Percubaan PMR 2013 jit sin
Soalan 2:
cara-cara membalas jasa ibu bapa.
Anak-anak cemerlang: IIIIG
(saya akan memfokus kepada iman,
gaya hidup sihat , dan ilmu, disiplin )
“Syurga di bawah telapak kaki ibu”
memanifestasikan peri berjasanya seorang insane yang digelar sebagai ibu. Hadis
nabi bersabda, “ sebaik-baiknya manusia ialah manusia yang berbaik-baik kepada
ibu bapa.” Manakala lidah pendeta Cina ada menyebut, “ budi ibu bapa menggunung
tinggi.” Jelasnya bahawa tiada ibu bapa,
siapalah kita? Tepuk dahi fikirlah minda, adakah kita menggalas amanah untuk
menunaikan perintah Tuhan dengan membalas jasa ibu bapa dengan sebaik-baiknya?
Atau adakah kita telah menjadi anak derhaka seperti Si Dagang yang tidak
berhati perut?
Sebagai anak soleh dan solehah,
tidak lain dan tidak bukan, saya mestilah sering mendoakan kesejahteraan ibu
bapa saya agar usianya menongkat langit. Dengan beriman dan menunaikan solat,
saya akan tersemat hidayah Ilahi agar mewarnai hidup ibu bapa saya dengan
kegembiraan semata-mata. Contohnya, saya akan menurut petunjuk Tuhan dengan
setulus hati. Hadis bersabda,”Janganlah menengking atau meninggi suara kepada kedua-dua
orang tua ..” Maka, saya akan selalu menjadi anak yang berbudi bahasa dan
berakhlak mulia dengan berbahasa lembut bagai lunak gigi daripada lidah. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa, hukum bersendi syarak, syarak bersendi hukum, saya
mestilah selalu bertawakal dan hidup kayu biarlah berbuah, hidup manusia
biarlah berjasa. Hanyalah bersoleh atau bersolehah, barulah kita akan diredai
Tuhan sehingga hari akhirat nanti kerana keredaan Allah berdasarkan keredaan
ibu bapa.
Sebagai balasan kepada ibu bapa,
saya mestilah mendisiplinkan diri menjadi insan yang akan meninggalkan nama di
duniawi ini. Hanyalah menjadi insan yang berjaya, kita akan memartabatkan imej
keluarga dan mengharumkan nama ibu bapa yang membesarkan kita. Disiplin
mencerminkan keperibadian seseorang sama ada ialah khalifah atau kufur, sama
ada berjaya atau terkandas. Dengan mengikut peraturan si sesebuah organisasi,
semua insan akan dilatih mengawal tingkah laku dan pertuturan diri agar
disanjung tinggi oleh semua orang. Pakar motivasi di Malaysia, Dr Fadzillah
kamsah menguar-uarkan kebejatan akhlak dan keborbokan masyarakat gara-gara
kehakisan jati diri anak. Dengan ini, sebagai balasan kepada jasa ibu bapa,
saya mestilah menjaga maruah diri dan memanfaatkan setiap detik masa agar
menjadi insan cemerlang dalam semua bidang, bak kata tak bulat yang datang bergole,
tak pipih yang datang melayang. Justifikasinya, saya akan menumpukan perhatian
sepenuh dalam setiap usaha agar menunaikan hasrat ibu bapa supaya mereka tidak
berhati walang.
Akhir sekali dan tidak kurang
pentingnya, selain bersoleh dan berdisiplin, saya mesti membudayakan gaya hidup
sihat. Dengan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, saya akan memastikan
hala tuju dengan jelas bak kata “ seribu melangkah bermula dari tapak pertama”. Bekas presiden Indonesia, Soekarno permah
mengatakan bahawa, “ Gantunglah cita-cita anda sekalipun kaki di pelimbah.” Amatlah
jelaslah bahawa saya mestilah menjauhi perbuatan bercermin di air keruh atau
memalitkan arang pada muka ibu bapa. Jangan sekali-sekali sampai liang lahad barulah
insaf akan kekhilafan yang dilakukan kerana sesat kemudian tidak berguna.
Impian yang terpijak ke bumi nyata akan menjauhkan saya daripada lembah
laknatullah dan menjauhi bala api neraka kerana tidak ingin menjadikan ibu bapa
bagai cacing kepanasan. Bersuluh di tengah hari bahawa saya akan memastikan
selagi ibu bapa masih hidup, saya akan bersemangat waja dan berhati nurani
kerana saya tidak sampai hati melihat ibu bapa saya megeluh atau merintih
terkilan.
SEbagai penghias penutup bicara, ibu
bapa ialah entiti mithali atau uswah hasanah yang membesar dan mendidik kita.
Jasa mereka bukan alang kepalang, kasih sayang kepada ibu bapa ialah tuntutan semua
agama. Tidak sekali-kali saya membalas air susu dengan air tuba, atau ulat
melupakan kacang kerana saya memahami bahawa segala perbuatan khianat akan dilaknat
oleh Tuhan. Berkat daripada Tuhan adalah berdasarkan kebahagiaan ibu bapa kita.
Segala jasa ibu bapa akan saya kenang dan tersemat sepanjang hayat sampai ke
hari akhirat.
(577pp)
Jawaban pelajar:
1) 3B5
Seperti pohon yang berdiri teguh
Akarnya kukuh
Kasih sayang
ibu bapa abadi kukuh
Kenyataan ini menunjukkan ibu
bapa menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh. sebagai tanda hormat serta
kesyukuran, Adakah anda menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa?
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa, kasih sayang ibu bapa terhadap kita tidak limit dan abadi wujud. Oleh
sebab itu, kita juga haruslah menunjukkan perasaan kasih sayang kepada ibu
bapa.
Saya akan menghadiahkan ibu bapa
kad kesyukuran pada hari ibu bapa dan hari keluarga sebagai tanda kesyukuran
bagi mereka yang menyayang saya mulai kecil lagi.
Tambahan pula, saya menunjuk
perasaan sayang akan ibu bapa dengan senantiasa menemani mereka berdua berbual-bual,
makan selera dan sebagainya. Menurut pakar motivasi yang tersohor di Malaysia
serta juruacara rancangan Selami Jiwa, Dr Fadzillah Kamsah, anak yang sayang
ibu bapanya juga akan disayangi segenap lapisan masyarakat.
Saya akan menunjuk perasaan
sayang akan ibu bapa dengan mengikuti arahan mereka dan menjadi seorang anak
yang taat. Situasi ini akan menatijahkan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah
keluarga.
Selain itu, saya juga akan
menghadiahkan ibu bapa ciumn yang seikhlas hati apabila kami menjelang ulang
tahun perkahwinan ibu bapa serta hari jadi mereka.
Kalau bukanlah ibu bapa,
siapalah kita? Oleh sebab itu, kita mestilah menunjuk perasaan kasih ayang
serta membalas jasa mereka. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kita menjadi orang
yang berguna, apabila kita Berjaya, itulah hadiah yang terbaik kepada mereka.
Di samping itu, tepuk dada Tanya
selera,adakah kamu pernah memberi kehormatan ibu bapa dengan secawan the. Itu
juga cara-cara untuk menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa.
Secara tuntas, kita mestilah
mengenang budi ibu bapa dan menunjukkan perasaan kasih sayang bila-bila masa.
Jangan sampai ibu bapa tidak, baru ingin mentaati. Bak kata pepatah, jangan
terhantuk baru tergadah. Jangan bagai kacang lupakan kulit. Lupakan jasa ibu
bapa. (277 patah perkataan)
K-32
E-1
31
Menurut statistic
Kementerian Pendidikan, sebanyak 204 orang pelajar melepak sekolah saban hari.
Antara sebab remaja melepak adalah berikut.
Pertama,
pelajar berasa proses pengajaran dan pembelajaran agak bosan menyebabkan mereka
semakin malas belajar di sekolah. Bak kata pepatah Tamil, malas merupakan kubur
untuk kehidupan.
Pada
alaf modenisasi ini, pelajar mudah terpesong daripada aktiviti kurang sihat
seperti game video, laman pono dan sebagainya. Oleh sebab itu, pelajar asyik
aktiviti kurang sihat dan enggan melanjutkan pelajaran.
Seterusnya,
barang-barang yang ada di pusat beli-belah membuka mata peajar yang terlibat
dalam budaya materialistic, oleh sebab itu pelajar berasa bosan belejara di
sekolah dan lebih suka melengah-lengah di pusat beli-belah.
Akhirnya,
pihak sekolah perlulah membendung masalah ini secepat mungkin.
(13%)
2) Khaw Jia Sheng 3A5
Pada era
yang moden ini, ibu bapa sangat menyayangi anak-anak mereka bagai menantang
minyak penuh. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa telah banyak berkorban
terhadap kita dan menunjukkan perasaan sayang yang banyak kepada kita. Oleh
itu, kita wajarlah menunjukkan perasaan sayang akan ibu bapa. Persoalannya,
adakah anda mengetahui cara-cara untuk menyayangi ibu bapa?
Cara
perdana untuk saya menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa ialah menjadi
anak yang taat. Misalnya, saya perlulah senantiasa membantu mereka membuat
kerja rumah untuk meringankan beban ibu bapa. Filosofer Cina iaitu Kong Zi
pernah berkata bahawa :”taat kepada ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap
anak.” Ekoran itu, saya sering menunjukkan perasaan sayang kepada ibu bapa
dengan taat kepada mereka.
Selain
itu, saya percaya bahawa setiap ibu bapa berharap agar anak-anak mereka menjadi
seorang yang Berjaya. Oleh itu, saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat
keputusan yang cemerlang. Adakah ibu bapa yang tidak berharap agar anak-anaknya
mendapat keputusan yang cemerlang? Jawapannya tentulah tidaksekali-kali tidak! (Wahai
semua anak, marilah kita belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda sayang
akan ibu bapa!)
Seterusnya,
saya mesti akan mengingati hari jadi ibu bapa pada setiap masa. Pada hari jadi
ibu bapa, saya merai bersama-sama mereka. Pada hari itulah juga masa yang terbaik untuk saya menunjukkan perasaan sayang
akan ibu bapa. Saya selalu menunjukkan perasaan sayang akan mereka dengan
membuat kad hari jadi, memasak lauk-pauk sendiri , membuat kek dan memberi
hadiah yang disukai mereka. Tentulah mereka akan faham akan perasaan sayang
saya terhadap mereka sekarang.
Orang
yang paling saya terhutang budi ialah ibu bapa. Tiada sesiapa pun yang lebih
berkorban kepada saya selain daripada ibu bapa saya. Oleh itu, saya akan berdoa
kepada Tuhan agar ibu bapa sentiasa dalam keadan bahagia, gembira dan juga
sihat. Apabila saya berdoa terhadap ibu bapa, sudah bermakna saya sayang akan
ibu bapa saya. Mulailah berdoa terhadap ibu bapa sekarang!
Anak
merupakan permata kepada ibu bapa. Tetapi yang menyedihkan ialah anak-anak
selalu bersikap bagai kacang lupa akan kulit, ulat lupa akn daun. Adakah
anak-anak seperti ini mempunyai hati perut? Adakah anda telah menunjukkan
perasaan sayang kepada ibu bapa? Tepuk dada, Tanya selera. Menunjukkanlah
perasaan sayang akan ibu bapa sekarang supaya tidak menyesal pada hari
kemudian. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Kes-kes
remaja melapak semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pihak
manakah yang perlu dikambinghitamkan dan apakah sebabnya?
Sebab
utama ialah sikap remaja yang malas. Mereka yang berfikiran bagai setahun
jagung, setampuk pinang tidak menyedari bahawa kepentingan belajar. Selain itu,
remaja yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa suka melepak kerana mereka
ingin menyebabkan ibu bapa lebih mengambil berat terhadap mereka.
Seterusnya,
pembelajaran di sekolah yang bosan dan guru yang garang menyebabkan remaja suka
melepak. Remaja takut akan guru yang garang dan melepak untuk mengurangkan
ketakutan. Akhirnya, kerja sekolah yang banyak menyebabkan remaja berasa
tertekan dan melepak. Remaja melepak untuk melepaskan tekanan.
Kesimpulannya,
semua pihak perlulah bekerjasama untuk menangani masalah yang dianggap duri
dalam daging ini kerana bertepuk sebalh tangan tidak akan berbunyi.
(17)
Pada era globalisasi ini, isu tentang
keluarga sering diuar-uarkan dan telah menjadi agenda polemic dalam kalangan
masyarakat. Ibu bapa pada masa kini sangat menyayangi anak-anaknya bagai
menatang minyak penuh. Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap
individu sama ada ibu bapa ataupun aak-anak sepatutnya melakukan dan
melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga yang diimpikan.
Persoalannya, bagaimanakah anak-anak menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu
bapa?
Untuk
menunjukkan perasaan kasih sayang akan ibu bapa, saya telah menuruti ajaran ibu
bapa saya. Saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
keputusan cemerlang bagi membalas jasa ibu bapa saya. Walaupunsudjaga ah saya Berjaya
dalam bidang akademik serta bidang sukan, namun jasa ibu bapa saya yang telah
mendidik, membimbing dan menjaga saya akan saya kenangkan hingga akhirat dan
sikap kacang lupakan kulit mestilah saya abaikan.
Sesungguhnya,
saya mentaati ibu bapa saya. Saya akan meluangkan masa senggang untuk membantu
ibu bapanya membuat kerja rumah supaya beban ibu bapa saya akan dikurangkan.
Selain itu, saya dan ahli keluarga saya saling menghormati dan memahami ibu
bapa dan juga sesame kita agar mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham daripada berlaku. Kita juga mengamalkan sikap tolong-menolong, bak kata
pepatah ke bukit sama dinaiki, ke lurah sama dituruni dan tidak mementingkan
diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini akan menimbulkan keselesaan ibu bapa
apabila berada di rumah selepas membanting tulang di luar.
Disiplin
mencerminkan keperibadian seseorang individu. Tegal itu, saya telah
berkecimpung dalam kegiatan kokurikulum supaya dapat melatih disiplin saya.
Kebersihan sebahagian keimanan. Oleh itu, saya telah menjaga imej diri saya
dengan berpakaian kemas. Saya juga tidak bergaul dengan seseorang yang buruk
akhlak supaya diri sendiri saya tidak terpengaruh dan tidak terjebak dalam
kancah maksiat, bak kata pepatah gara-gara nila setitik, rosak susu sebelangga.
Hal-hal ini dilakukan saya adalah untuk mengelakkan keluarga saya daripada
dipandang hina oleh masyarakat. Hal ini juga kana menimbulkan perasaan bangga
dan beryukur dalam hati ibu bapa saya serta mengelakkan perasaan sedih daripada
timbul dalam hati ibu bapa.
Hadis
mengatakan bahawa kemurkaan Allah berdasarkan kemurkaan ibu bapa, keredaan
Allah berdasarkan keredaan ibu bapa, barang siapa yang telah diredai ibu bapa
tidak akan diredai oleh Allah. Oleh itu, setiap individu perlulah menunjukkan
perasaan kasih sayang akan ibu bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya. (364)
K 32
E -1
( pada keseluruhannya, olahan dengan
pemerenggan yang sangat seimbang, tafsiran dan pengembangan isi yang baik)
Belakangan
ini, isu tentang remaja melepak sering terpampang pada dada akhbar.
Persoalannya, apakah sebab-sebab remaja melepak?
Perasaan
bosan dan malas merupakan penyumbang utaa. Guru sekolah menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik serta memberikan kerja sekolah
yang banyak menyebabkan remaja berasa bosan dan malas untuk menghaidri sekolah.
Didikan agama dan moral yang menjadi benteng jiwa tidak diterapkan kepada
remaja.
Kekurangan
kasih sayang dan prihatin daripada ibu bapanya juga merupakan factor utama. Ibu
bapa yang begitu rakus akan harta duniawi telah menyebabkan mereka menjadi
sibuk dan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap remaja.
Akhirulkalam,
terdapat banyak sebab yang mengakibatkan remaja melepak. Setiap individu perlu
bekerjasama menangani kemelut ini kerana remaja bakal menerajui Negara kita
pada masa depan, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara.
(120pp)
No comments:
Post a Comment