KUALA LUMPUR - Ketagih bermain permainan video dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pada musim cuti persekolahan sekarang salah satu punca mereka mengalami masalah gagal menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
Pensyarah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaid- zir Ismail berkata, sindrom itu berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat.
Mereka, katanya, akan menjadi pendiam dan lebih gemar bersendirian.
"Dari segi psikologi, ciri ketagihan permainan video sama seperti ketagihan lain iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.
"Ketagihan ini boleh membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan kesihatan dan pengurusan diri serta masa yang tidak teratur," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Menurut Khaidzir, faktor yang mendorong ketagihan tersebut berpunca daripada unsur ganjaran dan sikap ingin mencapai tahap tertinggi dalam satu-satu permainan video.
Menurut Khaidzir, selain bermain video di rumah, kesan ketagihan yang sama di kafe siber juga membimbangkan kerana kanak-kanak terdedah kepada kemungkinan terlibat dengan kejadian jenayah seperti samun dan dadah.
"Pengaruh rakan yang turut terlibat dalam hal ini akan menambahkan lagi ketagihan. Adanya dorongan daripada rakan-rakan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.
Sebelum ini, pada awal tahun ini seorang remaja mati mengejut di sebuah kafe siber di Taiwan akibat kemaruk bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.
Bulan lepas, seorang remaja Amerika Syarikat berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas bermain permainan video selama empat hari tanpa henti.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd. Nor berkata, selain kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada orang dewasa.
"Sindrom yang sama boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami isteri kerana kurang rasa hormat antara satu sama lain.
"Oleh kerana terlalu asyik dengan permainan video, suami kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga," jelasnya.
Justeru, Nurhazreen mengesyorkan supaya ahli keluarga memainkan peranan penting bagi memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah ketagihan permainan video.
"Dalam sebuah keluarga harus ada seorang yang bertindak sebagai perancang untuk mengembalikan interaksi sesama ahli keluarga termasuk menghentikan tabiat ketagih permainan video," jelasnya.
Malaysia mulai operasi besar-besaran pendatang tanpa izin
Minggu, 1 September 2013 10:19 WIB | 8100 Views
Duta Besar RI Untuk Malaysia, Herman Prayitno. KBRI Kuala Lumpur akan terus memantau dan melakukan koordinasi dengan pihak Malaysia dengan membentuk tim satuan tugas. (ANTARA FOTO/Aulia Badar)
Kuala Lumpur (ANTARA News) - Pemerintah Malaysia pada Minggu mulai menggempur kawasan persembunyian pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi terpadu besar-besaran di seluruh negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan pihaknya sudah mengenal pasti semua lokasi persembunyian itu namun enggan merinci kawasan-kawasan terkait.
Ahmad Zahid seperti dikutip berbagai media lokal di Kuala Lumpur mengatakan untuk menampung semua PATI yang ditahan menyusul dilancarkannya operasi ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan depo khusus di Kantor Imigrasi seluruh negeri.
Operasi itu melibatkan petugas imigrasi, Polisi Diraja Malaysia (PDRM), Kantor Pendaftaran Negara (JPN), RELA, Kantor Pertahanan Umum dan pihak berwenang setempat.
"Kita melakukan gerakan besar-besaran ini karena pihak berwenang tidak mau berkompromi lagi dengan mereka karena waktu secukupnya sudah diberikan," katanya.
"KDN sudah berbicara dengan semua duta dan perwakilan negara terkait, mereka tahu kita akan laksanakan tindakan ini secara serius sehingga 100 persen pendatang tanpa izin bisa diberkas," katanya.
Berdasar hasil pengusutan pihak berwenang, hingga saat ini hampir setengah juta PATI masih berada di Malaysia.
"Sebagian diyakini sudah meninggalkan negara sebelum Idul Fitri karena mereka tahu KDN tidak akan beri peringatan dan akan ambil tindakan serius," katanya.
Sebelumnya dilaporkan, operasi besar-besaran memberantas pendatang tanpa izin di seluruh negara akan dilaksanakan mulai 1 September untuk memastikan kesejahteraan pekerja asing terjaga.
Ahmad Zahid mengatakan operasi itu juga bertujuan mencegah majikan menggaji pendatang dan memperlakukan mereka sesuka hati.
