Wednesday, March 30, 2011

BURUNG-BURUNG PAGI- A. WAHAB ALl


BURUNG-BURUNG PAGI- A. WAHAB ALl
Kau telah bangun (personifikasi)
Mengirai sayapmu (personifikasi)
Entah siul keberapa kau nyanyikan (hiperbola)
Membuka mataku
Persoalan:  Setiap orang hendaklah bangun awal pagi
Maksud: Penyajak terbangkit daripada tidurnya oleh siulan burung

Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku-asonansi/imej alam
Kerjaku sudah menanti- personifikasi?
Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon (metafora)
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (hiperbola/kata ganda)
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah ( kata ganda)
Persoalan: Setiap makhluk ada rezeki yang telah ditetapkan.
/kehidupan seekor burung
Maksud: Burung-burung begitu gigih mencari rezeki seperti ulat dan cebisan
 roti busuk demi melangsungkan hidup.

Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu-epifora
Tapi kau yang hanya
Sejemput daging –perbandingan umum
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil
Persoalan:keyakinan burung untuk memperoleh rezeki
/penyajak tidak segigih burung./ Keyakinan diri amat diperlukan dalam                                                                                                                                            kehidupan,
Maksud: sunngugpun burung bertubuh kecil, namun yakin meneruskan
 kehidupannya.

 
mengirai
1. = mengiraikan me­ngibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepak­kan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa;
tompok
1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya;
mematuk
1. memagut atau men­catuk (biasanya dgn paruh): ayam ~ cacing; mati dipatuk ular; 2. memukul (picu atau petikan bedil): picu yg dipetiknya tidak ~ pd kali itu;
melintas
1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;
tandus
1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll);
remah
(rémah) I = remah-remah cebisan-cebisan roti dll, sisa-sisa atau lebih-lebihan makanan dll: ia makan dr ~-~ orang; ia tidak makan nasi se~ pun

Tuesday, March 29, 2011

kesalahan


Perhatikan kesalahan di bawah:

1. pelbagai jenis lauk-pauk disajikan di restoran itu.

pelbagai jenis lauk...

2. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.
surut 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn ke­marahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 me­nye­­­babkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan.

....selepas air surut


3. Datuk Lee Chong Wei berasa terkilan akan sambutan panas yang diberikan setelah menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England baru-baru ini.

terharu akan sambutan panas


terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.








2011 babe...FATE

the bad mood ..for me
perhaps..the good news for u
BUT..


if i really love you, i think i need to sacrifice and stay a year in jitsin

if this is your birthday best wishes

i will choose to stay back



for U cause of LOVE SEEDs  






Sunday, March 27, 2011

laporan


Laporan dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:
(i) Laporan seminar, bengkeI, pameran, dan kursus
(ii) Laporani tragedi atau peristiwa
(iii) Laporan kelab /persatuan akademik, sukan dan permainan atau unit beruniform
(iv) Laporan persediaan sesuatu acara atau majlis
Laporan seminar, bengkeI, pameran, dan kursus
1. Mulakan laporan anda dengan menulis tajuk laporan, diikuti tarikh, tempat, anjuran, biIangan peserta, dan majlis perasmian, di samping, tujuan atau ojektif aktiviti terseut.
2.Pada bahagian perkembangan isi, atur cara majlis pengendalian dicatatkan. Misalnya, penceramah, bentuk pameran, peserta yang mengambil bahagian, sambutan dll. Hal ini bermakna setiap aktiviti yang berIangsung pada sepanjang seminar, bengkel, pameran atau kursus itu perlu dicatat.
3. Pada bahagian penutup pula, adalah wajar dituliskan komen. teguran, cadangan atau sanjungan anda terhadap aktiviti terseut. Akhir sekali, tuliskan tandatangan dan nama pelapor,jawatan serta tarikh Iaporan itu ditulis.
Laporan Kegiatan Tahunan Persatuan Sains dan Matematik Sekolah             Menengah Kebangsaan Taman Perwira, Bukit Mertajam
Penaung                :
Penasihat               :
Pengerusi              :
Naib Pengerusi     :
Setiausaha             :
Bendahari              :
Ahli Jawatankuasa                :
Pemeriksa Kira-kira             :
1.0                   Pendahuluan
2.0                   Kegiatan Tahun
2.1                   Semester Pertama
2.2                   Semester Kedua
3.0                   Penutup
Dilaporkan oleh,                                                   30 NOV 20xx.
……………..
(PHONG SERENE)
Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira, BM
Bukit Mertajam


Laporan Lawatan ke Muzium Arkeologi
         Lembah Bujang,Kedah
Tarikh     : 30 November 20xx
Masa       : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat   : Lembah Bujang,Kedah
Anjuran: Persatuan Sejarah SMJK Jit Sin
Bahagian perkembangan isi:
— atur cara lawatan
— nama pengendali (penceramah/pegawai)
— bilangan peserta
— majlis perasmian/
— objektif/cadangan
— perjalanan ceramah dan bengkel

Dilaporkan oleh,                                   3 DEC 20xx.
……………..
(PHONG SERENE)
Setiausaha Persatuan Sejarah SMJK Jit Sin,
Bukit Mertajam.


Laporan Kelab/Persatuan Akademik./Sukan dan Permainan atau Unit Beruniform
1. Laporan seperti ini disediakan untuk keperluan yang berikut:
(i) Mengadakan mesyuarat agung tahunan
(ii) Dimuatkan dalam majalah sekolah
(iii) Diserahkan kepada tuan pengetua atau guru penasihat
2. Pada bahagian penutup, merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru penasihat, AJK  dll yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan semua rancangan atau program.
3. Diakhiri dengan nama pelapor, tandatangan, jawatan, dan tarikh laporan ditulis.
Laporan Persediaan Sesuatu Acara atau Majlis
1. Di sekoIah, terdapat peIbagai acara atau majlis diadakan ,cth kejohanan olahraga tahunan, Hari Ucapan dan penyampaian hadiah,mesyuarat agung PIBG,pertandingan syarahan, kuiz, Hari Kantin dll
2. Laporan ini mesti didahului tajuk laporan dan diikuti senarai ahli jawatankuasa pengelola, Tarikh,masa dan tempat berIangsungnya sesuatu majlis .
3. perkembangan isi, persiapan dan masalah yang mungkin dihadapi.
Laporan Tragedi dan Peristiwa
1. didahului tajuk Iaporan- Kemudian, diikuti tarikh, masa, dan tempat kejadian,  latar belakang peristiwa  tersebut.
2. perkembangan isi, perkara penting seperti bilangan kemalangan jiwa, taksiran kerugian, punca kejadian dll
3. penutup pula, cara penyelesaian /cadangan untuk mengelakkan tragedi daripada berulang. Kemudian, disusuli dengan ucapan terima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan dalam tragedi tersebut.
4. Akhir sekali, catatkan nama pelapor, didahului oleh tandatangan dan diikuti jawatan serta tarikh laporan itu ditulis.

Contoh:
Kelab Pencinta Alam sekolah anda telah menganjurkan suatu ekspedisi dan perkhemahan di sebuah gunung.
Anda selaku setiausaha kelab dikehendaki untuk menyediakan laporan ekspedisi dan perkhemahan tersebut.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Ekspedisi dan Perkhemahan di Gunung Nuang
Sebanyak 40 orang ahli Kelab Pencinta Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tengku Ampuan
Afzan, Bentong, Pahang telah mengadakan ekspedisi dan perkhemahan di Gunung Nuang pada 23 hingga
25 Nov 2xxx. Empat orang guru penasihat kelab turut serta, iaitu Encik Hanif Asraf, Encik Mohd. Zahir.
Puan Ainah Sidik, dan Puan Syarifah Sauna.
Kami menaiki bas dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan sampai di tapak pendakian pada pukul 10.30
pagi. Kami terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke Kem Wira Waja, Janda Baik mengikut kumpulan masing-
masing. Empat orang jurupandu mengawasi perjalanan kami. Destinasi sejauh tiga kilometer itu melalui
jalan di ladang sayur kacang botor dan halia yang subur di kawasan berbukit. Dua buah bukit kecil sudah
kami tempuh menyebabkan keringat mengalir dan membasahi pakaian. Sepanjang perjalanan tersebut, kami
telah berhenti sebanyak tiga kali untuk berehat sambil meneguk air minuman yang diambil dari sungai
yang berdekatan. Keadaan tanah yang lembap dan becak menyebabkan pacat membiak. Kebanyakan ahli
kelab belum mengenali pacat. Oleh itu, ada yang menjerit kerana kegelian sambil meminta rakan lain
menolong mereka menarik pacat yang kuat melekap pada kulit kaki.
Kami bersorak gembira sebaik-baik sampai di tapak perkhemahan. Ketibaan kami kira-kira pukul 4.30 petang disambut dengan deruan air terjun yang jernih dan sejuk. Tanpa melengahkan masa, kami mendirikan
khemah iglu dan menyediakan makanan untuk makan malam. Pada masa inilah para peserta belajar memasak
di dalam “mess tin” dengan ketulan lilin pembakar empat segi yang kebiasaannya digunakan oleh anggota
tentera. Selepas makan malam, kami berkumpul untuk mendengar taklimat daripada jurupandu. Kami diarahkan berjalan dalam kumpulan mengikut kesan denai yang diketuai oleh jurupandu. Selain itu, kami dilarang daripada membuang sampah.
Pada hari kedua, tepat pukul 9.00 pagi bermulalah pendakian kami ke puncak Gunung Nuang yang ketingiannya 1 493 meter. Kami membawa bekalan yang secukupnya untuk makan tengah hari seperti biskut, mi segera, dan sebotol air. Mengikut perancangan, kami akan turun ke tapak perkhemahan semula pada petangnya.
Cabaran mendaki tujuh buah bukit bukanlah sesuatu yang mudah. Kami perlu berhati-hati ketika meredah hutan ini, terutamanya tumbuhan liar bukit. Kami berpaut dan memegang mana-mana bahagian anak pokok sebagai sokongan untuk mengimbangi badan daripada terjatuh. Hutan simpanan kekal yang menjadi kawasan tadahan
 air ini kaya dengan flora dan fauna. Kami mencatat perkara penting dan menarik yang ditemui di hutan ini. Batang-batang balak yang besarnya lebih daripada dua pemeluk menjadikan persekitaran di sini redup dan dingin. Mereka yang cergas dan bertenaga berada jauh di hadapan. Bagi kumpulan yang sederhana mengekori mereka dari belakang. Setelah berpenat lelah selama empat jam yang jaraknya lebih kurang lapan kilometer, kota Kuala Lumpur dan Tanah Tinggi Genting kelihatan berbalam-balam. Kami sungguh bertuah kerana cuaca ketika itu begitu baik.
Peluang kami bersantai di puncak Gunung Nuang tidak lama. Mengikut jangkaan awal, kami diberikan
masa dua jam untuk menikmati panorama ketika berada di puncak Gunung Nuang yang merupakan sebahagian
daripada Banjaran Titiwangsa. Di puncak tersebut terdapat sebatang pokok tunggal yang menjadi sasaran kerana banyak peserta yang menunggu giliran untuk memanjat dan melihat pemandangan yang memisahkan  Negeri Sembilan, Pahang, dan Selangor itu. Perkara yang tidak diduga telah berlaku apabila tiga orang peserta tersesat. Kami terpaksa turun ke kaki gunung dengan segera untuk menjejaki mereka. Walau bagaimanapun, selepas setengah jam perjalanan turun, kami menemui mereka. Mereka bertindak bijak kerana berpatah balik mencari simpang asal setelah menyedari tiada kesan denai baharu. Perjalanan turun dari puncak gunung ke tapak kem memakan masa lebih kurang tiga jam. Namun begitu, semua peserta lebih berwaspada agar tidak tergelincir dan tersungkur ke dalam curam.
Tugas kami seterusnya menyediakan minum petang dan makan malam. Makanan Barat ala Malaysia, iaitu telur bersama-sama dengan kentang goreng dimakan dengan SOS cili begitu menyelerakan. Bagi mereka yang
kaki pancing, sungai yang berhampiran sesuai untuk mernancing ikan tengas. Umpan yang digunakan untuk menangkap ikan ini sangat mudah, iaitu hanya dengan menggentel tepung atau roti dan dilekatkan pada mata pancing. Pada sebelah malamnya, kami berkumpul untuk berkongsi pengalaman. Jurupandu kami, Abang Zainal menceritakan asal usul wujudnya nama Janda Baik. Bunyi riang-riang dan kodok memeriahkan suasana malam yang gelap itu. Pelita karbaid dan lilin juga terpadam setelah “bekalannya” habis. Kami dibangunkan untuk solat Subuh. Ketika mengambil wuduk, kesejukan air sungai terasa hingga tulang sumsum. Solat berjemaah dilakukan dalam kumpulan yang kecil kerana kawasan yang terhad.
Aktiviti mencari harta tersembunyi dilakukan ketika dalam perjalanan keluar sejauh tiga kilometer ke Kem Wira Waja. OIeh sebab didorong impian untuk bergelar juara, ada peserta yang sampai di kem lebih awal tanpa
berasa penat walaupun meredah dua buah bukit. Kami membersihkan badan dengan berendam di dalam sungai. Beberapa orang peserta terkejut apabila mendapati pacat sudah kekenyangan sebaik-baik saja menanggalkan kasut. Pada pukul 4.00 petang, bas sekolah datang menjemput kami. Perjalanan hampir dua jam setengah untuk sampai di sekolah menyebabkan mata terlelap kerana keletihan.
Kesimpulannya, ekspedisi dan perkhemahan ke Gunung Nuang ini banyak memberikan manfaat kepada kami  dalam mengenali keindahan alam semulajadi di negara ini dengan lebih dekat lagi. Selain itu, semangat tolong-menolong dan nilai murni dapat kami terapkan secara praktikal.

Pelapor,                                                                                                                                                 30 NOV 2xxx.
…………….
(PHONG SERENE)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tengku Ampuan Afzan.

Wednesday, March 23, 2011

cuba kesalahan tatabahasa smk xxx

1. sultan telah memeriksa pembarisan kehormatan itu.
barisan kehormatan

2. jarang benar air yang kau masak ini.
ayat ini kesalahan struktur( kau benar jarang-jarang menjerang air)

3. Abang jarang berada di rumah.
jarang-jarang

4. mereka melepaskan keletihan selepas senaman.
mereka melepaskan keletihan selepas bersenam

5. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.
Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 20
6. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.
tiada kesalahan, sesama=antara

jawapan:

cubalah dulu, upload later






Tuesday, March 22, 2011

幾米的逆向思考,很棒!~~我感恩



做人要走人道,不能只为自己活着,要多考虑考虑别人的感受。今早,看了康有利大哥的经历,真的明白大哥的气魄。。。谢谢感恩

novel tingkatan 2(1)


Novel yang saya kaji ialah Erti Sebuah Pengorbanan  karyaan Zaihanim Zainal Abidin. Tema novel ini ialah kegigihan dan kecekalan seorang anak yang  menjadi  mangsa penceraian kedua-dua orang tuanya dalam menghadapi pelbagai cabaran.  Sebagai buktinya, Iman berusaha dengan sabar untuk menyatukan bapa dan ibunya semula setelah mereka bercerai. Dia juga bersabar apabila menghadapi segala perbuatan dan tindakan Linda yang cemburu atau iri hati akan kejayaannya. Iman juga tidak mengalah kepada setiap masalah yang datang. Dia tetap memberikan tumpuan kepada pelajarannya. Dia juga membuat segala persiapan untuk menghadapi pertandingan pidato peringkat daerah yang disertainya sebagai wakil sekolah. Akhirnya, dia berjaya. Persoalan novel adalah seperti perasaan anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa.Buktinya,  Iman sering berasa tidak tenteram sejak ibu dan bapanya bercerai. Walaupun begitu, dia sentiasa berusaha untuk menyatukan ibu dan bapanya kembali.Selain itu, Pemilihan kawan yang baik dapat membimbing ke arah kebaikan. Contohnya, Iman berkawan dengan Pei Wen, Zulkarnain, dan Adif Danial yang sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya. Mereka sentiasa berfikir secara positif apabila menghadapi masalah. Seterusnya, Perbezaan kaum tidak menghalang persahabatan. Contohnya, Pei Wen dan Iman merupakan sahabat balk. Mereka saling membantu untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi bersama-sama. Malah, Pei Wen amat menggemari masakan orang Melayu. Di samping itu, Teknologi komunikasi mampu mendekatkan hubungan dengan orang yang jauh. Contohnya, Iman dan ibunya berhubung melalui e-mel. Bapa Iman juga sering menelefon Iman walau di mana-mana sahaja dia berada. Rentetannya, Setiap anak wajar menghormati ibunya dan tidak menaruh prasangka buruk. Contohnya,  Iman akhirnya sedar bahawa dia tidak wajar berprasangka bahawa ibunya sudah melupakannya hanya kerana ibunya tidak membalas e-melnya dan mempunyai rakan lelaki yang berbangsa Inggeris. Dalam pada itu, Setiap perbuatan buruk pasti akan terbongkar dan menerima padahnya. Buktinya,  Linda merancang kejadian kecurian diari Iman. Namun akhirnya, perbuatan buruknya itu telah terbongkar. Linda malu dan menangis apabila guru disiplin mahu membawa perkara tersebut ke pengetahuan Pengetua. Selanjutnya, Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga khususnya terhadap anak-anak. Contohnya,  Ibu Adif Danial mahu membawa Adif Danial tinggal bersama dengannya di Kuala Lumpur. Dia mahu memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Adif Danial.
Sementara itu, Usaha yang gigih mampu memacu kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Contohnya, berkat kegigihannya belajar dan mengulang kaji pelajaran, Iman berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan pertengahan tahun. Iman juga berjaya menjuarai pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada usaha gigihnya berlatih bersungguh-sungguh di bawah bimbingan Cikgu Julia.Akhirnya, kemenangan bagi insan yang bersabar. Buktinya, Iman sentiasa bersabar terhadap dugaan yang menimpa dirinya. Dia tidak mudah marah walaupun Linda sering menyindirnya, malah berlaku kasar terhadapnya.
(tema=satu, persoalan= pilih 3 daripada mana-mana lapan persoalan)

日常饮用的水居然有生命, 能够懂得人的意思



知道为何人要活着吗?
只有当你懂得付出,懂得处处为人着想,处处只想给人幸福时你才懂得活着的意义。

当人不懂生活时,总处在战战兢兢的日子里,得到的怕失去,与人斤斤计较。患得患失。

今早,想起水的结晶。。和我身上的每个细胞说声:我爱你。。很爱。记得把爱的能量放出去,散发给全宇宙的人类。

师父,弟子回来了。阿弥陀佛