frasa menarik
1Setiap masalah yang dihadapi perlu ditangani secara
bijaksana, ibarat menarik rambut daiam tepung,
rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
2Sikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing sepatutnya tidak wujud dalam hidup
berjiran kerana jiran atau tetangga saling memerlukan demi mencapai
permuafakatan dan kesejahteraan.
3Dalam menuju konsep satu Malaysia yang
diuar-uarkan oleh kerajaan, rakyat negara ini mesti sanggup mengetepikan
kepentingan diri dan meletakkan kepentingan negara sebagai prioriti kerana bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.
4Pesan orang tua-tua, ikut resmi padi,
semakin berisi semakin tunduk dan jangan jadi seperti kaduk naik
junjung. 5Sikap tersebut bukan sahaja merugikan diri
sendiri, tetapi juga menjejaskan peribadi dan kewibawaan seseorang.
6Kita haruslah berhati-hati ketika memandu
bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya kerana geruh tak berbunyi,
malang tak berbau.
1. tema remaja/ pelajar cemerlang
责任/青年问题/优秀特征/心想事成
责任:menggalas tanggungjwab untuk memartabatkan imej keluarga, sekolah dan negara
berperanan vital untuk merealisasikan setiap misi dan visi negara
mendukung tanggungjwab untuk memastikan pembangunan negara
generasi muda penaraju dan pelapis pembangunan nusa bangsa
pemuda yang berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinang cenderung mengikut-ikut idola mereka
pemuda-pemudi bakal peneraju kepimpinan negara
优秀特征pelajar cemerlang akan berusaha untuk menempa kejayaan
pelajar cemerlang akan berpegang pada prinsip genggam bara api menjadi arang supaya membuahkan hasil yang diidamkan
pelajar cemerlang akan menghayati masa ini emas dengan mempunyai pengurusan masa dan pengurusan kendiri yang baik
pelajar cemerlang selalu memasang tekad supaya menerokai pengalaman baharu untuk mengotakan aspirasi dalam kehidupan mereka.
pelajar cemerlang gigih mempercayai bahawa kegagalan ialah kunci segala kejayaan
sikap tidak mengenal erti putus asa bagai perencah untuk mencapai titik kejayaan dalam kehidupan mereka
2. tema gejala sosial( cikgu sudah kasi setiap pelajar satu set yang lengkap pada semesta yang pertama)
kekurangan kesedaran diri akan menatijahkan anak remaja terpesong dari landasan keimanan
ketandusan KS akan mengakibatkan anak remaja bergelumang dengan anasir negatif
kedangkalan didikan agama memungkinkan anak remaja terjerumus dalam kancah kemungkaran
kerakusan pihak media untuk mengaup keuntungan maksimum telah mengabaikan tanggungjawab mereka dengan menghebahkan siaran yang berunsur negatif.
remaja
Anak-anak mengalami kekosongan jiwa akan cuba mencari-cari penghargaan dan pengiktirafan daripada luar rumah.
3. tema guru/ sekolah
1.CAME MMPP- ceramah, aktiviti kemasyarakatan, pertandingan, program pembinaan diri, memotivasikan, melancarkan pengajaran dan pembelajaran , supaya membentuk pelajar beretika
2. Pro Ma CBK MIS HO KAM MMPP
memartabatkan(MA) profesionalisme(PRO) guru dengan menggunakan corak pembelajaran yang kreatif (CBK) supaya membentuk modal insan seimbang(MIS) dari segi JERI.
pelajar suka belajar di persekitaran kondusif dan pendidikan holistik(Ho) kerana penghargaan dan pengiktirafan(PP) dapat dikenalpasikan.
Komunikasi dua hala penting untuk menganjak minda pelajar supaya melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Guru ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi anak didiknya.
Kelakuan yang tidak baik akan dicontohi oleh pelajar, bak nyiru bak tampian, bak gura bak anak sasian.
guru wajar memartabatkan profesionalisme meraka dengan menekankan corak pembelajaran komprehensif supaya menarik perhatian dan keterajuan pelajar ketika pelajaran disampaikan
Kementerian Pelajaran Malaysia selalu merombak sukatan pelajaran supaya tidak terlalu berorientasikan pretasi pelajaran semata-mata.
- komunikasi dua hala antara ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat menganjak minda pelajar
- Keberkesanan pelaksanaan pelbagai strategi akan memahamkan pelajar yang sesat di hujung jalab, balik ke pangkal jalan.
