Sinopsis Raja Zainu’l Muluk yang memerintah Syarqastan dalam keadaan gering. Menurut nujum, penyakit baginda akan sembuh sekiranya memperoleh bunga bakawali. Keempat-empat anak baginda pergi mencari bunga bakawali, kecuali Taju’l Muluk. Sudah lama merantau, putera baginda tidak juga kembali kerana termasuk perangkap Puteri Jenuh Hati, yang pandai bermain catur menyebabkan Taju’l Muluk pergi mencari. Taju’l Muluk bekerja dengan seorang amir dan setiap hari selama dua jam dihabiskan bermain catur. Setelah dia mahir, dia pun pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati untuk menyelamatkan adik-adiknya. Untuk mendapat masuk ke mahligai tersebut, Taju’l Muluk terpaksa mengaku seorang perempuan tua sebagai neneknya. Menurut nenek itu, kehebatan Puteri Jenuh Hati bermain catur kerana memelihara seekor kucing dan tikus. Sekiranya baginda hendak kalah, segera diisyaratkan kepada kucing, kemudian kucing akan menggoyangkan kepalanya, lalu padamlah pelita itu. Ketika itulah tikus akan keluar mengacau buah catur. Strategi ini digunakan menyebabkan baginda dapat mengalahkan berates-ratus orang raja. Apabila mengetahui akan rahsia itu, Taju’l Muluk membeli seekor musang dan dajar anak musang itu. Apabila dia memetik tangan, keluarlah musang itu. Dengan menggunakan kuda dan memakai pakaian lengkap, Taju’l Muluk pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati. Puteri Jenuh Hati melayan kedatangan Taju’l Muluk dengan baik. Kemudian Taju’l Muluk mengajak Puteri Jenuh Hati bermain catur. Dalam pusingan pertama, Taju’l Muluk kalah. Ketika pusingan kedua, Puteri Jenuh Hati hamper kalah, lalu baginda member isyarat kepada kucing, menyebabkan pelita terpadam dengan sendirinya. Taju’l Muluk kemudian member isyarat kepada anak musangnya, lalu anak musangnya itu mengejar tikus yang hendak mengacau catur. Oleh sebab Puteri Jenuh Hati tidak dapat menipu, baginda kalah teruk di tangan Taju’l Muluk. Setelah harta benda Puteri Jenuh Hati habis, Taju’l Muluk membuat pertaruhan dengan Puteri Jenuh Hati. Menurutnya, jika dia kalah, baginda boleh mengambil harta yang dimenanginya. Manakala, sekiranya baginda yang kalah, dia akan mengambil semula harta yang tinggal milik Puteri Jenuh Hati. Akhirnya pertandingan itu memihak kepada Taju’l Muluk. Dia kemudian menceritakan tujuan dia datang ke mahligai tersebut. Akhirnya, adik Taju’l Muluk dibebaskan. Menurut cerita Puteri Jenuh Hati, Bakawali merupakan anak raja yang besar kerajaannya. Di dalam taman piteri itu terdapat sebuah kolam dan di tengah kolam tersebut terdapat bunga bakawali yang dicari Taju’l Muluk selama ini. Untuk mencari kekuatan, Taju’l Muluk menceritakan kisah seekor harimau dengan Brahman. Dengan semangat yang kuat, Taju’l Muluk pergi ke sempadan negeri Bakawali. Setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya Taju’l Muluk menemui raksasa dan dia terpaksa berbaik-baik dengan raksasa tersebut. Dengan bantuan raksasa, jin telah membawa Taju’l Muluk terbang menemui Dewi Hamalah. Taju’l Muluk menunjukkan surat yang ditulis oleh raksasa. Apabila jin itu pulang, Dewi Hamalah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah. Nilai Sinopsis Bab 1 Bab 2 Bab 3 Nilai Antara nilai murni ialah kasih sayang, contohnya Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan menemui Maharaja Indera Dewa untuk memperoleh mempelam dan buah nangka. Seterusnya tanggungjawab, contoh Si Miskin bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membina pondok untuk mereka sekeluarga tinggal. Selain itu hemah tinggi, contohnya Si Miskin tunduk dan menyembah tanda hormat apabila menemui Maharaja Indera Dewa. Pengajaran Antara pengajaran ialah kita perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua, contoh yang ditunjukkan oleh Betara Angkasa Indera Dewa yang tidak mendengar nasihat Betara Guru bahawa hidup di dunia ini akan mengalami kesusahan, janganlah diikuti. Selain itu kita hendaklah mengasihi isteri kita, contohnya Si Miskin berusaha menunaikan hajat isterinya yang mengidam dengan berusaha mendapatkan buah mempelam dan nangka. Akhir sekali pemerintahan perlu bersikap adil terhadap rakyat, contohnya Maharaja Indera Angkasa memerintah Puspa Sari dengan adil menyebabkan rakyat menyayanginya dan negerinya makmur.
|
Sinopsis Kemangkatan Tuanku Si helang Laut dan permaisurinya di Bandar Mengkalih menyebabkan anaknya Awang Sulung Merah Muda dipelihara oleh Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjang. Kemudian Awang Sulung dihantar mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Awang dapat membaca hingga khatam pada malam ketujuh. Seterusnya Awang Awang Sulung diajar belajar ilmu bahasa akal dan bahasa Arab di rumah Tuan Malik Kecil. Dalam masa yang singkat sahaja Awang Sulung dapat menguasai ilmu yang dipelajarinya. Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh bapa saudara yang memeliharanya, Datuk Batin Alam. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang. Setelah sembuh daripada khatan, tukang mengasah gigi di panggil ke istana. Baja kayu disapukan ke gigi Awang Sulung menjadikan sesiapa yang terpandang wajah Awang Sulung akan terpikat. Nilai Pengajaran
|
Tempang Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain bola sepak dengan teman-temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran, menyebabkan Kamil selalu menghinanya. Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin membalas, tetapi ditegah oleh Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan Kamil tidak berpuas hati. Pertengkeran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas. Pada hari perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada Hafizi. Nilai Pengajaran
|
Tukang Lama Sejak kembalinya Manas ke kampung setelah menamatkan kursus di sekolah Seni Bina, sambutan masyarakat terhadap Pak Talib terhadap kerja-kerja membina rumah semakin kurang. Orang sekarang tidak menyukai bentuk rumah berkelepak dua yang dibuat olehnya. Jika ada yang menjemput Pak Talib, hanya membina reban ayam. Hal ini menyebabkan isterinya Mak Lamah selalu meleterinya. Hari itu dia berjaya menyudahkan membina reban kepunyaan Mamat. Setelah selesai kerja yang dilakukan selama empat hari, dia diberikan upah sebanyak RM 10.00, Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa terhina terhadap kerjaya yang dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan bimbang akan dimarahi oleh isterinya. Pada waktu malam, Mak Lamah memberitahu ada orang merisik anaknya, Si Timah. Apabila diberitahu calon menantunya ialah Manas, hati Pak Talib berbunga keriangan. Nilai Murni Pengajaran
|
Yuran Amin meminta wang sebanyak RM60.00 daripada emaknya, Mak Jah untuk membayar yuran sekolah. Mak Jah tidak dapat memberi kerana tiada wang. Di sekolah, Cikgu Arsad mendesak Amin membayar yuran sukan dan yuran PMR esok. Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan, lalu mengambil keputusan ponteng sekolah. Ketika dia desang melihat permainan video, dia dilanggar dari arah sisi oleh seseorang, menyebabkan buku dalam begnya bertabur. Seorang wanita menjerit meminta pertolongan. Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah. Amin segera mengejar pemuda ditu dan berjaya menangkap lelaki itu. Anggota polis segera memberkas pemuda tersebut. Wanita yang dibantu tadi menyoal Amin. Apabila dirinya dikatakan ponteng sekolah, Amin segera meninggalkan wanita itu. Apabila Amin tiba di rumah dan melihat Amin tidak membawa beg, Mak Jah tahu anaknya ponteng sekolah. Ketika Mak Jah sedang meleteri akan sikap Amin, wanita tadi muncul dengan keretanya. Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah. Kemudian wanita tersebut menyerahkan sedikit wang sebagai membalas jasa Amin. Amin berasa terharu dan berjanji akan meneruskan cita-citanya. Nilai Murni Antara Nilai murni ialah keberanian, contohnya Amin berani menangkap pemuda yang meragut beg seorang wanita. Selain itu hemah tinggi, contohnya Mak Jah tidak segera menerima pemberian wang daripada wanita yang ditolong oleh anaknya, sebaliknya pada peringkat awal ditolak secara baik. Akhir sekali kesyukuran, sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada wanita menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga Amin. Pengajaran Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu memahami masalah yang ditanggung oleh orang lain, contohnya yang ditunjukkan oleh Cikgu Arsad yang mendesak Amin membayar yuran tidak patut diikuti. Selain itu kita hendaklah mengutamakan pelajaran, contohnya yang ditunjukkan oleh Amin yang ponteng sekolah janganlah diteladani. Seterusnya kita seharusnya membalas jasa orang, contohnya wanita itu memberikan sagu hati kepada keluarga Amin kerana Amin pernah menolongnya.
Trauma Embah Untuk menjaga kesihatan, ibu memakan pelbagai jenis vitamin. Ibu berasa gembira apabila anak dan cucunya pulang ke kampung. Untuk mengisi masa terluang, ibu menjalankan perniagaan dari jam 3.00 petang hingga 6.00. Perniagaan berbentuk ”parti serbaneka” dijalankan tanpa asas perniagaan. Ibu belajar setakat darjah enam dan disuruh kahwin dengan abah yang bertugas sebagai guru. Ketika muda, datuk bekerja sebagai penoreh getah. Manakala embah akan membantu mengutip getah susu. Embah tidak mengabaikan tugasnya membesarkan lima orang anak kandung dan empat orang anak tiri. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua. Apabila datuk meninggal, embah dijaga oleh anaknya, mak cik penulis. Sejak embah tiada, ibu terasa kehilangan dan rumah embah dirobohkan. Embah pulang ke kampung kerana rindukan kampung halaman. Kemudian embah ke Kuala Lumpur lagi dan tinggal di rumah anaknya. Apabila embah sakit, ibu berulang alik ke Kuala Lumpur. Seterusnya, apabila suami mak cik meninggal dunia, embah dibawa pulang ke rumah ibu di kampung, setelah hampir 20 tahun tinggal di kota. Ibu menjaga embah dengan penuh kasih sayang. Pada satu malam, embah mengigau dan menyebut ”budak itu”. Sebenarnya embah masih trauma tentang kematian dua anaknya dahulu;seorang berusia tiga tahun diserang demam panas dan seorang lagi berusia dua tahun terjatuh ke dalam kolam. Embah menyimpan penderitaan di dalam jiwa kerana datuk melarang embah menangis. Kesabaran ibu telah menginsafkan penulis untuk menjadi seorang anak yang dapat menjaga ibunya satu hari nanti. Nilai Murni Pengajaran
Sepucuk surat daripada kawan Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis membaca surat itu sebanyak lima kali. Abe yang kini belajar di Kelantan memberitahu akan berpindah dan bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut kedatangan Abe di stesen bas. Petang itu penulis dan Abe berjalan-jalan di sekitar Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar di Berjaya Megamall, Kuantan selama lima jam. Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe cemerlang dalam pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu penulis membawanya pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu bapa Abe membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk surat. Dalam surat itu Abe memberitahu keinginan untuk menjadi seorang pelakon dan Abe menulis tentang kesihatannya. Belum sempat penulis habis membaca surat itu dan mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis mengejar adiknya, tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe. Nilai murni Pengajaran
|
Drama Zali memberitahu keinginannya mengenali pengawas bernama Zalina dengan lebih lanjut. Jais mencadangkan agar Zali menulis sepucuk surat tanpa meletakkan nama dan dalam surat itu dinyatakan ingin berkenalan dan bersahabat. Badar memberitahu agar Zali menyatakan keinginannya berbincang tentang pelajaran. Jais terus mencadangkan agar meletakkan surat itu di dalam meja Zalina, kemudian melihat reaksi pengawas itu. Apabila Zalina muncul, Badar mengusik tetapi tidak dilayan oleh Zalina. Zali telah meletakkan surat di dalam meja Zalina. Kini dia sedang menanti reaksi daripada Zalina. Tiba-tiba Zalina mengajak Fatimah bertemu Cikgu Halil. Zali mengingatkan Badar supaya jangan mengaku dan Badar pula yakin Zalina tidak berani memberitahu hal itu kepada guru. Apabila Cikgu Halil masuk, guru itu meminta semua murid mengeluarkan buku latihan dan karangan. Daripada pengecamannya, Cikgu Halil mendapati tulisan Zali mirip tulisan dalam surat yang diberikan oleh Zalina kepadanya. Setelah didesak, akhirnya Zali mengaku. Cikgu Halil tidak mengambil tindakan terhadap Zali kerana Zalina telah memaafkan kesalahan Zali. Nilai murni Pengajaran
Arah ke mana Nilai murni Pengajaran
Mendung Hitam Beralih Jua Pak Seman datang bertujuan mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya untuk majlis kenduri doa selamat. Kemudia Pak Jusuh meluahkan kesusahan hidupnya. Pak Seman memujuk Pak Jusuh ke tanah rancangan agar hidupnya boleh berubah. Pak Jusuh bersetuju dan mereka berjanji untuk ke rumah tuk penghulu pada esok hari. Nilai murni Pengajaran
|
2 comments:
Why no answer 4the latihan komsas de??????????????Cepat upload la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dun worry, i also enjoy my holiday ma..we stil got time, so.. SLOW.. be RELAX
Post a Comment