Cerita
ini mengemukakan tema kelebihan dan
kesaktian yang ada pada Awang Sulung Merah Muda dan kemampuannya menghadapi
pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.
Persoalan
1. Keistimewaan dan
kelebihan seseorang tidak dapat dinilai daripada penampilan luaran semata-mata.
2. Dugaan semasa pelayaran.
3. Sesuatu tempat pasti
mempunyai adat resam tersendiri.
4. Pembohongan yang
bertujuan mendapatkan ganjaran dan pujian.
5. Tindakan raja yang
terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik sesuatu yang didengarnya.
1. Awang Sulung ialah
anakanda kepada Tuanku Si Helang Laut dan cucu kepada Si Helang Mawai.
2. Awang Sulung menyamar
sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung panjang Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa.
3. Awang Sulung merendah
diri. Baginda tidak menunjuk-nunjukkan kelebihan dan kesaktian yang
dimilikinya.
4. Awang Sulung berwajah
tampan hingga menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Si Kembang Cina
terpikat padanya.
5. Awang Sulung memiliki
keris dan pedang sakti.
6. Awang Sulung memiliki
pelbagai kesaktian. Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, tidak
perlu memegang kemudi semasa belayar, menukarkan air masin menjadi air manis,
dan sebagainya.
7. Awang Sulung berkahwin
dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
8. Awang Sulung pandai
berpantun.
9. Awang Sulung suka
bersabung ayam.
Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa
1. Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa ialah anak kepada Tuanku Nakhoda Tua.
2. Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung.
3. Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa terlalu mengikut perasaan dan sanggup terjun ke laut apabila Awang Sulung
berhasrat untuk balik ke Bandar Mengkalih.
4. Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa tegas dalam menegakkan kebenaran apabila menyanggah pendapat ayahandanya
yang terpengaruh oleh tipu daya jurumudi.
Si
Kembang Cina
1. Si Kembang Cina orang
suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Si Kembang Cina taat akan
perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Si Kembang Cina pandai
memujuk Awang Sulung.
4. Si Kembang Cina
bersubahat dengan jurumudi untuk menganiayai Awang Sulung.
Tuanku
Nakhoda Tua
1. Tuanku Nakhoda Tua ialah
ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Tuanku Nakhoda Tua mudah
percaya akan percakapan orang.
3. Tuanku Nakhoda Tua kesal
akan kesilapannya yang memandang rendah terhadap Awang Sulung.
4. Tuanku Nakhoda Tua
menepati janji, iaitu mengahwinkan sesiapa yang dapat menyelamatkan
pelayarannya dengan puterinya.
1. Jurumudi pandai menipu
dengan mendakwa bahawa dialah yang menyelamatkan geliung daripada amukan Tuan
Puteri Dayang Nuramah dan serangan lanun.
2. Jurumudi bercita-cita
untuk mengahwini Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Jurumudi berasa iri hati
terhadap Awang Sulung yang mendapat perhatian Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
4. Jurumudi pengecut apabila
lari lintang-pukang menyelamatkan nyawa daripada serangan lanun.
Latar
tempat dalam cerita ini adalah di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa, di Pulau Tapai, di Pulau Salah Nama, dan di Negeri Pati Talak Terengganu.
Latar
masanya pula ialah siang dan malam, iaitu sepanjang pelayaran menuju ke Tanah
Jawa.
1. Masyarakat golongan
bangsawan yang menjadi pemerintah. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak
Terengganu yang memerintah di situ.
2. Masyarakat golongan
bawahan yang bekerja untuk raja, misalnya anak-anak kapal geliung panjang Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa.
3. Masyarakat yang taat akan
pemerintah seperti Si Kembang Cina dan Bujang Selamat.
4. Masyarakat lanun yang
suka melakukan rompakan di laut.
5. Masyarakat yang suka
bertaruh seperti Awang Sulung yang mempunyai ayam sabung, Kinantan Suci, dan
pihak di Negeri Pati Ttlak Terengganu pun siap mempunyai ayam dan gelanggang
sabungan.
6. Masyarakat yang kuat
mengamalkan adat resam. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu
mempunyai adat menyambut tetamu asing dan Awang Sulung pula berminat untuk
mengetahui adat di negeri itu.
Binaan Plot
Peristiwa-peristiwa
dalam cerita ini dijalin secara kronologi.
1. Pada bahagian pengenalan
atau eksposisi, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedang mengemudi geliung panjangnya
dengan laju. Dia kemudiannya meminta bantuan Awang Sulung yang ketika itu
berkeadaan hitam dan comot kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak
sedarkan diri.
2. Plot terus berkembang
dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan kelebihan dan kesaktian Awang Sulung
semasa dalam pelayaran.
3. Pada bahagian perumitan,
kumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu.
Apabila Awang Sulung telah berjaya menyelamatkan geliung itu, jurumudi pula
memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua sehingga Tuanku Nakhoda Tua hampir menikahkan
jurumudi itu dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
4. Plot mencapai tahap
puncak atau klimaks apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi ayahandanya
kerana terlalu mempercayai jurumudi. Tuan Puteri menyatakan bahawa Awang
Sulunglah yang bertanggungjawab menyelamatkan geliung itu daripada serangan
lanun.
