Cara-cara meningkatkan minat
pelajar terhadap meta pelajara Sejarah(3A3 SMJK Jit Sin OGW)
Marcapada, sering meniti
dari bibir ke bibir masyarakat tentang isu mata pelajaran Sejarah, Mata
Pelajaran Sejarah yang memberi iktibar kepada remaja semakin diabaikan
masyarkat. Isu ini haruslah diberi perhatian yang sepenuhnya. Setiap pihak
terutamanya pihak sekolah dan pihak kerajaan wajar bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Oleh
itu, usaha-usaha yang efektif perlu dilaksanakan secepat mungkin.(55)
Bagi meningkatkan minat
pelajar terhadap mata pelajaranSejarah, pihak sekolah haruslh menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Guru harus lebih kreatif dan
inovatif apabila mengajar Sejarah. Mereka tidak harus terlalu berorientasikan
peperiksaan sebaliknya mempelbagaikan proses pengajaran untuk mencetuskan minat
pelajar untuk mengetahui peristiwa Sejarah tersebut berlaku. Contohnya, guru
sebagai warga pendidik bertanggungjawab memartabatkan profesional diri dan
menerusi kaedah lakonan, temu ramah atau tayangan video supaya lebih menarik pelajaran.
Dengan ini, semangat patriotik akan ditanam pada pelajar erana memahami
kepahlawanan orang untuk mendapat kemerdekaan.
Selain itu, kita wajib membawa
pelajar melawat tempat-tempat bersejarah. Sebenarnya, proses pengajaran tidak
harus di bilik kelas sahaja tetapi juga pelajar harus dibawa melawat tempat
bersejarah. Hal ini dikatakan demikian kerana lawatan membolehkan pelajar
melihat tempat tersebut dan mengetahui kisah yang berlaku di situ. Ini
memudahkan pelajar ingat bahawa peristiwa yang telah berlaku. Contohnya, kota A’
Farmosa di Melaka telah menunjukan egemilangan Kesultanan Melaka kerana kota
pertahanan yang kukuh ini. Sememangnya sudah
terang lagi bersuluh bahawa lawatan dapat meningkatkan perasaan cinta
pelajar terhadap subjek Sejarah.
Seterusnya, pelajar telah
diberikan tugasan untuk melakukan kajian atau folio Sejarah. Apabila masa
lapang, pelajar haruslah pergi untuk melakukan kajian mengenai tajuk kajian
yang diberi. Contohnya, meneliti atau menemu ramah tooh-tokoh tertentu kajian
dan temu ramah ini memberikan pengetahuan secara langsung kepada pelajar
tentang Sejarah tempatan. Dengan mencari maklumat melalui pelbagai kaedah,
pengenalan tentang mata pelajaran Sejarah akan ditingkatkan. Secara langsung,
kajian ini mampu menyuntik perasaan minat akan Sejarah dalam kalangan pelajar.
Dari perspektif lain,
pihak sekolah boleh menjemput tokoh-tokoh Sejarah berceramah di sekolah. Hal ini
memanglah wajar kerana ceramah yang disampaikan oleh tokoh sejarah itu kepada
para pelajar mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui sejarah negara.
Tokoh-tokoh sejarah lebih memahami perkembangan sesuatu peristiwa. Pengalaman
yang disampaikan ereka merupakan fakta yang benar-benar dihadapi mereka. Para
pelajar juga berkesempatan untuk mengenali tokoh sejarah negara yang banyak
memberikan sumbangan terhadapnegara. Sesungguhnya, bergelanggang di mata orang
banyak bahawa minat pelajar akan ditingkatkan sehingga pelajar sanggup
bersungguh-sungguh membangunkan negara kita.
Subjek Sejarah penting
dipelajari bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi banyak manfaatnya.
Kegemilangan Melaka dalamm pelbagai bidang juga membuktikan bahawa masyarakat
kita bijak mentadbir negeri. Kegemilangan Melaka harus mengambil inspirasi
untuk menigkatkan kemajuan negara. Marilah pelajar mengambil peristiwa sejarah
sebagai iktibar untuk membangunkan negara yang kita cintai sehingga duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. (420pp)
(28/40)
No comments:
Post a Comment