Buku Teks Esei
Berpandu(ms35 Ting2)...coretan Cikgu phong
Keperluan asas
merupakan prasyarat yang dikehendaki oleh manusia untuk memastikan kelangsungan
hidup. Tanpa keperluan ini, hidup kita bagai melukut di tepi gantang.
Rumah atau
habitat merupakan elemen yang paling asas untuk memastikan kita terelak
daripada sinaran matahari dan kehujanan, Tanpa pelindungan asas ini, kehidupan
kita akan terseksa tanpa perasaan yang tenteram. Seterusnya, diet seimbang seperti
nasi,ikan,minuman dapat memastikan badan kita dibekalkan nutrien yang mencukupi,
walhasil kita akan kebuluran dan kesakitan sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi.
Pakaian juga
merupakan kriteria yang tidak dapat disingkirkan sekiranya kita ingin terus
menabur jasa dalam dunia fana ini. Pakaian merupakan keperluan untuk menjaga
maruah kita di samping menjana peradaban sesuatu bangsa.
Kualiti hidup
akan dimartabatkan sekiranya taraf perubatan,sistem pendidikan dan hiburan diperkembangkan.
Semakin maju perkembangan bidang ini, semakin tinggilah darjat negara di
persada dunia.(126patah perkataan)
No comments:
Post a Comment