5. Pada bahagian peleraian,
Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang
Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak
Terengganu dan singgah di sana.
1.Teknik
pemerian
Pengarang
memerihalkan keadaan di dalam geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Contohnya:
Geliung panjang kenaikan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa meluncur laju meredah lautan dalam bagai pucuk
dilancarkan, bagai kumbang putus tali. Oleb sebab terlalu lajunya, seluruh isi
geliung itu babis muntah-muntah dan mabuk Hanya tiga orang saja yang tidak
mabuk, iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menjadi jurumudi, Si Kembang
Cinanya dan Awang Sulung Merah Muda yang masib comot dan hitam itu. (hal. 31)
(b)
Pengarang memerihalkan perjalanan Awang Sulung Merah Muda yang turun ke Negeri
Pati Talak Terengganu. Contohnya:
Setelah mendapat izin isterinya,
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun
pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disurubnya
mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya
pula mendayung sampan tunda menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak
Terengganu.(hal. 46)
Teknik
dialog
Dialog
antara Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Si Kembang Cina. Contohnya:
Si kembang Cina berlari-lari
mendapatkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyampaikan cakap Awang Sulung itu.
“Pergilah kaupujuk dia sekali
lagi. Gunakanlah bahasa yang lembut sedikit!”“Baiklah, Tuan Puteri.” (hal. 31)
Dialog
antara Tuanku Nakhoda Tua dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Contohnya:
Mendengar jawapan itu Tuanku
Nakboda Tua bertanya kepada puterinya, “Wahai anakanda, nampaknya Awang Sulung
telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang
kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula. ”
“Anakanda tidak mahu, ayabanda.
Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan? Pergilah ayahanda
memanggilnya sendiri.” (hal. 41)
Teknik
saspens
Ketika
Tuanku Nakhoda Tua mempercayai penipuan jurumudi buat kali yang kedua, lalu
terus menitahkan Mualim Cik Mas untuk menikahkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
dengan jurumudi. Pembaca tertanya-tanya apakah agaknya tindakan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda?
Ketika
Kinantan Suci berlaga dengan ayam di Negeri Pati Talak Terengganu, Kinantan
Suci menggelepar kerana kepaknya cedera. Pembaca tertanya-tanya mampukah
Kinantan Suci memenangi pertandingan itu?
Gaya Bahasa
Bahasa
klasik. Contohnya: geliung. (hal. 31)
Bahasa istana. Contohnya:
santap (hal. 32), bonda (hal. 36), beta, patik, adinda, kakanda,
titab. (hal. 37)
Simile. Contohnya:
bagai pncuk dilancarkan (hal. 31), bagaiair
di
kuali (hal. 32), bagai
purnama
empat belas hari bulan (hal. 40), baga
kilat
sembur-menyembur. (hal. 47)
Peribahasa. Contohnya:
bagai
kumbang putus tali (hal. 31), berkecil bati, enau
mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan. (hal. 41)
Pantun.
Contohnya:
Anak
udang kepit kepayang,
Berderai-derai
pucuknya jati;
Anak
orang tengahlah sayang,
Pada
bercerai maulah mati. (hal. 44)
Seloka.
Contohnya:
Nobat
merpati di gunung,
Memberi
salam murai di pintu,
Berbega
burung di bumbungan,
Berkokok
si tambaitg denak,
Membalas
kinantan suci,
Bertutu
ketitir jantan,
Berkokok
balam tembaga tigagaya,
Berbunyi
sekalian bunyi-bunyian. (hal. 47)
1. Nilai berani. Setiap orang mesti
berani menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun
semasa dalam pelayarannya.
2. Nilai merendah diri. Sikap merendah diri
tidak akan merendahkan darjat atau kelebihan seseorang. Contohnya, Awang Sulung
yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak
menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
3. Nilai bijaksana. Setiap
pemimpin mestilah bijaksana menyelesaikan masalah. Contohnya, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal
semasa dalam pelayaran.
4. Nilai kasih sayang.
Setiap orang mesti hidup dalam suasana kasih sayang. Contohnya, Awang Sulung
dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi antara satu dengan yang
lain.
5. Nilai baik hati. Setiap
orang seharusnya bersikap baik hati, terutamanya kepada pihak yang ada membantu
kita. Contohnya, Awang Sulung sudi membantu menjadi jurumudi apabila Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa kepenatan.
6. Nilai rasional. Setiap
orang mestilah berhkir dan bertindak secara rasional. Contohnya, Nakhoda Tua sanggup
menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata
jurumudi.
7. Nilai semangat
bermasyarakat. Kita mesti hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang Sulung berminat
untuk mengetahui adat resam masyar^kat luar dengan bertanya kepada penghulu
gelanggang tentang adat bergelanggang.
1. Kita hendaklah berani
menghadapi pelbagai rintangan.
2. Kita janganlah suka
meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan.
3. Kita hendaklah bijak
menyelesaikan masalah yang timbul.
4. Kita hendaklah menyayangi
sesama insan dan tidak berdendam.
5. Kita hendaklah bersedia
memberikan bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
6. Kita hendaklah sanggup
menerima kebenaran dan ddak mudah diperdayakan.
7. Kita hendaklah
mengutamakan kehidupan bermasyarakat.
No comments:
Post a Comment