Wednesday, October 29, 2014

komsas 2014



Prakis 1

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Maka bertitahlah Sultan Raja Sulaiman kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara itu, “Kerana saya ini hendak minta tolong benar-benar, seboleh-bolehnya hal kesakitan saya semua orang Riau ini oleh orang Siak. Dilanggarnya, kemudian ditaruhnya di bawah perintah, kebesaran di Riau sekaliannya dibawanya pulang ke Siak, seperti bedil kerajaan Laila Majnun, serta dengan gendaga emas dan periuk emas, dan puan emas dan sekaliannya kerajaan dibawanya. Dan saudara saya perempuan dibawanya ke Siak, dirampasnya, dibuatnya bini oleh Yam Amtuan Raja Kecil, itulah ibunya Yang Amtuan Raja Bunga. 

Syahadan maka menyahut Opu Daeng yang berlima bersaudara itu, berkhabar kepada Yang Amtuan Raja Sulaiman, “Dan jikalau mahu kita berjanji betul-betul cakap,  saya menolong. Insya-Allah, seboleh-bolehnya saya tolong, dengan kuasa daripada Allah Yang Amtuan Raja Sulaiman menjadi Yang Amtuan Besar. Saya semua pilihlah yang berlima ini siapa yang patut jadi Yamtuan Muda? Saya semua seperti laki-laki. Raja Sulaiman menjadi seperti perempuan, diberi makan baharu makan; apa kata Yang Amtuan Muda barang suatu perintah  dan barang suatu bicara.” Demikianlah khabar Opu Daeng yang berlima bersaudara.

(i)            Berikan maksud rangkai kata hal kesakitan.
 [2 markah]

-       penderitaan/kesulitan/kesusahan/masalah  yang dialami/ditanggung


(ii)           Nyatakan tiga perkara yang menyebabkan Sultan Raja Sulaiman meminta
pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara.
[3 markah]

-       negaranya ditakluk oleh orang Siak.
-       segala kebesaran di Riau telah dibawa ke Siak.
-       saudara perempuannya dibawa ke Siak
-       saudara perempuannya dijadikan isteri oleh Yang Amtuan Raja Kecil.


(iii)          Sekiranya anda Opu Daeng lima bersaudara , nyatakan dua  tindakan yang akan anda lakukan setelah mendengar perintah Sultan Raja Sulaiman?

[3 markah]
-       mengadakan rundingan secara baik dengan pemerintah Siak
-       merancang operasi menyelamat saudara perempuan Sultan Raja Sulaiman
-       membantu mengembalikan takhta/kerajaan


Praktis 2

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAHADAN sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta Inderaguru Tujarapok dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai muafakat saudara-bersaudara mengatakan “Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri, jikalau ada ampun serta kurnia.”
       Lalu dijawab oleh Sultan, “Pilihlah anak saya yang bertiga.”
        Maka disahuti, “Jikalau ada ampun kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya Daeng Menambun.”
      Syahadan maka ketika hari yang baik, bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah pengantin telah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta orang Matan.
       Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan Agung.
            Maka bercakaplah sekalian orang Bugis serta mengaruk lalu turun ke perahu bersimpan, berkemas, membaiki perahu. Serta sampai tujuh hari, mudiklah di Batangan Pawan Sungai Matan.

   
(i)     Berikan maksud rangkai kata mengkhabarkan telah selesai muafakat
    
                                                                                        [2 markah]
-       memberitahu bahawa perbincangan telah berjaya/tamat.

(ii)    Nyatakan  bukti-bukti yang menunjukkan keakraban Daeng berlima bersaudara.
[ 3 markah]

-       mereka sentiasa berbincang antara adik beradik sebelum membuat sesuatu keputusan.
-       membuat keputusan secara permuafakatan
-       sebarang keputusan perbincangan berdasarkan kata sepakat adik-beradik.

                                                                                
(iii)   Pada pendapat anda, apakah mesej  yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca berdasarkan petikan tersebut.
[ 3 markah]
-       kita perlu bekerjasama dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
-       hasil daripada perbincangan yang dilakukan dapat membawa kebaikan bersama.
-       negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang hebat akan digeruni oleh pihak lawan.

Praktis 3

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                   Maka perang itu, tiga hari tiga malam, dengan orang Kedah dan berserta anak-anak Raja Kedah mana yang tiada suka dengan Yang Amtuan Baharu itu. Mangkin sehari, mangkin bertambah-tambah banyak.
Maka sampailah perang itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis.
       Serta selesai daripada pekerjaan perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu oleh Yang Amtuan yang baharu digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya yang perempuan. Maka beranak seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan Raja kedah itu.
       Maka lalu dibayarnya seperti perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu dibayarnya tiga bahara ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang selaginya.
      Maka menerima yang tiga bahara ringgit itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang yang datang dari Bugis dan dagang dari Timur wang yang tiga bahara ringgit itu. Kemudian, setelah selesailah daripada itu, maka bermohonlah balik ke Riau.
            Maka lalu belayarlah. Serta sampai ke Riau, baliklah ke rumahnya masing-masing. Maka lalulah menghadap Yang Amtuan Riau serta berkhabar perihal ehwal di Kedah
                                                           
                                                                                  
(i)     Berikan maksud rangkai kata berkhabar perihal ehwal
[ 2 markah]
-       melaporkan/menceritakan setiap/segala peristiwa/kejadian yang berlaku

(ii)    Apakah sebab-sebab yang mendorong  Daeng berlima bersaudara bersetuju untuk memerangi Kedah?
                                                                                                          [3 markah]
-       Opu Daeng Perani diberi jawatan dalam pemerintahan Kedah yang baharu.
-       Daeng Lima Bersaudara diberi upah yang tinggi iaitu lima belas bahara ringgit.
-       Opu Daeng Perani dapat berkahwin dengan saudara perempuan Yang Amtuan Gaja Kedah.

(iii)   Pada pendapat anda, apakah cara-cara pemerintah supaya menarik minat pelabur   asing datang ke negara kita untuk membuat pelaburan?

Berikan dua cara tersebut.

                                                                                                        [3 markah]
-       memastikan  negara  aman dan damai daripada kekacauan.
-       kerajaan perlu menyediakan kemudahan urus niaga yang telus.
-       rakyat serta pemerintah harus bekerjasama menarik minat pelabur asing.
-       Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelabur


Praktis 4

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Dan lalu belayar ke Mempawah, tidur dua malam. Sampai ketiga malamnya bermimpi memegang-megang matahari. Lalulah mudik ke Sungai Mempawah, sampai di Kuala Sangkang, mendengar khabar Penembahan Sengkauk, ada Raja Kahar membawa anaknya perempuan terlalu bagus.
            Lalu dipinta oleh Penembahan Sengkauk, hendak dibuatnya isteri dijadikan Ratu Penembahan di negeri Mempawah.
            Maka diterimanyalah oleh Raja Kahar. Itulah pinta dia, sekalian anak perahunya yang tiga puluh orang, jikalau dia suka hendak berbini di negeri Mempawah ini, terimalah dengan tiada memberi suatu wang hantarannya . “Jikalau mahu berjanji demikian itu, saya terimalah itu, Raja Mempawah kahwinlah dengan anak saya.
            Maka dijawab Penembahan Sengkauk, “Baiklah”.
            Maka kahwinlah ayahanda Panembahan Sengkauk itu. Maka beranak seorang perempuan bernama Mas Inderawati, terlalu baik parasnya. Maka bertunangan dengan Raja Sambas yang bernama Ratu Anom Kesumayuda Di dalam tengah bertunangan, maka Duli Tuanku Sultan meminta anak Penembahan itu yang bernama Mas Inderawati.
    

(i)     Berikan maksud rangkai kata memegang-megang matahari
[ 2 markah]
-       mendapat sesuatu yang paling berguna/bermanfaat/ penting

(ii)     Apakah permintaan Raja Kahar yang mesti ditunaikan oleh Raja Mempawah jika mahu berkahwin dengan anak Raja Kahar?
[ 3 markah]

-       Raja Mempawah bersetuju tanpa meminta wang hantaran/berian apabila tiga puluh anak kapalnya mencari isteri di negeri Mempawah.
-       Raja Mempawah  perlu menyatakan persetujuan dengan syarat yang dikenakan sebelum  berkahwin dengan anak Raja Kahar.

(iii)     Pada pendapat anda, mengapakah Duli Tuanku Sultan mahu anaknya bertunang dengan Mas Inderawati?

[ 3 markah]    
-       Mas Inderawati daripada keturunan raja
-       Mas Inderawati mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.
-       Tuanku Sultan mahu meluaskan pengaruh baginda  melalui perkahwinan.
-       perkahwinan tersebut dapat mempererat hubungan antara dua negara
-       perkahwinan membawa kemakmuran kepada kedua-dua negara.
Praktis 5

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Kemudian Sultan Muhammad Zainuddin naik ke darat di tanah Matan di Kuala Kandang Kerbau, naiklah serta dengan menterinya, yang ditinggalkannya di negeri Banjar dua orang, serta dengan budak-budaknya yang laki-laki serta dengan kawan-kawannya, ada kira-kira tiga puluh orang, itupun dibawanya bersama-sama naik ke darat, dan perempuan-perempuan serta dengan raja-rajanya dan ratu-ratu, ada kira-kira lima puluh orang itulah naik ke darat Kuala Kandang Kerbau. Lalu membuat rumah sebentar itu juga, lalu beramu kayu membuat rumah.
            Kemudian Opu Daeng yang berlima bersaudara itu pun naik ke darat, memohonkan periksa, “Bagaimana hal kita semua ini atau hendak berhenti di Kuala Kandang Kerbau itukah, atau hendak belayar, kerana hajat saya semuanya hendak belayar ke Riau? Ada juga suratnya raja-raja Riau yang bernama Sultan Raja Sulaiman hendak berjumpa saya semuanya, ada besar benar kehendaknya.
            Kemudian lalu dijawab oleh Sultan Muhammad Zainuddin, ‘Yang niat hati saya, seboleh-bolehnya Opu Daeng yang berlima bersaudara hendak saya ambil buat menantu. Pilihlah anak saya yang perempuan yang bertiga hendak saya kahwinkan dengan Daeng-daeng yang bertiga, mana suka yang hendak beristeri.”
            Kemudian maka dijawab oleh Opu Daeng yang berlima bersaudara, “Baiklah. Nanti saya muafakat di perahu adik-beradik.” Dan lalu bermohon balik ke perahu.


(i)         Berikan maksud rangkai kata beramu kayu dalam petikan di atas.
[ 2 markah]
-       mencari/mendapatkan kayu yang baik

(ii)        Apakan dua  tujuan Daeng Opu berlima bersaudara belayar?
[ 3 markah]
-       memenuhi surat undangan Raja Riau (Sultan Sulaiman)
-       memenuhi hajat besar Raja Riau yang mahu bertemu dengan mereka.

(iii)       Pada pendapat anda,apakah tujuan Sultan Muhammad Zainuddin mahu mengahwinkan anak-anaknya dengan Daeng Opu bersaudara?
[ 3 markah]

-       Keturunan Daeng Opu  daripada golongan yang baik
-       Keturunan Daeing Opu sangat terkenal
-       Mahu mendapatkan keturunan yang baik
-       dapat menghalang Daeng Opu daripada terus belayar
-       Daeng Opu boleh menggantikan baginda mentadbir dengan bijaksana



Praktis 6
SYAHADAN maka tersebutlah perkataan Raja Sambas. Marhum Sultan Adil, berkirim surat memanggil hendak berjumpa di Sambas kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara mana-mana yang suka datang ke negeri Sambas. Jikalau suka hendak dikahwinkannya dengan adiknya yang perempuan bernama Urai Tengah, digelar Raden Tengah, serta hendak dijadikan Pangeran Mangkubumi memerintahkan di dalam negeri Sambas.
Maka serta dapat surat dari Sambas itu, maka berbicaralah muafakat Opu Daeng yang berlima bersaudara itu mana-mana yang patut baiknya. Maka muafakatlah kelimanya bersaudara mengatakan Opu Daeng Kemasi yang belum tentu kedudukannya.
Maka muafakatlah pula lagi serta dengan perjanjian Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. “Barang di mana-mana dapat susah kita berlima bersaudara berkumpul dan memberitahu berkirim surat. Kita bersama-sama bertolong-tolong barang suatunya tiada bercerai.” Demikianlah pakatnya lima bersaudara.
i)                   Apakah tujuan Raja Sambas menjemput Opu Daeng yang berlima bersaudara?
ii)                Apakah perjanjian yang dibuat antara Opu Daeng yang berlima bersaudara?
Saling berhubung dan memberitahu sekiranya menghadapi masalah.mereka juga akan saling membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak akan berpisah.

iii)              Pada pendapat anda, apakah kepentingan sikap saling menyayangi antara ahli keluarga?
Mengeratkan hubungan – mengukuhkan institusi kekeluargaan- saling membantu – menjaga maruah diri untuk mengelakkan keluarga daripada mendapat malu.



Praktis 7
Maka dijawab oleh Tuan Haji Hafiz, “Saya ini orang Bugis , dan Daeng Mataku pun seperti Tuanku juga dan Opu Daeng yang berlima bersaudara pun seperti Tuanku juga. Aku takut menderhaka, dan jikalau aku derhaka payah aku pulang ke negeri Bugis, dan sanak saudaraku di negeri Bugis yang aku kenang juga, aku sayangkan juga barangkali dirosakkan oleh sanak saudara Opu Daeng yang berlima itu, dialah yang raja di negeri Panama yang pertama bernama Datu Riau atau jadi mentua oleh Pilak di negeri Wajok dan Randarang; di negeri Teluk Tandring; dan Pajung di negeri Luwok itu, pak muda oleh Opu Daeng yang berlima itulah yang kukenangkan. Lagipun Opu Daeng yang berlima bersaudara itu pun pupu dua kali kepada Daeng Mataku. Yang baiknya, baik cari fikiran yang sempurna, seperti pemukul jangan patah dan tanah jangan lembang, dan tidak orang berbuat mati kepada resam dunia; yang hidup juga yang bertuah kepada dunia; dan baik can fikiran yang baik.”
(i)                Apakah maksud tidak orang berbuat mati kepada resam dunia dalam petikan?
Tidak ada dalam sejarah orang ingin mencari mati
(ii) Nyatakan tiga perkara yang ditakuti “aku” atau Tuan Haji Hafiz?
(ii)             Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Haji Hafiz memberikan penerangan yang panjang lebar? Berikan tiga alasan anda. [3 markah]
...supaya OD5 mengubah keputusan mereka untuk menyerang Panembahan Agung
...supaya OD5 akan menyebelahinya
...supaya OD5 berasa kasihan kepadanya
...supaya OD5 mengetahui bahawa mereka semua sama keturunan dan bersaudara
...supaya masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

Praktis 8
Serta sudah kumpul di kenaikan, lalu berangkatlah出发 Opu Daeng yang berlima bersaudara naik ke darat, serta dengan alat senjatanya bersama-sama inderagurunya Tujarapok dan sekalian nakhoda 船长orang Bugis dan sekalian nakhoda yang datang dari Timur yang ada di Kedah itu, sekaliannya dibawa masuk menghadap Raja Kedah. Serta sampai ke rumah anak Raja Kedah yang tua itu, lalu duduklah.
Maka lalu keluar anak Raja Kedah menghadap sekalian orang yang datang itu. Maka berkhabarlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu mengatakan, “Saya semua datang hendak menggelar anak Raja Kedah itu Yang Amtuan jadi Raja di Kedah.”
Maka disahuti oleh anak raja itu, “Baiklah.”
Maka lalu dibacalah surat gelaran. Maka anak raja itu, digelarlah Yang Dipertuan Kedah.
Setelah selesailah daripada itu, maka diangkatlah nasi persantapan mana-mana yang hadir sudi, sedapat-dapatlah. Setelah selesai daripada itu, maka santap sirih. Setelah sudah makan sirih maka membaca doa selamat.
Lalu bertitah Raja Kedah, “Asal selamat pekerjaan ini, tiadalah saya mungkir违背 daripada hal perjanjian.”
(i)Berikan maksud tiadalah saya mungkir daripada hal perjanjian. [2 markah]
Maksud tiadalah saya mungkir daripada hal perjanjian ialah tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan.
(ii) Apakah yang telah dilakukan Opu Daeng lima bersaudara setelah dibacakan surat gelaran?[3 markah]
Perkara yang telah dilakukan Opu Daeng lima bersaudara setelah dibacakan surat gelaran ialah makan nasi. Selain itu, makan sirih. Di samping itu, membaca doa selamat
(iii) Sekiranya anda ialah salah seorang Opu Daeng yang berlima bersaudara, bagaimanakah anda akan menghargai jasa seseorang itu selain mengurniakan anugerah gelaran kepadanya? Kemukakan tiga cara. [3 markah]
Tiga cara untuk menghargai jasa seseorang ialah dengan memberikan ganjaran dalam bentuk harta seperti pemberian tanah untuk tapak rumah. Selain itu, kita boleh membina sebuah memorial tentang tokoh tersebut serta mengundang tokoh tersebut ke majlis makan malam. Di samping itu, kita boleh memberikan bantuan kewangan dalam bentuk elaun bulanan secara tetap.

Praktis 9
Serta sudah kumpul sekalian orang, lalulah Raja Sulaiman pun bertitah kepada sekalian orang-orang Riau mengkhabarkan perjanjian serta dengan menggelar Opu Daeng Merewah menjadi Yang Amtuan Muda di negeri Riau; serta dengan memerintahkan orang di dalam negeri Riau dan beserta dengan tokong pulau yang sembilan, serta dengan rakyat yang di laut, apa-apa perintah Yang Amtuan Muda kepadanya, supaya memeliharakan negeri Riau supaya jadi selamat.
Lalulah mengahwinkan Opu Daeng Chelak dengan Tengku Puan, adik Sultan Raja Sulaiman.
Kemudian lalulah diangkat nasi persantapan, berjamu-jamu makan. Lepas makan maka diangkat air panas serta dengan air serbatnya. Maka orang Bugis pun berkelong usung, lalu mengaruk Opu Daeng yang berlima bersaudara. Maka orang Bugis pun mengaruklah semuanya, masing-masing dengan cakapnya. Setelah selesai demikian itu, waktu pun hampir maghrib.
Maka Opu Daeng yang berlima pun bermohon balik hendak sembahyang. Maka orang yang di dalam negeri Riau pun bermohon juga sekaliannya. Mana-mana yang tinggal di dalam kota bermainlah dengan permainannya, ada yang berwayang kulit, ada yang bermain wayang Cina.
Setelah selesai demikian itu, tiada berapa lamanya, Opu Daeng Perani pun bermohon kepada Sultan Raja Sulaiman hendak belayar ke negeri Selangor.
Apakah maksud berkelong usung?         [2 markah]
... bermaksud berpantun/bernyanyi
Gambarkan suasana majlis perkahwinan Opu Daeng Chelak dengan Tengku Puan.     [3 markah]
...nasi persantapan diangkat dan mereka berjamu-jamu makan - selepas makan, mereka dihidangkan
air panas serta dengan air serbatnya - orang Bugis pun berkelong usung/berpantun/menyanyi - Opu Daeng yang berlima bersaudara dan orang Bugis mengaruk/menari tarian perang Bugis
Pada pendapat anda, mengapakah majlis perkahwinan Opu Daeng Chelak dengan Tengku Puan dijalankan dengan penuh adat istiadat bangsa Bugis?
Berikan tiga alasan anda. (kbat)    [3 markah]
...untuk mengekalkan tradisi warisan perkahwinan bangsa Bugis - untuk mengangkat keistimewaan/
kelebihan/keunikan majlis perkahwinan bangsa Bugis yang berbeza dengan bangsa lain - untuk menunjukkan kemeriahan perkahwinan keturunan bangsawan bangsa Bugis itu

