21 Setengah anggota mempersoal tindakan yang diambil oleh pengerusi persatuan.
Bincangkan : sesetengah atau setengah-setengah anggota mempersoalkan atau menyoal ?
|     setengah  |        seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar.  |   
|     setengah  |        1. separuh, seperdua: luasnya   tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya,   tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila:   bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4.   setengah-setengah;  |   
|     setengah-setengah, sesetengah  |        beberapa (orang dll), sebilangan   (sebahagian) daripadanya: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat   pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan   kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet;  |   
|     mempersoalkan  |        mengemukakan sesuatu sbg soal,   menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula   ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;  |   
|     mempersoalkan  |        menjadikan sesuatu sbg soal atau   sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini.  |   
|     menyoalkan  |        menanyakan sesuatu kpd;  |   
bersoal mengemukakan soal, bertanya;
menyoalmengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawapan; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya;
menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; Hakim menyoalkan permasalahan itu kepada pesalah itu lagi.
mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; 
persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masalah:semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, perbahasan, perbincangan.
Setengah= kata bilangan pecahan, sesetengah = kata bilangan tak tentu
J: …. Mempersoalkan kerana menjadikan tindakan pengerusi sebagai soalan
22 Kawasan pembuangan sampah itu sering didatangi sekumpulan gagak.
Bincangkan: perbezaan dikerumuni, dihinggapi, dilanda, didatangi  dan sekumpulan dan sekawan
|     kerumun  |        ; berkerumun berkumpul   beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri   itu. mengerumuni datang beramai-ramai mengelilingi sesuatu: Semut ~ gula.  |   
|     hinggap  |        1 berhenti terbang lalu duduk   bertenggek pd sesuatu (bkn burung, lalat dll); mencok: Burung itu terbang   lalu ~ di dahan. 2 ki berjangkit pd orang lain (bkn penyakit dll): Penyakit   itu telah ~ pdnya. menghinggapi 1 duduk atau bertenggek pd (sesuatu): Makanan   yg dihinggapi lalat patut dibuang. 2 menimpa atau menjangkiti seseorang dll   (bkn penyakit): Seorang rakan kami telah dihinggapi demam malaria lalu   meninggal dunia.  |   
|     landa I  |        ; melanda 1. memasuki atau menimpa   (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali   bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita,   langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang   putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin   mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar,   dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar;   landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan   perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak   mustahil dapat dibendung.  |   
sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb)
|     kumpulan  |        1 kelompok (orang, binatang dll):   Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah.   2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang.  |   
|     kawan  |        1 kumpulan binatang (spt kambing,   lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm   hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm   hutan.  |   
J : dikerumuni sekawan gagak
23 Sekumpulan pengganas sering mengganggu ketenteraman awam di kampung-kampung itu.
Bincangkan: pasukan, ketumbukan, gerombolan, kumpulan
|     ketumbukan  |        pasukan, kumpulan: keempat-empat   orang muda itulah yg menjadi kepala ketumbukan di bawah baginda sultan.  |   
|     ketumbukan  |        sepasukan atau sekumpulan tentera   bawah perin tah seorang mejar jeneral.  |   
|     gerombolan  |        1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan   orang jahat (perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai.  |   
|     gerombolan  |        beberapa orang yg berkumpul   menjadi satu; kelompok; pasukan: ~ pengganas itu telah merampas binatang   ternakan dan barang-barang makanan drpd penduduk kampung.  |   
|     pasukan  |        regu, pasangan, kumpulan, gu, set,   golongan, puak, konco, gerombolan, kelompok, gabungan, kesatuan, barisan,   bala, kontinjen  |   
|     pasuk; pasukan  |        1. sekumpulan (binatang),   kawanan: tampak dr jauh se~ gajah; 2. sekumpulan (orang,   tentera, dll), sekelompok;~ berkaki = ~ jalan kaki pasukan tentera   bersenjata yg berjalan kaki  |   
|     pasukan  |        1 kumpulan orang yg merupakan satu   kesatuan: ~ bola sepak; ~ palang merah. 2 kumpulan binatang; kawan: se~   gajah.  |   
Untuk pengganas, maka kita mendapati gerombolan paling sesuai. ,aka jawapan ialah segerombolan pengganas
24 Kerosakan harta benda dan terkorbannya jiwa menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sering  berlakunya gempa bumi.
Bincangkan : kehancuran, kemusnahan, punah, binasa dan perbezaan antara nyawa dengan jiwa.
|     hancur  |        1. pecah menjadi kecil-kecil (ber   serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu;   tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah   berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm   tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut,   encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt   hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di tum buk, dikisar,   dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~   rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak   bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~   jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali   (kepercayaan, harapan, dsb), len yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan   tidak mungkin dapat dipulihkan kembali;   |   
|     kehancuran  |        perihal hancur (rosak binasa),   kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara;  |   
|     kehancuran  |        keadaan hancur (rosak binasa;   musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan.  |   
|     musnah  |        binasa sama sekali, hilang lenyap,   rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api;  |   
|     kemusnahan  |        perihal musnah, kebinasaan,   kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung   Beringin itu terbiar menghadapi ~;  |   
|     binasa  |        musnah, ranap, hancur, rosak,   punah, hancai, jahanam lingkup, runtuh, luluh, remuk, tengkarap, tandus,   hapus  |   
|     binasa  |        habis rosak atau hancur sama   sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~   dimakan api.   |   
|     binasa  |        1. habis rosak atau hancur sama   sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana   atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah:   dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~;   |   
|     punah I  |        1. binasa atau rosak semuanya,   habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik   itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg   tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang   itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar   itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa  |   
|     jiwa  |        nyawa, roh, batin, perasaan,   fikiran, cita-cita, rohani, sukma, semangat  |   
|     jiwa  |        1 roh yg ada dlm tubuh manusia;   nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin   manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~   pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~   sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih.  |   
|     nyawa  |        roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan   dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang.   |   
Maka jawapan: kemusnahan @ kebinasaan harta benda dan terkorbannya nyawa
pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab.
kemusnahan teruk kpd harta benda, nyawa dsb
25 Beliau kembali bertugas setelah selesai menjalankan kursus selama sebulan di Jepun.
|     menjalani  |        mengalami, melalui: dia telah ~   satu pembedahan;  |   
|     menjalani  |        menyertai atau mengikuti (kursus   dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan   selama dua tahun.  |   
|     menjalankan  |        1. mengusahakan (membuat) supaya   berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu   tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu;   2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau   berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca;  |   
|     menjalankan  |        1 mengusahakan sesuatu supaya   berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan   sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis.  |   
Jawapan : selesai menjalani kursus
26 Pakaiannya kelihatan luntur dan wajahnya lesu setelah berhari-hari sesat di hutan ketika menyertai ekspedisi menjelajah hutan.
Bincangkan : lusuh ,  luntur, usang dan kelabu
|     luntur  |        1 berubah atau turun warnanya (bkn   kain, cat dll): Kain batik buatan Kelantan tidak ~. tahan ~ tidak turun   warnanya. 2 berubah atau bertukar (bkn keyakinan, pendirian dll). 3 menjadi   kurang atau hilang (bkn kasih sayang dll): Cintanya kpd isterinya yg jujur   itu tidak akan ~. 4 tidak mujarab lagi (bkn jampi, mantera dll). 5 turun atau   menjadi rendah (bkn pangkat, kemegahan   |   
|     lesu  |        tidak bertenaga kerana tidak makan   (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan   lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu.  |   
|     lesu  |        1. lemah (kerana tidak puas tidur,   kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki   ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki   merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini,   perniagaannya semakin ~;  |   
|     letih lesu  |        letih sekali; penat benar;  |   
|     pucat lesi (benehan, kelat,   kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar)  |        pucat sungguh, pucat sekali;  |   
|     lusuh  |        1. renyuk, kumal (pakaian dll):   baju itu sudah ~ di tangannya; 2. sudah rosak atau luntur kerana lama   terpakai dll (bkn kain baju dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami   kesusahan, menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg   sudah ~  |   
|     lusuh  |        1 sudah luntur warnanya atau sudah   usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn   pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan.  |   
|     usang  |        1 kering dan tidak berisi (bkn   padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai   atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar   yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan   dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah).  |   
|     kelabu  |        1. warna spt   abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~  |   
Jawapan : Pakaiannya kelihatan lusuh dan wajahnya lesu
27 Sehubungan dengan itu, mereka tidak dIbenarkan memasuki makmal tanpa guru.
Yang mana betul? Sehubungan itu atau Sehubungan dengan itu 
sehubungan bermaksud berkaitan dgn., bersangkutan dgn. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan.Oleh yang demikian, perkataan sehubungan itu/sehubungan dengan itu sama, kedua-duanya boleh dipakai. 
Walau bagaimanapun, yang lebih tepat antara sehubungan itu dan sehubungan dengan itu ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.
yang gramatis ialah sehubungan dengan itu.
28 Pendapat bulanannya setimpal dengan tugas yang diberikan kepadanya.
|     setimpal  |        1. setimpal (seimbang, se-padan,   bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat   balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm   masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak;  |   
|     setimpal  |        sama taraf atau sama kedudukannya;   sebanding; seimbang; setimba  |   
|     pendapat  |        fikiran; pandangan;   anggapan: Pd ~ saya,eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu.  |   
|     pendapatan  |        1. jumlah wang yg diperoleh dlm   jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan,   dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima   ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan   drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama   kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan   televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang;  |   
Jawapan : Pendapatan bulannya setimpal dengan 
29 Mereka sering diingatkan agar mengukurkan baju di badan mereka sendiri.
Jawapan : mengukur baju di badan sendiri
|     Mengukur baju di badan sendiri.  |        Menentukan baik buruk perbuatan   orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna:   Mengenakan baju di badan maka sesuai).  |   
30 Suaranya yang amat merdu sekali menyebabkan penyanyi itu diminati ramai.
 Semua kata adjektif boleh menerima kata penguat depan dan kata penguat belakang dengan serentak, contohnya seperti yang dinyatakan dibawah..  
 i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu   
ii.  ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik
iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik
iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali
Namun begitu, binaan ter+kata adjektif  dan binaan paling+ kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. 
Awalan ter  yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.
Maka jawapan : amat / sungguh/ sangat merdu sekali/benar/betul/nian
31 Makanan yang utama untuk penduduk rantau ini ialah nasi atau bubur nasi yang dimakan dengan lauk dan sayur-sayuran.
J : makanan utama penduduk rantau 
|     rantau  |        1 kawasan di sepanjang sungai:   mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan   negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau   kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat   pertahanan di ~ ini.  |   
32 Hakim mendapat lelaki itu salah berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.
J : mendapati lelaki itu bersalah
33 Permusuhan di antara kedua keluarga itu telah berlarutan selama dua generasi.
J : Permusnahan antara kedua-dua 
34 Dia berazam membersih nama keluarganya yang tercemar akibat tindakan abangnya itu.
J : Dia berazam untuk membersihkan
35 Majlis makan malam itu ditambahkan keseriannya dengan kehadiran pelakon pujaan ramai itu.
J : bertambah seri dengan
36 Wajahnya menjadi pucat lesi bila ayahnya tiba-tiba muncul ke pusat beli-belah itu.
J : apabila ayahnya muncul secara tiba-tiba di 
37 Siaran langsung perlawanan itu tergendala disebabkan masalah teknikal di stesen pemancar utama.
Bincangkan: tergendala akibat permasalahan teknikal atau tergendala disebabkan masalah teknikal
38 Aslinya karyawan itu terjejas sedikit kerana terlalu banyak penggunaan kata bahasa Inggeris.
J : Keaslian karya itu terjejas sedikit
39 Semua ahli jawatankuasa sebulat suara bersetuju dengan pelantikan beliau sebagai pengerusi terbaharu persatuan mereka.
J : sebagai pengerusi baharu persatuan mereka.
40 Semua para pemilik anjing-anjing di negara ini dikehendaki mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa.
J : semua pemilik atau para pemilik anjing
41 Hanya Parlimen yang berkuasa dalam pinda sesuatu rang undang-undang yang sedia ada.
B: yang berkuasa meminda atau yang berkuasa untuk meminda 
J : yang berkuasa untuk meminda atau yang berkuasa dalam pemindaan
42 Ada masa-masanya ibu bapa perlulah bersikap tegas terhadap anak-anak remaja mereka.
B : ada masa atau ada-ada masa
|     Ada ubi ada batas, ada masa boleh   balas.  |        Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu   akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada   panas, ada hari boleh balas).  |   
|     ada-ada  |        ~ saja 1. selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah,   ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; 2. selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya   (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”;  |   
|     ada-adanya, ada-adanyakah  |        mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga;  |   
J : ada masanya ibu bapa perlu bersikap
43 Masalah kekurangan modal menyebabkan dia terpaksa memendamkan hatinya untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya itu.
J : keingininnya/ Niatnya/ Hasratnya/ hajatnya…. untuk memperbasar
44 Setelah semua pokok-pokok getah tua itu menebang, Pak Abu bercadang untuk menggantikannya dengan pokok kelapa sawit.
B: semua pokok getah tua itu ditebang atau semua pokok getah yang tua-tua  itu ditebang
J : semua pokok getah tua itu ditebang 
|     tua-tua  |        1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? ;2.= tetua bintik-bintik   hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik;  |   
|     bertua-tua  |        Mn 1. = bertua-tuaan mengikut   umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2.bersuami isteri sampai tua;  |   
|     orang tua  |        a) orang yg sudah lanjut usianya;   b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga;  |   
|     orang tua-tua  |        orang yg dianggap sudah lanjut   usianya dan luas pengetahuannya;  |   
|     tua-tua keladi  |        makin tua makin baik;  |   
|     tua-tua kelapa  |        makin tua makin baik;  |   
45 Kemalangan itu berpunca dari kesilapan pada arahan yang dikeluarkan oleh menara kawalan.
J : berpunca daripada kesilapan arahan
46 Kawalan yang longgar di sempadan memudahkan beribu-ribu orang warganegara asing menyusupi ke dalam negara  kita setiap tahun.
|     menyusupi  |        1. masuk dgn cara menyusup:   kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2.   meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah   dinding;  |   
|     menyusupi  |        menyusup ke; masuk ke dlm secara   diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan   itu.  |   
B : menyusup ke, menyusupi ke, menyusupkan ke dalam, menyusupi ke
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul.
meN- ialah awalan kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan dan men…i ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif.
Maka J : menyusup ke negara kita atau menyusupi negara kita 
47 Matang atau tidak fikiran seorang itu dapat diperhatikan daripada kata-kata dan juga tindak-tanduknya.
B : Matang atau tidak pemikiran seseorang, atau Kematangan fikiran seseorang
|     pemikiran  |        perihal berfikir (memikir): bahasa   Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu;   |   
|     pemikiran  |        cara atau hal memikirkan sesuatu.  |   
|     fikiran  |        1. daya berfikir; akal: hilang ~   tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2. hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya.  |   
|     fikiran  |        1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang   akal; kurang (panjang, tajam) ~kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya,   muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah   kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat:sangat sedikit ~nya pd pelajaran;   menaruh ~ menaruh perhatian;  |   
J : Kematangan fikiran seseorang atau sama ada matang atau tidak pemikiran seseorang itu
48 Pada zaman dahulu, kelasi kapal yang mengingkari arahan nakhoda akan terkena hukuman dibunuh.
J : akan dikenakan hukuman bunuh 
49 Mereka merasa kasihan sungguh melihat penderitaan anak-anak yang kehilangan ibu bapa dalam peperangan itu.
B : Mereka merasa sungguh kasihan atau Mereka merasa kasihan sungguh atau mereka berasa sungguh kasihan
J: apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa"
 Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; 
(ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. 
Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh.
berasa (merujuk kpd perasaan/rasa hati) merasa (menikmati/mencuba sst dgn lidah umpamanya)
perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i)
maka jawapan : Mereka berasa sungguh kasihan atau Mereka berasa  kasihan sungguh kerana sungguh kata penguat bebas.
50 Dia memeramkan semua keinginan hatinya kerana tidak mempunyai sahabat karib untuk meluahkan perasaannya itu. 
B : memendamkan semua keinginan hatinya, memerami segala perasaan hatinya, memeramkan semua keinginan hatinya.
J : memendamkan semua keinginan hatinya
|     memendamkan  |        menyembunyikan sesuatu dlm tanah   dll: bahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dlm tempayan dan   dipendamkan di hutan;  |   
|     memendamkan diri  |        tidak menunjukkan diri kpd orang   ramai, tidak keluar-keluar dr rumah, menyembunyikan diri;  |   
|     memeram  |        1. menyimpan buah-buahan dll (dgn   membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di   rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyim pan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam;   ~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang   prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak;  |   
|     memeram hati  |        ki menyimpan perasaan dlm h  |   
51 Dia enggan memakai pakaian yang ayahnya beli itu kerana warnanya terlalu terang.
|     Kata kerja aktif  |        Pasif diri pertama  |        Pasif diri kedua  |        Pasif diri ketiga  |   
|     memberi  |        saya beri  |        anda beri  |        diberi  |   
|     menyapu  |        kusapu  |        kausapu  |        disapu  |   
|     melukis  |        kami lukis  |        kamu lukis  |        dilukis  |   
|     membayar  |        kita bayar  |        anda bayar  |        dibaya  |   
 J : dibeli oleh ayahnya itu
52 Mereka terambil masa hampir-hampir satu jam untuk membersihkan cat yang tumpah di lantai itu.
B : terambil masa hampir-hampir atau mengambil masa hampir
J : mengambil masa hampir
|     hampir-hampir  |        akan berlaku sesuatu,   nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu;   mereka ~ sepakat;  |   
|     hampir  |        1. berdampil (dgn seseorang),   berdamping (dgn seseorang), dekat, rapat:marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~   kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat,   rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad   s.a.w mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya   iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti,   jumlah seluruhnya), dekat: carilah hingga sen yg ~ sekali bunga biasa di   atas $760 bagi tempoh 80 hari dgn kadar 3 % setahun; sudah ~ setengah jam dia   menunggu di situ ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~   penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan   ...: ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm   sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai;~   gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya   hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan   wang;hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris,   cemas-cemas:masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~   sepakat  |   
53 Panglima itu mengarahkan kumpulannya berundur bagi membolehkan mereka membuat perancangan yang lebih rapi.
B : membuat perancangan yang lebih rapi atau membuat rancangan yang lebih rapi.
J : membuat perancangan yang lebih rapi.
|     perancangan  |        perbuatan (tindakan, usaha)   merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~   bahasa;  |   
|     perancangan  |        perbuatan (hal dsb) merancang.  |   
|     perancangan  |        penjadualan, pemprograman,   perencanaan, penyusunan, persediaan  |   
|     rancangan  |        persediaan, persiapan, program,   rencana, atur cara  |   
|     rancangan  |        sesuatu (spt acara, program dll)   yg dirancang lebih dahulu; persediaan; persiapan: ~ kemajuan; ~ lima tahun.  |   
54 Kesilapan semasa zaman mudanya masih menghantu lagi orang tua itu.
J : masih lagi menghantui
|     menghantui  |        1. ki mengganggui (fikiran),   mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn   cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah   kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat;  |   
55 Dia berpura-pura tidak mendengar arahan ketuanya kerana ingin terlepas diri dari tugasan tersebut.
J : ingin melepaskan diri daripada tugasan
56 Kesihatan penduduk kampung itu mula terjejas sejak pembinaan kilang pemprosesan susu getah pada tebing sungai itu.
J : pemprosesan susu getah di
Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
kata sendi nama pada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu atau tempat. 
Pada ialah kata sendi yang luas penggunaannya. Pada boleh digunakan untuk masa, tempat, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.
Kepada ialah kata sendi yang lazimnya digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan .
Di antara frasa frasa berikut, yang mana satu betul keguaannya? 'patuh pada undang undang' 'patuh kepada undang undang'
Oleh itu, frasa ayat yang tepat ialah: patuh pada undang-undang.
"pada" bagi manusia dan haiwan. 
Kepada digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. 
Di pula digunakan untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Semua kata sendi nama ini ditulis atau hadir di hadapan frasa nama atau kata nama.
57 Mereka tidak berpuas hati kerana upah yang diberikan tidak setimpal akan kerja yang dilakukan mereka.
B :  tidak setimpal atau sejajar dengan kerja 
J :  tidak setimpal dengan kerja
|     sejajar  |        1 terletak sebaris; sederet: Rumah   Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~   dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah   mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn   garisan dll): dua batang jalan raya yg   |   
58 Para pengusaha diingati supaya jangan mengalirkan sisa-sisa toksik ke dalam sungai.
B : diingatkan supaya tidak mengalirkan atau diingati supaya tidak mengalirkan
Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);
Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;  
|     mengingati  |        mengingat akan: dia sentiasa ~   pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali;  |   
|     mengingati  |        sentiasa ingat akan; tidak   melupakan; mengenang: Sbg murid yg baik, dia ~ segala ajaran gurunya.  |   
|     mengingatkan  |        1. mengingat akan: keningnya   kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat,   memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll):   ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd   Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam   yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung;  |   
|     mengingatkan  |        1 memberi nasihat dll supaya   sedar; memberi ingat kpd: Ibunya selalu ~ dia supaya belajar rajin-rajin. 2   menjadikan ingat kpd: Raut muka perempuan tua itu ~ saya kpd ibu sahabat   saya.  |   
 J : diingatkan supaya tidak mengalirkan
59 Masyarakat hari ini lebih mengutamakan anak-anak cemerlang dalam akademik mereka daripada pembentukan keperibadian mereka.
B : anak-anak cemerlang dalam akademik, kecemerlangan anak dalam akademik, anak-anak cemerlang dalam bidang akademik
J : kecemerlangan anak dalam akademik,
60.Banyak masalah sosial pada remaja-remaja hari ini berpunca daripada kurangnya perhatian daripada ibu bapa. social 
J : Banyak masalah sosial remaja
61 Permintaan terhadap minyak mentah dijangka berkurang pada abad ini disebabkan ketemuan enjin yang pakai tenaga elektrik.
J : Penemuan enjin yang menggunakan
B : ketemuan, penemuan , pertemuan
|     penemuan  |        1. perihal menemui atau mene   mukan: pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; 2.   sesuatu yg didapati (ditemui  |   
|     penemuan  |        1 sesuatu yg diperoleh atau yg   ditemukan. 2 hal atau perbuatan menemui atau menemukan.  |   
|     ketemuan  |        (sesuatu) yg diketemui (didapati):   ini adalah ~ yg paling besar; ®temu I.  |   
|     pertemuan  |        1. perihal bertemu, perjumpaan:   kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum   pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3.   perkum pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd   ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll):   aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5.   perjodohan, perkah winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar   berpanjangan;  |   
|     pertemuan  |        1 perihal bertemu (dgn kawan dll):   2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat   bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai   Lipis.  |   
62 Perpaduan antara kaum merupakan rahsia utama kejayaan negara selama ini.
B: Perpaduan di antara kaum,  Perpaduan antara kaum  , Perpaduan antara kaum-kaum
J : Perpaduan antara kaum  
63 Mereka bersetuju dengan cadangan gencatan senjata itu dan menyambung rundingan damai semula.
B : cadangan gencatan senjata atau cadangan menggencatkan senjata
J : cadangan gencatan senjata
|     gencatan senjata (perang)  |        keadaan ber henti bertempur,   keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau   tembak-menembak, peletakan senjata.  |   
|     gencatan  |        hal menggencat; penghentian. ~   senjata perbuatan menghentikan tembak-menembak; peletakan senjata.  |   
|     menggencatkan  |        menyebabkan tergencat: sistem   pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan   mereka;  |   
64 Fikirannya celaru bila memikirkan masalah rumah tangganya.
J : Fikirannya bercelaru apabila
|     bercelaru  |        tidak tentu arah, tidak beraturan   (berketentuan, keruan, dll), kacau- bilau: rancangan kita yg ~ ini;  |   
|     bercelaru  |        tidak tentu arah (ttg susunan   dll); tidak keruan; kacau-bilau.  |   
No comments:
Post a Comment