Sunday, February 8, 2015

2015(1)

displin..
this week start teaching this topic n formula, n i started using this formula in this essay



Disiplin  kop mak jih motu pp tl ni mu
Penggunaan telefon bimbit tanpa limitasi akan menjejaskan disiplin diri sehingga membejatkan akhlak dan budi pekerti. (AJ) Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna telefon bimbit akan menatijahkan kawalan dalaman yang semakin melonggar, sama ada dari aspek pemikiran, tingkah laku atau pertuturan. (M) Tanpa disiplin diri, seseorang individu akan mengabaikan hubungan harmonis dan penghormatan kepada hak keperibadian orang lain, dan sekali gus meminggirkan imej atau identiti yang terpuji. (K) Sebaagi contohnya, pelajar akan merakamkan video atau gambar peribadi yang bersifat lucah atau keganasan, justeru gambar berkenaan akan dimuat naik melalui alat peranti komunikasi ini. Senario ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar seolah-olah tanpa penghujung. (C) Jelas menunjukkan bahawa pelajar yang tidak dilatih untuk mendisiplinkan diri akan menjejaskan harga diri dan terjerumus dalam segala jenayah siber yang berkaitan dengan telefon pintar yang canggih pada era milenium ini. Mangsa siber yang dibuli akan mengalami tekanan emosi atau terpedaya sehingga kehilangan keyakinan diri. Tegasnya, penggunaan telefon bimbit mestilah dioptimumkan dalam aspek yang berbakti kepada nusa dan bangsa. Ironisnya, penyalahgunaan telefon bimbit bukan sahaja mengikis tahap disiplin diri, malahan aspirasi negara untuk melahirkan pelapis yang berketerampilan dari lahiriah atau rohaniah akan tergugat sama sekali. Maka, setiap pelajar mestilah mendisiplinkan diri supaya mencerminkan keperibadian yang unggul.

No comments: