1.TIDAK BOLEH menggunakan imbuhan memper---kan
Serena Teoh _____________ ruang tamu rumahnya. (X) memperbesarkan
Serena Teoh ______________ ruang tamu rumahnya. ( √ ) memperbesar
2. Kata Adjektif (perasaan) TANPA berimbuhan MESTI menggunakan kata sendi “akan” apabila diikuti Kata            Nama.
subjek Kata adjektif Kata sendi Kata nama      akan  
                                                                                                                                           
** saya  takut akan Osman. sama dengan saya memarahi Osman.
3. Kata Adjektif (perasaan) yang berimbuhan ter- menggunakan Kata Sendi oleh apabila diikuti Kata Nama/frasa Nama
cth Tertarik akan / oleh keindahan. ( mana satu betul?)
• kedua-dua frasa betul iaitu, tertarik akan keindahan ialah frasa kerja tak transitif, manakan tertarik oleh keindahan ialah frasa kerja pasif ter-.
• Frasa yang tepat ialah `terpesona akan` atau `terpesona oleh`. Frasa `terpesona dengan` tidak tepat.
|     Subjek  |        Kata adjektif  |        Kata sendi  |        Kata/frasa nama  |   
|     |        |        |        |   
|     |   |||
|     |   |||
|     |   |||
|     |   
4. Kata Adjektif yang berawalan Se- bermaksud “sama dengan” tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama dengan selepasnya.
* Kehebatannya setanding dengan pemain import itu. (    salah           )
       kehebatannya sama tanding dengan   atau kehebatannya setanding pemain...
1.       Kata Ganda yang membawa maksud sangat / paling untuk sesuatu kata Adjektif tidak perlu lagi disertai Kata penguat sebelumnya.
* Majlis perkahwinan sangat hiruk-pikuk dengan suara orang ramai. (salah )
   jawapan :    Majlis perkahwinan  hiruk-pikuk dengan ...
2.       Kata Penguat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan Kata Adjektif yang mempunyai  sifat negatif.
·         Keadaan datuknya kurang teruk sejak semalam.(salah) Keadaan datuknya tidak teruk sejak semalam. 
3.        Kata Adjektif berapitan  ke—an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu diikuti oleh         kata nama  sebelumnya.
· Perangainya seperti keanak-anakan(salah) perangainya keanak-anakan.
4. Kata Adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan-akan / agak tidak perlu diikuti oleh kata penguat agak sebelumnya.
· Warna bajunya agak kebiru-biruan.(salah) warna bajunya agak biru atau warna bajunya kebiru-biruan
Frasa Nama
1.Penggunaan Frasa Nama mesti mengikuT Hukum D-M
    Razak Klinik       goreng pisang       lain-lain hal       mini bas      cili sos
2     Penggunaan Kata Nama dengan kata Bilangan yang menunjukkan maksud jamak (banyak)
       *Tiga orang guru-guru/*semua penduduk-penduduk
3.  Kata Nama Am Konkrit memerlukan Penjodoh Bilangan selepas Kata Bilangan Tentu
     *tiga guru Bahasa Melayu / empat kucing/*dua kereta
4.  Kata Nama Am Abstrak tidak memerlukan Penjodoh Bilangan selepas Kata Bilangan
      *sebuah cadangan yang baik/dua buah pendapat yang bernas/sebuah idea
 5. Kata Nama Am Konkrit tidak memerlukan penjodoh Bilangan jika digunakan bersama dengan Kata Bilangan       Tak Tentu
       Semua orang pelajar/ sebiIangan ekor lembu/setiap orang peserta
4.    Kata Nama Am Konkrit memerlukan Penjodoh Bilangan jika digunakan bersama dengan Kata Bilangan Tak          Tentu ‘beberapa’    •   
         beberapa pelajar/beberapa sungai
5. Kata Nama tidak boleh diganda jika Kata Adjektif dalam ayat sudah diganda.
   • Budak-budak itu nakal-nakal belaka. (x)   Budak itu nakal-nakal belaka (betul)
No comments:
Post a Comment