4. Berdasarkan cerita “Raja Muda”, tulis urutan nombor bagi
sinopsis di bawah ini.
(a) Sebagai tanda permuafakatan BS meminta RS sudi menerima
bayi yang telah dikandungnya selama enam purnama ( 5
)
(b) BS sungguh sukacita apabila melihat bayi yang dilahirkan
oleh RS (8 )
(c) Raja Muda telah pun mempunyai seorang isteri yang
bernama BS yang tinggal di kayangan (2 )
(d) Kandungan itu pun berpindah kepada RS setelah menyantap
sepah sirih lebihan BS ( 6 )
(e) Apabila tiba hari kelahiran Raja Muda telah memanggil BS
turun ke bumi. (7 )
(f) BS berjumpa dengan bonda RS Setelah mengetahui hal yang
sebenar. (4 )
(g) Raja Muda ditabalkan menjadi raja di Tanjung Bunga
Kembang Sekaki dengan gelaran Sultan Muda Gempita sakti. ( 1)
(h) BS telah
diberitahu oleh kakandanya tentang persandingan Raja Muda dengan RS. ( 3 )
5. Senaraikan dua aktiviti yang dilakukan oleh Raja Muda di
Padang Biram Kemala.
(a)membawa isterinya bermain-main di atas pasir
(b)bersemayam di suatu tempat khas sambil melihat
putera-puteri raja bermain-main
6. Nyatakan persoalan yang berkaitan dengan tangggungjawab
yang terdapat dalam prosa “Raja Muda”.
(a) tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyatnya
(b) tanggungjawab seorang suami dalam membahagikan kasih
sayang terhadap kedua-dua orang isterinya
7.
peristiwa
|
persoalan
|
(a) Kepada kakandanya berenam,
Tuan Puteri itu memberitahu,“Wahai kakanda, adinda minta diri kembali dulu
sebab tidak sedap rasa hati adinda dan dada adinda sentiasa berdebar-debar
saja. Mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku.” (hal. 35)
|
Majlis
perkahwinan yang tidak direlakan
|
b)Apabila Sultan Muda melihat peristiwa itu baginda
pun segera mencita isterinya, BS dan
kayangan supaya turun ke dunia ini untuk bersama-sama menyaksikannya. (hal.
38)
|
Kegembiraan
menyambut kelahiran seorang anak
|
(c) Sekalian pembesar dan rakyatnya telah dititahkan
melengkapi balai pancalogam dua belas tingkat di tengah tasik itu dan sebuah
khemah juga didirikan di tengah Padang Biram Kemala, tempat baginda hendak
bermain dan berjamu.(hal 39-40)
|
Upacara
meraikan kedatangan ahli baru dalam keluarga
|
8. berikan maksud
(a) Puteri itu pun disiramkan
dengan penuh upacara. (hal. 40) dimandikan
(b) Tuan puteri itupun gering hendak
bersalin. (hal. 38) sakit
(c) Kemudian baginda bersemayam
di atas suatu tempat khas sambil melihat putera-puteri raja-raja
berpasuk-pasukan dalam permainan “Doh Besan”. (hal. 40) duduk di atas singgahsana
1.melahirkan 2.menjelaskan c mengadakan 4. memanggil 5. menerima 6.mendirikan 7. menjadi 8. membawa
|
(a) RM telah ditabalkan_ menjadi _______ raja di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dan
bergelar Sultan Muda Gempita Sakti.
(b) Raja Muda menjelaskan sebab baginda berkahwin lagi, apabila BS sampai di
anjung mahligai RS.
(c) BS memberitahu bahawa ia
telah hamil enam purnama, sebagai tanda muafakat beliau berharap kepada madunya itu sanggup menerima anak yang
dikandungnya.
(d) Setelah genap 12 purnama RS sakit hendak bersalin lalu Sultan Muda memanggil BS dari kayangan untuk turun ke dunia untuk sama-sama
menyaksikannya.
(e) RS pun melahirkan seorang puteri yang sangat elok rupanya bersama-sama
dua bilah pedang dan kemudiannya dinamakan Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala
Keinderaan, Seri Desa Tanjung Bunga Sekaki, Mastika Kelimpahan Benua Tua.
(f) Sultan meminta Perdana Menteri membuat balai pancalogam dua belas
tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk puteri baginda bersiram dan baginda
juga meminta mendirikan sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala tempat baginda hendak
bermain.
(g) Sultan Muda membawa puteri baginda bersiram di Tasik Mendam Berahi dan RS sangat seronok
melihat permainan “Doh Besan” dan masuk bermain bersama-sama anak-anak raja.
(h) Keesokannya baginda menitahkan Perdana Menteri mengadakan kenduri doa selamat dan tolak
bala- kenduri utk menjauhkan bencana.
TIPS
INGATAN
1.Persoalan : Menurut perintah,Bermuafakat, Kasih sayang,
Rasional, Menghargai
2. Plot: Klimaks: Keputeraan Puteri Jintan
3. Teknik Plot: pemerian, dialog,
bersyair,
4.Gaya
Bahasa-Simile,Inversi,Kata Ganda,Bahasa Arab,Personifikasi,Bahasa Klasik,Bahasa
Istana
No comments:
Post a Comment