Tulis sepucuk surat kepaa Perdana Menteri Malaysia
tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai
negara Malaysia yang diimpikan
Menemui YAB
Dato´Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya. Semoganya YAB sering dilimpahi rahmat daripada Ilahi .
Saya menulis surat ini kerana ingin
merakamkan tahniah kepada YAB yang telah meraih kejayaan dalam pilihanraya
yang diadakan baru-baru ini. Saya selaku rakyat Malaysia berasa amat bertuah
kerana Barisan Nasional terus menerajui kepimpinan negara dan melangsungkan
mandat daripada rakyat sejak kemerdekaan hingga kini. Slogan ´Pencapaian
didahulukan Rakyat diutamakan´telah dimanifestasikan dan direalisasikan melalui
perkemabangan prestasi ekonomi Malaysia belakangan ini. DI bawah naungan
Barisan Nasional dan UMNO, bersyukurlah rakyat Malaysia berteduh di langit alaf
baharu yang suci dan berdaulat.
Pada era digital tanpa batasan
ini, semua umat berpeluang berinteraksi dengan seklik ikon sahaja tanpa mengira
sempadan mahupun latar belakang. Kemajuan teknologi maklumat memanifestasikan
tahap kebolehan sesebuah negara dalam menjulang prestiq di sarwajagat kontemporari
ini.Mantan Perdana Menteri ke-4 merupakan perintis yang memberi peruntukan
untuk membangunkan Multimedia SuperCoridor (MSC), sekolah bestari dan menaik
taraf prasarana di ceruk rantau negara
kita. E-kerajaan yang merangkaikan segala data dalam jaringan sesawang telah
berjaya meningkatkan imej negara serta merubah citra masyarakat di serantau
Asia Tenggara ini. Memandangkan kepentingan peranti teknologi maklumat, saya
meminta YAB dapat mengira-ngira sama ada taman kediaman saya dapatlah dijadikan
sebagai model untuk dilengkapi dengan perkhidmatan rangkaian internet percuma dan
perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 100MBS seperti yang terdapat di
Singapura. Para penghuni di kawasan ini rata-rata datang daripada
keluarga berpendapatan sederhana, sekiranya prasarana rangkaian internet yang
percuma disediakan, bandar kami akan menjadi model MSC(multi super corridor) di
luar Bandar.
Sebagai
makluman YAB, rata-rata penghuni Taman Perdana kebanyakan terdiri daripada
generasi muda dalam lingkungan 10-40 tahun. Maka, kesihatan asas kejayaan. Kami
amatlah mengidam-idamkan pusat rekreasi yang dilengkapi dengan kolam renang,
gelanggang badminton, gelanggang boring. Penghuni taman kami juga menunjukkan
teruja yang amat sangat dalam aktiviti sukan lasak dan berbasikal, maka
sekiranya kawasan ini mempunyai velodrom , banyak kes kemalangan mustahil
berlaku lagi. Pembangunan modal insan sempurna merupakan agenda yang
digarisbawahi dalam Pelan Induk Pendidikan. Badan cergas akan menjana minda
yang cerdas, khususnya negara kita mestilah mengambil iktibar dari negara jiran
yang mengutamakan insfrasturktur kesihatan di setiap pelosok dengan bayaran
yang munasabah. Negara kita di bawah kepimpinan UMNO selama setengah abad ini
memanglah tersohor dalam bidang sukan di persada dunia. Tanpa prasarana yang
berkualiti tinggi, mustahillah atlit akan digarap dari setiap ceruk di negara
kita. Datuk Lee Chung Wei merupakan tokoh yang muncul dari kawasan kami,
generasi muda dari kawasan Bukit Mertajam sentiasa meneladani kejayaan Datuk.
Sekiranya peruntukan diberikan oleh YAB, nescayalah kejayaan akan dijulang
setinggi gunung kerana setiap kejayaan negara bergantung pada inisiatif dan
komitmen pihak kerajaan.
Selain
itu, penghuni di Taman ini sering kali terbelenggu dengan masalah kesesakan
lalu lintas, khususnya pada waktu lepas persekolahan. Hal ini demikian kerana
Sekolah Menangah Jenis Kebangsaan Jit Sin terletak bersebelahan dengan taman
ini sahaja. Mengikut statistik, bilangan warga sekolah tersebut lebih kurang 4000 orang,
bayangkanlah betapa sesaknya bilangan kereta pada waktu lepas persekolahan. Yang menjadikan situasi ini lebih parah lagi, kawasan perindustrian yang berdekatan juga menggunakan lalu lintas yang sama untuk
balik ke rumah masing-masing. Kesesakan ini telah menimbulkan masalah kepada penghuni
di taman ini kerana masalah pencemaran udara dan suara semakin menjadi-jadi.
Lebih-lebih lagi, faktor masa dan persekitaran ini menyebabkan ketidakselesaan
para penghuni sehingga mereka berpindah dari taman ini sebagai alternatif untuk menangani masalah kesesakan lali]u lintas.
Dengan ini, saya amatlah mengharapkan peruntukan dan prihatin daripada YAB
supaya menaik taraf kemudahan di kawasan ini, contohnya melebarkan jalan raya
dari sekolah ke kawasan kediaman ini sebagai lebuh raya yang luas dan mampu
menampung kereta yang lebih banyak. Persis kata pujangga, masa itu emas,
lebih-lebih lagi rata-rata pelajar tergesa-gesa untuk mengikuti kelas tuisyen
selepas waktu persekolahan.
Akhir
sekali dan tidak kurang pentingnya, kata pujangga, “muafakat membawa berkat.”
Taman kami amatlah memerlukan sebuah taman ibadat dan balai raya yang canggih.
Balai raya ini diharapkan boleh dilengkapi dengan alat pendingin hawa, pentas,
dan penyebar suara untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan semasa sambutan
perayaan. Sesungguhnya, taman ini sudah
menjadi tumpuan untuk pembangunan kerana lokasi agak strategik dan kemudahan
yang disediakan. Sebagai contoh, pasar raya yang menyediakan pelbagai hiburan
telah disediakan, sehingga pemindahan penghuni ke taman ini bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Alangkah baiknya sekiranya permintaan rakyat didahulukan.
YAB , hidup ini memerlukan rungkaian tekanan dan perkongsian ilmu sesama ahli
masyarakat. Hari keluarga dan amalan ibadat yang dijalankan di balai raya atau
dewan komuniti dapatlah menjadi agen perpaduan sesama kaum berbilang. Peruntukan
daripada kementerian merupakan satu amanah kepada penghuni di taman ini untuk
menghayati prasarana ini bersama-sama, bak kata pepatah” berkuah sama
menghirup, bersambal sama mencolek.” Dasar ekonomi baru ini bukanlah hanya satu
laungan kosong tanpa praktik, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Hanyalah dengan kesaksamaan antara peruntukan kewangan antara Bandar dengan
luar Bandar, antara kaum dengan kaum, antara golongan bangsawan dengan marhaen,
hanya kemajuan dan kemakmuran akan menjadi satu realiti.
YAB,
setiap taburan budi bagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan bagi saya
sebagai rakyat yang sering berkobar-kobar untuk berbakti kepada nusa dan
bangsa. Setiap benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau. Saya menyusun
sepuluh jari sekiranya terlajak dalam pertuturan dalam warkah ini. Walau
bagaimanapun, saya sekali lagi amat bertuah sekiranya surat ini dapat YAB
sempat tatapi. Renungan sejenak akan
tetap bersemadi abadi dalam atma saya. Saya bersyukur dan berdoa selama ini
hidup kami dipayungi oleh pentadbir yang amanah dan integriti.
Sekian, terima kasih.
“Kami bangga , Malaysia Boleh.”
Yang
ikhlas,
______
No comments:
Post a Comment