Persediaan peperiksaan pertengahan tahun
Cedokan daripada Dewan Siawa Jan 2012. Cikgu menukilkan nota tentang ilhamkan harapan Sempurnakan Impian
Bentuk karangan ini boleh sebagai surat tidak rasmi yang berbunyi seperti berikut: Anda menulis sepucuk surat tidak rasmi kepada kawan anda yang kehilangan keyakinan selepas terkandas dalam peperiksaan SPM, anda menulis surat kepadanya untuk menyatakan antara idealisme dengan realiti
1. Persediaan anda untuk mencapai kecemerlangan diri
a) memasang tekad sejak kecil lagi, cita-cita mestilah
terpijak di alam nyata, kerjaya bukan semata-mata tentang pulangan pendapatan,
martabat dan kehormatanm tetapi kerjaya tentang diri kita, minat dan kesungguhan
– menonjolkan kebolehan diri dan bakat
b) bersedia untuk bersaing dalam pasaran kerja
jangan sering kali menyibukkan diri dengan kegiatan akademik
sehingga terlupa untuk membangunkan kemahiran lain. penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
dan kemasyarakatan dapat membangunkan kemahiran interpersonal, seperti
kemahirankomunikasi, membentuk diri anda sebagai anggota kumpulan yang baik dan
membina keyakinan diri- kemahiran menjadi nilai tambah kepada kita untuk
bersaing secara sihat dalam dunia pekerjaan pada masa hadapan.
c) ilmu pelita hidup- dengan ilmu tersemat di dada , kita
tidak terpedaya oleh muslihat dunia- harta material boleh hilang sekelip mata,
tetapi ilmulah yang tetap kekal bersama-sama kita walaupun tatkala tidak
berada.
Bak kata pepatah,” kalau kail panjang sejengkal, lautan
dalam jangan diduga.”
d) fahami diri- kita hanya dapat memahami memahami kekuatan
diri dan kemahuan peribadi setelah melalui lorong yang berliku.
No comments:
Post a Comment