Lihat rajah di bawah ini dengan
teliti. Huraikan pendapat anda tentang
faedah membeli barang buatan Malaysia. Huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan
|
|||
Barangan
buatan tempatan seperti industri automobile, kraf tangan dan sebagainya semakin
mendapat tempat di persada dunia. Malaysia kini sedang dilanda kegawatan
ekonomi dan kemerosotan nilai wang yang serius. Senario ini amat merimaskan
ahli masyarakat tempatan bagai cacing kepanasan kerana jika nilai mata wang
terus susut, kemelut inflasi akan menjadi satu angkara yang akan
merosakbinasakan pembangunan Negara. Penggemblengan kudrat semua strata
komuniti di Negara Malaysia merupakan jalan pintas untuk merungkai masalah ini
sebelum kuman menjadi kudis. Persoalannya, sejauh manakah rakyat tempatan
memahami bahawa hujan emas di negara orang , hujan batu di negeri sendiri?
Adakah rakyat Malaysia bersedia dan bersiap siaga untuk menjulang jenama
barangan tempatan seperti Perduo dan Proton di persada global? Tepuklah dahi
Tanya selera.
Tidak
lain dan tidak bukan, peruntukan dalam pelbagai bentuk seperti subsidi,
insentif, mikro pinjaman dan pelbagai skim bantuan telah disalurkan kepada
pengusaha tempatan untuk menggiatkan perindustrian barangan tempatan. Menurut
bajet 2013, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Razak telah menegaskan pembangunan
ekonomi mestilah berlandaskan usaha sama untuk mengurangkan pergantungan kepada
bantuan luar Negara. Usaha untuk menggurangkan defisit merupakan jalan
penyelesaian yang perlu diambil agar ekonomi Negara tetap melonjak menjelang
ambang 2020. Memandangkan kesungguhan kerajaan untuk memakmurkan Negara,
perindustrian kecil dan sederhana seperti pengeluaran barangan tempatan
mestilah diberikan perhatian yang sepenuhnya. Contohnya, barangan tempatan
seperti kereta nasional, peralatan elektronik dan tin-tin makanan perlulah
disokong padu oleh rakyat tempatan. Dengan itu, pengaliran wang ringgit
Malaysia ke luar Negara akan berkurang di samping menstabilkan nilai mata
wang Negara kita. Selaras dengan defisit kewangan dan hutang Negara yang
semakin membimbangkan, rakyat Malaysia mestilah menyokong barangan tempatan
agar Negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara
atas angin.
Integriti
dan komited Negera Jepun merupakan iktibar yang perlu diambil. Segala
rintangan akan ditempuhi dengan muafakat dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Selepas Tsunami yang melanda Negara Jepun, banyak ramalan telah mengatakan
bahawa Jepun akan mengikut jejak Negara Eropoh, iaitu mengalami kemelesetan
ekonomi atau kemuflisan yang teruk. Namun, negera matahari terbit timur ini
dengan mengutamakan industri teknologi dan pengeluaran barangan tempatan
seperti bioteknologi, sepintas kilat sahaja Negara Jepun telah bujur
lalu, lintang patah. Negera Korea pula merupakan teladan lain yang perlu kita
contohi. Pengeluaran barangan tempatan seperti barangan elektronik Samsung
telah memonopoli pasaran elektronik di negera sendiri mahupun ke luar Negara
seperti Malaysia. Sekiranya, Negara kita menurut ikhtiar Negara tersebut,
nescaya Negara kita mampu menjadi Negara yang maju dan terkeluar daripada kepompong
kemiskinan. Natijahnya, perusahaan tempatan akan dikembangkan sekiranya rakyat
Malaysia dapat menggembleng minda dan memerah otak untuk mengembangkan
perindustrian kecil dan sederhana tanpa pergantungan kepada barangan import
lagi, khususnya barangan makanan seperti beras, barang keperluan dan
sebagainya.
Akhir
sekali, Malaysia memanglah tersohor dengan Negara yang kaya dengan sumber alam
seperti minyak, kayu balak, kelapa sawit dan sebagainya. Sesungguhnya, khazanah
alam ini merupakan anugerah Tuhan yang perlu dimanfaatkan dengan optimum.
Pergantungan kepada komoditi akan menemui halangan selepas kehabisan sumber
ini, manakala pergantungan kepada teknologi untuk menghasilkan barangan
tempatan seperti biotenologi memungkinkan kita mencapai kekayaan dan menjana
pendapatan per kapita yang memuaskan. Negara Singapura yang mementingkan
pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan telah berjaya menjadi Negara
yang tersohor dan terkaya di persada global. Sedangkan Negara Malaysia yang
kaya dengan sumber alam ini, rakyat Malaysia mestilah berusaha untuk
mengekspoitasi sumber alam ini untuk mengembangkan industri tempatan.
Contohnya, barangan plastik, barangan aluminium dan ekonomi hijau dapat
menjayakan Malaysia sebagai Negara yang mengekspoitasi sumber alam untuk
mempelbagaikan pengeluaran barangan tempatan di Malaysia.
Tuntasnya,
sepakat membawa berkat. Kita mesti berbangga dan berintegriti untuk menjayakan
setiap aspirasi Negara, yakni pencapaian diutamakan. Gagasan 1 Malaysia yang
berlandaskan perpaduan merupakan visi suci yang perlu didukung oleh Rakyat
tempatan supaya menghargai sumber alam yang tidak ternilai kepada kita.
Manfaatkan setiap kurniaan Tuhan dengan sebaik-baiknya akan merangsang ekonomi
Negara kita agar standing dengan Negara maju. Jangan sekali-kali hidup dalam
dunia menyendiri bagai kera sumbang, hanyalah berpegang pada prinsip di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan untuk memajukan setiap bidang yang diusahakan
oleh penggiat tempatan.
No comments:
Post a Comment