Ia mengatakan, dalam operasi itu pemerintah juga akan memperkenalkan kartu khusus pekerja asing dengan warna berbeda berdasarkan bidang pekerjaan seperti sektor perladangan diberi warna hijau dan sektor jasa rumah makan warna merah dan setiap pekerja tidak boleh bertukar sektor pekerjaan sesuka hati.
Sementara itu, ribuan pekerja Indonesia di Malaysia yang tidak memiliki kelengkapan dokumentasi berpotensi terjaring operasi Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang akan digelar secara serentak oleh Pemerintah Malaysia pada 1 September 2013.
Berdasarkan data yang diterima ANTARA, terdapat sekitar 200 ribu WNI yang menguruskan paspornya saat pemutihan PATI (6P) tapi belum mendapatkan izin kerja dari Pemerintah Malaysia.
Terkait rencana operasi PATI tersebut, pihak KBRI Kuala Lumpur akan terus memantau dan melakukan koordinasi dengan pihak Malaysia dengan membentuk tim satuan tugas.
"Kita inginkan setiap terjadi penangkapan itu dilaporkan ke KBRI," kata Duta Besar Republik Indonesia untuk Malaysia, Herman Prayitno saat menanggapi rencana operasi PATI yang dilakukan oleh Pemerintah Malaysia tersebut.
Dalam hal ini, pihak KBRI Kuala Lumpur akan terus memantau dan melakukan koordinasi dengan pihak Malaysia dengan membentuk tim satuan tugas.
"Kita inginkan setiap terjadi penangkapan itu dilaporkan ke KBRI," kata Duta Besar Republik Indonesia untuk Malaysia, Herman Prayitno saat menanggapi rencana operasi PATI yang dilakukan oleh Pemerintah Malaysia tersebut.
Menurut dia, sebenarnya Pemerintah Malaysia telah secara rutin melakukan penertiban para PATI tersebut seperti yang terjadi di Johor ataupun Tawau.
Tentu dalam hal ini, kata dia, mereka yang ingin bekerja di Malaysia agar tertib aturan dengan memenuhi hal-hal yang dipersyaratkan oleh negara ini terhadap para pekerja asing.
"Kami imbau agar supaya yang datang ke Malaysia untuk bekerja dengan dokumen yang lengkap dan melalui perusahaan jasa pengirim tenaga kerja yang telah mendapatkan izin dari pemerintah," ungkapnya.
Dubes Herman berharap operasi tersebut tidak menimbulkan kepanikan serta berjalan dengan tertib dan lancar.
Editor: AA Ariwibowo
Spad mesti sedia laksana transformasi sistem pengangkutan awam
Oleh Jamhariah Jaafar dan Jami’ah Shukri
bhnews@bharian.com.myTEMPAT menunggu lama hingga terpaksa berbaris panjang antara masalah utama sistem pengangkutan awam.Model diguna pakai sekarang sudah lapuk menyebabkan mutu perkhidmatan di takuk lama, jadi sasaran kritikan
PENGANGKUTAN awam adalah keperluan asas kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar untuk menghubungkan mereka ke pelbagai destinasi. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas, sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan komuter, sekarang dianggap lebih popular kepada golongan terbabit.
Senario sebenar di Malaysia, ramai pengguna yang masih resah dengan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara khususnya di Lembah Klang yang dianggap berada pada takuk lama walaupun banyak alternatif pengangkutan awam lain.Sistem operasi pengangkutan awam khususnya bas, seharusnya berasaskan kepada kecekapan, keselesaan dan mengikut jadual perjalanan. Isu kepenggunaan seperti tempoh menunggu lama, tidak mengikut laluan, kerosakan, kekotoran, kesesakan, memandu secara berbahaya, tiada perhentian selesa juga masih membelenggu pemasalahan utama pengangkutan awam.
Isu pengurusan seperti keperluan bas tidak mencukupi, persaingan tidak sihat, kadar tambang berbeza, tempoh menunggu lama, tempat meletak kenderaan, kesesakan akibat aliran keluar masuk bas yang tidak terkawal dan tiada perkhidmatan laluan sosial perlu disusun semula secara menyeluruh.
Sistem laluan terbuka yang diamalkan sekarang sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah kerana bas akan berpusu di laluan aktif dan bukan di laluan sosial serta pengurusan mengatur perjalanan bas terlalu dinamik hingga menimbulkan situasi lambakan di sesuatu lokasi.
Bagi pengguna, kekerapan, kelancaran dan kecekapan perkhidmatan awam adalah faktor utama menarik mereka untuk setia menggunakan kenderaan terbabit. Bagaimanapun, ramai pengguna mempertikaikan perkara itu dan menganggap ia masih jauh ketinggalan berbanding negara maju, malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Contohnya, jika bas itu cepat sampai, ada penghawa dingin, ada tempat duduk, muzik, tidak terbabit kemalangan jalan raya, tidak buruk, selesa dan tambang murah ia dianggap sebagai perkhidmatan yang bagus dan berkualiti.
Justeru, pengguna tidak akan ambil pusing apa pun masalah dihadapi kerajaan, agensi dan syarikat pengendali bas pengangkutan asalkan mereka mendapat perkhidmatan sempurna dan berkualiti. Malangnya, sehingga ini, tiada satu agensi pengangkutan awam yang khusus dipertanggungjawabkan untuk memantau kualiti perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan terhadap sebarang kelemahan kenderaan awam itu.
Sudah tiba masanya, semua pihak iaitu kerajaan, pengendali syarikat pengangkutan awam dan pengguna sendiri dan penyelidik duduk bersama berbincang mengenai perkara berkaitan untuk merealisasikan sistem pengangkutan awam bertaraf kelas pertama.
Jumlah sebanyak RM35 bilion khusus untuk mengubah serta meningkatkan tahap perkhidmatan awam untuk tempoh 2009 hingga 2014 yang diperuntukkan kerajaan perlu dipergunakan sepenuhnya bagi tujuan itu dan bukan sebagai 'cakap-cakap kosong' yang akhirnya meletakkan industri ini berada pada tahap sama.
Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) yang akan beroperasi tahun depan sebagai sebagai kuasa tunggal mengawasi dan menguatkuasakan piawaian pengangkutan awam lebih cekap harus dilaksanakan dengan matlamat yang lebih jelas supaya ia tidak hilang taringnya serta terus menjadi sasaran kritikan masyarakat.
Transformasi memantapkan pengangkutan awam menerusi Spad akan lebih bermakna dengan menjadikan suruhanjaya itu sebagai sistem pemantau terhadap kualiti perkhidmatan bas dari segi sistem, prestasi, jadual perjalanan, disiplin pemandu sendiri. Semua hasil pemantauan itu dijadikan penanda aras untuk menambah baik sistem pengangkutan awam ke tahap yang sepatutnya.
Mengulas isu berkaitan kemelut berkenaan, pakar pengangkutan yang juga Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Rahim Md Nor, menjelaskan ketika ini wujud pertembungan antara kerajaan, syarikat bas dan pengguna.
Pengguna sentiasa mahukan tambang paling murah, syarikat jika boleh ingin naikkan kadar tambang setiap tahun manakala kerajaan pula tidak kisah itu semua, sebaliknya hanya mahukan sistem itu bagus dan memenuhi matlamatnya.
"Ketika ini dasar sistem pengangkutan awam adalah berbeza di Lembah Klang dan bandar lain. Di Lembah Klang sistem pengangkutan mendapat sokongan kerajaan (bagi RapidKL saja), tetapi di bandar lain ia diken-dalikan syarikat swasta. Kerajaan sepatutnya memberi sokongan kepada syarikat bas lain supaya dapat memberi perkhidmatan di laluan lain khususnya laluan sosial yang masih daif dalam segala hal termasuk kecekapan dan kekerapan perkhidmatan bas," katanya.
Model sistem pengangkutan awam yang diamalkan selama ini sudah lapuk dan memerlukan pengubahsuaian untuk memberi nafas baru kepada pengangkutan awam negara. Justeru, Abdul Rahim mencadangkan supaya model baru diwujudkan dengan mengadakan perkongsian bijak antara sektor kerajaan, syarikat bas, pengguna dan penyelidik dengan mendalami secara mendalam serta menyeluruh isu yang menghimpit permasalahan terbabit.
Spad mungkin mampu menjadi penanda aras kepada penyediaan dasar yang komprehensif bagi pengangkutan awam di seluruh negara. Pada masa sama, kita perlu ada modul yang mantap di Kuala Lumpur sebelum ia diperluaskan di bandar lain.
Sumber : http: //www.bharian.com.my/

Pendaulatan bahasa Melayu perlu iltizam politik
KAMI yakin rintihan 'Ilham Syakima dari Yan, Kedah' mengenai 'Perjuangan Bahasa Melayu Bermusim' seperti disiarkan ruangan ini baru-baru ini, bukanlah tulisan terakhir kerana sesudah ini akan tertatap banyak lagi rintihan seumpamanya selagi bahasa Melayu belum terdaulat penuh sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.Faktor terkuat di sebalik kekecewaan ini ialah kuasa dan keazaman politik kita yang lemah dalam musim tertentu menyebabkan perjuangan pendaulatan bahasa Melayu nampaknya bermusim, bergantung kepada pucuk kepemimpinan negara.
Hal ini diperkukuhkan hakikat penerimaan masyarakat akan bahasa tanpa mengira bahasa apa juga di dunia sebagai unsur budaya cukup dinamis berbanding kandungan budaya lain yang merangkumi ekonomi, kepercayaan, politik, sains dan teknologi.
Betapa tidak, pada peringkat awal kemerdekaan, usaha pendaulatan bahasa Melayu rancak dijalankan oleh pejuang bahasa, tetapi lama kelamaan perjuangan itu lesu sehingga sedikit masa dulu baru disedari kepentingannya lalu terlancar Bulan Bahasa Kebangsaan, di tengah-tengah keterpinggiran bahasa Melayu dalam arus perdana globalisasi, rasionalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi. Kelesuan demikian berlaku kerana keghairahan barisan pemimpin dan rakyat kalangan intelektual hendak mengejar kepesatan global, pastinya berteraskan bahasa Inggeris.
Harus diingat pendaulatan bahasa Melayu tidak setakat bertutur, berhujah, beretorik dan menulis bahan semata-mata, tetapi yang ditutur dan dihujahkan itu perlu memenuhi syarat kebakuan satu-satu bahasa moden yang mendukung pelbagai wacana ilmu pengetahuan.
Sebab itu, bahasa Melayu perlu terus tuntas unggul sebagai Bahasa Kebangsaan kerana seingat kami, belum ada sidang Parlimen meluluskan usul menukar bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.
Memang kemerdekaan lebih 52 tahun rata-rata membahasa 'Malaysiakan rakyat', tetapi yang belum terlaksana dan tercapai semurni mungkin ialah penjiwaan bahasa Melayu itu sendiri. Ertinya yang paling wajar kini ialah membahasa-melayukan dulu jiwa, perasaan, dan semangat patriotisme mereka yang berkepentingan dan berpengaruh dalam sektor tertentu khusus undang-undang, perubatan dan kedoktoran, ekonomi dan perdagangan dan kefalsafahan.
Akan terdaulatlah bahasa Melayu jika isu paling pokok ini terlerai, insya-Allah. Jika tidak, perdaulatan bahasa Melayu tidak akan ada jalan hujungnya.
DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.
Hal ini diperkukuhkan hakikat penerimaan masyarakat akan bahasa tanpa mengira bahasa apa juga di dunia sebagai unsur budaya cukup dinamis berbanding kandungan budaya lain yang merangkumi ekonomi, kepercayaan, politik, sains dan teknologi.
Harus diingat pendaulatan bahasa Melayu tidak setakat bertutur, berhujah, beretorik dan menulis bahan semata-mata, tetapi yang ditutur dan dihujahkan itu perlu memenuhi syarat kebakuan satu-satu bahasa moden yang mendukung pelbagai wacana ilmu pengetahuan.
Sebab itu, bahasa Melayu perlu terus tuntas unggul sebagai Bahasa Kebangsaan kerana seingat kami, belum ada sidang Parlimen meluluskan usul menukar bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia.
Memang kemerdekaan lebih 52 tahun rata-rata membahasa 'Malaysiakan rakyat', tetapi yang belum terlaksana dan tercapai semurni mungkin ialah penjiwaan bahasa Melayu itu sendiri. Ertinya yang paling wajar kini ialah membahasa-melayukan dulu jiwa, perasaan, dan semangat patriotisme mereka yang berkepentingan dan berpengaruh dalam sektor tertentu khusus undang-undang, perubatan dan kedoktoran, ekonomi dan perdagangan dan kefalsafahan.
Akan terdaulatlah bahasa Melayu jika isu paling pokok ini terlerai, insya-Allah. Jika tidak, perdaulatan bahasa Melayu tidak akan ada jalan hujungnya.
DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment