if u wanna to pursuit a high grades of marks.it's shd be starting from frasa menarik ..accumulate it according to different parts of essays ..as example( aspeks keluarga/masy/media massa/ sukan/ ilmu/ remaja..as so on)
Remaja perlu diberikan pendidikan dan kemahiran yang secukupnya bagi membangunkan negara pada masa hadapan.Bincangkan pernyataan ini./CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG / KUALITI
            Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Terserlah bahawa remaja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran utuh dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.
|     |        Kecemerlangan dari aspek akademik merupakan salah   satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti bagi membangunkan negara pada masa hadapan.  |   
|     |        Intelek merupakan faktor perdana   untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa dan membentuk masyarakat   madani sekali gus daya pemikiran yang kritis dan kreatif.  |   
|     |        Melalui pendidikan, fikiran yang   konservatif akan menjadi komprehensif dalam pelbagai aspek, sekali gus   pembentukan akhlak dari pelbagai perspektif amat signifikan untuk menjamin   status kita pada masa hadapan. Minda akan terbentang luas dan perspektif   tentang sesuatu kefahaman akan mendalam sekiranya budaya membaca diterapkan   dalam kalangan remaja pascakemodenan ini.  |   
|     |        Sehubungan dengan itu, remaja kita   perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga   menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik   melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya   maklumat di dunia maya dan sebagainya  |   
|     |        Ketekunan dan inisiatif merupakan   prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi   gelaran katak di bawah tempurung.  |   
|     |        Oleh itu, remaja tidak harus terbuai   dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau   mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut   rasa binasa.Tanpa kecermelangan prestasi akademik, remaja sukar melanjutkan   pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka   |   
|     |        Selain itu, didikan agama dan nilai murni dapat   melahirkan remaja yang berkualiti. Remaja kita harus disuntik ajaran agama   dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari   rebungnya.  |   
|     |        remaja yang berkualiti mestilah memiliki etika   atau personaliti yang luhur.   |   
|     |        Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan   peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama   yang berakhlak mulia dan berjati diri.  |   
|     |         Selain   menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus   dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya   bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim,   mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam   pelbagai aktiviti sukarela  |   
|     |        Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus   ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus   bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat   melahirkan masyarakat sakinah dan madani pada suatu hari nanti.  |   
|     |        Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat   (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati   buah kejayaan yang manis.  |   
|     |        Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang   sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan   yang terbilang skali gus memacu kegemilangan negara.  |   
|     |        Rentetan itu, remaja kita harus dilatih supaya   berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang   teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak   terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian   itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong   dengan praktikalnya.  |   
|     |        Dasar langit terbuka yang diuar-uarkan mampu memacu   kepesatan pembangunan negara.  |   
|     |        Oleh   itu, pendidikan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi wajar   dititikberatkan kerana melalui wadah ini, segala impian akan menjadi realiti. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita   mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.  |   
|     |        Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif,   Kemahiran insaniah dan nilai-nilai keinsanan yang syumul mampu manjana remaja   yang berketerampilan dab berani berhadapan dengan segala ranjau..  |   
|     |        Pembudayaan   disiplin wajar diterapkan kerana faktor disiplin   memainkan peranan  utama yang   menentukan kejayaan remaja dalam pelajarannya selain disiplin mencerminkan keperibadian   seseorang remaja. Disiplin merupakan   kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melanggari   norma hidup atau peraturan, di   samping menjamin kejayaan seseorang pelajar   |   
|     |        Gary Ryan Blair,   pakar motivasi terkenal pula pernah menyatakan bahawa, “Barang siapa melatih   disiplin diri, maka dia akan  menuai   hasilnya pula. Orang yang tidak berdisiplin diri akan menerima akibatnya.”        |   
|     |        Amalan ini kemudiannya   akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu bijak membahagikan masa   untuk menelaah   pelajaran dan menjalankan aktiviti lain.  |   
|     |        sebaik mana   sekalipun strategi atau pendekatan pengajaran yang dibuat tetapi sekiranya   tahap disiplin pelajar berada di paras yang rendah, hasilnya akan   menghampakan. Oleh itu, remaja wajar mengubah sikap mereka sendiri agar   menerima segala teguran dan  didikan.   Memetik kata-kata pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, ‘Di   dalam dunia ini cuma kita berupaya mengubah diri kita. Setiap masalah   berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya,   segala kehebatan sudah ada dalam diri kita cuma sekadar menanti untuk   diserlahkan.”  |   
|     |        Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin   kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental.   Remaja wajar dididik mengamalkan gaya hidup sihat agar memiliki kekuatan   fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan  |   
|     |        Pada era  yang penuh dengan   pancaroba, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja   diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja   di negara maju.  |   
|     |        Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut   mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran,   bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara   sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan   lain-lain lagi  |   
|     |        Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.   Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai   dalam kehidupan kita.  |   
|     |         Hal ini sangat bertepatan   dengan slogan.Rakyat sihat, Negara maju. Remaja yang sihat dan   mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan   dan kemerdekaan negara.  |   
                      Intihanya, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  
No comments:
Post a Comment