Prosa Klasik Pelayaran Penuh Peristiwa
1.Apakah
maksud baris terpisat-pisat membelek-belek
keris
berdasarkan petikan?(2 markah)
Frasa
tersebut bermaksud termangu- mangu sambil memerhati keris.
2. Apakah yang telah diumumkan oleh
Nakhoda Tua?(3 markah)
Sesiapa yang mampu menyelamatkan seluruh isi kapal akan dikahwinkan dengan
anaknya. Seterusnya,
Pelayaran mereka akan menempuh dugaan hebat kerana mereka akan melalui
laluan yang dipenuhi lanun.
3.
Pada pendapat anda, apakah tujuan Awang Sulung menyamar sebagai budak yang
comot?(3 markah)
Awang Sulung ingin merasai pengalaman sebagai orang biasa. Seterusnya, Awang Sulung ingin menguji pembesar-pembesar di
sesuatu kawasan, sama ada menghormati orang ramai atau tidak. Akhirnya, Awang Sulung ingin mengetahui tahap layanan yang
diterima oleh golongan bawahan.
4.Apakah maksud baris bukan nasi kau yang dimakannya
dan bukan air kau yang diminumnya?(2 markah)
Maksud
baris ialah bukannya jurumudi yang memberi Awang Sulung Merah Muda makan
dan minuman menanggung makan dan minum Awang Sulung Merah Muda.
5.
Huraikan dua nilai
daripada petikan dan dua nilai
daripada keseluruhan cerita ini.(3 markah)
Berhati-hati dan bekerjasama. Ketaatan dan keberanian.
6.Pada
pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi jurumudi?
Kerana dia mengasihi Awang Sulung. Selain itu, jurumudi tidak
layak untuk memarahi Awang Sulung. Tindakan menghina insan yang
lain merupakan tindakan yang tidak wajar.
7.Berdasarkan
petikan di atas, jelaskan tindakan Awang Sulung setelah menerima arahan
daripada Tuan Puteri Seri Jawa.[3 ]
Awang Sulung mengambil air di tempat arus yang paling deras di tengah laut Seterusnya, Awang Sulung mengambil batang
nipah sedangkan orang lain mengambil kayu bakau dan temu laut
8.Pada
pendapat anda, mengapakah Jurumudi tidak senang akan layanan Tuan Puteri Seri
terhadap AS? [3
Jurumudi menyukai Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tetapi Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa menyukai Awang Sulung – Selain itu, jurumudi cemburu
akan Awang Sulung
9.Berikan maksud rangkai kata sekarang hutang pun sudah berbayar. [2 markah]
Rangkai
kata bermaksud kini pinjaman telah dilangsaikan
10.
Apakah tujuan pelayaran Awang Sulung Merah Muda ke Bandar Mengkalih? [3 markah]
Untuk menemani Tuan Puteri Dayang pulang ke negerinya Selain itu, untuk melangsaikan hutang dengan Datuk Batin Alam
11.
Jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah terbaik yang perlu dilakukan
oleh seseorang bagi mengelakkan dirinya daripada berhutang. [3 markah]
Antara
langkah ialah tidak boros berbelanja. Selain itu, membeli
barang-barang yang perlu sahaja. Akhirnya, tidak mengamalkan tabiat suka
meminjam wang serta membuat simpanan untuk
digunakan semasa kecemasan.
12.Terangkan
maksud tua cendawan makin tua makin busuk
yang
digunakan dalam petikan di atas.[2 markah]
Maksud
rangkai kata ini ialah orang yang tua sepatutnya bertambah cerdik kerana
berpengalaman seperti kelapa tua yang berminyak, tetapi tua "ayahanda" diibaratkan cendawan yang semakin rosak dan
membusuk kerana terus mempercayai kata-kata jurumudi tanpa usul periksa.
13.Mengapakah
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengibaratkan ayahandanya seperti tua cendawan makin tua makin busuk?Nyatakan dua
sebab. [2 markah]
Ibarat ini digunakan kerana mata ayahandanya sudah kabur, yakni ayahandanya tidak menyiasat lebih dahulu kedudukan yang
sebenar Selain itu, ibarat ini digunakan kerana
telinga ayahandanya sudah pekak, yakni mudah diperdayakan oleh jurumudi
14.Pada
pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dengan jurumudi?Nyatakan empat alasan
anda.[4M]
tidak wajar
kerana Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik kebenaran kata-kata
jurumudi lebih dahulu Seterusnya,Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
tidak menyukai jurumudi . Lebih-lebih lagi, jurumudi menipu Tuanku
Nakhoda Tua dengan mengatakan bahawa dia yang menyelamatkan geliung itu
daripada dirampas oleh lanun
15.Berikan
maksud rangkai kata telah ayahanda nyahkan dia. [2
markah]
Rangkai
kata
ini bermaksud sudah ayahanda sisihkan dia/ketepikan dia
16..Mengapakah
Tuan Puteri Dayang terlalu marah kepada Tuanku Nakhoda Tua?Berikan tiga sebab. [ 3]
Tuan
Puteri Dayang terlalu marah kerana tidak berpuas hati dengan
keputusan Tuanku Nakhoda Tua . Seterusnya,
baginda
tidak bersetuju berkahwin dengan jurumudi . Lagipun, Tuanku Nakhoda Tua bertindak
terburu-buru tanpa menyelidik lebih dahulu kebenaran/kesahihan sesuatu perkara
17.Pada
pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang pemerintah mempercayai kata-kata
orang bawahannya tanpa usul periksa?
Akibatnya
ialah timbul rasa kurang senang dalam kalangan pihak yang dianiayai atau
ditindas . Seterusnya, hilangnya rasa hormat orang
bawahan kepada pemerintah . Akhirnya, akan berlakunya perkara yang
tidak diingini seperti persengketaan, perpecahan, pergaduhan, dan sebagainya
18.Terangkan
maksud frasa menumpang teduh
dalam
petikan tersebut.(2 markah)
Maksud
frasa menumpang
teduh ialah tinggal diam, atau singgah buat sementara.
19.Mengapakah
Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung?(3 markah)
Tuanku
NakhodaTua memohon maaf kepada Awang Sulung kerana memandang hina terhadap Awang
Sulung Selain baginda tidak mengetahui kelebihan Awang Sulung;
Akhirnya, baginda tidak dapat melihat keadaan yang berlaku sebenarnya kerana
penglihatannya kabur.
20.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan memohon maaf atas kesilapan diri
dalam kalangan masyarakat?(3 markah)
Kepentingannya
termasuklah dapat mengurangkan perselisihan faham.Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia.
Akhirnya, dapat menyelesaikan masalah yang timbul.
21.
Apakah maksud rangkai kata meninjau kati
dan dacing?
Maksud
rangkai kata meninjau kati dan dacing ialah melihat peluang perniagaan.
22.
Jelaskan perkara yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli
Pati Talak Terengganu ketika geliung panjang itu berlabuh.
Perkara
yang dilakukan oleh Tuan Puteri Pinang Masak, Puteri Uli Pati Talak Terengganu
ketika geliung panjang itu berlabuh ialah Puteri Uli Pati Talak
Terengganu sedang beristirahat di atas petarana di magun. Apabila
baginda melihatkan geliung itu sampai, Tuan Puteri menitahkan Si
Kembang Cinanya pergi bertanyakan geliung itu.
23.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang
apabila kita merantau di tempat orang?
Pada
pendapat saya, kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila kita merantau
di tempat orang supaya kita tidak akan dipandang serong. Selain orang lain akan menghormati
kita. Lagipun, kita mudah mendapat kawan.
24.
Berikan maksud masuk tangan dalam petikan di atas.
Maksudnya ialah menyampuk.
25.Nyatakan
tiga tanda yang menunjukkkan Awang Sulung merupakan golongan yang mempunyai
taraf sosial yang tinggi.
Tandanya ialah orang besar-besar menjemputnya
ke istana.
Selain Awang Sulung diiringi oleh jurubatu dan Bujang Selamat . Segala alat kebesaran berbunyi
sendiri apabila Awang Sulung datang
serta seluruh isi alam menyambut sama kedatangan Awang
Sulung.
26.Pada
pendapat anda, mengapakah baginda raja menitahkan agar negeri dihiasi dan orang
besar-besar menjemput anak-anak geliung naik ke istana?Kemukakan empat pendapat
anda. [4 markah]
Tujuan
ialah tindakan itu dapat menjaga imej negeri dan pemerintah. Selain dapat meningkatkan rasa hormat
tetamu kepada ketua negeri. Seterusnya, dapat menunjukkan adat istiadat negeri dalam menyambut tetamu kehormat
serta mengelakkan tetamu daripada berasa tidak dihormati.
27.
Pada pendapat anda, apakah keburukan perbuatan menyabung ayam?Nyatakan tiga
pendapat
anda. [3]
Kegiatann
ini akan mendatangkan kerugian kepada individu yang kalah
Seterusnya, berdosa di sisi Allah S.W.T
.Lagipun, akan menimbulkan konflik seperti pergaduhan serta menyebabkan seseorang lupa
akan tanggungjawabnya .Akhirnya, kegiatan ini akan menyebabkan keharmonian keluarga tergugat.
28.Apakah
maksud rangkai kata raja termakan
cakap puterinya? [2 markah]
Rangkai
kata “raja termakan cakap puterinya” membawa maksud pemerintah mendengar kata
anakandanya.
29.Berikan
bukti bahawa kedatangan tetamu diraikan dengan perasaan gembira.[3 markah]
Bukti
tetamu diraikan dengan perasaan gembira ialah raja menitahkan negeri
dihiasi. Selain itu, orang-orang besar baginda
diarahkan menjemput tetamu itu. Akhir sekali, pembesar negeri membenarkan
tetamu itu melakukan aktiviti yang disukai seperti menyabung ayam, bermain
catur, atau mengadakan kenduri
30.Pada
pendapat anda, mengapakah kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri disambut dengan
begitu meriah?[3M]
Kedatangan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa disambut dengan meriah kerana puteri itu daripada keturunan raja yang berpengaruh. Selain itu, untuk menunjukkan bahawa negeri mereka negeri berdaulat dan tahu
adat. Akhir sekali, sudah menjadi kebiasaan
negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan raja perlu disambut
meriah, seperti yang diterima apabila baginda melawat negeri lain.
31.Apakah maksud berkokok balam tembaga tiga gaya?[2
markah]
Bermaksud
sejenis burung berbunyi dengan tiga nada yang berbeza
32.
Nyatakan dua perkara yang berlaku dalam diri Awang Sulung yang menghairankan
rakyat Negeri Pati Talak Terengganu.[2 markah]
segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama
Seterusnya,gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat
sembur-menyembur telah menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu
33.
Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk mengesahkan bahawa
Awang Sulung anak saudara anda tanpa mengaibkan diri sendiri?Berikan empat
cadangan anda.[4 markah]
Tindakan
termasuklah menghantar penyiasat khas secara sulit . Selain berjumpa dengan Awang Sulung secara tertutup . Lagipun,
akan bertanya dengan orang kanan Awang Sulung . Seterus, juga menggunakan bantuan dukun ataupun bomoh tanpa pengetahuan Awang
Sulung.
34.
Berikan maksud rangkai kata bagai kilat sembur-menyembur.09 [2 markah]
bak/macam/seperti/umpama
cahaya yang memancar di langit berpancaran
35.Nyatakan
tiga daripada adat menyabung ayam yang tidak dibenarkan, seperti dijelaskan
oleh penghulu gelanggang sebelum acara menyabung ayam dijalankan. [3 markah]
Adatnya
ialah tidak mencabut keris yang
tersisip di pinggang . Selain, tidak mencampak tengkolok yang dipakai di atas kepala.
Akhirnya, tidak menyingsing lengan baju.
36.Pada
pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam?Kemukakan tiga
sebab.[3]
Sebab
ialah tidak ada pilihan hiburan yang lain .Seterusnya, untuk mengisi masa lapang. Lagipun masyarakat kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama. Akhirnya,
aktiviti ini dianggap tidak menjadi
kesalahan dari segi undang-undang.
37.
Berikan maksud rangkai kata adat
bergelanggang? (1 markah)
Maksud
rangkai kata adat bergelanggang ialah peraturan pertandingan.
38.
Berdasarkan petikan, mengapakah rakyat negeri Pati Talak Terengganu terkejut
melihat Awang Sulung?(3)
Rakyat
negeri Pati Talak Terengganu terkejut melihat Awang Sulung kerana gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat
sembur-menyembur itu.
39.
Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam
masyarakat? (4 M)
Pada
pendapat saya, aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat kerana
perbuatan itu dianggap menganiayai binatang. Selain itu,. unsur perjudian terdapat dalam aktiviti ini Lagipun, dalam Islam perkara ini
adalah haram.
40.
Nyatakan tiga pantang larang apabila berada di gelanggang.[2M]
-
mencabut keris yang tersisip di pinggang — mencampak tengkolok yang dipakai di
atas kepala- menyingsing lengan baju
41.
Pantang larang dalam sesuatu pertandingan perlu kita patuhi.Pada pendapat anda,
mengapakah kita ditegah melanggar pantang larang ketika bertanding? {3}
Pantang
larang diamalkan untuk mengelakkan sebarang konflik seperti penipuan berlaku.
Seterusnya, wujudnya persaingan sihat antara kedua-dua pihak. Akhirnya, hubungan
mesra akan dijalin.
42.Berikan maksud mengikut puputan angin. (2 markah)
Bermaksud
mengikut arah tiupan angin
43.
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan-tindakan Si Kembang Cina sebelum
berjaya membuat AS menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudikan kapal
itu. (3 markah)
Tindakan-tindakan
Si Kembang Cina sebelum berjaya membuat Awang Sulung Merah Muda menggantikan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudikan kapal itu ialah menyampaikan arahan daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada
Awang Sulung. Seterusnya,memujuk semula Awang Sulung
dengan menggunakan bahasa yang lembut dan bersopan. Akhirnya,
memberi Awang Sulung Merah Muda makan.
3.
Pada pendapat anda, mengapakah AS tidak memegang kemudi itu ketika mengemudikan
kapal tersebut?
Pada
pendapat saya, Awang Sulung tidak memegang kemudi itu ketika mengemudikan kapal
tersebut kerana
Awang
Sulung ingin menunjukkan kehebatan dan keistimewaannya kepada Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa
Seterusnya,
Awang Sulung Merah Muda menggunakan kebolehannya menyuruh angin
membawa kapal tersebut mengikut haluannya. Akhirnya,sebagai seorang anak raja besar, Awang Sulung Merah Muda memiliki
kuasa sakti yang luar biasa dan boleh digunakan walaupun terhadap benda seperti
kapal termasuklah unsur-unsur alam seperti angin, air, tanah dan api
LATIHAN PENGUKUHAN Merah Silu
Latihan Booster T4
1.Apakah
maksud bantunkan rambut? [2 markah]
Bermaksud
cabutkan rambut
2.Nyatakan
tiga kesan yang berlaku selepas rambut Puteri Betong dibantun oleh Merah Gajah.[3 markah]
Kesannya
ialah keluar darah dari liang rambut itu Seterusnya, Puteri Betong pun hilang
selepas darah yang keluar dari liang rambut kering
Lagipun, Raja Muhammad, iaitu ayahanda Puteri Betong marah akan Merah Gajah
Akhirnya, Merah Gajah telah dibunuh.
3.Pada
pendapat anda, siapakah yang bersalah,Puetri Butong atau Merah Silu dalam isu
rambut Puteri Butong dibantun oleh suaminya Berikan tiga alasan anda.
Pada
pendapat saya, Merah Gajah yang tidak bersalah kerana Puetri Butong tidak menjelaskan secara terperinci tentang rambut tersebut Puetri Butong tidak
menyembunyikan rambutnya dengan baik- Puetri Butong tidak membuat perjanjian dengan suaminya sebelum mereka berkahwin
berhubung rambutnya itu.
4
Berdasarkan petikan cerita, nyatakan sebab-sebab Merah Gajah mencabut rambut
isterinya yang berwarna keemasan itu. (3M)
Sebab
baginda menyangka tidak akan berlaku apa-apa terhadap Puteri Betong . Puteri
Betong tidak memberitahunya dengan serius akan akibat jika rambutnya dicabut . Puteri
Betong baginda mencabut
rambutnya yang walaupun sudah berkali-
kali baginda itu
5.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan daripada sikap tidak amanah? (3M)
Pada
pendapat saya,kesan daripada sikap tidak amanah ialah akan menanggang dosa akibatperbuatan lalu.
Sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain . Berkemungkinan menimbulkan kekecohan dan menggangu keamanan
pihak-pihak yang terlibat.
A++
Pelangi
6. Apakah maksud rangkai kata alamat
perceraian tuan hamba
dengan hamba? [2
markah]
maksud
ialah tandanya Puteri Betong dan Merah Gajah akan berpisah
7.Apakah
yang berlaku setelah rambut Puteri Betong dicabut oleh Merah Gajah? [3 markah]
Perkara
yang berlaku ialah darah keluar dari liang rambut yang dicabut
itu Setelah darah itu berhenti
keluar, Puteri Betong pun mangkat
8.Pada
pendapat anda, wajarkah Raja Muhammad membunuh Merah Gajah atas kematian Puteri
Betong? Kemukakan alasan anda.[3
markah]
tidak wajar
- kerana kejadian itu sudah ditakdirkan – lagipun, perbuatan membalas dendam menimbulkan akibat yang lebih
buruk Lebih-lebih lagi, Merah Gajah bukan sengaja
hendak membunuh Puteri Betong.
Latihan expert cerdik
4. Apakah maksud rangkai kata
Setelah putus bicara?[2M]
Maksud
rangkai kata Setelah putus bicara ialah sesudah membuat keputusan/mencapai persetujuan bersama.
5. Bagaimanakah reaksi Raja
Ahmad selepas mendengar berita kematian anakandanya, Merah Gajah?[3M]
Reaksi
Raja Ahmad selepas mendengar berita kematian anakandanya, baginda menghempaskan dirinya.Mengoyak-ngoyak baju sambil mencarik-carik
kainnya.Raja Ahmad pun terlalu murka lalu serta-merta
baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.
6. Pada pandangan anda,
selain berperang, bagaimanakah cara untuk menyelesikan masalah antara dua buah
negara yang bermusuh?[3M]
Pada
pandangan saya, selain berperang, cara untuk menyelesaikan masalah antara dua
buah negara yang bermusuh termasuklah melalui rundingan dengan menggunakan
orang tengah, selain membawa perselisihan ini ke
mahkamah antarabangsa..
Latihan
Pelangi A++ T4
7. Berikan maksud rangkai
kata mendengar khabar saudaranya.[2M]
Bermaksud mendapat
tahu berita tentang Merah Silu
8.Berdasarkan
petikan di atas, apakah yang terjadi kepada cacing-cacing gelang itu setelah
direbus?[3
Cacing-cacing gelang bertukar menjadi emas Selain itu, buihnya bertukar menjadi
perak
9.Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum
mendiamkan diri setelah mendengar khabar tentang MS?[3 ]
Pada
pendapat saya, Merah Harum tidak menyangka bahawa Merah
Silu memperoleh harta yang banyak secara tiba-tiba Selain itu, Merah Harum beranggapan bahawa Merah Silu memperoleh rezeki terpijak
10.Apakah
maksud rangkai kata Setelah putus bicara dua
bersaudara itu?(2 markah)
Selepas
Merah Silu dan Merah Hasum sama-sama bersetuju/mencapai
kata sepakat/mencapai persetujuan.
7. Beliau turut gembira
apabila mendengar berita itu.
8. Merah Hasum juga mungkin
tidak berminat untuk mengambil tahu tentang hal itu.
9. Merah Hasum mempunyai
banyak urusan lain yang perlu difikirkan.
10.
Apakah
tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacing gelang?(3 markah)
Merah
Silu tetap menahan bubunya. Dia tidak berputus asa.
Lalu dia telah merebus cacing-cacing itu dan cacing-cacing gelang
bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak
11.Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum tidak
berkata apa-apa apabila diberitahu tentang kurniaan Allah kepada Merah Silu?
Pada
pendapat saya, Merah Harum tergamam selepas mendapat
tahu berita tentang Merah Silu. Dia tidak menyangka bahawa Merah
Silu memperoleh harta yang banyak secara tiba-tiba di samping dia beranggapan bahawa Merah
Silu memperoleh rezeki terpijak
Latihan
expert cerdik
12.Berikan
bukti yang menunjukkan Merah Silu seorang yang tidak mudah berputus asa.[2M]
Bukti
yang menunjukkan Merah Silu seorang yang tidak mudah berputus asa ialah Merah Silu tetap memasang bubu walaupun setiap kali dia mengangkat
bubu hasilnya hanyalah cacing gelang. Merah Silu berfikir kemungkinan cacing itu anugerah Allah kepadanya.
13.Apakah
yang dilakukan oleh Merah Silu dengan cacing gelang itu?[3M]
Perkara
yang dilakukan oleh Merah Silu dengan cacing gelang itu ialah Merah Silu membawa pulang semua cacing gelang itu. lalu dimasukkan ke dalam kawah. Selepasnya, semua cacing gelang itu direbus.
14.Selain
menggunakan bubu, nyatakan 3 cara untuk menangkap ikan secara tradisional?[3M]
Selain
menggunakan bubu, tiga cara untuk menangkap ikan secara tradisional ialah dengan menggunakan pukat. menggunakan jala. atau
memancing dengan mata kail.
NuSAMAS
15.Berikan
maksud rangkai kata muslihatkan kerbau jalang. [2 markah]
Maksud
rangkai kata tersebut ialah berikhtiar untuk menangkap
kerbau liar.
16.Berdasarkan
petikan di atas, bagaimanakah caranya Merah Silu menangkap kerbau liar? [3 markah]
Merah
Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga
ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka
anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu
dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu
anderak itu disumbat seorang segumpal
tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak
itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.
17.Pada
pendapat anda, kenapakah masyarakat pada masa itu tidak memelihara kerbau? [3 markah]
Pada
pendapat saya, perbuatan memelihara kerbau dianggap mengaibkan. Seterusnya,
masyarakat zaman ini tidak mampu untuk membela kerbau.( mana-mana jawapan yang
sesuai.)
Setia
Emas
18.Berdasarkan petikan,
nyatakan tiga perwatakan Merah Silu berserta
contohnya. [3 markah]
Perwatakan
Merah Silu ialah bernasib baik . Buktinya, memperoleh emas dan perak setelah
merebus cacing gegelang. Seterusnya,dia pandai bekerja. Buktinya, dia menyuruh
orang membuat bubu untuk menangkap ikan dan anderak untuk menangkap kerbau.Akhirnya,
diagigih berusaha. Buktinya, dia menangkap ikan dan menjinakkan kerbau jalang
walaupun baginda seorang raja.
19.Pada pendapat anda,
mengapakah Merah Hasum mendiamkan diri setelah mendengar khabar tentang
saudaranya? [3 markah]
Merah
Hasum mendiamkan diri kerana hairan masakan cacing boleh
bertukar menjadi emas dan perak.
Dia
berasa dengki kerana Merah Silu menjadi kaya-raya dengan
sekelip mata. Dia juga bimbang pada suatu hari nanti Merah Silu lebih kaya daripada dirinya
Offord
20.Apakah
maksud frasa jikalau ada kasih tuan apatah
salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba?(2
)
Frasa
tersebut bermaksud jika tuan tidak keberatan. saya sanggup menerima
tuan sebagai bapa angkat.
21Apakah yang telah
berlaku setelah Merah Silu tiba di negeri itu?(3 markah)
Ketika
dalam perjalanan ke hulu Semenda, Merah Silu bertemu dengan Megat Iskandar dan
mereka makan minum bersama-sama. Sambil makan Megat Iskandar bertanyakan tujuan
kehadiran Merah Silu ke situ. Akhirnya, Merah
Silu mengatakan bahawa dia ke situ adalah untuk mendapatkan tempat tinggal.
22.Pada pendapat anda,
mengapakah penduduk sesebuah negeri begitu mudah menerima kedatangan MS?(3)
Penduduk
sesebuah negeri begitu mudah menerima kedatangan Merah Silu kerana sikapnya yang peramah dan mudah mesra. . Merah Silu
berkemungkinan mempunyai ilmu pelembut hati orang lain seperti yang
terdapat pada orang zaman dahulu. Masyarakat zaman ini suka
melayan tetamu.
Setia
Emas
23.Apakah maksud rangkai
kata lalu dia bertahan? [2 markah]
Maksud
rangkai kata tersebut ialah tabah menanggung kesusahan/ sanggup
menderita.
24.Apakah tindakan Merah
Silu untuk mengalakkan rakyat menyabung ayam? [3
markah]
Tindakan
Merah Silu ialah orang yang kalah dalam pertaruhan menyabung
ayam akan diberi semula taruhannya.
Orang yang datang kembali untuk menyabung ayam, diberikan seekor kerbau. Akhirnya, sesiapa yang datang untuk menyaksikan pertandingan menyabung ayam
juga, diberikan seekor kerbau.
25.Tuliskan tiga
nilai
murni yang terdapat dalam petikan di atas.[3 markah]
Nilai murni termasuk nilai baik hati
contohnya, Merah Silu memberi seekor kerbau kepada sesiapa sahaja yang
menyabung ayam dan menyaksikan pertandingan menyabung ayam. Selain nilai bermuafakat untuk memilih pemimpin. Contohnya, Megat
Iskandar bermesyuarat dengan pembesar negeri, orang tua-tua dan rakyat sebelum
menabalkan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Nilai keberanian menentang
musuh. Contohnya, Merah Silu menentang Sultan Maliku’l-Nasar yang enggan
menerima baginda menjadi raja di Rimba Jerun.
Kosa Kata
kersang
|
1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku
(bkn rambut); gersang.
|
picik
|
1. tidak
lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor;
|
kampit
|
karung yg dianyam drpd mengkuang dll.
|
lekuk
|
1 lekung ke dlm (spt lubang di jalan);
|
cemeti
|
tali yg diberi bertangkai utk menyebat sesuatu;
cambuk; pecut.
|
senawat
|
sj cemeti drpd rotan (utk menyebat kerbau dll).
|
sahaya
|
1. abdi, hamba; 2. kata ganti diri per-tama, saya.
|
nyah-
|
(awalan yg bererti) buang, hapus.
|
anderak
|
ark, anderik lubang utk menangkap gajah.
|
perkenakan
|
menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain:
~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang;
|
jalang
|
1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar:
kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang
membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb).
|
kawah I
|
1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi,
lubang kepundan.
|
bantun
I
|
; membantun mencabut dgn akar-akarnya: ~ rambut;
membantuni mencabuti; terbantun tercabut.
|
Gaya Bahasa
|
|
Bahasa
klasik
|
anderak,
dibantunnya, senawat
|
Bahasa
istana
|
baginda,
adinda, kakanda , anakanda
|
Bahasa
Arab
|
berkat
, Allah Taala
|
Personifikasi
|
matahari
mati
|
Metafora
|
kerbau
jalang
|
hiperbola
|
Bukit yang dilalui Merah
Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .
Besarnya anderak itu
sekadar muat kerbau dua tiga ratus.
|
Hikayat Indera Nata
Latihan Booster T4
1.Nyatakan dua
kebijaksanaan Tuan Puteri Cendera Kesuma menghadapi raksasa yang ingin memakan
Indera Nata dan dirinya. [2 markah]
Kebijaksanaannya
termasuklah menyembunyikan Indera Nata . Selain itu, baginda melambatkan raksasa daripada memakannya dengan menyuruhnya mencari
gajah bergadingkan emas.
2.Berdasarkan
petikan, nyatakan dua unsur tahyul. [2 markah]
Unsurnya
ialah raksasa yang memakan manusia Selain itu,gajah bergadingkan emas
3.
Sekiranya anda Tuan Puteri Cendera Kesuma, jelaskan dua tindakan yang mungkin
akan anda ambil untuk melepaskan diri daripada tawanan raksasa. [4 markah]
Tindakan
ialah memperdayakan raksasa itu dengan memintanya mencari sesuatu yang
tidak wujud – Selain itu, meletakkan syarat jika raksasa itu gagal mencarinya, baginda dan
enam puteri yang lain dibebaskan.
3.Huraikan maksud kata-kata dalam perenggan Maka
Indera Nata pun amat takut, katanya, “Hai tuan puteri, betapa bicara kakanda ini, kalau didapatinya kakanda ini oleh
raksasa itu?”.(2 markah)
Kebimbangan
Indera Nata tentang kehadirannya di mahligai itu. Dia
bimbang kehadirannya diketahui oleh raksasa.
4.Huraikan bukti kebijaksanaan Puteri Cendera
Kesuma.(3 markah)
Bukti
kebijaksanaan Tuan Puteri Cendana Kesuma ialah menyembunyikan Indera Nata di
dalam peti emas bagi mengelak daripada diketahui oleh raksasa.Selain
itu, bijak membuat helah apabila raksasa bertanya tentang bau manusia. Lagipun,
dia menyuruh raksasa mencari gajah yang bergading emas untuk
membesarkan hati semua puteri yang ada di situ sedangkan perkara itu mustahil
berlaku.
5.Pada pendapat anda, mengapakah raksasa ingin makan
ketujuh-tujuh puteri itu?(3 markah)
Pada
pendapat saya, kerana manusia merupakan makanannya supaya menunjukkan kehebatan kepada raksasa-raksasa yang lain dan menunjuk-nunjuk kekuasaannya. Seterusnya, makanan manusia dianggap paling sedap sebagai kurniaan Tuhan.
Lagipun, ketujuh-tujuh puteri ini merupakan golongan bangsawan yang
dimuliakan.
a. Indera Nata dan tuan
puteri yang tujuh itu mengambil semua barang yang ada di dalam istana tempat
tinggal tuan puteri yang tujuh itu. Keberanian seorang anak raja - Indera Nata
berani berhadapan dengan binatang buas. Tanggungjawab sesama manusia - Indera
Nata menyelamatkan tujuh orang tuan puteri daripada tawanan raksasa.
b. Kerana dia gagal mencari
kijang putih. Raksasa juga pulang kerana marah akan tuan puteri.
Mereka juga pulang kerana isteri
raksasa gagal memutihkan kain hitam yang diberikan
Setia
emas
Mengapakah
raksasa sakit hati? [2
Raksasa
sakit hati kerana ia telah ditipu oleh ketujuh-tujuh puteri.
Sebenarnya tidak ada kijang putih bertanduk emas dan kain hitam tidak mungkin
berwarna putih setelah dicuci.
Tuliskan
tiga latar
tempat dan peristiwa yang berlaku di tempat tersebut. [3
Latar
tempat ialah di dalam hutan , yakni tempat raksasa merampas gajah bergading
emas daripada Raja Rom. Setelah itu, raksasa memakan Raja Rom dan pengikutnya.
Yang kedua ialah sebuah mahligai di puncak gunung, yakni tempat raksasa
menyerahkan gajah bergading emas kepada tuan puteri. Akhirnya, di tepi laut ,
iaitu tempat raksasa perempuan mencuci kain berwarna hitam kepunyaan tuan
puteri.
Huraikan
bahagian peleraian
[3
Peleraian
cerita ialah Indera Nata berjaya menyelamatkan tujuh orang puteri dengan
bantuan Betara Gangga. Mereka naik di belakang ular sakti dan naga untuk
menyeberang laut. Manakala, raksasa mati dimakan oleh
ular sakti dan naga. Akhirnya, ketujuh-tujuh tuan puteri
tinggal dengan bonda Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati. Mereka hidup
gembira.
Oxford
1.
Apakah
maksud baris segala perkakasan di dalam mahligai itu pun habislah dibawanya?(2 markah)
Rangkai
kata bermaksud Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu mengambil semua barang
yang ada di dalam istana tempat tinggal tuan puteri yang tujuh itu.
2.
Huraikan
dua persoalan yang terdapat dalam Hikayat Indera Nata.(3 markah)
Persoalan keberanian seorang anak raja, yakni Indera Nata berani
berhadapan dengan binatang buas.
Persoalan tanggungjawab sesama manusia , yakni Indera Nata menyelamatkan
tujuh orang tuan puteri daripada tawanan raksasa.
3.
Pada
pendapat anda. mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumah mereka?
Raksasa gagal mencari kijang putih. Raksasa juga pulang kerana marah akan tuan puteri. Mereka juga pulang kerana isteri raksasa gagal memutihkan kain hitam yang diberikan.
Penerbit Ilmu Bakti
a.
Apakah
maksud berjalan di tanah
menghelakan gajah itu
berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
Maksud frasa ‘berjalan di tanah mettghelakan gajah itu' berdasarkan petikan di atas
ialah berjalan dengan menarik, mengheret, menyeret atau menghalakan gajah ke
sesuatu arah.
b.
Nyatakan
reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci
kain hitam agar menjadi putih tidak berhasil. [3
markah]
Setelah usahanya mencari
kijang bertandukkan emas dan mencuci kain hitam agar menjadi putih tidak
berhasil, raksasa lelaki pun sakit hati dan berasa marah. Raksasa suami isteri
pun segera pulang ke mahligai, kemudian raksasa itu mengejar Merah Silu
mengikut kesan tapak gajah.
c.Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh
oleh ular dan naga? Mengapakah anda berpendapat demikian? [3 M]
Pada pendapat saya, memang
wajar ular dan naga membunuh raksasa itu kerana mereka amat berbahaya. Jikalau
dibiarkan hidup, raksasa tersebut akan menawan orang lain pula untuk dijadikan
makanannya. Kemungkinan juga, Merah Silu dan tujuh orang puteri itu menjadi
korbannya. Sebelum itu pun, raksasa tersebut telah membunuh semua rakyat Rom
yang mengiringi Raja Rom berburu dengan memakannya sehingga tidak bersisa walau
seorang pun.
Pelangi
Top Gear
1.
Berikan
maksud rangkai kata tiada berapa
antaranya. [2 markah]
tidak lama kemudian
2.
Jelaskan
tindakan Indera Nata setelah keluar dari mahligai raksasa. [3 markah]
menghela gajah yang
menunggang ketujuh-tujuh orang puteri itu - masuk keluar hutan sehingga sampai
di tepi laut
3.
Sekiranya
anda tuan puteri, bagaimanakah anda membalas jasa Indera Nata yang telah
menyelamatkan anda daripada raksasa itu?Berikan tiga
cadangan. [3 markah]
mengucapkan terima kasih -
berkahwin dengan Indera Nata - memberikan ganjaran wang/ harta benda
Cerdik
pandai
1.
Apakah
maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.?[2]
Maksud rangkai kata habisiah koyak-koyak tiada juga mahu
putih
ialah kain itu carik, namun masih lagi hitam.
2.
Mengapakah
raksasa itu menjadi sangat marah?[3]
Raksasa
itu menjadi sangat marah kerana gagal mencari kijang putih. Gajahnya sudah kehilangan, tuan puteri juga sudah hilang. Lagipun, raksasa melihat tuan puteri
ketujuh-tujuh orang itu berada di atas gajah.
3.
Pada
pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah dalam diri
kita?[3]
Pada
pendapat saya, cara untuk menangani perasaan marah dalam diri kita dengan banyak bersabar.
Lagipun
cuba mententeramkan diri sendiri. Pandai berfikiran secara rasional. Selalu ingat akan Tuhan
Latihan
A++ T4
i)
Nyatakan
maksud rangkai kata bercintakan anakku ini.[2M]
Rangkai
kata ini bermaksud terlalu
merindui Indera Nata
ii)Apakah yang terjadi kepada Tuan Puteri
Cenderawati selama anaknya menyelamatkan tujuh orang puteri yang ditawan oleh
raksasa? [3 markah]
Tuan
Puteri Cenderawati tidak lalu makan dan minum serta tidak dapat tidur kerana terlalu rindu akan
anaknya
iii)Pada pendapat anda, mengapakah golongan raja
pada zaman dahulu diceritakan mempunyai kuasa magis?[3
Kuasa
magis ini untuk menunjukkan kehebatan golongan raja. Selain itu, untuk meningkatkan kesetiaan dan rasa takut rakyat kepada golongan raja
. Lagipun, untuk membezakan golongan raja dengan rakyat
. Labih-lebih lagi, untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik
Latihan Prosa Tradisional: Hikayat Khoja Maimun
Kertas peperiksaan countdown 2012/kertas peperiksaan
pertengahan tahun TP T4(ms69-70)
1. Berikan
maksud tuan hamba kampungkanlah sanbal.[2M]
Bermaksud Khoja Maimun kumpullah
wangi-wangian
2. Berdasarkan
petikan di atas, bagaimanakah Bayan meyakinkan Khoja Maimun supaya membeli
dirinya?[3M]
Bayan meyakinkan Khoja Maimun dengan
mengatakan bahawa dirinya bukan seperti burung-burung lain yang
biasa. Bayan dapat melihat kejadian-kejadian akan datang di dunia
selain memberitahu Khoja Maimun bahawa ia sudah mengetahui perkara yang
akan berlaku pada sepuluh hari yang akan datang. Bayan menyuruh Khoja
Maimun supaya jangan membelinya dahulu lalu mengajar Khoja Maimun cara-cara
untuk mendapatkan wang yang banyak kerana Bayan memberitahu bahawa seorang
saudagar dari negeri Babil akan datang untuk membeli sanbal lalu menyuruh Khoja
Maimun supaya mendapatkan semua sanbal di dalam negeri kemudiannya menjual
sanbal tersebut kepada saudagar itu untuk mendapat keuntungan yang banyak.
[pilih mana-mana tiga ]
3.
Sekiranya anda Khoja
Maimun, adakah anda akan membeli burung Bayan itu? Berikan 3 sebab untuk
menyokong keputusan anda. [3]
Ya. kerana saya akan menjadi
lebih kaya dengan adanya burung Bayan yang dapat membantu saya. lagipun saya
dapat mengelakkan diri daripada musibah yang akan berlaku kerana Bayan akan
dapat memberi amaran kepada saya. Saya dapat menjadi lebih berkuasa dan
mengatasi semua musuh saya dengan bantuan burung Bayan
Latihan Booster T4 (ms71-72)
^^Sebermula diceterakan orang
yang... emaslah kita carikan
4.Apakah maksud barang satu pekerjaan pun tiada hasil
dalam petikan tersebut? [2 markah]
maksudnya
semua pekerjaan tidak berjaya / tidak akan terlaksana
5.Nyatakan tiga nasihat yang telah disampaikan oleh
isteri Khoja Maimun berkaitan dengan perniagaan.[3M]
Antara nasihat ialah perniagaan itu banyak mempunyai
laba dan balanya tetapi perniagaan banyak mempunyai dugaan.Lagipun mereka yang
tidak kuat iman akan mendapati keuntungan perniagaan yang diperoleh sentiasa
tidak cukup-cukup
6.Pada pendapat anda, apakah kebaikan jika Khoja
Maimun membawa isterinya bersama-sama semasa belayar untuk berniaga? Kemukakan
tiga pendapat anda. [3M]
sekiranya
Khoja Maimun ingin belayar untuk berniaga hendaklah membawanya bersama-sama
supaya Khoja Maimun tidak mengalami masalah atau binasa . Lagipun isterinya
dapat dilindungi daripada sebarang kejahatan.
Lagipun,
isterinya dapat membantunya berniaga.
Topik A+ Sasbadi
4.
Berikan dua sebab Khoja
Maimun ingin sangat pergi belayar.[2 markah]
Khoja
Maimun memerlukan wang untuk hidup/berbuat sesuatu selain dia ingin mendapat untung yang banyak
5.
Nyatakan tiga perkara yang
membimbangkan isteri Khoja Maimun
membenarkan suaminya pergi belayar untuk berniaga.[3 markah]
Yang
dibimbangkan ialah balanya pun amat besar
dan banyak dugaan dalam dunia ini . Lagipun banyak yang mahal dan cemar dalam
dirham.
9.Sebagai
isteri, apakah tindakan yang akan anda lakukan ketika suami keluar mencari
nafkah?Nyatakan tiga tindakan
tersebut.[3]
Tindakannya
ialah menjaga kehormatan diri . Memelihara maruah suami dan melaksanakan urusan
rumah tangga sebaik-baik mungkin
Offord(ms73-74)
10..Apakah
maksud kata-kata anak raja katakan aku
berkehendakkan dia dengan barang- barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud
aku ini?(2 markah)
Dia
mahu perempuan tua menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab bahawa dia
suka akannya. Anak raja mahu perempuan itu menggunakan pelbagai muslihat supaya
hasratnya tercapai.
7.
Nyatakan perwatakan
Bibi Zainab berdasarkan petikan.(3 markah)
Seorang
isteri yang menduakan suaminya. Seorang wanita yang mudah tergoda dengan
godaan.Seorang wanita yang cantik.
6.
Pada pendapat anda,
mengapakah Bibi Zainab bersikap demikian?(3M)
Bibi Zainag terlalu rindu akan
belaian suaminya. Lagipun dia telah jatuh cinta akan anak raja yang sangat
kacak. Yang penting dia tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
Ms74sebermula
maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun.....neraka jahanam)
7.
Berikah maksud rangkai kata istimewa pula
sangat kejahatannya.
[2 m]
Maksud
rangkai kata istimewa pula sangat kejahatannya ialah lebih-lebih lagi
kesalahannya itu.
8.
Berdasarkan petikan di
atas, apakah amaran yang diberikan oleh Tiung kepada Bibi Zainab?[3m]
Amaran yang diberikan oleh Tiung
kepada Bibi Zainab ialah ketakutan terhadap Allah dan malu kepada Nabi SAW
kerana perbuatan itu ditegah oleh Allah dan dilarang oleh Nabi SAW. Perempuan
yang menduakan suami juga akan dimasukkan oleh malaikat ke dalam neraka.
12.Jika anda
ialah Bibi Zainab, apakah yang akan anda lakukan supaya rasa rindu kepada suami
dapat diatasi dengan cara yang baik?[3
Jika
saya ialah Bibi Zainab, saya kan mengatasi rasa rindu tersebut dengan melaku-
kan aktiviti yang berfaedah bersama jiran-jiran. Saya juga boleh mengikuti
kelas atau kursus kemahiran seperti kelas jahitan atau sulaman.Selain itu, saya
juga akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti membantu anak-anak yatim
dan orang tua-tua.
Ms75-76
Sebermula setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata Tiung itu... . Demikianlah
adanya!”
9. Berikan maksud
serta
disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya
yang
terdapat dalam petikan.(2)
Maksud serta disentapkannya dari sangkamya lalu dihempaskannya adalah
ditarik dengan kuat dari kurungannya lalu dilempar dengan kuatnya.
10.
Mengapakah Bayan berpura-pura
tidur setelah melihat peristiwa
Bibi Zainab dan Tiung?(3 markah)
Bayan berpura-pura tidur setelah
melihat peristiwa Bibi Zainab dan Tiung kerana tidak mahu menerima nasib yang
sama seperti Tiung yang telah dibunuh oleh Bibi Zainab. Selain itu. Bayan tidak
mahu Bibi Zainab mengetahui bahawa Bayan melihat peristiwa Tiung dibunuh oleh
Bibi Zainab.
15.Pada pendapat anda,
wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu? (4
markah)
Pada
pendapat saya, Bibi Zainab tidak wajar menemui anak raja itu kerana Bibi Zainab
telah bersuami dan tidak wajar seorang isteri menemui lelaki lain.
Selain
itu, Bibi Zainab tidak wajar menduakan suaminya kerana perbuatan itu dilarang
oleh agama
Bab 2 Cetera
Pertama Ms78 Setelah didengar
oleh saudagar itu, ...- perempuan itu seperti kata Bayan itu.
16.Apakah maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?(2 markah)
Bayan
hendak membantu isteri saudagarkembali semulakepada suaminya/membantu isteri
saudagar memulihkan semula hubungannya dengan suaminya.
17.Huraikan dua nilai
daripada petikan dan dua
nilai daripada keseluruhan cerita ini.(3 markah)
Nilai
Bijaksana, contohnya Bayan menggunakan akal untuk mengangguhkan tindakan Bibi berjumpa dengan anak raja. Nilai kesedaran.contohnya, isteri sauudagar Istanbur
telah insaf dan bertaubat. Pada keseluruhannya, nilai ketaatan, contohnya Taif
taat kepada raja Tabristan. Nilai kasih sayang.Contohnya, khoja maimun sangat
sayang kepada isterinya.
18.Pada pendapat
anda, mengapakah seseorang isteri mesti mentaati suaminya?(3M)
Suami
merupakan ketua keluarga dan sewajarnya dia dihormati. Sifat yang diamalkan
oleh isteri akan dicontohi oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Ketaatan
seseorang isteri juga akan menjadikan rumah tangga sentiasa tenang.
No comments:
Post a Comment