Monday, August 23, 2010

Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

Kosa kata


1. Nazak Ar
1. keadaan orang yg hampir akan mati: tadi abang berada di rumah sakit Bangsar di mana dua manusia sedang terbaring ~; 2. ki teruk benar (keadaan sesuatu benda), hampir tidak boleh dipakai lagi.
2. fanaAr
tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg baqa meninggal;
3. wasiat II
1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~.
wasiat I kehendak yg penghabisan yg di­sampaikan oleh orang yg hampir meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal;
4. Gerangan
agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya.
5. Laksana
sebagai; seperti: Pasangan pengatin itu ~ cincin dgn permata.
sauh I
alat yg berkait dan berat, yg dilabuhkan ke dlm air supaya perahu (kapal dll) tidak hanyut, jangkar; membongkar ~ mengangkat sauh (kerana hendak belayar); membuang (melabuhkan) ~ mencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut); ~ buji sauh kecil yg ada empat pengaitnya; ~ cemat = ~ kecil sauh kecil yg dilemparkan ke perahu dll utk menariknya; ~ terbang sauh yg dilemparkan (ke darat, ke tebing, dll); bersauh 1. memakai (menggunakan) sauh; 2. berlabuh (kapal, perahu).
7. Merana
menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~.
8. Pusaka
segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun­-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temu­run drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual
9. Menyapa
mengajak bercakap-cakap, me­negur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia;

10. reda(rĂ©da) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.
11. Pasrah
Jw menyerah; memasrahkan menyerahkan: kepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan; terpasrah terserah; kepasrahan keadaan menyerah diri (nasib) kpd Tuhan: ~ doa utk menunggu saat-saat berkabung.
12. Penuju di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati.

Maksud frasa

1. Hampirlah mati gerangan aku
saudagar dapat mrasakan bahawa dia akan menemui ajalnya dalam masa terdekat
2. Tinggallah tuan buah hatiku
saudagar akan meninggalkan anak kesayangannya
3. Laksana perahu bersauh tunggal
Seseorang yang hidup keseorangan dalam kemiskinan
4. Mana yang datang padamu berjumpa, janganlah lambat tuan menyapa …bermaksud
jangan bertangguh jika ada orang ingin meminta pertolongan


latihan

1.Siapakah yang terbaring nazak?
seorang saudagar
2.Berikan perkara yang dilakukan oleh orang yang nazak dalam syair ini..
manangis, mencium kepala anaknya, memangil dan menasihati anaknya.
3. Saudagar amat mementingkan_______
adab sopan
4. Saudagar __________ kesemua harta untuk anaknya.
mewasiatkan
5. Kesemua harta yang dimiliki akan habis jika tidak merancang dengan ___________
bijaksana
6. Nada syair:
melankonik
7. Persoalan terkandung dalam rangkap ke-5 syair?
Harta dan kekayaan tidak akan berkekalan

8. Syair ini banyak mengemukakan unsur
Nasihat

9. Bagaimanakah cara terbaik agar seorang anak dapat menunaikan wasiat keluarganya?
Memiliki ilmu yang tinggi

10. Jika pemilik harta itu tidak berilmu dia…
Tidak akan tahu menjaga hartanya.

11. Cahaya mata bermaksud…
Anak

12. Nilai yang terdapat dalam syair
Kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab

13. Maksud fana…
Tidak kekal

14. sebab-sebab saudagar memanggil Siti Zawiyah…
Menasihati Siti Zawiyah supaya menjaga tingkah laku
Menasihati Siti Zawiyah supaya jangan boros berbelanja
Memberitahu Siti Zawiyah bahawa dia pewaris harta.

15. Perwatakan saudagar
Pemurah, penyayang, berjimat cermat amanah

16. Nilai yang terkandung dalam syair…
Berhemah tinggi/ kasih sayang/ mengenang budi/ kerajinan

17.Bahasa klasik ..
gerangan

18. Nilai yang terkandung dalam bait ke-2..
Kasih sayang

19. Mesej yang ingin disampaikan oleh penyair…
Kita hendaklah menggunakan ilmu di dada untuk menguruskan harta

20. Apakah nasihat saudagar yang pertama dalam syair ini?
Meminta anakandanya memperbaik tingkah laku

21. Gaya bahasa dalam rangkap ke-8 ialah
Inversi

Sajak jangan - Sulastri Abadi

Kosa kata


penglipur lara(Sas)
orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb.
Lara
1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~ penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu;
belahan diri (jiwa)
a. orang yg dikasihi; kekasih. b. isteri.
Permata
batu berharga spt intan, berlian dll yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~.
pujaan hati
buah hati, kekasih;
Pujaan
1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~;
mata hati
a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri;
rawan hati
pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita;
Pilu
sangat sedih atau hiba; terharu: Hiba dan ~ hatinya mendengar kata-kata anaknya. memilukan menyebabkan berasa pilu; menyedihkan; mengharukan: Terdengar bunyi tangisan yg ~ hati. kepiluan keadaan atau rasa pilu.


rapat I
1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jambatan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara pengarang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu;
perihJw
1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah;.

latihan


Mengapakah penyajak tidak mahu berpisah dengan anaknya?
Penyajak terlalu menyayangi anaknya
2. Permata hati bermaksud…
Berbudi tinggi/ cantik/ dikasihi/diingati
3. Apakah permintaan penyajak?
Tidak memisahkan kasih sayang dengan anaknya
4. Tema sajak lebih berpusat kepada…
Kasih sayang
5. Persoalan diketengahkan oleh penyajak…
Bertanggungjawab kepada amanah yang diberi
Perjuangan mempertahankan hak
Semangat hormat-menghormati
6. Mata hati:
Orang yang paling disayangi
7. Dua pengajaran:
Kita hendaklah mengasihi anak yang diberikan Tuhan
Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada anak yang merupakan amanah Tuhan
8. Penyajak bimbang akan berpisah dengan anaknya kerana…
Terlalu sayang akan anaknya
9. Maksud pembalut luka…
Mengubat hati yang dukacita
10. Belahan jiwa merupakanunsur gaya bahasa…
Metafora
11. Rangkap ketiga, penyajak berazam…
Mencari anaknya walau di mana-mana sahaja anaknya itu berada
12. Rangkap kedua, sajak menyatakan..
Kesedihan penyajak apabila berpisah dengan anaknya.

13. Maksud baris-baris sajak..
Pembalut luka dan penghibur lara
Pengubat hati yang sedih dan tempat untuk bergurau senda
(b) Menjadi mata hatiku
Segala tumpuan kasih sayang hanya pada anaknya seorang
14. Perwatakan [enyajak ialah seorang yang
Nekad
15. Sajak ini ________ kesedihan yang dirasai oelh penyajak
16. Sajak ini merupakan _______ penyajak yang terpisah daripada anaknya.
17. Rayuan penyajak supaya anaknya tidak __________ daripadanya.
18. Siapakah penyajak?
Bapa

Sunday, August 22, 2010

contoh pendahuluan pelajar

cara mengamalkan gaya hidup sihat

1F : Yeoh Wei Chun
A1:Isu
ledakan maklumat serta bahang industrialisasi dalam masyarakat sarwajagat, anjakan paradigma kian dimanifestasikan dalam dunia kontemporari. Namun, di sebalik kejayaan yang dikecap, gaya hidup sihat kian dipandang sepi.

A2: Keadaan
Negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan, isu ini telah menjadi agenda polemik yang glamor malahan tidak lekang dari bibir masyarakat jagatraya.

A3: Usaha
Ghalibnya, gaya hidup sihat menggapai kemaslahatan yang tidak berperi.

A4: Kunci soalan
Dengan itu, marilah kita bersama-sama menyelami strategi untuk mempropagandakan ideologi ini sampai akar umbinya.


Ulasan: Wei Chun makin mantap, syabas.. teruskan ..
1F : Lim Jie Sim

A1: Isu
Dalam menongkah arus pascaglobalisasi ini, gaya hidup sihat sering dikikis oleh umat manusia malahan dipandang enteng.

A2: Keadaan
Padahalnya, mengamalkan gaya hidup sihat merupakan wadah yang signifikan dalam kehidupan harian kita.

A3: Usaha
-
A4: Kunci soalan
Oleh itu, pendekatan untuk memupuk gaya hidup sihat seyogia ditelaah hingga inti sarinya.


Ulasan : Selepas ditegur oleh cikgu, Jie Sim sedikit tersesat, was-was menulis pendahuluannya, .. Jie shim, mestilah pandai-pandai ekspoitasi dan membezakan esei panjang dan esei pandu.
faham??

1F : Lim ei Leen

A1: Isu
Dalam menongkah arus tabir alaf baharu ini, pengamalan gaya hidup sihat semakin dipandang enteng oleh kalangan masyarakat.

A2: Keadaan
Masyarakat sarwajagat kini makin daif dalam mata kebendaan hingga raghib mensia-siakan masa diibarat emas dalam aktiviti yang tidak berhasil.

A3 : Usaha
-
A4: Kunci soalan
oleh hal yang demikian, prakrasa yang pragmatik untuk mengamalkan gaya hidup sihat seyogianya diperincikan hingga akar umbinya.

** ulasan: sebelum diubah suai, Ei leen masih tidak mahir dalam penggunaan ungkapan yang menarik.akan tetapi, SLOW SLOW la..lagipun, pendahuluan dengan 4 ayat adalah paling ideal dalam esei panjang.

Saturday, August 21, 2010

penggunaan kosa kata- menatang/ menjinjing/menjulang/mengelek

Bapa mengelek anak comel itu.
mengelek
mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak.Semua pemain Sepanyol gembira meraikan kemenangan mereka.

Kemenangan mereka diserikan dengan menjulang Piala Dunia yang diperbuat daripada emas.
Monumen Nasional menjulang .
menjulang
1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang;
2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya;
4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris;

kESALAHAN frasa

1. Pembuangan sampah-sarap dan sisa toksid oleh kebanyakan pengusaha kilang akan menyebabkan
pencemaran.
Kesalahan : sampah-sarap= sampah sarap( ** semak nota penggunaan sempang) dan toksid = toksik

toksik
beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam.

2. Mereka membincangkan tentang pertemuan beberapa peti yang mengandungi wang emas di dalam laut itu.

kesalahan: membincangkan ialah kata kerja transitif, iaitu mesti diikuti dengan objek. tentang = kata sendi
maka, tentang disingkirkan atau berbincang tentang
kesalahan(2): pertemuan - penemuan
pertemuan kata nama terbitan daripada bertemu, penemuan kata nama terbitan daripada menemui, menemukan atau mempertemukan, di sini membincangkan penemuan, kerana proses bertemu dengan beberapa peti, iaitu menemui beberapa peti ...

IN 2010 remembrance..last Greeting

Final Year Exam is around the corner. SOON. 23-27/08(5days)+ 30/8-3/9(4days)... we ve 2weeks of holidays...after that u come back to school .. left 1 week((20-24/9---is the last week we strike together). After that, 27th, starting your FINAL YEAR exam.

Time flying never to return.This my second year in JIT SIN,.. .. and these also my 2nd batch of students in jitsin. Teaching makes a human furnished of LOVE. Do i really enjoy it? Armed with LOVE contribute my heart of gold to human. I believe, all human are pure. I believe, human is simple minded - we not as complex as what had ppl always proclaimed in news.Human...actually jz need a bit of CARING and LOVE.

We must endeavor to take the correct and middle path of our life. I come across a GSTT(jz new posted who sit beside me). She had proved a success way to students. After SPM- got fully sponsorship from JPA - further study in UNiversity Manchanster in medicine course (every mth got 650 pounds of scolorship).. and now she came back with pride. She got everythg without spending any penny fr her parents.YEAH.. a spunky and vivacious face can i observe fr this teenager. I MISSED everythg. but i jz hope that my students can realized..time really bygone jz in a glimpse. I lamented indeed. If got choice.. my character.. wont be confined to this small scope of career. LASTly, Dream and ambitious made us FLYING..rough out ur planning before u set off.

Lastly, believe me..Time flying never to return... tell yourself "17 i at England XX Uni, 23 finished my degree, 25 finished my master.."..BELIEVE ME.. that the ways i LOST OUT ON my precise adolesent year before.

Penggunaan Kosa Kata-terjunam, terjelepok, terperlus, terperosok, tersadung,tersungkur, tersemban, tertiarap

Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik: se­konyong-konyong kapal terbang itu ~ meng­hala ke kapalnya;
Alamak, ada pula yang jatuh terjelepok.
terjelepok jatuh terduduk, jatuh tersila: mereka duduk ~ akibat keletihan.










Dua orang pelajar terjungkal setelah motor mereka terperosok ke dalam lubang kerana tidak terlihat saat menerobos banjir sedalam 1/2 meter yang mengenangi Jalan Mayor.














beberapa masyarakat sekitar kampung ini berusaha untuk meangangkat lori pikap yang telah terperosok di tebing jalan.

terperosok
1. termasuk atau ter­benam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), ter­perlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. ter­masuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan.

terperlus
termasuk (terperosok) ke dlm lubang; ~ maka hendak menutup lubang prb sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru ingat akan jalan keluar (ikhtiar dll).







1. kanak-kanak itu tersungkur/tersemban/tertiarap/terjerumus sewaktu berlari untuk mendapatkan ibunya.
2. semasa dia berlari, ibu jari kakinya tersandung pada batu lalu dia jatuh tersungkur;

tersungkur
jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati
tersembam
jatuh tersungkur (ke depan), terje-rumus, tertiarap: seorang lagi kelihatan lesu, jatuh melutut kemudian menyembam; batang-batang bulat, minyak gris dan minyak-minyak lain semuanya boleh menyebabkan sese-orang itu tersembam;
jerumus ;
menjerumuskan 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur; 2. ki men­celakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (ke­kacauan dll) menyebabkan seseorang melakukan mak­siat (berada dlm keadaan kacau dll);
terjerumus 1. jatuh tertumus, tersungkur, tersembam: jalan baik-baik, nanti ~ ke dlm lumpur; 2. ki jatuh ke dlm kesengsaraan (kehinaan dll): Aminah telah ~ ke dlm lembah kehinaan; penjerumusan proses (individu, masya­rakat) menjadi terjerumus: ~ masyarakat ke arah fahaman asabiah yg menzalimi orang lain.

Tulis sebuah karangan tentang sebab-sebab mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula.

RANGKA JAWAPAN
1.0 Pendahuluan Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh digunakan Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam Masyarakat harus memberi sokongan Banyak faedah akan dinikmati mereka

2.0 Isi / Fakta

2.1 Bilangan sampah-sarap bertambah o o o o o o kitar semula mengurangkan sampah membantu mengatasi masalah pencemaran alam mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan nyamuk kesihatan terjamin

2.2 Kitar semula barangan kertas menyelamatkan pokok-pokok input penting dalam industri penghasilan kertas o dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric kertas o kos barangan kertas menurun o menguntungkan pengguna o o

2.3 Tin-tin aluminium boleh dikitar semula mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum o meneruskan proses pengeluar tin-tin, minuman ringan o kos pengeluar akan menurun o menyumbang kepada peluang pekerjaan o o

3.0 Penutup - rakyat harus menyahut seruan murni ini - wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak mengalami kerugian

Contoh Jawapan

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastik dan lain-lain. Program ini juga bertujuan menjimatkan kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dan kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara.


Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk.Oleh itu, program ini juga dapat menjamin kesihatan masyarakat.

Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat bernilai. Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang semakin hari semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan merupakan input penting dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Hal ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung dan akhirnya sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.

Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. “Fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia.

RANGKA KARANGAN 1.0 Pendahuluan

- Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam. - Jenis pengangkutan awam di Malaysia. - Tujuan pembangunan pengangkutan awam.

2.0 Isi
2.1 – Pengangkutan awam teksi - Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang. - Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi. - Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan penyelewengan.

2.2 – Pengangkutan awam bas. - Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar. - Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik

2.3 – Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik - mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara - gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin.

2.4 – Perkhidmatan kapal terbang - MAS dan Air Asia - banyakkan destinasi - pekej tambang murah - ramai pengguna mampu mengunakannya

3.0 Penutup - Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju - Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti. - Kualiti yang baik menarik minat pengguna.

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandarmengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna.

Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara.

Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin.

Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-peswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini.

Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.
Telefon bimbit sudah menjadi alat komunikasi yang penting dalam kehidupan kita. Walaupun banyak memberi kebaikan, namun telefon bimbit tetap berbahaya kepada manusia. Bincangkan pernyataan tersebut.

** pastikan anda memahami kunci soalan, iaitu isi soalan merangkumi kesan baik dan kesan buruk***

(AR)Menelusuri zaman yang moden ini, teknologi semakin maju. (AR)Manusia yang bijak macam kancil telah mencipta banyak barang. (AR)Antara barang yang dicipta oleh manusia ialah televisyen, kereta, telefon dan sebagainya. (AA)Salah satu barang yang dicipta oleh manusia ialah telefon bimbit. (AA)Hakikatnya, semua orang sedar bahawa telefon bimbit membawa kelebihan dan keburukan kepada manusia.

Telefon bimbit amat berfaedah kepada kita. Hal ini demikian kerana telefon bimbit membolehkan kita menghubungi antara satu sama lain walau mempunyai jarak yang juah. Lain daripada itu, telefon bimbit mempunyai sistem “roaming”. Fungsi sistem ini dapat membolehkan telefon bimbit dapat menghubungi seluruh dunia dan merealisasikan kata orang tua-tua, yakni “yang jauh dirapatkan, yang dekat dieratkan”.


Di samping itu, telefon bimbit juga dapat mengurangkan fenomena pengangguran atau tiada pekerjaan. Hal ini demikian kerana profesion menjual telefon bimbit juga merupakan satu jenis perniagaan. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut. Konklusinya, telefon bimbit juga akan meningkat kestabilan ekonomi negara .


Walaupun membawa banyak kebaikan kepada kita, namun telefon bimbit juga membawa kesan buruk juga. Antara keburukan telefon bimbit ialah membazirkan wang ibu bapa. Hal ini demikian kerana pengguna telefon bimbit perlu menambah nilai setiap bulan. Akibatnya, ibu bapa harus berbelanja lebih untuk menambah nilai. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” gagal diaplikasikan dalam kalangan pengguna telefon bimbit terutamanya remaja.

Yang malang sekali, ada keburukan yang lebih memberi kesan jangka panjang, iaitu radioaktif telefon bimbit. Apabila sedang berkomunikasi melalui telefon bimbit dengan orang lain, telefon bimbit akan mula panas pada telinga kita. Hal ini mengakibatkan kesan radioaktif menghapuskan sel-sel badan kita sekali gus mengakibatkan barah otak. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Janganlah kita menyalahgunakan telefon bimbit sehingga memudaratkan kesihatan diri.


Secara tuntas, semua orang sedar bahawa telefon bimbit membawa kelebihan dan keburukan kepada manusia. Walau bagaimanapun, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang, semakin berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera. Kita haruslah menggunakannya dengan cara yang baik demi memanfaatkan kebaikannya. Oleh itu, telefon bimbit dianggap satu barang keperluan yang tidak boleh diabaikan