Saturday, July 27, 2013

Peperiksaan pertengahan tahun 2013 SMJK Jit sin
sample karangan pelajar
                  Industri kraf tangan di negara kita semakin penting pada hari ini. Industri ini telah banyak memberi faedah kepda lapisan masyarakat.

                   Antara kepentingannya ialah industri kraf tangan merupakan tarikan pelancongan. Pelancong-pelancong dari luar negara mahupun dari negara kita suka membeli kraf tangan tempatan sebagai kenangan.

               Seterusnya, industri kraf tangan penting untuk penduduk kerana industri ini dapat meningkatakan pendapatan penduduk. Jika pendapatan mereka menigkat, taraf hidup mereka akan meningkat juga. Secara tidak langsung, ekonomi negara kia akan meningkat.

                           Selain itu, idustri kraf tangan akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan terutamanya di luar bandar. Dengan itu, kes pengangguran akan berkurang. Kadar kemiskinan akan turun juga.

              Industri kraf tangan sangat penting di negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah berusaha mengusahakan industri tersebut.
(15%-3A5-Khaw)

                                 Pada era pascakemerdekaan ini, kemudahan awam seringkali dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini diibaratkan duri dalam daging dalam masyarakat. Gejala ini telah memberi masalah yang banyak kepada negara.

                                       Pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut lebih banyak terdiri daripada remaja yang berfikiran setahun jagung. Mereka tidak dapat membezakan intan dariada kaca. Ada juga remaja yang menjalankan kegiatan ini untuk melepaskan geram dan tekanan yang dihadapi mereka. Mereka yang tidak menerima ajaran agama juga akan menjalankan perbuatan yang bernafsi-nafsi dan bersikap baga beraja di mata, bersultan di hati.

                                       Pihak kerajaan merupakan pihak yang paling penting untuk menangani masalah ini. Pihak kerajaan sewajarnya mengadakan kempen-kempen bertemakan cinta akan kemudahan awam seperti kempen “harta awam, hartaku”. Selain itu, pihak kerajaan perlulah menampal poster tentang menjaga kemudahan awam di tempat awam. Di samping itu, pihak kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman berat terhadap rakyat yang merosakkan kemudahan awam.

                                     Media massa juga merupakan perwatakan yang tidak boleh dipandang ringan. Banyak rancangan yang mengenai perbuatan merosakkan kemudahan awam terdapat dalam televisyen. Ekoran itu, rancangan yang hendak disiarkan perlulah ditapi sebelum disiarkan. Media massa juga perlulah senantiasa menyiarkan iklan-iklan tentang cinta aka kemudahan awam.

                                         Pihak sekolah juga perlu mendidik pelajar supaya tidak merosakkan kemudahan awam sejak di bangku sekolah. Pihak sekolah patutlah meberi ajaran moral kepada murid-murid. Bak kata pepatah, jika guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, guru perlulah bertanggungjawab bersikap baik di hadapan murid. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti tentang membersihkan kemudahan awam. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Pelajar akan menjaga kemudahan awam dengan baik walaupun tidak berada di seklah.

                                          Ibu bapa merupakan watak penting untuk membendung masalah ini. Bak akta pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa mestilah memberi ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memanifestasikan ibu bapa perlulah bersikapbaik kerana anak-anak akan mencotohi sikap mereka. Ibu bapa merupakan idola anak-anak. Ekoran itu, ibu bapa hauslah bersikap baik di hadapan anak-anak mereka.

                                           Jika kemudahan awam terus dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, imej negara akan terjejas. Dengan tidak langsung, pelancong dari luar negara akan berkurang. Hal ini akan menyebabkan ekonomi negara kita merosot. Selain itu, rakyat kita tidak dapat menggunakan kemudahan awam tersebut pada masa kecemasan jika kemudahan awam telah dirosakkan.Pihak kerajaan juga perlu membazirkan wang yang banyak untuk membaik pulih kemudahan-kemudahan tersebut.

                                          Secara ringkasnya, masalah ini perlu dibendung sebelum nasi menjadi bubur. Masalah ini akan dibendung jika masyarakat bekerjasam bagai aur dengan tebing dan megikiskan sikap takut digelar jaga tepi kain orang lain. Jika masalah tersebut tidak dibendung, masalah yang lebih besar akan kita hadapi.
(32- 3A5- Khaw)  

Thursday, July 25, 2013

contoh karangan

industri kraf tangan di negara kita

memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa memainkan peranan signifikan dalam  industri kraf tangan . Hal ini membawa konotasi bahawa media massa ialah alat penyebar maklumat pada langit alaf baharu ini. Dengan arus perdana ini, media massa akan mendominasikan minda dan menganjak paradigma setiap individu. Sebagai tamsilannya, rancangan yang berunsur motivasi dan khidmat nasihat  harus disiarkan oleh pihak media massa secara konsisten. Sudah terang lagi bersuluh, pihak media massa memanglah berperanan penting dalam mempopularkan industri kraft tangan. Oleh itu, pihak media harus menyiarkan rancangan yang dapat menyebarkan kraf tangan supaya dapat memangkinkan pembangunan negara.
)90 patah perkataan oleh pelajar Ng Yong Han,SMJK jit Sin=


Pembetulan:
memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa memainkan peranan signifikan dalam mempropagandakan industri kraf tangan kepada masyarakat marhaen. Hal ini membawa konotasi bahawa media massa ialah alat penyebar maklumat pada langit alaf baharu ini. Dengan arus perdana ini, paparan dan siaran berkenaan akan mendominasikan minda dan menganjak paradigma setiap individu tentang estetika kebudayaan kraf tangan. Sebagai tamsilannya, rancangan yang berunsur dokumentasi dan khidmat nasihat tentang perkembangan kraf tangan harus disiarkan oleh pihak media massa secara konsisten. Sudah terang lagi bersuluh, pihak media massa memanglah berperanan penting dalam mempopularkan industri kraft tangan. Oleh itu, pihak media harus menggalas mandat daripada pihak kerajaan untuk menyiarkan rancangan yang dapat menyebarkan kraf tangan ke seantero pelosok supaya semua orang mengenali kebudayaan krat tangan yang unik dan tiada berbagai kerana tak kenal maka tak cinta.

kejayaan Malaysia

Kejayaan Malaysia dalam Bidang Perubatan

Kesan bahan aktif didalam air liur lintah terhadap pesakit jantung
Apabila perjalanan darah tersekat pengalirannya ke jantung, serangan jantung akan berlaku dalam sekelip mata. Sekiranya perkara ini tidak dapat dirawat dengan betul dan pantas, kekurangan udara akan berlaku dan akibatnya otot jantung akan berhenti berfungsi.Pesakit yang mengalami koronari trombosis perlu menjalani rawatan berjadual dengan ejen pencair darah seperti Aspirin atau Heparin demi untuk mengelakkan serangan lanjutan. Namun bahaya tetap ada, rawatan tersebut tidak dapat memberi kesan efektif sehingga 100 peratus.
Penyelidik NZ di Green Lane Hospital Auckland mengusahakan masalah ini. Mereka telah mengkaji kesan dari kaedah perubatan baru yang dipanggil Bivaldurin melalui percubaan kaedah klinikal. Apa yang mereka dapati, bahan tersebut merupakan tindakan perubahan genetik enzim Hirudin, yang terdapat didalam air liur lintah. Bivaldurin mempunyai sifat mencegah kelikatan dalam jangkamasa yang lama dan mengurangkan keberangkalian serangan jantung kepada satu pertiga. Asas perubatan enzim air liur lintah telah dikenalpasti memberi kesan 30 peratus lebih efektif daripada pengunaan Heparin.
*********************************************************************************************
Lintah untuk rawatan
Tentu saja kita akan menjerit melihat lintah merayap di tubuh, malah jijik jika pacat melekat pada kasut atau stokin, kita pasti menjerit.
Tapi ramai yang tidak mengetahui, lintah dalam famili Hirudinidae dan nama saintifiknya Hirudo medicinalis mempunyai enzim yang dapat menahan darah daripada terus membeku semasa gigitannya justeru melancarkan peredaran darah.
Malah pelbagai artikel mengenai perubatan menggunakan lintah boleh didapati dalam Internet.
lintah akan diletakkan pada kawasan yang dirawat dan dibiarkan sehingga luruh sendiri
lintah akan diletakkan pada kawasan yang dirawat dan dibiarkan sehingga luruh sendiri
Lintah telah digunakan sejak berzaman dalam bidang perubatan terutama untuk membuang ‘darah kotor’ dalam badan.
Walaupun penggunaan lintah dalam perubatan dilupakan sekitar 1850-an tetapi telah dipopularkan semula.
Kini, lintah digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memulihkan pengedaran darah dalam tisu seperti di jejari dan telinga.
Agen anticoagulant atau anti pembekuan darah yang ada pada lintah juga amat berguna dalam pembedahan bagi membolehkan tempat yang dibedah sentiasa terbuka.
Lintah akan menghisap darah kotor pada badan pesakit yang mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Lintah akan dibiarkan menghisap darah sehingga kenyang dan berhenti sebelum luka dibersihkan menggunakan antiseptik.
“Antara masalah yang dirawati menggunakan kaedah tersebut adalah masalah senggugut, gout, sakit kepala, sakit pinggang, bengkak, resdung, kencing manis dan barah payu dara,”
**************************************************************************
Atasi senggugut guna lintah
SENGGUGUT atau premenstrual dysphoric disorder/dysmenorhoea merupakan sakit yang timbul ketika kedatangan haid. Senggugut boleh dibahagikan pada dua jenis, iaitu senggugut primer dan senggugut kedua.
LINTAH mula dilepaskan pada belakang pinggang berpandukan pada poin dan mula menghisap darah kotor.
LINTAH mula dilepaskan pada belakang pinggang berpandukan pada poin dan mula menghisap darah kotor.
Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Senggugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Senggugut ini kebiasaannya dialami seseorang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.
Selain mengalami sakit perut, penghidap senggugut juga akan mendapat sakit kepala, badan berasa seram sejuk, tidak lalu makan dan bagi yang kronik akan disertai dengan muntah atau cirit-birit.
Bagi penghidap senggugut, kedatangan haid boleh menyebabkan fobia atau ketakutan kerana terpaksa menderita lagi akibat sakit perut yang keterlaluan.
Masalah senggugut boleh dirawat atau dikurangkan menggunakan kaedah tradisional. Salah satu di antara kaedah alternatif yang popular pada masa kini ialah dengan menggunakan lintah.
Bekam lintah antara yang disediakan bagi pakej rawatan senggugut yang turut mengandungi bertangas dan urutan refleksologi.
Melalui rawatan ini, selepas bertangas kaki pelanggan akan diurut refleksologi selama setengah jam menggunakan keratan rotan yang ditekan pada poin-poin tertentu bagi melancarkan sistem saraf tubuh.
Seterusnya, beberapa ekor lintah akan dilepaskan pada permukaan kulit yang telah disapu dengan alkohol. Lintah akan ‘bertugas’ menghisap darah kotor dalam tempoh tertentu sebelum gigitan dicabut.

cara-cara meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysiac

pendahuluan:
sedasawarsa ini, taraf kesihatan tidak lekang di bibir ahli masyarakat. Peningkatan kadar menghidap penyakit kronik semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pelbagai penyebab penyakit kronik dan penyakit berjangkit telah dikenal pasti melalui kajian daripada pihak berkenaan. Namun, kesedaran masyarakatan tentang bahayanya penyakit kronik dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk yang rendah. Persis kata pujangga, "mencegah lebih baik daripada mengubati", sering ternging-nging di telinga kita bahawa pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak, tetapi, persoalannya, sejauh manakah pendekatan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat ini berkesan? Tepuklah dada tanya selera. Oleh itu, sebelum kuman menjadi barah, taraf kesihatan mestilah ditingkatkan sejajar dengan aspirasi negara, yakni "badan sihat otak cerdas".

memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa media massa mestilah memainkan peranan sebagai penyebar maklumat signifikan untuk meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan masyarkat yag berbilang kaum. Hal ini dibuktikan bahawa arus perdana ini merupakan wadah paling berkesan untuk menganjak paradigma generasi muda dan golongan tua tentang pentingnya gaya hidup dalam dunia mayapada ini. Secara implisit, rancangan motivasi dan khidmat nasihat melalui pelbagai media massa dapat mendominasi minda mereka daripada terhanyut dalam dunia hedonisme yang alpa tentang kesihatan diri. Cotohnya, rancangan kesihatan, forum, iklan , dan dokumentasi yang ditayangkan mampu menyedarkan masyarakat di seantero ceruk negara tentang kesihatan melambangkan kebahagiaan. Sudah terng lagi bersuluh bahawa Lembaga Filem Negara mestilah menapis rancangan yang mengagung-agungkan budaya hedonisme dan kebaratan yang hanya akan memudaratkan kesihatan diri.

Peranan kerajaan memanglah tidak dapat dikesisikan lagi. Umum mengetahui bahawa kesihatan mencerminkan citra masyarakat yang maju dan bertamadun, Semakin tinggi kadar kematian semakin mundurlah masyarakat ini. Pihak kerajaan yang mewara-warakan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" memanglah menunjukkan integriti dan komitmen untuk membangunkan negara kita, waima dari segi lahiriah mahupun dari segi batinian. Produk 1 Malaysia telah berjaya membantu berjuta-juta msyarakat marhaen yang mungkin serba daif dan kesesakan hidup. Oleh itu, peruntukan yang berterusan dalam bentuk subsidi, pengecuaian cukai, dan insentif semasa pembelian alatan kesukanan atau rawatan terapi emerupakan satu modus operandi yang amatlah digalakkan. Contohnya, sebanyak 200 buah klinik 1 Malaysia yang terbina di kawasan luar bandar dengan bayaran hanya RM1 telah membantu rakyat yang terbelenggu dengan kemiskinan dan kejahilan. Sudah bersuluh di tengah hari, kerajaan mestilah berpegang pada prinsip, berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek supaya taraf dan kualiti hidup dapat dirapatkan.

Selain itu, peranan penyelidikan dan pembangunan juga mesti dipergiat oleh pihak kerajaan supaya taraf kesihatan dapat dimartabatkan. Hal ini memanglah wajar kerana teknologi perubatan bukan sekadar omong-omong kosong, tetapi mestilah secara praktik dengan penyelidikan yang berterusan. Sebagai analogi, penceburan pihak kerajaan dalam penyelidikan dan pembangunan herba semakin diiktirafkan. Penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis mestilah dirawati sehingga akar umbinya. Sesungguhnya, kata pujangga" tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata" , herba dan perubatan tradisional yang telah digunakan sejak zaman leluhur menjamin bahawa taraf kesihatan akan dimartabatkan sekiranya setiap individu mengutamakan gaya hidup sihat.

Umum diketahui bahawa sukan menjana kesihatan yang tidak terhingga. Maka, pihak kerajaan seyogianya mengorak langkah untuk memberikan peruntuk kepada pemaju perumahan supaya membina taman rekreasi sejajar dengan peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman dicecah. Hal ini memanglah patut kerana kemudahan di negara kita masih jauh ketinggalan sekiranya berbanding dengan negara maju seperti Singapura. Kemudahan yang disediakan masih menunjukkkan kedaifan dan kekurangan yang terserlah. Sekiraya negara kita ingin meraih kejayaan menjelang ambang 2020, kemudahan kesihatan seperti velodrom, pusat gimnasium, stadium, gelanggang serba guna mestilah dinaik taraf supaya segenap lapisan masyarakat marhaen berpeluang menikmati kemudahan yang disediakan. Persoalannya, mengapakah hanya golongan berada berpeluang untuk bersantai-santai di pusat gimnasium, gelanggang renang, gelanggang golf? Tepuk dahi fikirlah minda? Peruntukan berjuta-juta tidak wajarlah sekadar bagai mencurahkan garam ke laut, namun implementasi yang menyeluruh wajiblah sejajar dengan aspirasi negara, yakni 1 Malaysia.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kerajaan mestilah melabur berjuta-juta ringgit lagi untuk menaik taraf hospital negara kita. Latihan, dan kursus perubatan mestilah diberikan supaya menggarap lebih tenaga mahir dan panel doktor supaya membangunkan modal insan yang seimbang. Pakar perubatan ini tidak semestiny abersikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Walhasil, merekalah mesti ebrsikap pasrah dan berdedikasi untuk berkhidmat kepada pesakit di kawasan luar bandar. Hospital di negara kita masih jauh ketinggalan. Kos perubatan yang tinggi telah menyebabkan pesakit menunggu-nunggu giliran untuk menjalani pembedahan dan rawatan di hospital kerajaan. Persis kata mutiara. " bergelanggang di mata orag banyak", sekiranya rakyat menghadapi masalah kesempitan kewangan, segala harapannya hanyalah bertukar kosong kerana terbelenggu oleh kemiskinan dan kesakitan. Sememangnya, peruntukan dan subsidi yang berterusan daripada kerajaan mestilah menunjukkan kesungguhan supaya barisan pamel perubatan mestlah diltih atau diimport dari negara maju supaya kesihatan di negara kita mencerminkan peningkatan yang melonjakkan.

Kesimpulannya, sekiranya komitmen dan integriti dipamerkan oleh semua pengusaha, taraf kesihatan di negara kita akan sejajar dengan pembangunan fizikal di negara kita. Kesihatan asas kebahagiaan, hanyalah dengan jiwa raga yang sihat, hidup kita akan menerobos sempadan kecemerlangan. Janganlah biarkan ajal melambai-lambaikan tangan barulah kita insaf kerana terlajak perahu masih boleh berundur, tetapi kesakitan tidak akan terubat jika sudah membarah. Ayuhlah kita menghayati bahawa kesihatan bukanlah perkara yang boleh diperlekeh, slogan" kesihatan menjamin kejayaan", inilah pedoman kita sepanjang hayat sehingga ke hari akhirat.

Wednesday, July 24, 2013

2013 FrasaMenarik

Dimensi kendiri
1= cara berhemat semasa berbelanja

a= pengurusan kewangan menjana kejayaan

pantun empat kerat berjimat cermat(Tingkatan satu-kalau boleh, hafalkan)
sikap kesederhanaan diamalkan
Jikalau sentiasa berjimat cermat节省,
Rezeki生计 secupak terasa segantang.
Sikap berjimat amalan mulia;
Orang boros sahabat syaitan
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
Membesar belanja sikap sesia,(sia-sia浪费
Hanya menambah beban kewangan.
Berjimat cermat suruhan agama,
 Jika diamal sejahteralah hidup.
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.
Segala urusan jika terancang,
 Sikap membazir pasti terelak.

huraian: mengapa pengurusan kewangan mestilah dibuat : Cuma lanlala
(cemas-ubat-melanjutkan pelajaran-lancong-labur-malang tak berbau)
bagaimana membuat pengurusan kewangan:
a) sikap tidak tergesa-gesa
b) sikap tidak gila akan jenama

b= pendidikan kepenggunaan sejak asali
kesedaran dan keprihatian masyarakat tentang hak pengguna masih pudar - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendedahkan pengurusan perbelanjaan tetapi hak seorang pengguna masih tidak menebal dalam sanubari masyarkat di Malaysia. - Pelancaran rancangan one konsumer di PWTC menunjukkan keprihatinan media bagi membantu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menjuarai isu pengguna kini.- tidak tertipu oleh iklan- jualan langsung – barang tiruan- cara pembelian melalui internet(pertandingan gores dan menang)

C=sikap yang berhemat- keteguhan iman- mendisiplinkan diri semasa perbelanjaan

Tidak berkiblatkan gaya hidup barat

Tuesday, July 23, 2013

peranan masyarakat

mata kiki Sinai LPS jaga tepi kain di LRT

1) cara memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa ahli masyarakat berperanan penting sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Hal ini memanifestasikan bahawa ahli masyarakat mestilah menganjak paradigma tentang kepentingan semangat kejiranan terhadap nusa dan bangsa. Dalam kata lain, ahli masyarakat seyogia mengikis sikap bernafsi-nafsi bagai beraja di mata, bersultan di hati atau enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam aktiviti rutin sehari-harian. Sebagai contohnya, jiran wajarlah melaporkan perbuatan sumbang yang berlaku di kawasan kediaman supaya melindungi kesejahteraan jiran dari masa ke masa. Jauhilah sikap takut digelar sebagai menjaga kain tepi orang sekiranya ingin melestarikan budaya kemasyarakatan yang sudah lama bertunjang dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi, ahli masyarakat mestilah melibatkan diri dalam program Rukun Tetangga seperti Hari Keluarga, Program ibadat, sukaneka, dan majlis rumah terbuka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, kerjasama setiap lapisan masyarakat merupakan agen perpaduan yang dapat memangkinkan pembangunan negara kerana bercerai kita roboh, bersatu kita teguh. Hanyalah berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek dapat memastikan kemajuan dan keamanan negara menjelang ambang 2020

TRY CIPLAK

2) peranan ahli masyarat dalam meningkatkan semangat patrotik dalam kalangan pelajar

peranan media massa

SEMAK APE? An PSL do mi ra  seksa monalembata(sebar maklumat arus perdana anjak paradigma paparan siaran lucah mendominasi minda rancangan seks, seksa, sadis,motivasi, nasihat, lembaga penapisan filem negara)

PSL= pornografi, seks, kelucahan

contoh Tan Hooi Chee: Cara mengatasi jenayah ragut di negara kita

memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa berperanan sebagai penyebar maklumat yang signifikan pada langit alaf baharu ini. Hal ini membawa konotasi bahawa arus perdana ini dapat menganjak paradigma segenap lapisan masyarakat dengan sepantas kilat tentang bahana berlakunya jenayah ragut terhadap diri, masyarakat, dan negara kita. Secara langsung, rancangan berunsur motivasi dan nasihat akan mendominasi minda generasi pelapis supaya menjauhkan diri daripada lembah laknatullah. Tamsilannya, rancangan motivasi 'Selami Jiwa' oleh pakar motivasi tersohor di Malaysia, Dr Fadzilah Kamsah sering menguar-uarkan pentingnya keimanan dan ketakwaan dalam atma setiap umat manusia. Persis kata pujangga," bergelanggang mata orang banyak", Lembaga Penapisan Filem Malaysia mestilah menapis filem yang berunsurkan seks, seksa, dan sadis, sebaliknya menyiarkan filem yang dapat menyuntik kesedaran dalam lubuk kalbu setiap individu bahawa setiap angkara akan dikenakan balasan pada hari akhirat.

contoh 2: Cara meningkatkan industri kraf tangan di Malaysia.
Umum diketahui bahawa media massa berperanan sebagai penyebar maklumat yang signifikan pada langit alaf baharu ini. Hal ini membawa konotasi bahawa arus perdana ini dapat menganjak paradigma segenap lapisan masyarakat dengan sepantas kilat tentang kepentingan industri kraf tangan terhadap diri, masyarakat, dan negara kita. Secara langsung, rancangan berunsur motivasi dan nasihat akan mendominasi minda generasi pelapis supaya berkecimpung dalam industri kraf tangan yang semakin dititikberatkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) . Tamsilannya, rancangan dokumentasi dan iklan tentang pendedahan kraf tangan sering menguar-uarkan pentingnya industri kraf tangan sebagai pemacu ekonomi negara. Persis kata pujangga," bergelanggang mata orang banyak", Lembaga  Filem Malaysia mestilah menyiarkan filem yang berunsurkan estetika kebudayaan kraf tangan supaya dapat menyuntik kesedaran dalam lubuk kalbu setiap individu bahawa industri ini akan menjanakan pendapatan kepada pengusaha kraf tangan.

contoh 3: cara membantudan membimbing OKU
Pada realitinya,  media massa berperanan sebagai penyebar maklumat yang signifikan pada langit alaf baharu ini. Hal ini membawa konotasi bahawa arus perdana ini dapat menganjak paradigma segenap lapisan masyarakat dengan sepantas kilat tentang nasib dan amanah yang ditanggung oleh golongan OKU. Secara limplisit rancangan berunsur motivasi dan nasihat akan mendominasi minda generasi pelapis supaya menyedarkan bahawa obligasi mereka untuk membela nasib golongan OKU .Sebagai analoginya, rancangan motivasi 'Selami Jiwa' oleh pakar motivasi tersohor di Malaysia, Dr Fadzilah Kamsah sering menguar-uarkan pentingnya keimanan dan ketakwaan dalam atma setiap umat manusia untuk menyelami jiwa raga golongan yang lemah.  Persis kata pujangga," bergelanggang mata orang banyak", Lembaga  Filem Malaysia mestilah menyiarkan filem yang berunsurkan keagamaan dan motivasi supaya dapat menyuntik kesedaran dalam lubuk kalbu setiap individu bahawa berbuat baik diberi ganjaran, berbuat jahat diberi balasan, berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.

ontoh 4: Punca keruntuhan akhlak golongan remaja
Persis kata mutiara,"tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata" bahawa  media massa berperanan sebagai penyebar maklumat yang signifikan pada langit alaf baharu ini. Hal ini memanifestasikan bahawa arus perdana ini dapat menganjak paradigma segenap lapisan masyarakat dengan sepantas kilat . Secara implisit. paparan siaran yang lucah dan pronografi akan mendominasi minda generasi pelapis .Sebagai analoginya, filem dari Negara Barat menguar-uarkan budaya hedonisme yang hanyut dalam alam fana sehingga remaja alpa dalam obligasi hakiki sebagai umat-Nya.  Persis kata pujangga," bergelanggang mata orang banyak", Lembaga Penapisan  Filem Malaysia gagal menunaikan amanah untuk menapis filem yang berunsurkan seks, seksa, dan sadis akan membajetkan nilai etika golongan pewaris bangsa yang diibaratkan tonggak kepimpinan pada masa kelak.

ontoh 4: Punca kemerosotan pencapaian akademik pelajar
Persis kata mutiara,"tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata" bahawa  media massa berperanan sebagai penyebar maklumat yang signifikan pada langit alaf baharu ini. Hal ini memanifestasikan bahawa arus perdana ini dapat menganjak paradigma segenap lapisan masyarakat dengan sepantas kilat . Secara implisit. paparan siaran yang lucah dan pronografi akan mendominasi minda generasi pelapis sehingga hanyut dalam dunia maya .Sebagai analoginya, filem dari Negera Barat menguar-uarkan budaya hedonisme yang hanyut dalam alam fana sehingga remaja alpa dalam obligasi hakiki sebagai umat-Nya.  Persis kata pujangga," bergelanggang mata orang banyak", Lembaga Penapisan  Filem Malaysia gagal menunaikan amanah untuk menapis filem yang berunsurkan seks, seksa, dan sadis akan menatijahkan remaja mutakhir kehilangan minat untuk menuntut ilmu dan pencapaian akademik sebagai obligasi hakiki kepadanya.

Monday, July 22, 2013

surat tidak rasmi kepada perdana menteri

Tulis sepucuk surat kepaa Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai negara Malaysia yang diimpikan
Menemui YAB Dato´Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya. Semoganya YAB sering  dilimpahi rahmat daripada Ilahi .
                Saya menulis surat ini kerana ingin merakamkan tahniah kepada YAB yang telah meraih kejayaan dalam pilihanraya yang diadakan baru-baru ini. Saya selaku rakyat Malaysia berasa amat bertuah kerana Barisan Nasional terus menerajui kepimpinan negara dan melangsungkan mandat daripada rakyat sejak kemerdekaan hingga kini. Slogan ´Pencapaian didahulukan Rakyat diutamakan´telah dimanifestasikan dan direalisasikan melalui perkemabangan prestasi ekonomi Malaysia belakangan ini. DI bawah naungan Barisan Nasional dan UMNO, bersyukurlah rakyat Malaysia berteduh di langit alaf baharu yang suci dan berdaulat. 
                Pada era digital tanpa batasan ini, semua umat berpeluang berinteraksi dengan seklik ikon sahaja tanpa mengira sempadan mahupun latar belakang. Kemajuan teknologi maklumat memanifestasikan tahap kebolehan sesebuah negara dalam menjulang prestiq di sarwajagat kontemporari ini.Mantan Perdana Menteri ke-4 merupakan perintis yang memberi peruntukan untuk membangunkan Multimedia SuperCoridor (MSC), sekolah bestari dan menaik taraf prasarana di  ceruk rantau negara kita. E-kerajaan yang merangkaikan segala data dalam jaringan sesawang telah berjaya meningkatkan imej negara serta merubah citra masyarakat di serantau Asia Tenggara ini. Memandangkan kepentingan peranti teknologi maklumat, saya meminta YAB dapat mengira-ngira sama ada taman kediaman saya dapatlah dijadikan sebagai model untuk dilengkapi dengan perkhidmatan rangkaian internet percuma dan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 100MBS seperti yang terdapat di Singapura. Para penghuni di kawasan ini rata-rata datang daripada keluarga berpendapatan sederhana, sekiranya prasarana rangkaian internet yang percuma disediakan, bandar kami akan menjadi model MSC(multi super corridor) di luar Bandar.
                Sebagai makluman YAB, rata-rata penghuni Taman Perdana kebanyakan terdiri daripada generasi muda dalam lingkungan 10-40 tahun. Maka, kesihatan asas kejayaan. Kami amatlah mengidam-idamkan pusat rekreasi yang dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang boring. Penghuni taman kami juga menunjukkan teruja yang amat sangat dalam aktiviti sukan lasak dan berbasikal, maka sekiranya kawasan ini mempunyai velodrom , banyak kes kemalangan mustahil berlaku lagi. Pembangunan modal insan sempurna merupakan agenda yang digarisbawahi dalam Pelan Induk Pendidikan. Badan cergas akan menjana minda yang cerdas, khususnya negara kita mestilah mengambil iktibar dari negara jiran yang mengutamakan insfrasturktur kesihatan di setiap pelosok dengan bayaran yang munasabah. Negara kita di bawah kepimpinan UMNO selama setengah abad ini memanglah tersohor dalam bidang sukan di persada dunia. Tanpa prasarana yang berkualiti tinggi, mustahillah atlit akan digarap dari setiap ceruk di negara kita. Datuk Lee Chung Wei merupakan tokoh yang muncul dari kawasan kami, generasi muda dari kawasan Bukit Mertajam sentiasa meneladani kejayaan Datuk. Sekiranya peruntukan diberikan oleh YAB, nescayalah kejayaan akan dijulang setinggi gunung kerana setiap kejayaan negara bergantung pada inisiatif dan komitmen pihak kerajaan.
                Selain itu, penghuni di Taman ini sering kali terbelenggu dengan masalah kesesakan lalu lintas, khususnya pada waktu lepas persekolahan. Hal ini demikian kerana Sekolah Menangah Jenis Kebangsaan Jit Sin terletak  bersebelahan dengan taman ini sahaja. Mengikut statistik, bilangan warga sekolah tersebut lebih kurang 4000 orang, bayangkanlah betapa sesaknya bilangan kereta pada waktu lepas persekolahan. Yang menjadikan situasi ini lebih parah lagi, kawasan perindustrian yang berdekatan juga menggunakan lalu lintas yang sama untuk balik ke rumah masing-masing. Kesesakan ini telah menimbulkan masalah kepada penghuni di taman ini kerana masalah pencemaran udara dan suara semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, faktor masa dan persekitaran ini menyebabkan ketidakselesaan para penghuni sehingga mereka berpindah dari taman ini sebagai alternatif untuk menangani masalah kesesakan lali]u lintas. Dengan ini, saya amatlah mengharapkan peruntukan dan prihatin daripada YAB supaya menaik taraf kemudahan di kawasan ini, contohnya melebarkan jalan raya dari sekolah ke kawasan kediaman ini sebagai lebuh raya yang luas dan mampu menampung kereta yang lebih banyak. Persis kata pujangga, masa itu emas, lebih-lebih lagi rata-rata pelajar  tergesa-gesa untuk mengikuti kelas tuisyen selepas waktu persekolahan.
                Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kata pujangga, “muafakat membawa berkat.” Taman kami amatlah memerlukan sebuah taman ibadat dan balai raya yang canggih. Balai raya ini diharapkan boleh dilengkapi dengan alat pendingin hawa, pentas, dan penyebar suara untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan semasa sambutan perayaan.  Sesungguhnya, taman ini sudah menjadi tumpuan untuk pembangunan kerana lokasi agak strategik dan kemudahan yang disediakan. Sebagai contoh, pasar raya yang menyediakan pelbagai hiburan telah disediakan, sehingga pemindahan penghuni ke taman ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Alangkah baiknya sekiranya permintaan rakyat didahulukan. YAB , hidup ini memerlukan rungkaian tekanan dan perkongsian ilmu sesama ahli masyarakat. Hari keluarga dan amalan ibadat yang dijalankan di balai raya atau dewan komuniti dapatlah menjadi agen perpaduan sesama kaum berbilang. Peruntukan daripada kementerian merupakan satu amanah kepada penghuni di taman ini untuk menghayati prasarana ini bersama-sama, bak kata pepatah” berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.” Dasar ekonomi baru ini bukanlah hanya satu laungan kosong tanpa praktik, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Hanyalah dengan kesaksamaan antara peruntukan kewangan antara Bandar dengan luar Bandar, antara kaum dengan kaum, antara golongan bangsawan dengan marhaen, hanya kemajuan dan kemakmuran akan menjadi satu realiti.
                YAB, setiap taburan budi bagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan bagi saya sebagai rakyat yang sering berkobar-kobar untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Setiap benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau. Saya menyusun sepuluh jari sekiranya terlajak dalam pertuturan dalam warkah ini. Walau bagaimanapun, saya sekali lagi amat bertuah sekiranya surat ini dapat YAB sempat tatapi.  Renungan sejenak akan tetap bersemadi abadi dalam atma saya. Saya bersyukur dan berdoa selama ini hidup kami dipayungi oleh pentadbir yang amanah dan integriti.
Sekian, terima kasih.
“Kami bangga , Malaysia Boleh.”
                                                                                                                Yang ikhlas,

                                                                                                                                ______ 

Monday, July 15, 2013

i m back,baby

Cara-cara meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia.
Kebelakangan ini, kemudaratan kesihatan rakyat Malaysia merupakan pandemik yang semakin membimbangkan.
Kempen Gaya Hidup Sihat wajar dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan supaya meningkatkan kesedaran rakyat kita. Dengan ini, jangka hidup dapat ditingkatkan. Selain itu, penyelidikan dan pembangunan patut digiatkan di pusat pengajian tinggi. Umum diketahui bahawa kemajuan teknologi dalam bidang perubatan memerlukan teknik rawatan yang berinovatif.
Seterusnya, peruntukan wajarlah diberikan kepada pengusaha dalam bidang perubatan. Hal ini membawa konotasi bahawa peruntukan dapat menaik taraf kemudahan di hospital. Akhirnya, peruntukan dalam bentuk insentif atau subsidi dapat ditawarkan untuk membangunkan prasarana di seluruh ceruk rantau. Bergelanggang di mata banyak orang bahawa taman rekreasi, velodrom, gimnasium dan stadium mampu menyediakan tempat riadah kepada rakyat marhaen.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa semua pihak wajar menganjak paradigma untuk meningkatkan pencapaian dalam kualiti taraf hidup kita. Ingatlah, mencegah lebih baik daripada mengubati.(122 patah perkataan)

Drpd, Khor Jia Wei 2A2 SMJK Jit Sin

Sunday, October 7, 2012

karangan PMR

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM DIRI ANAK2

Kebelakangna ini,kegawatan ekonomi melanda dunia.Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkena tempiasnya.Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan.Pada masa inilah,kita dapat melihat pelbagai ragam manusia mengharungi detik getir ini.Ada yang selesa kerana sudah bersedia,ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan hidup.Setiap ibu bapa pasti seboleh-bolehnya tidak menginginkan permasalahan kewangan mengganggu pemikiran anak2 mereka.Justeru,amalan berjimat-cermat perlu diterapkan dalam diri anak2 oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka seandainya peristiwa ini berulang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2 adalah menjadikan ia sebagai budaya keluarga.Hal ini kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak2.

Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak2 perlu menjadi contoh yang terbaik kerana anak2 yang meningkat remaja akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti mereka yang sebenar.Justeru,ibu bapa yang menginginkananak2 mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini  sebelum menerapkannya kepada anak2 bagi mengelakkan kejadian umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.Kadangkala,terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang2 sekeliling walaupun hakikat sebenarnya adalah tidak.Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya.Jika ada ibu bapa yang menjadikan ini sebagai budaya keluarga,diharapkan dapat menukar perspektif hidup secepat mungkin bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak2 amalan berjimat-cermat.Menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat membezakan antara keperluan dan keinginan.Hal ini juga dapat membantu anak2 menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan dikeluarkan.Percayalah,akitiviti tanbahan ini tidak akan menjejaskan aktiviti bersama keluarga.

Membuka akaun bank untuk anak2 merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat.Malah,langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak2 untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama ada segala asuhan dan didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak.Ibu bapa dapat menggunakan cara ini apabila mereka merasakan anak2 sudah cukup besar dan matang bagi menguruskan belanjawan diri sendiri.

Akhir kata,amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia.Tidak mudah bagi setiap ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan amalan ini dalam diri anak2.Namun,kesabaran mereka menjalankan tanggungjawab menepis segala keluh-kesah.
  Oleh : razliqah raghazli


Soalan : Sikap berjimat cermat merupakan nilai murni yang harus disemai dalam jiwa setiap orang dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ulaskan pendapat ini dengan selengkapnya.

Pendahuluan

Jenis 1

-   Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. 
-   Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang. 
-   Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
-   Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. 
-   Sikap boros dilarang oleh Allah. 
-   Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. 
-   Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali.
-   Menurut Frank Tibolt, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.

Amalan berjimat cermat dan menabung.


............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.