Tuesday, August 30, 2011

karangan aspek 1: ilmu , budaya membaca, bahan berunsur picisan


a)Tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan ilmu.
Ilmu ialah pengetahuan yang perlu dicari dan dipelajari oleh setiap insan. Untuk mencapai kemajuan diri masyarakat, dan negara, kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu. Dengan ilmu, kita akan dihormati dan dapat bersaing dengan negara maju.
Manusia yang tidak berilmu ibarat pokok yang tidak berbuah. Walaupun tumbuh segar menghijau, namun tidak mendatangkan hasil. Oleh itu, menuntut ilmu merupakan suatu kemestian kepada setiap individu, sama ada ilmu agama, matematik, sains, teknologi, geografi, dan seumpamanya. Sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat kepada kehidupan kita merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada bangsa dan negara. Justeru, ilmu berguna untuk membangunkan tamadun manusia. Kreativiti dan inovasi yang dimiliki berdasarkan sumber ilmu dapat mengubah situasi kehidupan.
Malaysia umpamanya, mampu menghasilkan kereta berjenama sendiri dan membina bangunan yang canggih dan moden kerana rakyatnya berpengetahuan dalam bidang teknologi.Selain itu, negara-negara luar juga mengambil dan memerlukan kepakaran rakyat negara ini. Umpamanya dalam bidang cari gali minyak dan juga pembinaan jalan raya. Penguasaan rakyat negara ini dalam bidang teknologi telah mengharumkan Malaysia di mata dunia. Jika semua rakyat di Negara ini berilmu, proses penerapan nilai-nilai murni mudah dilaksanakan. Hanya mereka yang tidak berpengetahuan akan mudah dipengaruhi dan mengamalkan perkara-perkara yang negatif. Mereka tidak dapat membezakan antara perkara baik dengan buruk dan tidak boleh berfikir secara rasional.
Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin tinggilah darjat dan martabatnya dalam masyarakat. Jika ilmu tersemat di dada, ke mana-mana sahaja kita pergi kita tidak akan tertipu atau dihina. Ilmu yang diperoleh perlu diamalkan dengan sebaik-baiknya.
1. Berikan maksud frasa mengubali situasi kehidupan.
2. Apakah kelebihan orang yang berilmu?
3. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Malaysia dikagumi oleh masyarakat antarabangsa?


b)Tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan budaya membaca dalam kalangan rakyat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
 Membaca merupakan kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan ilmu.Dengan membaca, minda kita akan terbuka luas di samping memperkasakan ilmu pengetahuan. Budaya membaca juga menjadi satu alat untuk menjana kemajuan dan peradaban bangsa. Masyarakat akan ke hadapan sekiranya budaya mencintai ilmu dapat dihayati sepenuhnya. Hal ini dapat dilihat dalam kalangan rakyat negara Jepun yang terkenal sebagai masyarakat yang suka membaca dan sentiasa berminat untuk menjalankan kajian serta penyelidikan demi meningkatkan kualiti hidup mereka.
Walaupun terdapat perubahan persepsi membaca dalam kalangan masyarakat pada hari ini namun perkara yang membimbangkan kita ialah kelekaan sesetengah generasi muda dengan bahan-bahan berunsur picisan dan murahan. Mereka lebih mengutamakan televisyen untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan membaca buku-buku yang dianggap sebagai membosankan. Justeru, budaya membaca wajar diterapkan di rumah dengan bimbingan dan panduan ibu bapa.
Usaha mewujudkan perpustakaan mini di rumah merupakan satu contoh yang baik untuk menerapkan budaya membaca pada peringkat awal. Dengan adanya bahan bacaan yang banyak di rumah, secara tidak Iangsung dapat membantu memperkaya kosa kata anak-anak, di samping membantu meningkatkan proses kematangan mereka.
Remaja yang membesar dalam suasana dan budaya membaca sejak kecil akan mewujudkan wawasan dan perspektf yang lebih luas terhadap kefahaman sesuatu perkara, malahan tabiat ini juga dapat membentuk masyarakat supaya berfikir dengan lebih kritis dan akhirnya melahirkan budaya pemikiran kreatif. Masyarakat yang kurang membaca tidak akan melahirkan budaya kreatif dan keadaan ini dapat menyebabkan sesuatu bangsa itu ketinggalan dari pelbagai aspek.
Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dan jangan sekali-kali memaksa mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai, sebaliknya ibu bapa haruslah memupuk minat anak-anak mereka sedikit demi sedikit agar tidak timbul perasaan tidak suka atau tidak minat dalam kalangan anak. Perkara yang paling penting ialah minat membaca dapat dipupuk sejak anak-anak masih kecil, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah ketika rebung.

1. Apakah maksud rangkai kata perspektif yang lebih luas?


2. Apakah perkara yang dibimbangkan tentang generasi muda?





3. Cadangkan cara-cara untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan murid sekolah.



 


PMR 2011

after loafing around for someday, i m being back to this blog.
if u r the one dying for my updated of my blog, really grateful and thanks a lot

pmr jz around the corner, as well my f1 and f2 students..time flying passed ..

well, mb i try to update my spot questions of pmr essay .. if u r interested, jz thumbed up..whee

Friday, April 29, 2011

polemik latihan tatabahasa ****kesalahan frasa 77/100-2

1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya.
( semasa dalam P&P, saya mengatakan kepadanya sepatutnya bertukar kepada padanya..walhal, selepas pengajian..yang lebih sesuai ialah
Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak setimpal dengan kesalahannya. -  ... (ayat pasif ... hakim menjatuhkan hukuman kepada ...


2.bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas.
(minta maaf kerana saya mengatakan remuk tiada kesalahan..
 Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca


3. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. (peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan)

4. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. (salah kerana lewah)


Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah)

Tuesday, April 26, 2011

sempena

sempena tergolong sebagai kata nama, hadir selepas kata kerja transitif mengambil untuk membentuk frasa nama "mengambil sempena"(mendatangkan kebahagiaan atau keselamatan;tuah;berkat)
sinonim dengan berkat, tuan, rahmat, sepenah, restu
maka, terbentuklah bersempena( bermaksud mengambil sempena dengan)



1.Tarikh persembahan itu dipilih mengambil sempena dengan Hari Ulang Tahu Kemerdekaan Negara yang ke-54.
2. Tarikh perkahwinannya ditetapkan pada 20 Desember 2011 bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya.
3. mereka meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan mengambil sempena Hari Pahlawan.
4. Mereka meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan bersempena dengan Hari Pahlwan.


kesalahan ayat:
1. mereka meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan.
2. kami akan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa sempena sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah.
3. Sempena hari terbuka sekolah yang akan diadakan pada 1 hingga 5 Jun 2010, kami ingin mengundang syarikat dan penerbit buku untuk menyertai pameran buku yang diadakan di dewan sekolah.
4. Pertandingan memasak akan diadakan pada 5 Mei 2011 sempena sambutan Hari Ibu.

Wednesday, April 20, 2011

surat kiriman tidak rasmi

pelajar seyogia menanam iltizam untuk mencapai markah yang cemerlang.

TIPS UNTUK CEMERLANG
ASPEK TAKRIF
tepat, yakni menjawab berdasarkan tugasan dalam soalan.

ASPEK BAHASA
1.ayat gramatis
2.kosa kata yang luas
3. laras bahasa yang tepat
4.ada variasi ayat
5.tanda baca yang betul
6.ejaan yang betul
7.ada ungkapan menarik

PEMERENGGANAN
1. satu perenggan satu isi
2.seimbang, yakni sama panjang
3. Ada kesinambungan, iaitu penggunaan penanda wacana yang sesuai.

orang panggilan hormat
ayah ayahanda
ibu bonda
abang kanda
kakak kakanda
adik adinda
kawan lelaki saudara
kawan perempuan saudari





anda mendapat tahu bahawa rakan baik anda mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM. Sebagai rakan baik, anda ingin berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kecemerlangannya.

