Friday, August 20, 2010

STRATEGI CEMERLANG




FORMAT
BAHASA MELAYU PMR
KERTAS 2

BAHAGIAN A (i) - Ringkasan Karangan
(ii) - Pemahaman Petikan
BAHAGIAN B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka
BAHAGIAN D - KOMSAS – Kajian Novel

Masa menjawab : 2 jam
Markah Penuh : 100 markah

BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN KARANGAN

Markah penuh : 20 markah
Masa menjawab : 30 minit (cadangan)

Isi - 10 markah
Bahasa - 10 markah

JUMLAH - 20 markah

TEKNIK PENULISAN RINGKASAN

Baca petikan sekali lalu.
Bacaan kedua, gariskan isi-isi yang berkaitan dengan tugasan.
Masukkan isi-isi yang dikenal pasti
Cuba ubah suai ayat-ayat tersebut tanpa mengubah maksud yang asal / perkataan sinonim

Segala bentuk huraian dan contoh gugurkan
Isi minimum ialah 5 dan tulis dalam satu perenggan
Anda digalakkan menulis lebih daripada 5 isi.
Pastikan ayat yang anda tulis merupakan ayat yang gramatis
Gunakan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai.

CONTOH PENANDA WACANA

Walau bagaimanapun namun demikian
Mungkin Selepas itu
Oleh sebab itu Selain itu
Kemudian Sebelum itu
Namun begitu Oleh itu
Lebih-lebih lagi Sebaliknya
Walaupun demikian Di samping itu
Justeru Dalam pada itu
Biarpun demikian


Contoh Jawapan
Peranan rakyat dan kerajaan dalam menjayakan sektor pelancongan ialah kita perlu mempunyai hati yang terbuka dalam menerima kunjungan pelancong. Di samping itu, kita juga harus bersikap ramah dan mesra serta sanggup membantu pelancong yang datang. Selain itu, kita juga harus memperlihat budaya kita yang mementingkan kehalusan budi bahasa. Seterusnya, keceriaan, keindahan dan kebersihan negara juga harus dipelihara. Pihak kerajaan juga harus berganding bahu dengan pihak lain mengurangkan jenayah. Akhir sekali, kerajaan harus lebih giat mempromosikan Malaysia ke serata dunia.

( 80 patah perkataan)
CIRI-CIRI JAWAPAN RINGKASAN YANG BAIK


Bahasa baik dan lancar.
Berupaya menggunakan ayat sendiri/sinonim.
Pemilihan kata yang tepat.
Ayat yang gramatis.
Penggunaan kata hubung yang tepat dan betul.
Penanda wacana yang sesuai.
Ejaan dan tanda baca betul.
Isi mengikut kehendak/fokus tugasan.
Ditulis dalam satu perenggan.
Tiada contoh.
Tiada pendahuluan dan kesimpulan.
Isi tersurat sahaja, jangan masukkan pendapat sendiri, ulasan dan sebagainya.
Jumlah perkatan tidak melebihi 80 patah kata.

KESILAPAN CALON
Menyalin keseluruhan ayat/petikan, tidak membuat sebarang perubahan pada ayat.
Isi kurang daripada 5.
Tiada penanda wacana
Tulis : Kesimpulannya…….
Dalam meringkas, tiada kesimpulan, kecuali dinyatakan dalam petikan.
Menulis lebih 80 patah perkataan
Menulis dalam bentuk poin, bukan ayat yang lengkap
Menyalin contoh, perangkaan, dialog.
Menulis dalam beberapa perenggan.


BAHAGIAN A (ii)
PEMAHAMAN PETIKAN

Markah penuh : 10 markah

Masa menjawab (cadangan) : 10 minit

Diberi 3 soalan, jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri dan ditulis dalam ayat yang lengkap. Jawapan dalam bentuk poin akan menyebabkan calon mendapat markah yang rendah.

PEMARKAHAN

SOALAN 1
(maksud kata / rangkai kata)
2 MARKAH
Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis (ayat lengkap)
1 MARKAH
Maksud tepat mengikut konteks, tetapi ayat tidak lengkap.
Hanya beri sebahagian sahaja maksud rangkai kata / ayat gramatis
Maksud kurang tepat mengikut konteks/ isi tersurat sahaja.

SOALAN 2 (Berdasarkan teks)
4 markah
Isi cukup serta lengkap, ayat gramatis
3 markah
Isi cukup dan lengkap, ayat kurang gramatis.
2 markah
Isi tidak cukup dan kurang lengkap, ayat masih gramatis.
1 markah
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis.

Jawapan mesti diambil daripada teks.
JAWAPAN TIADA DALAM TEKS = 0

SOALAN 3 (Pemahaman kemahiran berfikir)
Biasanya memerlukan 2 isi sahaja
4 markah
Isi relevan mengikut tugasan/ayat gramatis
3 markah
Isi relevan mengikut tugasan, ayat kurang gramatis.
2 markah
Isi kurang relevan mengikut tugasan, ayat gramatis.
1 markah
Isi kurang relevan megikut tugasan, ayat kurang gramatis.

Jawapan yang diberi mesti tiada dalam teks.
BERI JAWAPAN BERDASARKAN TEKS = 0

KELEMAHAN CALON
Menyalin ayat dari petikan
Ayat kurang gramatis
Menulis dalam bentuk poin/nombor
Isi kurang relevan/kurang tepat.

BAHAGIAN B Masa dicadangkan : 25 minit
Jumlah markah : 20 markah

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Pertimbangan :
Menjawab tugasan
Bahasa
Kerelevanan idea
Pengolahan

Bahan rangsangan terdiri daripada :
a. Gambar tunggal
b. Gambar bersiri
c. Bahan grafik seperti carta/jadual/graf.
Baca arahan dan tugasan dengan teliti.
Tugasan ada yang umum dan ada yang berfokus.
BAHAGIAN B KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Contoh
a. Berdasarkan Gambar di bawah, tulis tentang
aktiviti riadah – umum.
b. Berdasarkan gambar dibawah, tulis tentang
faedah aktiviti riadah – berfokus

No comments: