1. BERDASARKAN Laporan
Profil Kajian Tahap Pembacaan Rakyat Malaysia pada tahun 2005,
didapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.
2. program
NILAM yang dijalankan di sekolah menunjukkan hanya 22.91% pelajar sekolah terlibat dalam program
tersebut pada tahun 2012 walaupun
pelaksanaannya adalah wajib dan mempunyai instrumen yang mantap.
3. Oleh
itu, sikap menjauhi ilmu atau muflis dalam intelek dalam kalangan remaja hari ini merupakan fenomena
serius yang wajar diambil perhatian.
4. Sampailah masa terlintas dalam gawang minda, apaah punca menyebabkan fenomena remaja muflis dalam intelek?
_______________________________________________________
Budaya
hedonisme dan hiburan berasaskan digital yang melingkari kehidupan para remaja
masa kini menyebabkan mereka terhanyut dalam dunia fatamorgana. Stigma membaca yang membosankan menjadikan tiada
rasa nikmat keseronokan membaca apatah lagi menjadikan tabiat ini sebagai hobi. Lebih-lebih lagi, komunikasi
harian banyak ditunjangi oleh pembacaan
berbentuk picisan dan
maklumat yang tidak dapat dibuktikan
kesahihannya. Kemajuan juga menjadikan remaja
seorang yang malas dan menghabiskan waktu senggang dengan berbual menerusi
laman sosial. Hal ini akan mengakibatkan lahirnya masyarakat antisosial dan lebih
cenderung bersikap individualistik. Senario ini sangat berbahaya kerana
negara bukan sahaja ketandusan golongan
pemikir malah sumber manusia pasti sukar digembleng untuk pembangunan
negara.
Seterusnya, budaya
hedonisme menyebabkan remaja hilang identiti. Kegilaan meniru dan mengikut gaya
asing terus meresap di jiwa misalnya fenomena K-Pop yang menjadi kiblat remaja hari ini. Perubahan penampilan dari segi fesyen, rupa diri dan gaya hidup yang mudah menerima budaya asing berbanding dengan
usaha melestarikan budaya sendiri
bakal memberikan impak negatif kepada negara. Hal ini akan merencatkan usaha negara melahirkan bangsa Malaysia mengikut acuan
yang dikehendaki. Lebih parah lagi, tempoh wawasan 2020 yang hendak dituju
boleh dihitung dengan jari sedangkan negara masih berhadapan dengan masalah
remaja yang hilang arah, lemah pemikirannya dan dibelenggu masalah sosial yang
tiada berkesudahan. Semuanya berpunca daripada sikap tidak mementingkan ilmu apatah
lagi bercita-cita untuk menjadi seorang yang intelek.
Pihak sekolah
khasnya para guru juga menjurus kepada fenomena remaja
muflis intelek. Guru kini yang sibuk dengan tanggungjawab hakiki perlu membuat
anjakan paradigma agar kaedah pengajaran di dalam kelas bersesuaian dengan
keperluan pendidikan semasa
kerana pendidikan ialah sesuatu yang dinamik. Kaedah pengajaran kini kurang menggalakkan penggunaan otak kiri dan
otak kanan bagi meningkatkan kecerdasan berfikir dan fungsi otak digunakan
sepenuhnya dalam menerima dan
menyaring ilmu. Dalam hal ini, otak yang dapat dirangsang untuk berfikir lebih
jauh akan cepat matang untuk membuat
penilaian. Terbukti bahawa kanak-kanakyang mempunyai sifat ingin mencari ilmu
sejak kecil dapat menjamin kehidupan
masa hadapan yang lebih cerah dan berfikiran jauh. Ironinya, sistem pendidikan kini yang berkiblatkan prestasi akademik hanyalah mendorong pelajar berasa liat atau jemu untuk menuntut ilmu, apatah lagi untuk mereka yang sering kali terkandas dalam pelajaran.
No comments:
Post a Comment