibu bapa lebih mengambil berat terhadap mereka.

Seterusnya, pembelajaran di sekolah yang bosan dan guru yang garang menyebabkan remaja suka melepak. Remaja takut akan guru yang garang dan melepak untuk mengurangkan ketakutan. Akhirnya, kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa tertekan dan melepak. Remaja melepak untuk melepaskan tekanan.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menangani masalah yang dianggap duri dalam daging ini kerana bertepuk sebalh tangan tidak akan berbunyi.

(17)

Pada era globalisasi ini, isu tentang keluarga sering diuar-uarkan dan telah menjadi agenda polemic dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa pada masa kini sangat menyayangi anak-anaknya bagai menatang minyak penuh. Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu sama ada ibu bapa ataupun aak-anak sepatutnya melakukan dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga yang diimpikan. Persoalannya, bagaimanakah anak-anak menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa?

                Untuk menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa, saya telah menuruti ajaran ibu bapa saya. Saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang bagi membalas jasa ibu bapa saya. Walaupunsudjaga ah saya Berjaya dalam bidang akademik serta bidang sukan, namun jasa ibu bapa saya yang telah mendidik, membimbing dan menjaga saya akan saya kenangkan hingga akhirat dan sikap kacang lupakan kulit mestilah saya abaikan.

                Sesungguhnya, saya mentaati ibu bapa saya. Saya akan meluangkan masa senggang untuk membantu ibu bapanya membuat kerja rumah supaya beban ibu bapa saya akan dikurangkan. Selain itu, saya dan ahli keluarga saya saling menghormati dan memahami ibu bapa dan juga sesame kita agar mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham daripada berlaku. Kita juga mengamalkan sikap tolong-menolong, bak kata pepatah ke bukit sama dinaiki, ke lurah sama dituruni dan tidak mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.  Hal ini akan menimbulkan keselesaan ibu bapa apabila berada di rumah selepas membanting tulang di luar.

                Disiplin mencerminkan keperibadian seseorang individu. Tegal itu, saya telah berkecimpung dalam kegiatan kokurikulum supaya dapat melatih disiplin saya. Kebersihan sebahagian keimanan. Oleh itu, saya telah menjaga imej diri saya dengan berpakaian kemas. Saya juga tidak bergaul dengan seseorang yang buruk akhlak supaya diri sendiri saya tidak terpengaruh dan tidak terjebak dalam kancah maksiat, bak kata pepatah gara-gara nila setitik, rosak susu sebelangga. Hal-hal ini dilakukan saya adalah untuk mengelakkan keluarga saya daripada dipandang hina oleh masyarakat. Hal ini juga kana menimbulkan perasaan bangga dan beryukur dalam hati ibu bapa saya serta mengelakkan perasaan sedih daripada timbul dalam hati ibu bapa.

                Hadis mengatakan bahawa kemurkaan Allah berdasarkan kemurkaan ibu bapa, keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa, barang siapa yang telah diredai ibu bapa tidak akan diredai oleh Allah. Oleh itu, setiap individu perlulah menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya. (364)

K 32
E -1
( pada keseluruhannya, olahan dengan pemerenggan yang sangat seimbang, tafsiran dan pengembangan isi yang baik)

Belakangan ini, isu tentang remaja melepak sering terpampang pada dada akhbar. Persoalannya, apakah sebab-sebab remaja melepak?

Perasaan bosan dan malas merupakan penyumbang utaa. Guru sekolah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik serta memberikan kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa bosan dan malas untuk menghaidri sekolah. Didikan agama dan moral yang menjadi benteng jiwa tidak diterapkan kepada remaja.

Kekurangan kasih sayang dan prihatin daripada ibu bapanya juga merupakan factor utama. Ibu bapa yang begitu rakus akan harta duniawi telah menyebabkan mereka menjadi sibuk dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap remaja.


Akhirulkalam, terdapat banyak sebab yang mengakibatkan remaja melepak. Setiap individu perlu bekerjasama menangani kemelut ini kerana remaja bakal menerajui Negara kita pada masa depan, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. (120pp)

Saturday, September 7, 2013

Enrollment for 2014


Kelas Tuisyen Bahasa Melayu F1 – F5
Cikgu Phong Tahun 2014
( Hubungi : 017 483 1883)
Form
Day
Time
Venue
Fee(RM)
Group
1
Sat
430-6pm
Alma Jaya
50
1A
Sat
630-8pm
Kampung Bahru
50
1B
2
Fri
815-1015pm
Kampung Bahru
60
2A
Sat
230-430pm
Alma Jaya
60
2B
3
Thu
8 – 10pm
Kampung Bahru
60
3A
Fri
430 – 6pm
Sri Rambai
50
3B
Thu
4 – 530pm
Alma Jaya
(进修班)
50
3C
4
Tue
5 – 7pm
Alma Jaya
60
4A
Fri
230 – 430pm
Sri Rambai
60
4B
Thu
6 – 8pm
Kampung Bahru
60
4C
5
Mon
5 – 7pm
Alma Jaya
60
5A
Small Group, Focusing on Essay Writing and Grammar.
For further information, please visit www.cikguphong.blogspot.com.

All classes will be started on the first week of December 2013.

Monday, September 2, 2013

karangan kelas tingkatan 5

Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.

Tajuk Karangan : Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Atau Pelajar Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua.

Pendahuluan:
Era globalisasi, k-ekonomi, dan keperluan memanfaatkan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) menuntut penguasaan bahasa Inggeris. Hal yang demikian kerana, penguasaan bahasa Inggeris dapat memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kita mempelajari, dan memberi penekanan serius terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam pendidikan Malaysia, disebabkan bahasa tersebut merupakan medium pencetus teknologi Barat. Penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amat penting, namun seringkali kita mendapati pelajar Melayu menghadapi masalah dalam penguasaan mata pelajaran tersebut sebagai bahasa kedua mereka. Secara umumnya, dalam karangan ini dihuraikan punca pelajar Melayu lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, dan beberapa langkah mengatasinya.

1) Kata Kunci Soalan : Masalah ...
2) Ayat Tesis : Seringkali, kita dapati pelajar Melayu menghadapi masalah dalam penguasaan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka.
3) Jenis Pengenalan :
4) Bentuk Karangan : induktif-deduktif
5) Jumlah Perkataan : 65 perkataan

Isi:
1) Punca
a. Tidak diperaktikkan dalam perbualan harian.
b. Medium pengajaran yang tidak kreatif, dan tidak dikembangkan.
2) Langkah
a. Menanamkan sifat membaca buku dalam bahasa Inggeris sejak dari zaman kanak- kanak.
b. Pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p).
c. Membudayakan penggunaan kamus dan menjadikannya tabiat sepanjang hayat bagi membantu menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris.

Contoh Huraian Isi:
Dato' Dr. Zainal Abidin Wahid seorang tokoh veteran pendidikan menyatakan, kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu disebabkan oleh faktor medium pengajaran yang tidak kreatif dan tidak dikembangkan. Mempelajari bahasa berbeza daripada mempelajari subjek Matematik dan Sains. Hal yang demikian kerana, mata pelajaran tersebut bersifat teknikal dan kefahaman. Bahasa memerlukan pengasahan tabiat dan penguasaan secara berterusan. Pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris selama sebelas tahun, kebanyakannya masih belum mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Seharusnya, isu kelemahan penguasaan bahasa Inggeris tidak timbul, jika sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa betul. Pelajar mampu menguasai bahasa Inggeris jika pendekatan dan kaedah digunakan berkesan.

Soalan Contoh
Andaikan anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Pengajian Tinggi dan anda diminta untuk menjalankan kajian tentang kesan pertumbuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sediakan satu laporan tentang kesan pertumbuhan IPTS kepada rakyat dan negara ini.

Rangka Karangan
1.0  Pendahuluan
- Dunia pendidikan penting dalam era moden kini - kemajuan dalam bidang pendidikan menyebabkan wujudnya IPTS
2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa
         Pengerusi:
         Setiausaha:
         AJK :
3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS
Kesan positif
      3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah
      3.2 Pelajar bebas membuat pilihan untuk belajar
   3.3 Membantu negara mencapai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu
Kesan negatif
      3.4 IPTS mementingkan keuntungan – yuran yang mahal
      3.5 Kemasukan pelajar asing bertambah – timbul masalah lain
   3.6 Terdapat sesetengah dasar IPTS yang tidak seiring dengan kehendak negara,     
            contohnya penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
4.0 Penutup
     - Pertumbuhan IPTS ternyata mendatangkan kebaikan dan keburukan
     - Usaha yang berkesan perlu dijalankan untuk memastikan penubuhan IPTS mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara


Laporan disediakan oleh:                            Tarikh: __________                      

___________________
(Nama                            )
Jawatan

Karangan Contoh 

LAPORAN TENTANG KESAN PERTUMBUHAN IPTS DI NEGARA INI

1.0  Pendahuluan
      Dalam era globalisasi kini, aspek pendidikan merupakan perkara penting yang diberikan tumpuan oleh setiap negara. Akibat kemajuan dalam bidang pendidikan ini, kewujudan IPTS nampaknya semakin banyak di negara kita iaitu seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pertumbuhan IPTS itu telah banyak mendatangkan kebaikan dan keburukan terhadap negara kita. Setiap pihak dapat merasakan kesan pertumbuhan tersebut dan senario itu memang patut dipantau agar sebarang permasalahan dapat ditangani dengan berkesan. Sebagai pegawai yang telah diamanahkan untuk menjalankan kajian terhadap kesan pertumbuhan IPTS di negara ini, saya ingin membentangkan laporan tersebut. 

2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa
         Pengerusi: Datuk Syazwan Munasir
         Setiausaha: Farahana Iqmal
         Ahli Jawatankuasa : Azuan Zainal
                                          Tharshini a/p Perumal
                                          Chin York Chow
                                          Mohamad Nawawi Ismail
                                          Halimah Nursalam
                                          Mahmud Zulkifli

3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS
      Kesan pertumbuhan IPTS ini terbahagi kepada dua iaitu kesan positif 
      dan negatif.
      Kesan positif:
       3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah
Jawatankuasa kami mendapati bahawa kesan positif yang pertama ialah peluang unntuk melanjutkan pelajaran ke IPT semakin bertambah. Perkara ini telah memberikan peluang yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat tempat di IPT Awam. Oleh itu, pelajar-pelajar tersebut boleh meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat, diploma dan ijazah. Dengan kata lain, mereka tidak tersekat setakat SPM kerana kekurangan tempat di IPTA. Hal ini bermakna bahawa semua pelajar mempunyai peluang yang sama sama ada yang cemerlang atau yang kurang cemerlang untuk melanjutkan pengajian.

     3.2 Pelajar bebas untuk membuat pilihan untuk belajar
         Dengan adanya IPTS, pelajar-pelajar bebas untuk membuat pilihan tentang bidang pengajian yang hendak diikuti oleh mereka. Tempat yang terhad di IPTA telah digantian dan disediakan oleh IPTS yang sama tarafnya dengan IPTA. Oleh itu, pelajar-pelajar dapat meneruskan bidang pengajian yang diminati oleh mereka tanpa sekatan oleh masalah tempat yang terhad. Hal ini demikian kerana, mereka boleh memilih IPTA yang disukai dan bersesuaian dengan bidang pengajian yang hendak diambil.

      3.3 Pertumbuhan IPTS ini akan membantu negara kita mencapai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. IPTS yang berkualiti yang terdapat di negara ini telah menarik pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan pengajian di sini. Perkara ini disokong pula oleh kadar bayaran yuran yang berpatutan dan lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Jadi, dengan kawalan dan pemantauan yang ketat daripada kerajaan, kualiti IPTS dan graduan yang dihasilkan setanding dengan universiti ternama di dunia. 

     Kesan negatif:
     3.4 Berdasarkan kajian kami, terdapat IPTS yang mementingkan keuntungan semata-mata. IPTS tersebut mengenakan yuran yang mahal terhadap pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar luar negara mungkin tidak menerima kesan buruk yang teruk kerana mereka yang datang ke sini sememangnya mampu untuk membayar yuran tersebut. Masalah ini memberikan kesan yang teruk terhadap pelajar-pelajar tempatan yang datang daripada keluarga yang miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian yang tinggi. Tambahan pula, bantuan kewangan yang diberikan oleh PTPTN juga tidak mencukupi.

       3.5. Ahli jawatankuasa kami mendapati bahawa pertumbuhan IPTS ini menyebabkan kemasukan pelajar asing semakin bertambah di negara kita. Perkara ini telah menimbulkan masalah lain yang menjejaskan negara. Sebagai contohnya, terdapat pelajar asing yang suka bergaduh sesama mereka di samping suka mengganggu anak gadis tempatan. Kadar jenayah juga semakin meningkat kerana mereka turut terlibat dengan pelbagai sindiket jenayah seperti pemerdagangan manusia, pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagainya.
          
        3.6 Di samping itu, terdapat sesetengah dasar IPTS di negara ini yang tidak seiring dengan kehendak dan aspirasi negara. Sebagai contohnya, bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar di IPTS tersebut. Jadi, perkara ini menyebabkan usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia terbantut dan tidak mencapai matlamat seperti yang dihasratkan oleh negara kita. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar luar negara sudah tentu tidak mahu menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan dan juga sebagai bahasa komunikasi.
       
      4.0 Penutup
  Sebagai kesimpulannya, pertumbuhan IPTS ternyata mendatangkan kebaikan dan keburukan. Oleh itu, usaha yang berkesan daripada pelbagai pihak perlu dijalankan untuk memastikan penubuhan IPTS mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Jika perkara ini tidak diberikan perhatian, sudah tentu kesan buruknya akan menjejaskan imej dan kesejahteraan negara kita di mata dunia. Oleh hal yang demikian, kita berharap pertumbuhan IPTS ini akan dapat membantu negara kita untuk mencapai matlamat sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.


Laporan disediakan oleh                                        Tarikh : 29 MEI 2011

_____Farahana_______
(FARAHANA IQMAL)
Setiausaha Jawatankuasa IPTS
Sektor Pengurusan IPTS
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Saturday, August 31, 2013

kelas 3B kelas 30082013

Kebaikan kokurikulum/ sukan/pasukan beruniform/ pertahanan seni
PI
Pengalaman -ilmu
Mai
Markah IPT(institusi pengajian tinggi)
BM
Badan cergas minda cerdas
Sasimi
(iman- BAD
Sahsiah/ keperibadian/ personaliti- ampuh
Sikap – minda- kkr
Jadipa
Jati diri- beracuan gagasan 1 Malaysia
Perpaduan

Disiplin= KoP maK JIH motu PP TL
Sukan= BM sofitmen PS III
Mengimbangkan perkembangan dari segi sosial-fizikal-mental- psikologi. Meningkatkan daya imunisasi, ingatan, dan imaginasi.
IKUK
Pada era pascainovasi ini, Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada seantero pelosok dunia, maka pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, dan rohani berteraskan Falsafah Pendidikan Negara telah menjadi agenda perdana sehingga sidang Parlimen. (K) Dasar 1M 1S merupakan dasar yang dirangka oleh KPM sejak tahun 2011. (D) Objektif utama prakarsa ini adalah untuk memastikan pelajar di sekolah ….sekali gus ….kesihatan kerana kesihatan asas kejayaan. (U) Persoalannya, sejauh manakah kemaslahatan dasar ini kepada pelajar, masyarakat, dan Negara pada alaf digital ini?
A
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan merupakan wahana untuk memastikan badan kita…
M
Hal ini dikatakan demikian kerana sukan akan mengimbangkan perkembangan seseorang individu dari segi ….
K
Sekiranya seseorang individu menerapkan amalan ini secara konsisten, kita akan dapat meningkatkan daya III.
C
Contohnya, semasa seseorang bersukan atau beriadah, sistem perdarahan dan perkumuhan akan memastikan proses metabolisme dijalankan dengan lancar, justeru menyingkirkan bahan toksik dari badan.
P
Sudah terang lagi bersuluh bahawa sukan ialah wadah yang penting untuk menganjak paradigma seseorang individu supaya melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.
PI MAI SASIMI BM JADIPA
AJ
Persis peribahasa, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Memanglah dinyatakan oleh ahli masyarakat bahawa sukan juga dapat membentuk sahsiah diri yang ampuh serta memupuk sikap yang positif. Lebih-lagi lagi menjadikan kita berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu persatuan atau kelab yang kita sertai.
M
Hal ini dinyatakan demikian kerana disiplin ialah tampuk kejayaan seseorang individu. Disiplin ialah peraturan yang mengawal tingkah laku atau pertuturan seseorang insan.
K
Melalui pelibatan dalam aktiviti sukan, pelajar akan dilatih mempunyai kawalan diri yang teguh kerana masa telah dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah.
C
Sebagai analoginya, pelajar yang berjinak-jinak dengan aktiviti sukan akan menjauhi perbuatan bercermin di air keruh kerana mereka mementingkan penampilan diri supaya dihormati oleh setiap manusia.
P
Bukan bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa sukan dapat memartabatkan imej seseorang individu kerana mereka memahami bahawa orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

A
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, sukan ialah agen perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
M
Hal ini membawa konotasi bahawa sukan akan menggembleng semua pelajar yang berbilang kaum untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti sukan lasak, bermain bola dan sebagainya.
K
Sukan, tidak lain dan tidak bukan juga akan mengurangkan perselisihan faham sesama kaum yag berbeza, sekali gus menjalin hubungan silaturahim sesama manusia kerana kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.
P
Pakar motivasi yang tersohor di Malaysia, Datuk Dr Fazilah Kamsah menegaskan bahawa sukan akan menyemarakkan semangat perpaduan malahan mengurangkan persengketaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bergelanggang di mata orang banyak bahawa sukan memanglah perlu digalakkan sejak bangku sekolah sehingga liang lahad.
190: dimensi kendiri
1.Cara-cara membalas jasa ibu bapa/ guru/ ciri-ciri anak cemerlang
2.Ciri-ciri pelajar cemerlang/ cara mendapat akademik cemerlang
3. ciri-ciri kawan baik
4. peranan remaja….
IIIIG
Anak yang beriman-BAD- bertawakal- mendoakan kesejahteraan diri- membezakan intan daripada kaca- “manusia ada asa, Tuhan ada kuasa”
Ilmu
Imej diri yang menarik-  perwatakan – penampilan –
inovasi

gaya hidup sihat