4。tema keluarga
•
Hubungan kekeluargaan yang longgar disebabkan ibu bapa terlalu mementingkan
kerjaya hingga mengabaikán anak-anak
Sikap ibu bapa bagai “ anak di riba
diletakkan, kera di hutan disusui” tidak menyediakan ruang untuk bermesra
dengan anak-anak
•
ibu bapa menunjukkan teladan yang negatif seperti pergaduhan suami isteri di hadapan anak ,penderaan anak sehingga membibitkan emosi trauma anak-anak.
anak akan mencari ketenangan di luar rumah melalui berkenalan dengan remaja liar
• anak berasa kongkongan umpama burung di dalam sangkar, mata
lepas badan terkurung.
jiwa remaja
memberontak kerana kerakusan KS daripada ibu bapa atau persekitaran yang terlalu mengongkong
mereka akan
melakukan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang kerana kehidupan bagai layang-layang putus tali
• kadangkala Ibu
bapa menetapkan jalan hidup anaknya pada masa akan datang . Anak tidak berpeluang
mengikut naluri sendiri . Akibatnya remaja mula memberontak supaya .mereka mencari keseronokan di luar.
•
Perceraian ibu bapa amat memberikan kesan mendalam terhadap anak -anak
|
Kepentingan
keluarga bahagia
|
Gejala
sosial akan menjejaskan masa depan remaja.HIDK remaja yang terlibat dalam
gejala sosial akan menjadi sampah masyarakat atau dipandang hina bagai melukut di tepi gantang.
Lazimnya, remaja tidak mempunyai hala tuju matlamat yang jelas pada masa
depan atau tidak bercita-cita tinggi kerana kekurangan B+G yang sepatutnya.
Dengan ini, mereka sukar mendapat kepercayaan daripada masyarakat lagi kerana
selalu dipandang serong tentang kredibiliti mereka. Impaknya, hidup yang terumbang-ambing bagai
layang-layang putus tali akhirnya menjadi musuh negara.
|
Keluarag
bahagia akan mencerahkan masa depan remaja.HIDK remaja yang dibesarkan dalam
keluarga bahagia akan menjadi pelapis negara
atau dipandang berat oleh semua
lapisan masyarakat. Lazimnya, remaja ini mempunyai hala tuju matlamat yang
jelas pada masa depan atau bercita-cita tinggi kerana terdapat B+G yang sepatutnya. Dengan ini, mereka
akan mendapat kepercayaan daripada masyarakat kerana selalu dipandang berat tentang
kredibiliti mereka. Impaknya, hidup meraka bagai diterangi bulan purnama akhirnya
menjadi tampuk kepimpinan negara yang penting.
|
Mencemarkan
maruah keluarga.
|
Memartabatkan
maruah negara
|
Gejala
sosial akan mencemarkan maruah keluarga. Hal ini demikian kerana situasi ini
persis peribahasa nila setitik, rosak susu belanga. Dengan ini, masyarakat akan
hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut, justeru maruah keluarga akan tercalar.
Perlakuan remaja bagai “menconteng arang ke muka” akan menjejaskan masa depan adik-beradik yang
lain, malahan lebih teruk lagi jika menjejaskan emosi ahli keluarga yang
tidak dapat menerima tekanan daripada masyarakat.
Akibatnya,
maruah keluarga yang tercalar memerlukan masa yang lama untuk memulihkan
maruah keluarga dan dihormati oleh khalayak ramai.
|
Kelaurag
bahagia akan memartabatkan maruah keluarga. Hal ini demikian kerana situasi
ini persis peribahasa Gaharu dibakar kemenyan berbau. . Dengan ini,
masyarakat akan menaruh kepercayaan terhadap keluarga tersebut, justeru
maruah keluarga akan dimatrabatkan. Hubungan mesra antara ahli kekeluargaan
akan merapatkan hubungan adik-beradik, malahan lebih terserlah lagi ahli
keluarga lain juga akan diiktiraf dan dihargai oleh masyarakat.
Akibatnya,
maruah keluarga dapat meningkatkan kredibiliti khalayak ramai semasa
diamanahkan sesuatu tugasan.
|
Menggugat
kesejahteraan sosial.
|
Menenteramkan
kesejahteraan sosial.
|
Remaja menjadi liar akan melakukan pelbagai gejala
sosial tanpa perasaan bersalah. Menurut kajian, keluarga pincang akan
menghasilkan generasi yang akan menggugat kesejahteraan sosial. Mereka akan
mengganggu ketenteraman awam sehingga orang ramai berasa tidak selamat kerana
sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Natijahnya, gejala
sosial yang semakin menular akan meranapkan hasrat negara untuk mencapai misi
sebagai negara yang maju.
|
Keluarga
bahagia akan menenteramkan kesejahteraan sosial. Remaja unggul akan menjauhi pelbagai gejala sosial
kerana berasa bersalah jika menyalahi norma masyarakat. Menurut kajian,
keluarga harmoni akan menghasilkan generasi yang akan berminda kelas pertama.
