Saturday, August 21, 2010

Penggunaan Kosa Kata-terjunam, terjelepok, terperlus, terperosok, tersadung,tersungkur, tersemban, tertiarap

Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik: se­konyong-konyong kapal terbang itu ~ meng­hala ke kapalnya;
Alamak, ada pula yang jatuh terjelepok.
terjelepok jatuh terduduk, jatuh tersila: mereka duduk ~ akibat keletihan.










Dua orang pelajar terjungkal setelah motor mereka terperosok ke dalam lubang kerana tidak terlihat saat menerobos banjir sedalam 1/2 meter yang mengenangi Jalan Mayor.














beberapa masyarakat sekitar kampung ini berusaha untuk meangangkat lori pikap yang telah terperosok di tebing jalan.

terperosok
1. termasuk atau ter­benam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), ter­perlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. ter­masuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan.

terperlus
termasuk (terperosok) ke dlm lubang; ~ maka hendak menutup lubang prb sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru ingat akan jalan keluar (ikhtiar dll).







1. kanak-kanak itu tersungkur/tersemban/tertiarap/terjerumus sewaktu berlari untuk mendapatkan ibunya.
2. semasa dia berlari, ibu jari kakinya tersandung pada batu lalu dia jatuh tersungkur;

tersungkur
jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati
tersembam
jatuh tersungkur (ke depan), terje-rumus, tertiarap: seorang lagi kelihatan lesu, jatuh melutut kemudian menyembam; batang-batang bulat, minyak gris dan minyak-minyak lain semuanya boleh menyebabkan sese-orang itu tersembam;
jerumus ;
menjerumuskan 1. menjatuhkan seseorang hingga tersungkur; 2. ki men­celakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dlm kesengsaraan: kecuaian ini akan ~ masyarakat kita kpd penjajahan budaya; ~ (seseorang) ke lembah maksiat (ke­kacauan dll) menyebabkan seseorang melakukan mak­siat (berada dlm keadaan kacau dll);
terjerumus 1. jatuh tertumus, tersungkur, tersembam: jalan baik-baik, nanti ~ ke dlm lumpur; 2. ki jatuh ke dlm kesengsaraan (kehinaan dll): Aminah telah ~ ke dlm lembah kehinaan; penjerumusan proses (individu, masya­rakat) menjadi terjerumus: ~ masyarakat ke arah fahaman asabiah yg menzalimi orang lain.

No comments: