Sunday, April 18, 2010

Lebah dan Madu











Di pohon sana

pada dahan pohon tualang

Iihatlah Iebah-Iebah sudah membuat sarang

serangga yang cergas

sentiasa hidup sepakat

sikap yang terpuji.

Ada ratu ada pekerja

berkumpul dan bekerjasama

madu manisnya

penawar penyakit manusia.

Lebah-Iebah

pada dahan pohon tualang

kau membuat aku sedar

harus selalu berusaha

dan meninggalkan jasa

seperti madumu yang istimewa.

Siti Zaleha M. Hashim

Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.
Jangan merempuh sarang lebah.Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).
Bagai lebah menghimpun madu.Sangat rajin.

Rangkap 1:

Pada sebatang pohon tualang kelihatan lebah-lebah sedang membuat sarang dengan mengamalkan sikap __________ dan ________

Rangkap 2:

Dalam kalangan Iebah itu terdapat ________________. Serangga itu berkumpul dan saling _____________. Madu akan dikeluarkan untuk dijadikan ____________ bagi penyakit manusia.

Rangkap 3:

Sikap yang ditunjukkan oleh lebah-lebah itu menyebabkan penyajak sedar bahawa hidup perlu sentiasa ________ dan meninggalkan ______

Tema : Kumpulan lebah yang ________________ dan berjasa kerana menghasilkan sesuatu yang sangat baik.

Persoalan

(a) Saling bekerjasama dalam sesuatu pasukan dapat memudahkan kerja.

(b) ______________ dalam menjalani kehidupan.

(c) Rajin berusaha ke arah kebaikan.

(d) Saling bekerjasama tanpa mengira perbezaan __________.

(e) Hasil usaha akan dikenang sekiranya dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. (f) Kesedaran untuk berubah agar menjadi lebih baik.

Bentuk

(a) Sajak ini terdiri daripada ______rangkap.

(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai ____ baris, rangkap kedua mempunyai ___ baris, dan rangkap ketiga mempunyai ___baris, bentuknya ________________

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata atau empat hingga sebelas suku kata sebaris. Contohnya:

Unsur-unsur Bunyi

(a) ___________________ Contohnya, Ada ratu ada pekerja (pengulangan vokal a).

(b_____________________ Contohnya, lihatlah lebah-lebah (pengulangan konsonan 1).

(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

Rangkap 1: _____________ • Rangkap 2:_____________Rangkap3:_____________

Unsur-unsur Bahasa

(a) _____________ Contohnya, seperti madumu yang istimewa.

(b) ____________ Contohnya, Ada ratu ada pekerja.

(c) ______________Contohnya, pohon tualang.

(d) ____________ contohnya “kau”

Nada: ______________kerana menggambarkan suasana hati atau perasaan yang tenang dan menyenangkan dan bertemakan peristiwa yang indah dan menggembirakan.

Nilai

Pengajaran

lebah __________ membuat sarang dan mengumpulkan madu.

Kita hendaklah hidup ____________ agar hidup kita aman dan ___________.

lebah rajin membuat sarang dan mengumpulkan madu.

Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

lebah terdiri daripada golongan ratu dan pekerja yang __________t mel____________ kerja membuat sarang dan mengumpulkan madu.

Kita hendaklah bekerjasama sesama anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ___________

penyajak menyatakan bahawa dia menjadi insaf dan perlu _____________ lebah yang berjasa kepada manusia.

Kita hendaklah berbuat ___________selama hidup.

Latihan Sajak 1

Latihan:Sajak Kian Kita Lupa

1. Punca utama yang menyebabkan manusia mudah lupa ialah

kehidupan yang mewah dan bahagia

2.Rima akhir rangkap keempat dalam sajak ialah

a-b-b-b-b-b-b-

3.Nyatakan tiga sifat lupa yang digambarkan oleh penyajak?

________________________________,____________________________,______________________________

lupa akan kesusahan bangsa, lupa akan kesusahan yang ditanggung oleh orang dahulu, lupa akan azab pada hari akhirat

4. “Kian” dalam permulaan baris pertama, kedua, dan ketiga merupakan________________

pengulangan, repitasi

5. Penyajak mengingatkan kita apabila diri dilimpahi kemewahan, jangan kita lupa________________________________

azab dan seksa pada alam baqa

6. Apakah maksud “Mewah harta di birai mata”_____________________________________________

seseorang yang memiliki harta yang banyak
7. Berdasarkan rangkap keempat sajak, penyajak berbicara tentang______________________________________
kita baru mengingati Tuhan apabila sudah tua dan susah
2.

Nilai

Pengajaran

Generasi kini hendaklah mengenang jasa dan pengorbanan generasi dahulu kala.

Kita hendaklah percaya bahawa setiap perbuatan akan dibalas di akhirat kelak.

Kita hendaklah beringat dan tidak leka dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Kita mestilah mengamalkan nilai berbudi bahasa supaya kita disenangi oleh orang lain.

J: mengenang budi, menakui kewujudan Tuhan, sedar diri, berbudi bahasa


sajak- Kian Kita Lupa

KIAN KITA LUPA.

Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata

Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga

Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

ZULFAZLAN JUMRAH
PBMP, UPM SERDANG
Hentian Puduraya,Kuala Lumpur.

tumpah

terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak.

mengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulitkan

1. menidurkan anak dgn menyanyi, mendodoikan anak, mendondong; 2. Mn memeluk, memangku, merangkul: dia rela tubuhnya diulit oleh pemuda itu;

akhirat

alam yg kekal selepas kehidupan di dunia.

alam fana

dunia yg tidak kekal;

makan diri

merosakkan diri sendiri.

birai

1 semacam pagar yg dipasang di tepi jambatan; langkan; selusur. 2 bahagian tepi sesuatu benda spt gambar dsb; pemidang: ~ kain. 3 bahagian tepi sesuatu muka surat yg tidak bercap.

jerih

tidak berdaya lagi; lelah; letih. ~ lelah (payah, penat) usaha yg dilakukan dgn susah payah. penyakit ~ sesak nafas; lelah. berjerih berusaha dgn sungguh-sungguh; bersusah payah.

jerih perih

pelbagai kesulitan dan kesukaran yg dialami dlm melakukan sesuatu: Semua ~ yg dilaluinya terasa berbalas dgn kejayaan anak sulungnya. berjerih perih berusaha dgn susah payah: Mereka sanggup ~ demi mengejar impian mereka.

riak

1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

beriak-riak

bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.

limpah

1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku.

kurnia

1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya.

azab

1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan.


KIAN KITA LUPA.

(Kosa kata:Usul, jerih, mewah, birai, riak, azab, seksa, melimpahkan, kurnia, menyesali, terlanjur, bicara,)

Rangkap 1:Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila diulit dalam kemewahan.

Rangkap 2:Manusia semakin melupakan penderitaan generasi terdahulu apabila _riak dan berbangga memenuhi dada pada zaman moden ini.

Rangkap 3: Manusia sentiasa lupa azab yang bakal diterima di akhirat(alam baqa) apabila menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam _fana ini.

Rangkap 4:Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atas keterlanjurannya. Pada waktu itu, kegembiraan sudah

menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.


Tema
Sikap lupa akan Tuhan dan jasa generasi terdahulu apabila mengecap kesenangan hidup sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti.

Persoalan
1. Kekayaan yang mengabui mata manusia

2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu
3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan azab keseksaan di neraka

4. Penyesalan yang terlewat

5. kekesalan hidup akibat perbuatan diri

6. Kesalahan sikap dan bicara(tutur kata) yang menyusahkan diri

7. Sikap manusia yang hanya mengingati Tuhan semasa berada dalam kesusahan

Gaya Bahasa

1. Inversi ( pembalikan kata): Kian kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa

2. Sinkope (penggunaan singkatan kata): kita hanya tak lupa

3. Pengulangan kata : kian kita lupa ( repitasi)

4. perlambangan/simbolik : pada azab dan seksa di sana( bermaksud di neraka atau alam baqa)

5. paradoks (penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi): bahagia bertukar derita, gembira menjadi duka.
6. Penggunaan bahasa Arab: azab, kurnia

7. metafora : birai mata( maksud yersirat: kemewahan di tepi kita)
8. asonansi ( pengulangan huruf vokal):
bila Tuhan melimpahkan kurnia
9. _aliterasi: (pengulangan huruf konsonan d) pada derita moyang dahulu kala

10. Rima akhir : _separuh terikat_:

Rangkap 1:aaa, Rangkap 2:_aaa, R3:_aaa, R4:a-b-b-b-b-b-b

11. Bentuk sajak:

Sajak yang mengandungi 3 baris dalam setiap rangkap terzina_,
7 baris dalam setiap rangkap_septet

12. Nada sajak :melankonik/murung/kesal_:

perasaan sedih, hiba, sayu dan bertemakan kehampaan, penderitaan.


Nilai Murni
1. mengenang jasa: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya dengan harta benda

2. mengenang budi: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri

3. patuh akan ajaran agama: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal.

4. hemah tinggi: Pengarang meminta manusia menjaga maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan.

5. _keserdehanaan: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri.

6. _keinsafan_: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan.

Pengajaran

1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul
2. Kita haruslah _mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita.
3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai _bahang api neraka.
4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara.
5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat.
6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri.
7. Janganlah kita menyalahgunakan kurnia yang diberikan-Nya.
8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi



Latihan tambahan:

1. Suaikan peribahasa yang sepadan dengan baris-baris sajak di bawah.

Kian kita lupa

Pada usul jerih bangsa

Tetapi

kita hanya tak lupa

bila terlewat masa

untuk menyesali segala

untuk menyesali segala

terlanjur laku dan bicara (d)

bahagia bertukar derita

gembira menjadi duka.

a.Nasi sudah menjadi bubur

b.sudah terhantuk baru tengadah.

c.Seperti kacang lupakan kulit.

d.Terlangsung perah boleh balik, terlangsung cakap tak dapat balik.

J: c, a, d, b

2 Baca baris-baris sajak di bawah disampaikan kepada pembaca. Nyatakan nilainya.

· Kian kita lupa pada derita moyang dahulu kala.

· Kian kita lupa pada azab dan seksa di sana bila Tuhan melimpahkan kurnia.

· Tetapi kita hanya tak lupa bila terlewat masa untuk menyesali segala.

· terlanjur laku dan bicara

J: (Mengenang budi

(Mengaku kewujudan Tuhan

(Sedar diri)

(berbudi bahasa)

3 Berikan maksud baris sajak di bawah.

(a) pada usul jerih bangsa (rangkap 1)


(b) bila Tuhan melimpahkan kurnia. (rangkap 3)



J:

Kesusahan yang dihadapi oleh nenek moyang kita

Apabila Tuhan memberikan rezeki yang melimpah-ruah.

Baca sajak dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Berikut merupakan perkara-perkara yang kita lupa kecuali

A Hukuman di alam baqa.

B Peristiwa-peristiwa yang menggembirakan.

C Kesengsaraan yang dihadapi generasi dahulu.

D Kepayahan yang pernah dihadapi bangsa kita pada masa dahulu.

2. Apakah yang menyebabkan kita semakin lupa?

A Manusia memang mudah lupa.

B Kehidupan yang mewah dan bahagia.

C Keasyikan hidup dalam dunia tersendiri.

D Kesibukan mencari kemewahan dan harta

3. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar berkenaan rima sajak ini?

A Rima akhir rangkap ketiga ialah abb

B Rima akhir rangkap terakhir ialah abbbbb

C Rima akhir rangkap terakhir ialah iaaaaaa.

D Rima akhir tiga rangkap pertama adalah sama iaitu aaa

Pada azab dan seksa di sana

4. frasa di atas mengandungi unsur gaya bahasa

A epifora.

B aliterasi.

C metafora.

D asonansi.

5.Apakah nada sajak ini?

A Kesal

B Murung

C Sindiran

D Romantis


J: B,B,B,D, A

Saturday, April 17, 2010

Gejala sosial- peranan sekolah - penggunaan Peribahasa dalam esei

Kerjasama antara pihak kerajaan dan sekolah giat mencari pendekatan baru bagi menangani isu pembuangan bayi.
kes gejala sosial seperti pembuagan bayi tidak lekang daripada bibir masyarakat, sudah sampai masanya pihak sekolah menjalankan peranan untuk membanterasnya. Hal ini berlaku demikian kerana pihak sekolah harus memegang prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Kawalan disiplin yang ketat memang sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil. Oleh sebab itu, badan pengawas dan guru disiplin harus diberi kuasa autoriti untuk menangkap pelajar yang disyaki berlakuan maksiat. Jika kerjasama yang utuh antara pihak pentadbir sekolah dengan badan pengawas diimplementasikan, nescaya kita dapat mengurangkan gejala sosial sehingga akar umbinya. Oleh hal yang demikian, usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangankan alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, pendidikan reproduktif di sekolah perlu bagi memberi pemahaman kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran.

SEJAK akhir-akhir ini saban hari masyarakat disajikan dengan segala macam laporan mengenai kebejatan sosial dalam kalangan anak muda sehingga tercetus pelbagai polemik dan konflik. Penagihan dadah, pergaulan bebas, seks luar nikah, buang bayi dan sebagainya merupakan sebahagian daripada natijah daripada kemusnahan akhlak sebilangan golongan muda ini.
Gejala-gejala ini seolah-olah menggambarkan masyarakat hari ini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dan batas-batas agama dalam membuat sebarang tindakan. Terbukti bahawa kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.
Kajian tidak menolak bahawa peningkatan angka tersebut hasil daripada gejala bersekedudukkan yang kini semakin berleluasa di kalangan masyarakat terutama golongan muda.