Mereka tidak akan mengganggu ketenteraman awam sehingga orang ramai berasa
tidak selamat kerana sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Natijahnya,
keluarga bahagia akan menggembleng hasrat negara untuk mencapai kemajuan negara
sejajar dengan pembangunan modal insan yang sempurna.
|
Membantutkan
pembangunan negara.
|
Merancakkan
pembangunan negara
|
Remaja
tidak berupaya memberikan sumbangan kepada negara akan terjebak dengan
kegiatan yang merosakkan diri seperti penyalahgunaan dadah. HIDK remaja ialah
tulang belakang kemajuan negara. Dengan gejala sosial, remaja yang
berkelakuan devian akan menggagalkan usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar
pembangunan dengan berjaya seperti RMK-9. Sehubungan dengan itu, negara tidak
lagi memiliki modal insan yang berkualiti untuk menggerakkan ekonomi negara
kerana tidak mempunyai daya saing yang kuat.
|
Keluarga
bahagia akan merancakkan pembangunan negara dengan melahirkan modal insan
yang sempurna.Remaja ini akan berupaya untuk memberikan sumbangan kepada
negara dengan menggembleng segala potensi diri dan kapasiliti diri yang
sempurna. HIDK remaja ialah tulang belakang kemajuan negara. Dengan keluarga
bahagia, remaja yang berhemah tinggi akan memastikan usaha kerajaan
melaksanakan dasar-dasar pembangunan dengan berjaya seperti RMK-9. Sehubungan
dengan itu, negara yang memiliki modal
insan yang berkualiti akan dapat menggerakkan ekonomi negara kerana mempunyai
daya saing yang kuat.
|
Menjejaskan
imej negara.
|
Mengharumkan
imej negara
|
Pincanglah
keluarga, pincanglah masyarakat dan negara. Negara-negara lain akan memandang
rendah kredibiliti negara kita kerana gagal menangani
masalah sosial negara yang semakin merebak. Lantaran ini, pelancong asing akan
kekurangan minat untuk kembali
melancong di sini kerana kes ragut dan vandalisme telah memercik tempeleng ke
muka sendiri. Akibatnya, negara kita yang selama ini terserlah dengan
keamanan dan keharmonian hanyalah bagai indah khabar daripada rupa .
Sehubungan dengan itu, pelancong asing
akan menceritakan gejala sosial ini
kepada rakan-rakan yang lain. Lebih-lebih lagi, media massa asing juga kan mengheboh-hebohkan
perkara tersebut sehingga menjejaskan imej negara.
|
Majulah
keluarga, majulah masyarakat dan negara. Negara-negara lain akan memandang tinggi
kredibiliti negara kita kerana dapat
mewujudkan kesejahteraan sosial dan keharmonian masyarakat dengan menangani
masalah sosial negara sehingga ke tahap yang optimum. Lantaran ini, pelancong
asing akan menaruh keterujaan untuk kembali melancong di sini kerana sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.. Akibatnya, negara
kita yang selama ini terserlah dengan keamanan dan keharmonian bukan hanyalah
bagai indah khabar daripada rupa. Dengan itu, pelancong asing akan menceritakan keharmonian negara kita kepada rakan-rakan
yang lain. Lebih-lebih lagi, media
massa asing juga kan mengheboh-hebohkan perkara tersebut sehingga memartabatkan
imej negara.
|
Gaya hidup sihat
SUKMA
sukan-
BM soFiMen PS _III
gaya hidup sihat dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda seseorang individu. Dengan aktiviti beriadah, kita dapat memastikan perkembangan sosial, fizikal, dan mental yang optimum.
lebih-lebih lagi, perkembangan psikologi yang seimbang akan mengurangkan tekanan dalam pelajaran mahupun kehidupan.
Natijahnya, daya ingatan(I), daya imunasi(I), dan daya imaginasi(I) peserta akan ditingkatkan kerana aktiviti ini dapat mengimbangkan sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, dan sistem tumbesaran kita. Toksik yang disingkir melalui pepeluhan akan memastikan badan selalu berada di tahap yang ceria supaya senang mencernakan bakat dan kreativiti setiap insan.
Kebersihan
Kebersihan menjamin kesihatan. Penyakit berjangkit bertitik tolak daripada kebersihan diri dan persekitaran yang mengurang.
Pembudayaan disiplin dengan KOP MAK JIH...懒得写了
masa rehat
pemakanan seimbang(penyakit...obesiti)
vitamin
zat
karbohidrat
protein
minyak
serat
懒得写了
INternet
kebaikan barangan buatan tempatan
berjimat cermat
kemalangan ja;an raya(LANGKAH)
INternet
kebaikan barangan buatan tempatan
berjimat cermat
kemalangan ja;an raya(LANGKAH)
No comments:
Post a Comment