perenggan pendahuluan
Ke pangkuan sahabatku yang diingati, moga-moga hari-hari yang berlalu dilimpahi dengan rahmat dan hidayah dari Ilahi. Sama-samalah kita ucapkan kalimah syukur atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terperi kepada kita. Harapan saya, moga-moga tali [ersaudaraan yang telah dibina ini kekel terjalin erat selama-lamanya.

perenggan isi yang cemerlang:

Saudari Aliza yang diingati,
Sejak sekian lama kita tidak berjumpa, saya mengambil kesempatan ini untuk mengutuskan warkah buat saudari sebagai tanda ingatan saya kepada saudari. Adakah saudari tergamam menerima warkah daripada saya? Pada kesempatan ini, saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi kegembiraan dengan saudari yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM iaitu mencapai 11A+. Tahniah saya ucapkan atas kecermelangan yang saudari peroleh berkat swadaya daripada saudari sendiri. Kecermelangan yang saudari peroleh itu memang selayaknya saudari terima kerana saudari merupakan pelajar yang tidak mengenal erti berputus asa dan mempunyai semangat yang kental dalam perjuangan sebagai seorang pelajar. Saya amat bangga dengan falsafah hidup yang saudari jadikan asas dalam perjuangan, iaitu agi idup, agi ngelaban. Inilah kunci kejayaan kita sebagai manusia kerana dalam perjuangan, kita pasti akan menempuh pelbagai cabaran. Saya kagum dengan saudari yang sentiasa membuat muhasabah diri untuk mencari punca kelemahan dan berusaha membaikinya tanpa rasa segan seperti merujuk kepada guru ataupun rakan-rakan. Benarlah kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, kita tidak sepatutnya membiarkan diri kita dibelenggu masalah ketidakfahaman dalam pelajaran. Prakarsa yang saudari lakukan demi memajukan diri dalam akademik sewajarnya dicontohi oleh pelajar lain.

Latihan:

Anda mendapat tahu bahawa rakan baik anda menghadapi masalah. Sebagai rakan baik, anda ingin menasihatinya agar tabah menghadapi dugaan. Tulis surat kepada rakan anda itu.

contoh: Ya Allah, berikanlah ketenangan kepada sahabatku ini. Tidak perlulah rasanya kita mengungkit kisah sendu ini, biarlah semua kepahitan yang dirasai ditelan waktu.Buang yang keruh, ambillah yang jernih, jangan sekali-kali saudari berputus asa, teruskan berjuang untuk bangkit kembali. Moga-moga keputusan saudari untuk meneruskan pelajaran di institusi pengajian swasta dapat memulihkan keyakinan saudari dan melakar kecermelangan. Ingatlah bahawa tenaga bakti saudari amat bermakna untuk memajukan agama, bangsa dan negara Saya yang berada di kejauhan ini amat-amat berharap agar saudari sentiasa menenangkan diri kerana dengan menenangkan diri kita dapat mencari jalan untuk membuat refleksi diri dan seterusnya berubah kepada yang lebih baik. Usah saudari mengenang peristiwa lampau, jadikanlah kegagalan lalu sebagai pengajaran dan kita bangkit daripada kegagalan untuk mengorak langkah menuju ke puncak jaya. Dalam hal ini, seorang cendekiawan pernah berkata yang antara lainnya berbunyi 'langkah seribu batu bermula dari langkah pertama.' Oleh itu wahai sahabatku, tabahlah hatimu, atur langkah yang tersusun dan afektif demi mencapai kecermelangan.

Tuesday, April 19, 2011

capa rengat


benta IIsj tumbuhan (rumput), Leersia hexandra.
benta Isj bisul dlm daging (pd bibir atas).           
layu
1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); 


 
serabut
1.      serat spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu dll), sesuatu yg berupa serat; akar ~ akar pokok yg tidak mempunyai akar tunjang (buluh dll), akar yg berambu-rambu; 2. berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang, dll); 3. = ~ perut Kl terharu (fikiran), risau, runsing; berserabut 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan; menyerabuti ki menyelubungi atau menyusah-kan (fikiran): persoalan yg ~ kepalanya kini akan terjawab juga akhirnya;
mencecah
kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit;
buah butir
pokok pembicaraan (perbincangan dll);