Thu ee when keep yawning, reka keep saying...STOP
but i still teaching, you know WHY...exam just in the corner, i m worry, the marks still flying in red colours
Pesanan cikgu: Latihan: Tulis sepucuk surat kepada rakan anda yang tidak suka menyertai aktiviti kokurikulum
Pesanan cikgu: Latihan: Tulis sepucuk surat kepada rakan anda yang tidak suka menyertai aktiviti kokurikulum
» Kepentingan Beriadah dalam kalangan remaja
» Oleh Ooi Xian Tian
•
Pada
era pascainovasi ini, isu tentang kemaslahatan beriadah atau akan tidak lekang
menghiasi dada akhbar . Negara kita kini sedang memacu arus kemodenan dan
menghamparkan keimanan, namun aktiviti beriadah masih dipandang sepi oleh ahli
masyarakat lantaran sikap kealpaan generasi muda tentang kepentingannya. Tegal
itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menegaskan
pembangunan modal insan sempurna dengan menggarisbawahi aktiviti riadah sejak
bangku sekolah lagi. Memandangkan isu sejagat yang semakin terserlah ini, YAB
Dato’ Sri Najib bin Tun Abdullah telah menguar-uarkan kesihatan ialah asas
pembangunan negara. Persoalannya, sejauh manakah kemaslahatan aktiviti sukan
atau beriadah dalam kalangan remaja?
Kepentingan
sukan/ kokurikulum/ persatuan/ aktiviti kemasyarakatan/ seni pertahanan diri/
pasukan sukarelawan/ aktiviti gotong-royong/ perkhemahan/ ….
Ayat Judul: (AMKCP)
1) Pi – Sai-
Mai-gaul( pengalaman-ilmu-saing-mahir- interaksi- bergaul)
2) Mai – BM
( markah-institusi pengajian tinggi-
badan – minda)
3) SasiMi (
sahsiah diri yang ampuh- sikap – minda)
4) Pomis – Jadi-
CBK ( potensi – jati diri – disiplin- mencernakan bakat kreativiti)
5) Pa(semangat) –
MPK(mewujudkan persekitaran kondusif)
1) Pi – Sai- Mai-gaul( pengalaman-ilmu-saing-mahir-
interaksi- bergaul)
Aktiviti riadah atau sukan akan meningkatkan
pengalaman dan ilmu yang meluas tentang gaya hidup sihat dalam kalangan remaja
pada alaf pascainovasi ini. Mahu tidak mahu, pendedahan ini secara langsung
akan meningkatkan daya saing remaja dan berhadapan dengan persekitaran gobal
yang sering berubah-ubah. Dalam erta kata lain, remaja yang aktif berkecimpung
dalam aktiviti ini akan memperkasakan kemahiran berinteraksi agar dapat bergaul
dengan sesiapa jua dengan tenangnya.
2) Mai-BM
Dari perspektif pelajar, sukan merupakan wadah untuk
mendapat markah kokurikulum supaya dapat memohon ke institusi pengajian awam di
Malaysia, selain sebagai arena untuk menjadikan sebagai kerjaya pada masa
hadapan. Bagi pelajar yang ingin mendapat tawaran biasiswa atau PTPTN khasnya,
prestasi akademik bukan lagi sebagai kayu ukur untuk menggelarkan diri sebagai
insan yang berjaya. Situasi ini selaras dengan slogan badan sihat minda cerdas.
Kecerdasan minda memerlukan bekalan 20% oksigen dan 20% pengaliran darah untuk
memastikan kita menjalankan bahtera hidup dengan lancar dan sempurna.
Bayangkanlah pelajar yang hanyut dalam dunia fana atau alam maya akan
tertinggal dalam pelajaran kerana tumpuan perhatian yang tidak sebaiknya jika
berbanding dengn mereka yang giat dalam aktiviti sukan. Contohilah Rasulullah
yang selalu mengamalkan aktiviti sukan seperti memanah dan menunggang kuda
semata-mata ingin menghargai setiap kurniaan Tuhan dengan berpada-pada
kerana hadis bersabda“ jaga masa sihat
sebelum masa sakit datang.”
3) Bm
sofitmen ps iii – sipekuto moda
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kecergasan badan dan
kecerdasan minda akan mengimbangi perkembangan sosial, fizikal, mental, dan
psikologi kita. Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti beriadah akan menjanakan badan yang bersemangat waja justeru
dapat menghadapi onak duri dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang berjinak-jinak dengan aktiviti ini akan
memastikan dirinya mempunyai daya ingatan, imunisasi, dan imaginasi yang tinggi
agar berkemampuan melepaskan diri daripada belenggu kekhilafan dan kekusutan.
Badan ialah pinjaman sementara daripada kurniaan Ilahi, dengan aktiviti ini, sistem
perpeluhan dan perkumuhan akan mengikis toksik daripada badan kita. Metabolisme
dan pengaliran darah yang lancar akan memastikan badan kita sering berkeyakinan
tinggi dalam semua bidang yang dikecimpung.
4) Sasi Mini fiti kkr
• Aktiviti ini, memang tidak disangkal bahawa mampu
menjanakan sahsiah diri yang ampuh seperti bernilai mahmudah dan berakhlak
mulia. Bagi remaja yang bergiat dalam aktiviti sukan ini juga mampu menerapkan
sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati.
Tamsilannya, semasa beriadah, kita akan berhadap dengan kawan di sekeliling
kita. Dengan itu, kita akan memahami bahawa nilai mahmudah merupakan pemangkin
jalinan hubungan sesama manusia. Dengan menjauhi kehidupan bagai kera sumbang,
kita akan menjana minda yang kreatif, kritis dan rasional agar bertindak dua
kali sebelum bertindak. Pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah pernah menegaskan
bahawa ketenangan jiwa berdasarkan kesihatan badan dan minda.
5) Jadi- POMIS-CBK ( potensi – jati diri – disiplin-
mencernakan bakat kreativiti)
• Melalui aktiviti ini, jati diri yang unggul hanyalah
dizahirkan daripada remaja yang berdisiplin. Memang diketahui umum bahawa
aktiviti berekreasi mampu mendisiplinkan
setiap individu. Hal ini dibuktikan oleh kajian bahawa sesiapa yang
berdisiplin akan dilatih mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah
organisasi, justeru mengawal tingkah laku mereka. Melalui aktiviti ini,
pengurusan masa dengan merangka jadual masa bersantai akan memastikan seseorang
individu menjurus ke arah kecemerlangan. Lebih-lebih lagi, mereka yang suka
beriadah akan melepaskan diri daripada membazirkan masa dalam aktiviti yang
dilaknat Tuhan kerana disiplin asas keimanan dan kemakmuran hidup.
Justifikasinya, potensi kita akan digarap dengan sepenuhnya justeru mencernakan
bakat dan kreativiti kita sekiranya mendarah daging aktiviti ini sejak kecil
lagi.
6) Pa(semangat) –
MPK(mewujudkan persekitaran kondusif)
• Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, semanagt
perpaduan akan dipupuk melalui aktiviti ini. Mahu tidak mahu, Dasar satu Murid Satu
Sukan akan menggembleng kudrat dan minda semua pelajar dalam payung yang sama.
Akibatnya, remaja berusia setahun jagung akan menghayati nilai bermasyarakat
kerana kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Semasa perlawanan atau aktiviti
dijalankan, semua remaja dari latar belakang yang berbeza akan merentas
perbezaan etnik, agama, dan pandangan agar menjayakan perlawanan sukan yang
dijalankan. Semasa aktiviti dijalankan, perasaan muhibah ini akan disemarakkan
selain menjalinkan hubungan silaturahim sesama ahli masyarakat yang berbeza
status.
No comments:
Post a Comment