

Di pohon sana
 pada dahan pohon tualang 
Iihatlah Iebah-Iebah sudah membuat sarang 
serangga yang cergas 
sentiasa hidup sepakat
 sikap yang terpuji.
Ada ratu ada pekerja 
berkumpul dan bekerjasama 
madu manisnya 
penawar penyakit manusia. 
Lebah-Iebah
pada dahan pohon tualang 
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha 
dan meninggalkan jasa 
seperti madumu yang istimewa.
Siti Zaleha M. Hashim
| Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat. | Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat. | 
| Jangan merempuh sarang lebah. | Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang). | 
| Bagai lebah menghimpun madu. | Sangat rajin. | 
Rangkap 1:
Pada sebatang pohon tualang kelihatan lebah-lebah sedang membuat sarang dengan mengamalkan sikap __________ dan ________
Rangkap 2:
Dalam kalangan Iebah itu terdapat ________________. Serangga itu berkumpul dan saling _____________. Madu akan dikeluarkan untuk dijadikan ____________ bagi penyakit manusia.
Rangkap 3:
Sikap yang ditunjukkan oleh lebah-lebah itu menyebabkan penyajak sedar bahawa hidup perlu sentiasa ________ dan meninggalkan ______
Tema : Kumpulan lebah yang ________________ dan berjasa kerana menghasilkan sesuatu yang sangat baik.
Persoalan
(a) Saling bekerjasama dalam sesuatu pasukan dapat memudahkan kerja.
(b) ______________ dalam menjalani kehidupan.
(c) Rajin berusaha ke arah kebaikan.
(d) Saling bekerjasama tanpa mengira perbezaan __________. 
(e) Hasil usaha akan dikenang sekiranya dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.   (f) Kesedaran untuk berubah agar menjadi lebih baik.
Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada ______rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai ____ baris, rangkap kedua mempunyai ___ baris, dan rangkap ketiga mempunyai ___baris, bentuknya ________________
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara satu hingga empat patah kata atau empat hingga sebelas suku kata sebaris. Contohnya:
Unsur-unsur Bunyi
(a) ___________________ Contohnya, Ada ratu ada pekerja (pengulangan vokal a).
(b_____________________ Contohnya, lihatlah lebah-lebah (pengulangan konsonan 1).
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya:
Rangkap 1: _____________ • Rangkap 2:_____________Rangkap3:_____________
Unsur-unsur Bahasa
(a) _____________ Contohnya, seperti madumu yang istimewa.
 (b) ____________ Contohnya, Ada ratu ada pekerja.
(c) ______________Contohnya, pohon tualang.
(d) ____________ contohnya “kau”
|     Nilai  |        Pengajaran  |   
|     lebah __________   membuat sarang dan mengumpulkan madu.  |        Kita   hendaklah hidup ____________ agar hidup kita aman dan ___________.  |   
|     lebah rajin   membuat sarang dan mengumpulkan madu.  |        Kita   haruslah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.  |   
|     lebah   terdiri daripada golongan ratu dan pekerja yang __________t mel____________   kerja membuat sarang dan mengumpulkan madu.  |        Kita   hendaklah bekerjasama sesama anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan ___________  |   
|     penyajak   menyatakan bahawa dia menjadi insaf dan perlu _____________ lebah yang   berjasa kepada manusia.  |        Kita   hendaklah berbuat ___________selama hidup.  |   
1 comment:
Photo cikgu di facebook cantik lo... :)
Post a Comment