Punca kemerosotan pencapaian akademik pelajar
Pada era siber ini,
perkembangan media massa sebagai penyebar
maklumat yang pantas sekilat telah menerobos sempadan sarwajagat tanpa
batasan. (AP) Media massa sebagai arus
perdana yang bersifat sarwajagat ini telah mendominasi minda dan masa seantero lapisan masyarakat mayapada.
Ironinya, rancangan yang berunsur picisan,
pornigrafi, dan kelucahan telah meracuni minda dan mengabui pandangan
masyarakat, khususnya golongan pelajar yang berusia setahun jagung, berdarah
setampuk pinang. Tanpa penapisan filem oleh Lembaga Penapian Filem Negara yang sepatutnya, pelajar akan hanyut
dalam dunia maya kerana mereka tidak memahami bahawa perbuatan ini ialah kawan
syaitan. Menurut Menteri Perdana Malaysia, Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak,
barisan remaja yang berminda kelas pertama adalah penting untuk menjulang nama
negara ke puncak jagatraya, walakin begitu YAB Dato’ Sri menegaskan bahawa persekitaran
kini yang sarat dengan godaan syaitan ini telah menjejaskan pencapaian akademik
pelajar dalam semua bidang, khususnya prestasi akademik. Pembangunann fizikal
yang tidak seiring dengan pembangunan modal insantidak wajarlah dipandang
enteng lagi. Peribahasa tak pecahkan ruyung, masakan dapat sagunya, ayuhlah
kita seia sehati dan sejiwa untuk memanfaatkan Teknologi maklumat dan media
massa sebagai wadah untuk menggarap kecemerlangan, dan bukan sekadar terbenam
dalam budaya hedonisme sehingga terlupa akan tanggungjawab hakiki sebagai
pelajar yang ditaruh harapan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.(200pp)
Negatif
|
Semak
|
ape
|
do
|
mi
|
ra
|
PSL
|
mona
|
lembata
|
seksa
|
Punca
cara
|
Sebar
maklumat
|
Arus perdana
|
dominasi
|
Minda
masa
|
rancangan
|
Picisan
Pornografi
Lucah
seks
|
Motivasi
nasihat
|
Lembaga
Penapisan Filem Negara
|
Seks
Seksa
sadis
|
No comments:
Post a Comment