Lalu bertitah Sultan kepada sekalian dayang-dayang, beti-beti, perwara宫女, “Siapa-siapa engkau semua siapa suka mengikut anakku Puteri Kesumba(ODM-SMZ) hendak pergi ke Mempawah baliklah, aku pun suka benar.” Maka banyaklah dayang-dayang serta beti-beti perwara mengikut. Ada empat puluh orang yang mengikut belayar ke Mempawah. Dan orang yang baik-baik, sanak saudara yang di Matan itu mengikut Encik Kerabang dan Encik Kuwini dan emas-emas dan utin-utin dan juga bersama-sama mengikut di dalam yang empat puluh itu.
Maka belayarlah menuju Kuala Mempawah. Maka serta sampai kelengkapan perahu yang empat puluh buah itu, ke Kuala Mempawah, maka masuklah sekaliannya mudik di dalam sungai.
Maka berhentilah di Sebukit. Lalu menebas membuat negeri di Sebukit kerana di Sebukit itu negeri lama. Dahulukalanya yang diam di situ Patih Kumintar, dan Patih Kumintar beranakkan Patih Nyayang itu Raja Mempawah. Dahulukala berbicara serta berjanji dengan Nik Riuk Raja Sambas dan Lara Sepalayu itulah berjanji di pulau, semasak nasi makan minum bersuka-sukaan. Lalu bertanam di Batu Balat, lalu mengalih nama Sungai Raya Sabayan, erti Sungai Raya, suka- suka besar, dan erti Sabayan, sama-sama punya, itulah perjanjian orang tua-tua dahulukala adanya.
Syahadan serta selesai daripada pekerjaan itu, lalulah mudik sampan-sampan serta perahu ada tiga puluh buah mudik ziarah ke makam Marhum Panembahan Sengkauk; mudik serta dengan Ratu Panembahan Sengkauk dan berserta Ratu Sultan Mas Inderawati dan berserta Puteri Kesumba Ratu Agung Senuhun.

Apakah maksud rangkai kata masuklah sekaliannya mudik?[2 markah]
Pergi ke dalam kesemua yang datang dari hulu

Ke manakah Puteri Kesumba pergi dan apakah yang dilakukan apabila tiba di tempat tersebut?[3 markah]

Dikatakan Sebukit merupakan negeri lama.Pada pendapat anda, mengapakah negeri tersebut ditinggalkan oleh rakyat jelatanya?[3 markah]
...pemerintah mengarahkan penghuninya meninggalkan tempat itu untuk mengelakkan ditawan oleh musuh.
...negeri itu tidak subur untuk bercucuk tanam
...negeri itu diserang malapetaka seperti penyakit dan banjir

i.Berikan maksud menebas membuat negeri. [2 markah
membersihkan semak samun untuk mendirikan kerajaan

ii.Mengapakah Sebukit dijadikan negeri?
Pernah menjadi negeri pada masa dahulu
...sebagai mematuhi perjanjian orang-orang tua terdahulu
...banyak sejarah yang tercatat di situ

iii.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri lokasi yang menarik kedatangan para pedagang?
Memiliki kemudahan lengkap
Keadaan politik yang stabil dan aman
Keadaan ekonomi yang maju
Lokasi yang strategik

drama
DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG
            Karya  Suriani Mohd Yusof

Praktis 1

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK MAN :  Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur ada
                   pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap.
                   Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri
                   tidak dapat ramal nasib aku ini, Sani.
                    (Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama?

SANI       : Tengok pada keadaan, Pak Man. Sekiranya sudah jumpa, selesai kebumikan
                  mayatnya dan buat kenduri arwah, mungkin selepas tujuh hari, saya baliklah.
                 Tetapi sekiranya tidak jumpa lagi, saya akan temankan emak lama sikit.

PAK MAN : Bagus, kalau boleh biarlah kamu lama sikit tinggal dengan emak kamu itu. Aku
                   sendiri turut risau tengok emak kamu. Hari-hari, sampai tengah malam baru
                   balik dari pantai. AKu cemas tengok dia begitu. Aku takut kesihatannya
                   terganggu.

SANI       : Emak masih tidak percaya lagi, Pak Man. Saya sudah tidak tahu hendak lakukan
                  apa lagi untuk pujuk emak.


(i)             Apakah kejadian yang berlaku di kampung Pak Man?                                  
[ 2 markah]

-       banyak rumah orang kampung musnah akibat dilanda ombak
-       ada nelayan yang pergi ke laut yang hilang akibat ditelan ombak besar

(ii)            Pada pendapat anda, mengapakah ibu Sani tidak tidak dapat menerima kehilangan suaminya?
[3 markah]
-       ibu Sani sangat cinta akan suaminya
-       ibu Sani tidak dapat berpisah dengan suaminya
-       mayat suaminya belum dijumpai

(iii)           Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan drama.
[ 4 markah]
Nilai kemanusiaan dalam petikan:
-       Nilai kesyukuran  - Pak Man bersyukur kerana terselamat daripada malapetaka disebabkan dia tidak turun ke laut kerana demam

Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:

-       Nilai berhemah tinggi  - Sani tidak pernah menyakitkan hati ibu angkatnya, iaitu Jimah.

-       Nilai kasih sayang kepada suami - Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.
-       Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami - Jimah tetap setia menanti  suaminya yang hilang.
-       Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua - Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
-       Nilai nasihat-menasihati - Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.
-       Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa - Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.


Praktis 2

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH : Bapa itu saja hendak malukan anak-anak. Nanti orang kata, kita tak   
tahu balas budi orang tua. Walhal kita kirim tiap-tiap bulan. Macamlah hidupnya         susah sangat. Itu, itu anak pungut tu. Entah-entah dia yang suka bapa pergi ke laut… Entah apa yang digula-gulakan bapa itu. Haah, sudahlah…! Angah penat ni. Abang tunggulah emak. (Pergi dari situ. WAN memerhatikan SABARIAH pergi)
SABRI    :  Tadi nak sangat tengok emak. Huh!

JIMAH  : (Sayu hatinya apabila SABARIAH menengking SABRI) Aku tidak suruh
sesiapa  balik, Sani. Aku tidak mahu menyusahkan kau orang. Aku tunggu laki aku. Kalau kau nak balik, pergilah. Aku tunggu laki aku. Dia laki aku. Kau orang semua boleh balik. (Membuka ikatan bungkusan kain batik yang dijinjing dari tadi Dia mengeluarkan lima buah buku bank dan menyerahkan kepada SANI) Sani, ini buku bank kau orang. Beri balik pada dia orang. Pulangkan buku ini pada dia. Kamu ingat bapa pakai duit yang kamu beri, ya? Tidak. Bapa simpan semua duit yang kamu kirim dulu. Bapa simpan semua dalam bank.Emak dan bapa tidak usik satu sen pun. Nah, kauberi balik pada kakak, pada abang kau. Ambil balik semua yang kau orang beri pada kami. Ambil, ambillah balik. Satu sen pun kami tidak jamah duit itu. (Menangis tersedu-sedan) 

SANI    :   (Buka buku simpanan bank dan terperanjat melihat isi kandungannya)
Mak!  Apa sudah jadi emak? Kenapa duit ini tidak pernah emak keluarkan? Kenapa emak, kenapa emak dan bapa tidak gunakan duit yang kami beri ini? Sani beri untuk emak dan bapa buat belanja. Kenapa emak tidak gunakan?

JIMAH  :  Bapa tidak mahu susahkan anak-anaknya. Kudrat dia masih ada. Bapa
lebih senang cari duit sendiri. Dia tahu satu hari kau orang akan ungkit soal duit ini. Kan betul?

(i)           Mengapakah bapa tidak menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya?
[ 2 markah]
                                                                                                                    
-          bapa tidak mahu menyusahkan anak-anaknya
-          bapa masih kuat untuk bekerja
-          bapa lebih suka mencari wang sendiri
-          bapa takut anak-anaknya mengungkit pemberian wang tersebut

(ii)       Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk     menyemai tabiat berjimat cermat dalam kalangan anak-anak?                    
     [3 markah]
-          mendidik anak-anak dengan menjelaskan kebaikan berjimat cermat
-          menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak dengan amalan berjimat cermat
-          menggalakkan anak-anak menabung
-          membekali anak-anak dengan makanan ke sekolah
-          mengelakkan makan di luar dengan kerap

(iii)      Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain dalam keseluruhan drama.
                                         [4 markah]

Pengajaran dalam petikan:

-  Kita hendaklah berhati-hati semasa berkata-kata supaya tidak mengguris perasaan        ibu bapa
-  Kita janganlah mengungkit kebaikan yang dilakukan kepada ibu bapa
-  Kita hendaklah berjimat cermat dengan cara menyimpan wang                                                                                       
Pengajaran dalam keseluruhan drama:

-  Kita hendaklah bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak
-  Kita hendaklah menghargai dan mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita
-  Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan orang lain
-  Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
-  Kita janganlah mengambil kesempatan  atas malapetaka yang menimpa sesebuah  keluarga
-  Kita hendaklah menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga


Praktis 3

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK MAN
:
Oh, ya! Kakak kamu tak balik lagi, Sani?
SANI
:
(Tenang) Kak Ngah, susah rasanya. Maklumlah tinggal jauh. London!
Bukan macam dari siniu ke Alor Setar, Pak Man. Kak Teh tidak balik mungkin sebab susah hendak tinggalkan kedainya. Maklumkah orang berniaga.
PAK WAN
:
Sani, waktu-waktu seperti ini, kita tidak boleh berikan alasan. Apa cara sekalipun kita kena balik. Yang malang itu, bapa kamu. Yang sedang menderita itu, emak kamu. Inilah masanya kamu hendak balas budi orang tua kamu.
SANI
:
Betul cakap Pak Man. Saya pun ingat macam tu, tetapi apabila fikir fasal pekerjaan abang dan kakak, saya rasa mereka terikat. Jadi serba salah dibuatnya.
PAK MAN
:
Sani,pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya? Makan dan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu, ada atau tidak emak kamu itu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. (Berhenti seketika untuk menyalakan rokoknya yang sudah padam) Emak, ketika dia sakit, demam, atau dalam keadaan apa sekalipun, akan terus bertugas, bertugas tanpa henti kerana kasihnya tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut emak kita untuk minta cuti, hendak minta dikecualikan daripada menjaga anak-anaknya. Inilah sifat mulia seorang ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga. Kalau emak sanggup berkorban, kenapa anak-anak tidak?
SANI
:
(Tersentuh hati) Saya faham, Pak Man.

(i)             Nyatakan perkara yang merisaukan fikiran seorang ibu ketika membesarkan anak-anaknya.

- Pakaiannya anak-anak
- Makan dan minum anak-anak
- perbelanjaan persekolahan anak-anaknya

(ii)            Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya kita lakukan untuk membalas jasa ibu kita?

-       sentiasa menziarahi ibu di kampung
-       mengirimkan wang setiap bulan kepada ibu
-       mengajak ibu tinggal bersama-sama
-       meraihkan ulang tahun ibu
-       sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu

(iii)           Huraikan satu perwatakan Sani dalam petikan dan satu perwatakan dalam keseluruhan drama.

Perwatakan Sani dalam petikan:
-       Taat kepada ibu dan bapa. Cth –Sani sentiasa balik melihat ibu angkatnya
-       Menghormati orang tua .  Cth- Sani melayan mesra Pak Man, jiran keluarganya
Perwatakan dalam keseluruhan drama:

-       Tahu membalas budi orang tua. Cth – Jimah menyatakan bahawa Sani tahu membalas kasih sayang dan budinya
-       Penyabar.  Cth – Sani bersabar dengan sikap Sabariah (kakak angkatnya) yang selalu menyindir dan memarahinya.
-       Menghargai pemberian orang . Cth – Sani berterima kasih kepada Pak Man kerana memberikan ikan kepadanya.
-       Pandai memberi nasihat. Cth – Sani menasihati Sahrul agar memikirkan keputusannya untuk balik ke Kuala Lumpur.


Praktis 4

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK MAN:  Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. 
Mujur  ada pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap. Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak dapat ramal nasib aku ini, Sani (Menyalakan rokok daun)  Kamu cuti lama?

SANI: Tengok pada keadaan, Pak Man. Sekiranya sudah jumpa, selesai kebumikan
mayatnya dan buat kenduri arwah, mungkin selepas tujuh hari, saya baliklah. Tetapi sekiranya tidak jumpa lagi, saya akan temankan emak lama sikit.

PAK MAN : Bagus, kalau boleh biarlah kamu lama sikit tinggal dengan emak kamu
itu. Aku sendiri turut risau tengok emak kamu. Hari-hari, sampai tengah malam baru balik dari pantai. Aku cemas tengok dia begitu. Aku takut kesihatannya terganggu.

SANI  : Emak masih tidak percaya lagi, Pak Man. Saya sudah tidak tahu hendak
lakukan  apa lagi untuk pujuk emak.

PAK MAN :  Betul, Sani. Memang susah nak cakap dengan emak kam. Aku suruh
Mak  Jah cuba pujuk, tetapi tidak berganjak sedikit pun dia. Yang aku sedih itu, apabila orang ke laut balik, dia terus menerpa dan bertanya. Sampai kadang-kadang mereka tidak mahu mendarat dekat pantai kita kerana hendak jaga hati emak kamu. Semua orang sudah tidak larat hendak tengok air matanya. Aku tadi pun dia tanya. Apabila saja aku kata tak ada, air matanya itu macam anak air mengalir. Aku turut sama menangis.


(i)  Nyatakan tindakan-tindakan emak Sani yang merisaukan hati Pak Man. 
                                                                                                                [2 markah]
-  pulang dari pantai pada waktu tengah malam
-  tidak beredar dari pantai walaupun dipujuk oleh Mak Jah
-  mendapatkan orang yang pulang dari laut dan bertanya tentang suaminya
-  menangis setiap kali diberitahu bahawa suaminya tidak ditemui


(ii) Pada pendapat anda, apakah bantuan-bantuan yang boleh diberikan  kepada    mangsa bencana   alam?
                                                                            [3 markah]
-       bantuan kewangan
-       barang keperluan harian seperti makanan dan minuman
-       membersihkan rumah dan kawasan persekitaran
-       memberi nasihat dan semangat/ kaunseling
-       perubatan
-       tempat tinggal



(iii)  Huraikan satu persoalan dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain yang  terdapat dalam keseluruhan drama.     
[ 4 markah]               

            Persoalan dalam petikan:
 Persoalan kepercayaan kepada kuasa Tuhan – Pak Man mengatakan bahawa Tuhanlah yang menentukan ombak tsunami tidak mengenai kampung mereka.

Persoalan tanggungjawab terhadap ibu – Sani bercadang menemani ibunya selagi ayahnya yang hilang di laut tidak ditemui.

Persoalan kesetiaan isteri kepada suami – Emak Sani menunggu kepulangan suaminya di pantai dari pagi hingga lewat malam
                                                                                       

Persoalan dalam keseluruhan drama:
Persoalan anak-anak yang mementingkan kerjaya – Sabariah, Sabri, Shahrul dan Salmah hanya memikirkan pekerjaan daripada musibah yang menimpa ibu bapa mereka

Persoalan sikap anak-anak yang tidak memahami perasaan ibu bapa – Sabariah menuturkan kata-kata yang kasar dan bersikap biadab kepada ibunya

Persoalan sikap berdikari dalam kalangan ibu bapa yang telah tua – Jumaat dan Jimah tidak menggunakan wang yang diberi oleh anak-anak mereka

Persoalan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain – Wahid dan Senin mencuri wang dan barangan di rumah Jumaat padahal keluarga Jumaat sedang berhadapan dengan masalah kehilangan Jumaat dalam bencana tsunami.





Praktis 5

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH : Emak... . Sabariah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati
emak. (Menangis) Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah, mak.

JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas.

JIMAH : Pergi balik ke kota London engkau.
SHAHRUL : Shahrul minta ampun, mak.

            JIMAH melepaskan pandangannya ke arah lain. SANI cuma mampu memandang telatah abang dan kakaknya.

SALMAH : Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah
emak.Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.
           
            Semua mata tertumpu kepada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.

JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa                      musibah, mengembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur.
Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk membalas budi orang tua. Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada) Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri.


(i)             Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabarah sehingga sanggup jarinya dipotong?
[ 2 markah]
-       melukakan hati ibunya
-       mementingkan diri sendiri

(ii)            Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada pendapat anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak mereka?
[ 3 markah]
-       anak-anak ambil berat kebajikan ibu bapa
-       sokongan moral ketika ibu bapa ditimpa masalah
-       kasih sayang anak-anak yang tidak berbelah bahagi
-       keperihatinan anak-anak terhadapan keadaan diri mereka yang sudah tua


(iii)           Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[ 4 markah]

Latar masyarakat dalam petikan drama:

Masyarakat yang insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contohnya Salmah memohon ampun kerana terlalu mementingkan perniagaan.

Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:
Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak. Contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.

Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan. Misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

Masyarakat yang berpendidikan.  Misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.

Masyarakat yang mementingkan kerjaya. Misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.

Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

2.         DRAMA 1400
            Karya  Nordin Hassan (Sasterawan Negara)

Praktis 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SOUD               :   Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.

DOLAH             :  Bila?

SOUD               :  Dolah, mana imanmu?

DOLAH             :  Kau tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang
berkata,“ Dolah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah  
nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. “ Ya, mereka malu. Tetapi, meminta tolong daripada aku tak malu.      

SOUD               :   Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.

DOLAH             :  Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik,
                           miskin pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa
   aku,siapa pun tak peduli.

SOUD               :  Engkau sembahyang, bukan?

DOLAH             : Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?

SOUD               :  Engkau sembahyang tak?

DOLAH             :  Aku akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah capik ya! Kau
   tengok Soud, kau tengok.
                                                                                   

(i)             Nyatakan perkara yang menjadi Dolah berkecil hati?
                                                              [2 markah]

-       Dolah tidak terpilih sebagai wakil rakyat kerana dirinya capik.
-       Miskin


(ii)            Pada pendapat anda, wajarkah Dolah menyalahkan  takdir Tuhan  kepadanya? Nyatakan dua sebab.
                                                                                     [4 markah]
Wajar:

  • Dolah telah berusaha menambat hati penduduk kampung tetapi dia tetap tidak terpilih sebagai wakil rakyat,
  • Dolah berasa diri serba kekurangan menyebabkan orang kampung tidak memilihnya sebagai wakil rakyat,
  • Dolah tidak kaya.

Tidak wajar:
  • Setiap orang perlu menerima ketentuan Tuhan
  • Nasib setiap orang dalam tangan Tuhan
  • setiap orang diberikan akal fikiran untuk mengatasi cabaran hidup


(iii)          Huraikan satu latar masyarakat daripada petikan drama dan satu latar masyarakat daripada  keseluruhan drama.                                                        
[3 markah]

Latar masyarakat dalam petikan drama:

Masyarakat orang kampung yang susah/ miskin. Contohnya, kehidupan Dollah yang miskin/papa kedana.

Latar masyarakat daripada keseluruhan drama:

Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah  yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.

Praktis  2

Baca petikan drama  di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ms 243
Dolah   : Sebab itu aku kata tak jadi kalau nak berpakat.  Tak guna.  Aku nak buat cara
              aku.  Aku pun nak kaya jugak, tak banyak sikit pun jadilah.  Sarip boleh, kenapa
              aku tak boleh?   Apa sangat kelebihan yang ada pada Sarip?
Soud    : Sarip tu semua orang tau. Dolah, rezeki yang dicari mestilah rezeki yang halal.
Dolah   : Tetapi, mereka tidak kira halal haram.
Soud    : Mereka, merekalah.  Ingat apa tuk guru kata?
Dolah   : Aku miskin begini bukan permintaan aku.  Aku betul miskin.  Kaki aku begini,
              salah akukah?  Tuhan buat setengah, keadaan buat setengah.  Anak tuk penghulu
              terlepas, aku jadi begini.
Soud    : Manusia jenis kau ni mulia, Dolah.
Dolah   : Mulia dapat apa?
Soud    : Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.
Dolah   : Bila?
Soud    : Dolah, mana imanmu?
Dolah   : Kau tahu, kerana kaki aku ini mesyuarat tak pilih aku jadi wakil?  Ada yang
              berkata “Dolah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah nak
              pilih dia jadi wakil?  Wakil capik, malulah kita.” Ya mereka malu.  Tetapi
              meminta tolong daripada aku tak malu.
Soud    : Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.
Dolah   : Cuba tengok keadaan aku.  Memang, siapa pun tak mahu.  Dolah capik, miskin
              pula.  Aku hina, Soud.  Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa aku, siapa
              pun tak peduli.


(i)   Nyatakan perkara yang dikesalkan oleh  Dolah.                                             [2  markah]

-          hidup dalam kemiskinan                                                                                   
-          kakinya  cacat / capik                                                                                       
-          orang tidak melantiknya sebagai ketua kerana  dia capik                        
-          dia banyak membantu orang tetapi tiada sesiapa yang mahu menolongnya   

(ii)  Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus kita lakukan untuk mengelakkan
      diri daripada berasa marah.                                                              [3  markah]

       - berdoa  / bersolat                                                                                    
       - bersabar / bertenang                                                                                           
       - berfikiran rasional                                                                        
       - meluahkan perasaan kepada orang lain


iii) Huraikan  satu perwatakan Dolah terdapat dalam petikan drama  dan satu perwatakan
     lain  daripada keseluruhan  drama tersebut.                                                                ( 4  markah)

Perwatakan Dolah dalam petikan drama:
-          Suka menolong orang lain.. Contohnya,  Dolah banyak menolong / membantu orang  yang dalam kesusahan                                                                              

 Perwatakan dalam drama dalam keseluruhan drama:

-                 Yakin akan kebolehan diri. Contohnya, Dolah mengatakan bahawa dia akan berusaha sendiri untuk menjadi seorang yang kaya.
-                 Percaya kepada perkara khurafat. Misalnya, Dolah percaya bahawa azimat ibunya yang diberika kepada Tuk Pawang menyebabkan dia memperoleh emas dan permata melalui Jin Tanah.
-                 Seorang gila kuasa. Misalnya, Dolah sanggup memberikan wang kepada konco-konconya supaya mereka menarik ahli persatuan lain untuk menyertai persatuannya supaya Dolah boleh menjadi presiden.
-                 Suka berfoya-foya. Misalnya, Dolah menyimpanan perempuan simpanan (Doli) untuk memuaskan nafsunya.
-                 Tidak berperikemanusiaan. Misalnya, Dolah sanggup membuang anaknya sendiri tanpa pengetahuan isterinya kerana anaknya cacat.
-                 Insaf dan bertaubat akan kesalahannya. Contohnya, Dolah akhirnya bertaubat setelah mendengar pengaduan daripada mayat ibunya yang tidak reput dan roh emaknya yang menangis.
                                                                                               

Praktis 3

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ms 257

INTAN SITI RAHIMAH :
Siang tadi Intan ke surau. Orang kampung masih mengatakan kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-macam lagi.
PAK TUAN DOLLAH :
Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemar kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH :
Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intak tak pergi?
PAK TUAN DOLAH :
Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH :
Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH :
Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SITI RAHIMAH:
Intan sedih melihat hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.
PAK TUAN DOLAH:
Itu salah siapa?


(i)             Nyatakan dua sebab Pak Tuan Dollah tidak membenarkan Intan Siti Rahimah  pergi ke surau.
[ 2 markah]
-       tidak mahu isterinya bergaul dengan orang miskin
-       tidak mahu orang kampung mengadukan masalah mereka kepada isterinya


(ii)            Pada pendapat anda, apakah kesan negatif sekiranya orang kaya tidak bergaul dengan orang miskin?
[ 3 markah]
-       mewujudkan masyarakat yang berpuak-puak/individualistik
-       semangat kejiranan tidak dapat dijalinkan
-       gagasan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang tidak tercapai
-       menimbulkan jurang antara orang kaya dan orang miskin

(iii)           Huraikan satu nilai kemanusiaan dan satu nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama.
[4 markah]
Nilai kemanusiaaan (dalam petikan)
-       Nilai keprihatinan. Cth: Intan Siti Rahimah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang kampung.

Nilai kemanusiaan (keseluruhan drama)
-       Nilai keinsafan. Cth : Pak Tuan Dollah akhir sedar akan kesilapan dan sikap yang mementingkan diri sendiri)

Praktis 4

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PEGAWAI : Abu Lahab dan isterinya dituduh memujuk orang-orang  kampung      
terutamanya sekali mereka yang hanya mementingkan diri sendiri, mengorek dan menjual tanah kepada Orang Dikaya Tuan Dolah untuk membina ladang kudanya. Abu Lahab dan isteri mendapat upah yang lumayan. Isterinya bersuhabat dengannya. Isterinya memujuk dan mengajar isteri-isteri orang kampung menggunakan muslihat keisterian untuk memujuk dan memaksa suami-suami mereka mengorek dan menjual tanah kepada Orang Dikaya Tuan Dolah. Ada orang kampung hendak tanam Abu Lahab dan isteri hidup-hidup hingga pangkal leher di dalam sebuah busut.

HAKIM: Kita orang Islam!
ABU LAHAB: Tuan yang bijaksana. Pohon apa kiranya saya dibenarkan berkata
sepatah dua? Masa dalam tahanan, saya dan isteri telah pun sedar bagaimana saya menipu orang-orang kampung. Kami berdua kesal sebesar-
besar sesal, dan kami bertaubat seikhlas-ikhlas taubat. Untuk membuktikan kata-kata kami, maka segala kekayaan kami, tanah, rumah, lukisan, dan arca yang mahal dari negeri-negeri asing akan dijual, dan wangnya akan diguna untuk membeli balik tanah-tanah yang kami jualkan dulu. Kami akan hidup seperti orang kampung lain, dengan kadar yang sederhana.
HAKIM: Apa pekerjaaan kamu, wahai Abu Lahab dan isteri?
ABU LAHAB: Kami tak pernah buat apa-apa pun selain menjadi broker tanah, dan
kami cukup kaya. Tetapi, sekarang kami telah sedar, dan kami berasa sungguh malu serta sesal. Walaupun kami berharta dengan wang ringgit, rupa-rupanya kami begitu miskin. Malu kepada manusia, malah kepada Allah. Sesal sungguh.

(i)             Mengapakah Abu Lahab mengatakan Malu kepada manusia, malah kepada Allah. Sesal sungguh.
[ 2 markah]
-       Abu Lahab telah menipu orang kampung supaya menjual tanah kepada Orang Dikaya Tuan Dolah untuk kepentingannya.
-       Abu Lahab amat menyesal atas perbuatannya yang terlalu rakus/tamak akan kemewahan dunia.
(ii)            Pada pandangan anda, wajarkah kita memberi peluang kedua kepada seseorang yang telah mengakui kesalannya? Berikan tiga alasan anda.
[ 3 markah]
Wajar:
-          telah insaf akan kesalahannya dan mahu bertaubat kepada Tuhan
-          setiap insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan
-          memberi peluang kepada pesalah untuk memperbaiki kelemahan diri agar tidak mengulangi perbuatan yang dahulu.

(iii)           Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]
Dalam petikan drama:
-          kita hendaklah insaf dan segera bertaubat apabila melakukan kesilapan/kesalahan. Contohnya, Abu Lahab dan isteri insaf dan bertaubat kepada Tuhan.
Daripada keseluruhan drama
-          Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Contohnya, Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
-          Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Misalnya, Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.
-          Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Contohnya, Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.
-          Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Contohnya, Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.


Praktis 5

Baca petikan drama  di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan=soalan yang berikutnya  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ms259
PAK TUAN DOLAH : Dengar dan dengar betul-betul, Intan mesti jaga diri baik      sebab anak ini penyambung baka. Apa-apa Intan mahu minta saja. Kita        tambahkan orang gaji, supaya Intan lebih selesa. Kita tambahkan anjing lagi, supaya Intan dijaga dengan lebih ketat. Jangan pergi ke surau lagi.
INTAN SITI RAHIMAH: Jangan ke surau?
PAK TUAN DOLAH: Jangan terima sesiapa pun yang datang dari kampung. Jangan
            tengok muka-muka orang kampung. Pantang.

INTAN SITI RAHIMAH : Pantang?

PAK TUAN DOLAH : Dan, yang mustahak sekali, jangan makan ikan, ketam, udang
            dari sungai di kampung ini.

INTAN SITI RAHIMAH: Mengapa sampai begitu sekali?

PAK TUAN DOLAH : Jangan soal, dengar saja. Mesti makan benda-benda yang
            baik. Kita boleh order dari luar negara.

INTAN SITI RAHIMAH: Itu tak payah.
PAK TUAN DOLAH: Persiapan untuk anak pun kita beli dari luar negara. Esok kita terbang.
INTAN SITI RAHIMAH: Tak payah itu semua. Bukankah esok ada jamuan?
PAK TUAN DOLAH: Oh, ya. Tak mengapa, lepas jamuan kita terbang. (PAK TUAN Dolah keluar)
(i)         Nyatakan tindakan Pak Tuan Dolah memperlihatkan kasih sayangnya terhadap isterinya yang sedang mengandung.
[ 2 markah]
-       menambahkan bilangan orang gaji/amah demi keselesaan isterinya
-       menambahkan bilangan anjing untuk menjaga keselamatan isterinya


(ii)     Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli produk tempatan?
[ 3 markah]
-       mengadakan promosi/kempen ‘Belilah Produk Tempatan’
-       meminta pengeluar meningkatkan kualiti sesuatu produk
-       mengawal harga produk supaya mampu dibeli oleh pengguna
-       mempelbagai perisa produk


(iii)    Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama dan satu persoalan daripada keseluruhan drama.
[ 4 markah]
Persoalan dalam petikan drama:
-        Persoalan sikap suka mengagungkan barangan luar. Contohnya, Pak Tuan Dolah hendak membeli kelengkapan anak di luar negara.
-        Persoalan keangkuhan orang kaya. Contoh, Pak Tuan Dolah tidak membenarkan isterinya melihat muka orang kampung semasa mengandung.
Persoalan dalam keseluruhan drama:
-        Persoalan masyarakat yang percaya kepada dukun. Contohnya, Pak Tuan Dolah menemui dukun untuk menjadi kaya.
-        Persoalan pencemaran daripada aktiviti penternakan. Contohnya, penternakan kuda milik Pak Tuan Dolah telah mencemarkan sungai di kampung sehingga menyusahkan semua penduduk kampung.
-        Persoalan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat. Contohnya, Intan Siti Rahimah suka bergaul dengan masyarakat kampung dengan menunaikan solat berjemaah di surau dan juga menghadiri majlis keramaian apabila diundang.
-       Latihan
-       MRSM 2013
-       Soalan 2(b) - Petikan Drama
-       Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
MAK SOM:
(Kepada INTAN SITIRAHIMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH:
Intan, lusa mereka akan datang. Jamuan kali ini hendaklah lebih daripada yang biasa, sebab ada orang-orang yang lebih besar.
INTAN SITI RAHIMAH:
Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-macam lagi.
PAK TUAN DOLAH:
Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemarkan kaki ke sana?
Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?

PAK TUAN DOLAH:
Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.

INTAN SITI RAHIMAH:
Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut- takut pula.
PAK TUAN DOLAH:

Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?

Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka
-       (Dipetik daripada drama ‘1400’ oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,)
-       Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan Dollah.    [2 markah]
-       Sekiranya anda Pak Tuan Dollah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar?               [3 markah\
-       Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.       [4 markah\
-       Soalan 2(b) : Petikan Drama        Markah
-       Rungutan orang kampung terhadap kandang kuda milik Pak Tuan Dollah ialah kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air.           1
-       anak-anak mereka mengidap sakit-sakit belaka.                1
-       macam-macam lagi.        1
-       [ Maksimum : 2 markah]
-       Langkah-langkah yang akan saya ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai.          1
-       membina sistem kumbahan yang lebih sistematik.           1
-       memproses najis kuda menjadi baja organik.      1
-       mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib.               1
-       menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain.  1
-       *jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai [ Maksimum : 3 markah]
-       Persoalan dalam petikan:
-       Persoalan pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membawa penyakit. Buktinya air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampung menghidapi penyakit. (1+1)
-        
-       Persoalan penindasan terhadap golongan yang lemah. Buktinya Pak Tuan Dollah mahu orang kampung takut akan dirinya. ( 1+1)
-       Persoalan rasa simpati terhadap golongan bawahan. Buktinya Intan Siti Rahimah sedih melihat kesengsaraan hidup orang kampung. (1+1)
-       Persoalan keseluruhan drama: 
-       Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta. Buktinya Pak Tuan Dollah menggunakan wang untuk mempengaruhi orang kampung memilihnya sebagai wakil penduduk.           (1+1)
-       ' - Persoalan kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pemah dilakukan. Buktinya Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah menyimpang daripada hukum Allah menyebabkan dia insaf dan mendekatkan diri kepada Allah.                (1+1)
-       Persoalan kepercayaan terhadap amalan syirik dan khurafat. Buktinya Pak Tuan Dollah tergamak memindahkan jenazah ibunya dari kubur ke bawah rumah untuk memastikan dia memperoleh kekayaan seperti yang diminta oleh bomoh.      (1+1)
-       Persoalan sikap manusia yang mudah lupa apabila sudah kaya. Buktinya Pak Tuan Dollah yang asalnya capik tetapi apabila sudah kaya, dia bersikap angkuh terhadap orang lain.      (1+1)
-       *jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai
-       [ Maksimum : 4 markah]

drama forum remaja


PRAKTIS 1
SALMAH: Mengapakah memilih Malaysia?
MU II: Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.
CHANDRAN: Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini dalah terkawal dan membanggakan.
MU I: Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model.
CHONG: Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.
SALMAH: Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan.
CHANDRAN: Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia.
SALMAH: Kami hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah. Dari segi makanan saja sudah cukup sebagai bukti.
        i.            Nyatakan dua alasan yang dikemukakan oleh Chong, Salmah, dan Chandran mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara model dunia? [2 markah]
·         Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perhubungan.
·         Malaysia mempunyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan.
·         Malaysia mempunyai satu kebudayaan nasional yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia.
·         Penduduk hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah.
      ii.            Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengharumkan nama negara?[3 ]
·         Mengekalkan perpaduan kaum
·         Memperoleh kejayaan dalam sukan bertaraf antarabangsa Menyediakan kemudahan infrastruktur moden Meningkatkan tahap keselamatan negara Mencapai status pendidikan bertaraf dunia
    iii.            Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan drama.[4]
Persoalan dalam petikan
·         Semangat patriotik dalam kalangan remaja. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran menjelaskan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam negara dengan penuh kesungguhan.
Persoalan daripada keseluruhan drama
·         Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Contoh, MU I mengatakan bahawa Chong, Salmah dan Chandran merupakan bakal pemimpin negara.
·         Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran merupakan pelajar universiti yang bakal memajukan negara pada masa hadapan.
·         Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh, Chong dan Salmah berpendapat bahawa tanpa pegangan agama yang kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segala- galanya.
PRAKTIS 2
CHONG: Kami ada etika kerja yang berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Dengan etika itu kami berharap untuk meningkatkan produktiviti.
SALMAH: Kami ada Dasar Ekonomi Baru sebagai strategi untuk menyusun semula masyarakat secara adil. Kami juga ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat Malaysia. la diterima dengan baik. Apa, itu masih belum mencukupi?
MU I: Betul. Pendapat saudara terlalu betul. Tapi hanya betul di tingkat impian saja! Belum mencapai kenyataan sepenuhnya.
CHANDRAN: Salah! Saudara-saudara salah! Sebenarnya bukan impian lagi. Kami sudah pun mula mempraktikkannya. Buktinya kami sudah siap membina Jambatan Pulau Pinang, iaitu salah satu jambatan yang terpanjang di dunia.
CHONG: Kami sudah ada kereta nasional iaitu proton.
SALMAH: Kami sudah mendirikan bangunan-bangunan pencakar langit yang setanding dengan negara-negara maju di dunia, yang melambangkan identiti nasional.
CHANDRAN: Dan sekarang ini, kami sudah menyiapkan lebuh raya nasional! Apa, belum cukup lagi?
        i.            Nyatakan dua bukti kejayaan yang telah dicapai melalui pelaksanaan dasar- dasar kerajaan. [2 ]
·         Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
·         Kewujudan kereta nasional proton
·         Pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang setanding dengan negara maju
·         Menyiapkan lebuh raya nasional
      ii.            Pada hemat anda, mengapakah Makhluk Utopia masih mempertikaikan kemajuan-kemajuan yang telah dilaksanakan di Malaysia.        [3 markah]
·         MU mempertikai atas sebab hujah-hujah pelajar-pelajar/remaja tidak memenuhi piawaian/ukuran mereka berkaitan negara model dunia.
·         MU memiliki pandangan yang agak berbeza serta tidak dapat dijangkau oleh pelajar-pelajar/remaja berhubung negara model dunia yang dikehendaki/dimaksudkan berdasarkan misi MU.
·         MU inginkan suatu kelainan yang dilakukan/inovasi oleh pelajar- pelajar/remaja yang berbeza dengan generasi sebelumnya selaras dengan perkembangan dunia masa kini yang pesat dan mencabar.
    iii.            Huraikan satu nilai dalam petikan dan satu nilai lain dalam keseluruhan drama.[4 markah]
Nilai dalam petikan
Nilai keberanian mempertahankan pendirian. Contohnya. Salmah, Chong, dan Chandran berani berhujah demi mempertahankan pendapat masing- masing.
Nilai dalam keseluruhan drama
Nilai cinta akan negara. Contoh, Salmah, Chong, dan Chandran amat prihatin/mengambil berat hal-hal berkaitan agama, bangsa. dan negara. Nilai baik hati. Contoh, Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi

Praktis 3
MU II: Sebenarnya apa yang kami lakukan tadi hanyalah sebagai ujian sahaja, untuk melihat sejauh mana dan sedalam mana perhatian dan cinta saudara kepada tanah air saudara.
CHONG: Maafkan saya, saya ingat betul-betul tadi!
MU II: Nampaknya, cinta saudara terhadap Malaysia sungguh mendalam. Itu satu petanda yang baik sekali.
Ketiga-tiga pelajar rasa bangga dengan pujian itu.
MU II: Tapi perasaan cinta saja tidak mencukupi!
SALMAH: Perasaan lagi!        
CHANDRAN: Apakah ayat saudara itu tadi merupakan permulaan kepada suatu ujian yang baru?
MU II: Bukan ujian baru. Tapi lanjutan kepada yang tadi. Sebagai orang muda, saudara-saudara perlu menghadapi dan menjalani banyak ujian. Barulah ketahanan diri dapat dibina. Justeru, akhirnya dapat menjamin ketahanan bangsa dan negara!
CHONG: Bolehkah kami tanya satu soalan? Antara ramai orang mengapa kami yang saudara pilih?
MU I: Saudara kami pilih kerana saudara mewakili generasi muda yang merupakan bahagian besar penduduk negara ini.
CHANDRAN: Untuk lebih tepat lagi: mengapa kami bertiga yang saudara pilih?
MU I: Kami pilih kerana saudara merupakan bakal pemimpin negara ini.
        i.            Apakah sebab-sebab Makhluk Utopia memilih tiga orang pelajar dalam perjalanan misi mereka?      [2]
·         Mereka mewakili generasi muda
·         Bakal pemimpin negara
·         MU mempertikai kesetiaan pelajar-pelajar kerana usaha-usaha mereka masih belum jelas/belum dapat dibuktikan secara nyata
·         MU melihat pelajar-pelajar hanya memperkatakan usaha-usaha generasi terdahulu.
·         MU melihat pelajar-pelajar bersikap keanak-anakan/mudah melenting.
·         MU memiliki harapan yang agak tinggi dalam menilai aspek nilai taat setia yang sepatutnya ditunjukkan/dilakukan oleh pelajar-pelajar/remaja tersebut
    iii.            Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.(4markah)
·         Kita hendaklah memiliki cinta yang mendalam terhadap negara. Contoh, Chong; Salmah, dan Chandran dipilih oleh MU dalam misi perjalanan mereka kerana mereka memiliki perasaan cinta yang mendalam terhadap negara.
·         Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.
·         Kita hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh, Chong dan Salmah berpendapat bahawa tanpa pegangan agama yang kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segala-galanya.
·         Kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran merupakan pelajar universiti yang bakal memajukan negara pada masa hadapan
SALMAH: Kita harus sanggup dan berani menerima kritikan. Bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berdepan dengan kritikan! Kalau bangsa kita ingin maju, kita harus dan mesti berani, bukan hanya untuk mengkritik tetapi juga untuk dikritik.
CHONG: Ah, kita lupakan saja tentang mimpi itu! Kita ni masih pelajar. Kita mempunyai tanggungjawab yang utama terhadap pelajaran. Buat apa susah- susah ambil tahu soal-soal yang bukan tanggungjawab kita? (Kepada CHANDRAN) Bagaimana, Chandran?
CHANDRAN: Entahlah. Aku kurang pasti. Kepala aku pening! (Kepada SALMAH) Apa pendapat kau, Salmah?
SALMAH: Aku yakin kita perlu buat sesuatu. Sebagai pelajar, memang tanggungjawab kita belajar. Tapi sebagai manusia, sebagai rakyat Malaysia
yang cinta akan tanah airnya, kita juga mempuyai tanggungjawab tertentu. Aku tikir kata-kata dua Makhluk Utopia itu tadi ada kebenarannya. Ketepikanlah ego peribadi kita. Cuba renungkan kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi!
CHONG: Aku rasa kata-kata dua Makhluk Utopia tu hanya indah untuk didengar saja, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Kalaupun ia benar, ia cuma kebenaran dalam mimpi saja, bukan kebenaran realiti. Bagaimana, Chandran?
        i.            Apakah ciri-ciri bangsa yang maju menurut pendapat Salmah? [2 markah]
Sanggup berdepan dengan kritikan Berani mengkritik
      ii.            Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh anda berikan untuk membangunkan negara.[3 markah]
mempertingkat ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang
melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta
menjalankan penyelidikan / menghasilkan inovasi dalam bidang yang diceburi
    iii.            Jelaskan satu latar masyarakat daripada petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan drama.[4]
Latar masyarakat daripada petikan
·         Masyarakat yang berani memberi dan menerima kritikan. Contoh, Salmah menyatakan bahawa bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berhadapan dengan kritikan.
Latar masyarakat daripada keseluruhan drama
·         Masyarakat yang cinta akan negara. Contohnya, hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air.
·         Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.

Praktis 5
CHONG: (Kepada CHANDRAN) Eh, nampaknya kita ni bercakap macam dua Makhluk Utopia tu saja! Jangan-jangan kita ni jelmaan Makhluk Utopia itu tak?
CHANDRAN: (Kepada CHONG) Eh, tak baik cakap begitu! Aku rasa, kalau pun kita dirasuk dua Makhluk Utopia tu, apa salahnya? Bukankah ia menyeru kepada kebaikan? Aku rasa tidak ada yang tidak baik dengan pendapat dua Makhluk Utopia itu. Dan aku telah mula bersetuju dengan mereka.
CHONG: Sebenarnya aku pun sudah bersetuju sejak mula tadi. Apa-apa yang disebutkan dua Makhluk Utopia itu adalah benar belaka. Cuma yang aku ragu ialah kehadiran mereka saja. Sekarang apa kita nak buat?
CHANDRAN: Sebagai bakal pemimpin kita harus merancang strategi kepimpinan dalam merealisasikan apa-apa yang disebutkan oleh dua Makhluk Utopia itu.
CHONG: Bagaimana?
SALMAH: Pertama, kita mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda kita.
CHANDRAN: Disiplin generasi muda harus diperkemas. Tanpa disiplin yang kukuh, sesuatu yang dirancang tidak dapat digerakkan dengan berkesan.
CHONG: Dan, tambah satu lagi. perpaduan mesti dieratkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Tapi bila kita nak mulakan?
SALMAH: Mulai sekaranglah!
Ketiga-tiga pelajar menggenggam erat tangan masing-masing dan menjulang ke atas.
        i.            Nyatakan strategi-strategi yang dapat merealisasikan perkara yang disebut oleh dua Makhluk Utopia itu.[2]
·         Menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda Disiplin generasi muda harus diperkemas
·         Perpaduan mesti dieratkan
      ii.            Pada pendapat anda: bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja?[4 markah]
·         Memberikan didikan agama/moral Perhatian dan kasih sayang ibu bapa masyarakat bersikap ambil peduli ceramah
    iii.            Pengajaran dalam petikan
·         Setiap rakyat mesti mengeratkan semangat perpaduan.
Pengajaran dalam keseluruhan drama:
·         Setiap rakyat sewajarnya bersedia menerima kritikan demi kebaikan.
·         Setiap rakyat hendaklah berani memberikan pendapat yang bernas. Contohnya, ketiga-tiga remaja berani menyampaikan hujah-hujah mereka dan diakui oleh Makhluk Utopia
 

  
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

PRAKTIS 1

(i)         Apakah saranan penulis dalam rangkap keempat gurindam tersebut?                                                                                                                                                       [2 markah]
-           Hidup dalam kesederhanaan
-           Bertindak dengan menggunakan akal secara bijaksana   

(ii)         Pada pendapat anda,  mengapakah kita perlu menghargai masa? Berikan tiga alasan anda.                                                                                                         [3 markah]                                                              
-           supaya  sesuatu kerja diselesaikan segera
-           mengelak daripada melakukan kerja-kerja tidak berfaedah
-           supaya kemahiran / pengetahuan terus dipertingkatkan
           

(iii)        Huraikan dua persoalan yang dikemukakan dalam gurindam.                  [4 markah]
                                 
-           Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan
-           Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan 
-           Persoalan kepimpinan melalui teladan 
-           Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan 
-           Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif 


PRAKTIS 2

(i)             Nyatakan ciri-ciri seseorang pemimpin seperti yang digambarkan dalam rangkap keenam gurindam tersebut .                                                                           [2 markah]
-           Baik hati
-           Bertimbang rasa
-           Bersimpati

        
(ii)            Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang ketua menghargai orang bawahannya yang berkebolehan?                                                                                    [3 markah]
Kemukakan dua cara.
-        Sentiasa memberi galakan / motivasi kepada orang bawahan
-        Memberi pengiktirafan/ insentif/ bonus/ hadiah/ ganjaran/ cuti khas
-        Diberikan kenaikan pangkat      


(iii)           Jelaskan dua pengajaran yang boleh kita peroleh daripada gurindam.
[4 markah]
-           Kita hendaklah bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan masalah
-            Kita hendaklah menghargai masa yang ada pada kita.
-            Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada orang lain.


PRAKTIS 3

                        Ketinggian peribadi jadi amalan,
                        Ketelusan hati jadi bekalan.

(i)             Nyatakan maksud rangkap gurindam di atas .                                         [2 markah]

-           Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .

(ii)            Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berasa seronok ketika bekerja?                                                                                                                  [4 markah]
Berikan empat alasan anda.
                                                                         
-                 Mengelak rasa bosan
-                 Mengurangkan tekanan
-                 Menggalakkan hubungan / kerjasama dengan orang lain
-                 Meningkatkan mutu kerja
-                 Mengelak perbuatan negatif / jenayah dalam pekerjaan

(iii)           Berikan tiga contoh nilai kebijaksanaan yang dikemukakan dalam gurindam.                                                                                                                    [3 markah]
                                                                                                                         
-                  Kebijaksanaan menggunakan masa
-                  Kebijaksanaan dalam tindakan / membuat keputusan
-                  Kebijaksanaan berbelanja
-                  Kebijaksanaan memimpin orang bawahan


PRAKTIS 4

(i)             Nyatakan maksud rangkap kesembilan gurindam tersebut.                      [2 markah]

-           Pembaziran harus dielakkan dalam melakukan sesuatu kerja.

(ii)            Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menonjolkan kebolehan diri?                                                                                                                      [3 markah]
-                  Mempertingkatkan lagi kebolehan tersebut
-                  Agar dapat dikongsikan dengan orang lain
-                  Membantu memajukan masyarakat / negara
-                 Sebagai motivasi diri


(iii)           Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam.                                   [4 markah]
-           Nilai kegigihan apabila bekerja.
-           Nilai kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. 
-           Nilai  kesederhanaan  dalam kehidupan
-           Nilai kesabaran  menghadapi cabaran.  


PRAKTIS 5

                                    Menjadi kewajipan menjalan tugas,
                                    Walaupun sederhana tetapi tegas.

(i)         Nyatakan maksud rangkap ketujuh gurindam                                          [2 markah]

-           Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.

(ii)         Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang anak?                                                                            [3 markah]                                                                                
-              Sentiasa menunjukkan teladan yang baik
-              Sentiasa prihatin dengan kelakuan / tingkah laku anak-anak
-              Sentiasa  menyayangi anak-anak
-              Memberi didikan agama yang kukuh


(iii)        Jelaskan tema gurindam ini?                                                                  [3 markah]

-           Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.
  1. Berikan maksud baris baik buruk jadikan sempadan dalam gurindam di atas. [2 markah]
perkara yang elok dan tidak menyenangkan yang berlaku dalam hidup kita periu dijadikan panduan
  1. Mengapakah bakat kreatif seseorang perlu dikembangkan? Kemukakan tiga sebab.    [3]
supaya kebolehan dirinya dapat dikenal pasti - dapat rnenjadi haluan kepada kerjayanya pada masa hadapan - untuk menunjukkan potensi dirinya agar dapat dinilai oleh orang lain
  1. Nyatakan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam gurindam tersebut.       [4 markah]
nilai menghargai rnasa, iaitu tidak menangguhkan kerja yang patut dilakukan pada masa itu g§0 - nilai ketekunan dalam bekerja, yang akhirnya akan membawa kejayaan

  1. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan.
Nyatakan maksud baris gurindam di atas.
Pemimpin merupakan ikutan orang bawahannya. Segala kebaikan pemimpin wajar diteladani dan buruk dijauhi.
[2 markah]
  1. Pada pendapat anda, apakah sikap mulia pemimpin yang patut kita teladani?
Sikap mulia pemimpin yang patut kita teladani ialah menghormati masa, datang kerja awal, dan balik lewat. Selain itu,
berhemah apabila bertutur dengan orang-orang bawahannya. Akhir sekali, keuntungan syarikat akan diagihkan kepada pekerja-pekerjanya. [Pendapat yang sesuai diterima]
  1. Huraikan dua persoalan yang diperoleh daripada “Gurindam Tonggak Dua Belas”.
Antara persoalan dalam gurindam ini ialah kepentingan menghargai masa, contohnya penyair mahu setiap pekerja
tahu menghargai masa. Seterusnya amalan kesederhanaan, contohnya penyair mahu kita bersederhana yang boleh membawa kesejahteraan dalam kehidupan.


a)     Apakah nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3 markah\
b)    Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap dapat diteladani oleh rakyat? [3 markah]
c)     Berikan tiga bentuk gurindam ini
Nasihat penyair:
memberi sokongan kepada mereka yang berbakat.
memberikan galakan kepada mereka yang berkebolehan.
kembangkan bakat yang dianugerahi Tuhan.
Ciri-ciri kepimpinan ialah
sifat saya yang amanah.
kecekapan saya menjalankan tugas.
sifat adil yang saya amalkan.
Bentuk gurindam ialah
terdiri daripada 12 rangkap.
setiap rangkap ada dua baris.
rima akhir setiap baris ialah aa.

SMK SERI BINTANG UTARA Kuala Lumpur(2013)
i)Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas” . [2 markah]

(ii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda  harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3 markah]

(iii) Nyatakan bentuk gurindam di atas. [4 markah]

(i) Maksud rangkap pertama
- masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan
membazirkan masa 2m

(ii) ciri-ciri kepimpinan yang dapat diteladani oleh rakyat
- bersikap amanah dalam menjalankan tugas 1m
 - cekap dalam menjalankan tugas 1m
 - berilmu tinggi 1m
 - berakhlak baik/ mulia 1m
 - mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas 1m
 - memimpin ke arah kebaikan sejagat 1m
 - berintegriti dan berlaku adil 1m
 - tidak mementingkan diri sendiri 1m
 - bertanggungjawab kepada orang yang dipimpin 1m
 - tidak egois dan sombong 1m
 - bertimbangrasa 1m
[Maksimum 3 markah]

(iii) Bentuk gurindam.
 - Puisi terikat/ tidak bebas 1m
 - Mempunyai 12 rangkap 1m
- Setiap rangkap mengandungi 2 baris 1m
 - Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris 1m
 - Suku kata antara 9 hingga 15 suku kata 1m
Contohnya ;
Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris– 15 sukukata sebaris
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama – 15 sukukata sebaris
 - Rima akhir aa 1m
Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
 Kembangkan bakat semoga aktif
[Maksimum 4 markah]
 

pelayaran penuh peristiwa

PRAKTIS 1
Geliung panjang kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan dalam bagai pucuk dilancarkan, bagai kumbang putus talinya. Oleh sebab terlalu lajunya, seluruh isi geliung itu habis muntah-muntah dan mabuk. Hanya tiga orang saja yang tidak mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menjadi jurumudi, Si Kembang Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masih comot dan hitam itu.
“Hai Kembang Cina, pergilah kaupanggilkan budak hitam itu suruh gantikan tempat beta ini. beta sudah tersangat letih!"
Si Kembang Cina pergilah mendapatkan Awang Sulung.
“Eh, gilakah Kakak Kembang ini, minta orang bayar hutang di tengah lautan. Apabila sampai ke daratan bolehlah hamba menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau menjadi penyapu rumah.”
Si Kembang Cina berlari-lari mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyampaikan cakap Awang Sulung itu.
“Pergilah kaupujuk dia sekali lagi. Gunakan bahasa yang lembut sedikit!" “Baiklah, Tuan Puteri.”
Si Kembang Cina pun bersuara kepada Awang Sulung dengan lemah lembutnya. “Wahai orang muda, Pak Bongsuku, tolonglah ambil tempatTuan Puteri menjaga kemudi itu, kerana Tuan Puteri terlalu letih!”
        i.            Berikan maksud rangkai kata menyampaikan cakap berdasarkan petikan di atas.[2 markah]
·         memberitahu / memaklumkan pesanan/ arahan/ perintah
      ii.            Nyatakan sebab-sebab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung ataupun budak hitam itu ialah .[ 3 markah]
·      menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjaga kemudi kapal
·      Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sudah terlalu letih
iii.            Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika meminta pertolongan daripada orang lain?[ 3 markah]
·         supaya orang bersimpati/ berasa kasihan.
·         mencerminkan peribadi mulia seseorang / berbudi bahasa.
·         supaya mudah mendapatkan kerjasama.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang , tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nahkoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”
Tuanku Nahkoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku betajatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, “Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya."
        i.            Apakah maksud rangkai kata terpisat-pisat membelek-belek keris berdasarkan petikan di atas?[2 markah]
·         kehairanan kerana terkejut / termangu-mangu mengamati senjata tajam
      ii.            Perihalkan tindakan jurumudi sebaik sahaja beliau sedar dari mabuk.[3 markah]
·         Jurumudi segera mencabut kerisnya
·         menikam seekor daripada ayamnya.
·         membawa kerisnya yang berlumuran darah kepada Tuanku Nahkoda Tua.
·         memberitahu Tuanku Nahkoda Tua bahawa dialah yang menjaga geliung itu daripada serangan Tuan Puteru Dayang Nuramah
    iii.            Pada pendapat anda: mengapakah jurumudi sanggup berbohong kepada Tuanku Nahkoda Tua?[3]
·         Jurumudi ingin mendapatkan ganjaran yang menguntungkannya - wang, berkahwin dengan anakanda Tuanku Nahkoda Tua: harta dll
·         menunjukkan jurumudi seorang yang perkasa / perwira / pahlawan di mata Tuanku Nahkoda Tua.
·         ingin dihormati / dipandang tinggi oleh semua isi geliung.
·         ingin dinaikkan pangkat / diberikan pingat pahlawan / panglima.
·         Tuanku Nahkoda Tua mudah mempercayai seseorang tanpa banyak soal / menyiasat perkara yang sebenar
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengambilkan buyung suasa dan meminta Awang Sulung mengambil air. Sungguh ganjil, anak-anak geliung itu pergi ke pulau mencari air: tetapi Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras untuk mengambil air.
Setelah itu diberinya pula Awang Sulung sebilah parang, disuruhnya mencari kayu. Orang mengambil kayu bakau dan temu laut, tetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.
“Apa gunanya menyimpan budak hitam ini? Disuruh mengambil air diambilnya air masin, disuruh mengambil kayu diambilnya batang nipah...,” bebel jurumudi itu di depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Waktu diadakan kenduri, jurumudi menyuruh Si Kembang Cina memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu untuk Awang Sulung. Sedang Si Kembang Cina membuat kerja itu terpandanglah oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa lalu dimarahinya, “Mengapa kau buat begini, hai perempuan celaka? Bapa engkau atau laki engkaukah si jurumudi bedebah itu?”
Kemudian disuruhnya Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa untuk Awang Sulung dengan talamnya beralaskan kain kuning.
“Sudah itu bawa buyung suasa yang berisi air masin itu ke mari,” perintahnya lagi.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat, lalu disuruhnya pula Si Kembang Cina merasanya. Si Kembang Cina merasa takjub. Bagaimanakah air masin boleh bertukar menjadi serbat?
i.Apakah maksud rangkai kata merasa takjub?            [2 markah] Berasa hairan / aneh / pelik
ii.Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga peristiwa ganjil yang berlaku di Pulau Tapai.[3 markah]
·         Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menguji Awang Sulung untuk mengambil air, Awang Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras untuk mengambil air sedangkan anak-anak geliung pergi ke pulau mencari air.
·         Ketika disuruh mencari kayu, Orang mengambil kayu bakau dan temu laut tetapi Awang Sulung mengambil batang nipah.
·         Ketika Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merasa air masin di dalam buyung yang diambil oleh Awang Sulung itu sudah bertukar menjadi manis bagai serbat / gula.
iii.Pada pendapat anda, mengapakah tindakan Awang sulung berbeza berbanding dengan tindakan orang kebanyakan?[3]
·         Awang Sulung adalah keturunan diraja.
·         Awang Sulung orang yang mulia.
·         Awang Sulung seorang yang berdaulat.
·         Awang Sulung memiliki ilmu sakti
Pada ketika itu empat puluh empat orang lanun sedang mencangkuk rombeng geliung panjang dengan besi. Awang Sulung pun berseru, “Hai ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara yang berkacak di awan-awan dan bergantung di angin lalu. ambillah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jadikan dia penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru belakangmu!”
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri!" bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak memberitahu pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
i.Berikan maksud rangkai kata mencangkuk rombeng berdasarkan petikan di atas?[2 markah]
·         mengait alat tempat untuk mengikat tali kapal
ii.Berdasarkan petikan, mengapakah lanun-lanun berasa gementar sebaik sahaja mendengar Awang Sulung berseru?[3 ]
·         mereka kenal suara Awang Sulung iaitu penghulu mereka sendiri.
·         Jika mereka menyerang geliung panjang itu, itu bermaksud mereka menderhaka kepada penghulu mereka sendiri.
iii.Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya rakyat menderhaka kepada raja dan negara?[3 markah]
·         rakyat yang menderhaka akan mendapat tulah.
·         akan dijatuhkan hukuman - contohnya buang negeri / hukum mati
·         negara akan menjadi huru-hara / berlaku peperangan / pergaduhan
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi: Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu. lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya: ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak. tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”
“Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?”
i. Berikan maksud rangkai kata tua orang tua, berakal; makin tua, makin berminyak [2 markah]
·         Orang tua semakin matang kerana banyak pengalaman /pengetahuan
ii.Apakah tindakan jurumudi untuk mendapat kepercayaan Tuanku Nahkoda Tua?[3 markah]
·         Mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam
·         Menghadap Tuanku Nahkoda Tua dengan keris yang berdarah
·         Mengatakan bahawa dia yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun
iii.Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa?            [3 markah]
·         Jurumudi sudah jatuh hati terhadap Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
·         Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memiliki rupa yang menawan/cantik/memukau
·         Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan golongan bangsawan/ berharta

No comments: